Friday, January 27, 2012

Filem Romantik Paling best..hehe

Untuk makluman semua, aku memang suka tengok movie..

Semua jenis movie aku layan..samada tengok kat wayang ataupun sedut download..

kalo crita best aku ulang tengok banyak kali..kalo tak best..skali je la, pastu delete..

Yang pastinya..semua movie tu aku tengok sampai habis..Kalo movie tak best @ lembab pun aku tetap gigih tengok (tanpa skip @ fast forward)..huhu..macam x brape adil la rasanya..kalo skip-skip tengok movie nih..

So, harini aku senaraikan 5 filem jiwang romantik yang aku suka tengok..berulang kali kot..tanpa jemu..huhi!

1. Bridget Jones Diary I & II
Filem ni memang kelakar..Rasanya kalo takda Renee Zellwegger, filem ni memang tak menjadi..Samada kurus atau gemuk..aku rasa Renee tetap cantik..tapi sayangnya..lepas movie ni, filem-filem Renee tak berapa nak menyerlah..huhu

2. 50 First Date
Filem ni aku suka sebab watak Drew Barrymore macam kelakar + innocent + sweet jadi gadis lupa ingatan..Lakonan Adam Sandler macam biasa-biasa je, tapi jalan cerita dia sempoi je..babak best movie ni ialah part lari-lari bawah pokok..

3. The Holiday
Crite pasal 2 wanita berkerjaya yang tuka kehidupan dia dan jumpa pasangan yang berlainan budaya & cara hidup..huhi! Dalam movie ni..watak Jack Black terkawal dan tak over...

4. 27 Dresses
Cerita ni sweet sebab watak Katherine Heigl macam sweet + innocent nak puaskan hati semua orang..dan obsesi dia pada perkahwinan? Ada ke orang macam ni? hehe

5. P.S I love You
Cerita ni jiwang habis..sebab pasal, suami yang dah meninggal dunia..Jadi, isteri dia asyik teringatkan suami dia je..tetiba asyik dapat surat yang 'kononnya' dari suami dia, pesan suruh light up balik hidup dia..huhu

Banyak lagi filem-filem romantik..macam Pretty Woman, Ghost, Dirty Dancing, Titanic, The Notebook, The Proposal, She's All That, Never been kissed, The Proposal, Ever After, Enchanted, The Princess Diary dan bermacam lagi...Semuanya best pun...



1 comment:

Wana Owen said...

semua pun aku x penah tgk.tapi teringin nk tgk.meh bg yg dh download nye kat aku.=)