Tuesday, July 1, 2008

Penyakit darah tinggi?

Baru-baru ni kawan aku dikejutkan dengan penyakit darah tinggi...hah? darah tinggi?..memang pelik..biasanya kalau penyakit ni, mesti dikaitkan dengan orang yang umurnya agak lanjut sikit..tapi boleh ke ia menyerang orang muda? (ceh! macam dalam iklan lak..hihi :P )

ape plak x bole....

member aku tu kononnya rasa pening-pening..sakit kepala..dia pon g la jumpa Doktor..tup..tup..darah pulak naik..aisey! muda lagi..sbenarnya darah tinggi bole menyerang orang muda..jangan ingat xleh kena tau...penyakit darah tinggi pada orang muda biasanya disebabkan oleh 3 faktor utama
  • individu obese
  • terlalu banyak makan makanan berlemak
  • gaya hidup yang tak sihat
ade lagi faktor lain, tapi yang utamanya 3 ni lah..dah xnak bersenam..sah, sahlah kolesterol termendap..nak-nak pulak suka makan makanan berlemak..ha...contoh makanan berlemak (kolesterol tinggi) dan kandungan garam tinggi termasuklah...
  • makanan bergoreng cthnya KFC, ayam goreng, pisang goreng pendek kata yang hujung ada perkataan goreng tu kurang sihat..nak makan bole..jgn le selalu...
  • makanan segera..no doubt! dah banyak dah artikel tentang keburukan makanan segera ni...
  • makanan berlemak cthnya gulai lemak, nasi lemak, pengat..pendek kata yang guna santan dan berlemak mmg sah-sah menambahkan lemak badan dan juga kolesterol
  • keropok ataupun makanan ringan..ya ampun! sumber terbesar garam berlebihan....
  • Kari, nasi beriani, nasi minyak, nasi tomato dan sebagainya...ya ampun...tinggi kolesterolnya cthnya nasi beriani yang menggunakan minyak sapi yang tinggi sangat kolesterolnya....
  • roti canai..bukan setakat roti canai kosong je..roti planta, roti tisu, roti pisang....cuba order..tgk minyak yang dia ada...boleh perah....
  • makanan sejuk beku ataupun makanan dalam tin...banyak kandungan garamnya ditambah pulak kandungan MSG yang tinggi..aiyooo..burger tu, banyak kandungan lemak begitu jugak nugget dan sosej yang tinggi kandungan garam...
  • sos cili, sos tiram dan juga pelbagai jenis kicap....mak aih...tinggi tu kandungan garam larut..blom masuk lagi bab telur masin ke..ikan masin ke...sah-sahla nama pun masin..habis! ingat sesudu dua je garam yang terkandung dalam makanan tu...tinggi tu..
Gaya hidup yang memainkan peranan penting..tak kisahla kuat makan, tapi kuatlah bersenamnya...lagi satu jangan terlalu mengikut tekak...nanti badan merana..ingatlah! perut adalah sumber penyakit yang utama...banyakkan makan sayur-sayuran dan juga oat..serap sikit kolesterol dalam darah tu..huhu...yang penting jujur pada badan sendiri..agak-agak kalo ade lain macam je..cepat-cepat jumpa Dr...rawatan awal tersangatlah penting...

Lagi satu, penyakit darah tinggi yang menyerang golongan muda ni kadang kala bersifat sementara...contohnya kalo terlalu banyak tekanan (asignment banyak, jeles ngan orang lain..hihik :P) ataupun tak cukup tidur, tak cukup rehat, kesan ubat-ubatan pun boleh menaikkan tekanan darah gak...Jadi, pokoknya di sini! kene amalkan gaya hidup yang sihat...

pesanan ini adalah untuk anda dan juga diri saya juga..huhu :P

2 comments:

debu-papa said...

mr barrock,
good info, keep up your great work.

just want to share info with you and readers about hypertension or darah tinggi. Before I lost so much weight last year, my Diastolic/Systolic just at the border.. 130/90.. then I start taking fish oil which is high in Omega3, Omega 6 and other good fats, combined with exercise, In just a month my blood pressure drop significantly to 110/65.. mcm taknak percaya.. now I maintain my blood pressure around 110/60, abis tinggi 120/70.. excellent number for 30yrs old guy like me.

Then cerita pasal kandungan garam yg extra high kat malaysian food, tak dinafikan, tp kalau dah darurat terdesak tu jer ada utk lapik perut, to make it break even, bykkan minum air dan sentiasa aktif, InsyaAllah boleh elakkan water retention.

Barrock! said...

waaah!
sungguh mengujakan...memang sekrang ni aku cuba nak aplikasikan gaya hidup sehat dalam kehidupan seharian..huhuhu...