Friday, April 16, 2010

Pengalaman Kerjaku (Episod I)

Entri ini khas dihasilkan berdasarkan pengalaman aku sendiri...cuma sekadar berkongsi pengalaman dan pendapat aku sahaja..hehe.. :D

Ok..untuk episod pertama, aku nak bercerita tentang pengalaman aku bekerja untuk pertama kalinya dalam seumur hidup aku...kerja pertama yang aku buat adalah semasa cuti sekolah selepas peperiksaan SPM...itulah pertama kali aku cuba untuk cari duit sendiri dan cuba untuk keluar dari zon selesa aku (erti kata lain, tidur, makan, tengok Tv..tidur, makan, tengok Tv..hehe)...Jadi aku cari la kerja apa yang boleh aku buat untuk sementara waktu...
Nak dijadikan cerita, pada suatu petang..aku singgah la stesen minyak Petronas Sungai Udang untuk isi minyak..tiba-tiba aku pun terpandang ada iklan jawatan kosong untuk atendan pam (masa tu belum dikuatkuasakan isi minyak sendiri...masih pakai atendan pam...dan jugak..masa tu belum ramai bangla yang kerja sebagai atendan pam kat petronas ek.. :D )..so aku pun pergi kat kaunter, isi borang..then dia cakap nanti pengurus pam akan call balik...aku pun menunggu je dengan penuh debaran dan harapan...

Tiba-tiba, malam tu pengurus tu suruh aku datang kat stesen minyak dia untuk dia interview, aku pon pergilah..Tup tup rupanya esok dia suruh start kerja, mula pukul 6.30 pagi..habis pukul 2.00 petang...aku pun teramatlah excited nak mula kerja tapi pada masa yang sama bercampur perasaan malu (yelah..mana aku biasa kerja-kerja macam ni :P), berdebar nak mula kerja (aku takut pengurus tu garang ke..kene marah dengan customer ke..ataupon staff atendan pam yang lain akan buli aku ke..) tapi esoknya aku mulalah jugak bekerja...

Macam mana kerja tu? apa kena buat?
setiap hari aku kena la jaga pam..isi minyak kat customer yang datang..kerja macam senang, tapi letih...sebab kene berdiri..lebih-lebih lagi kalo time peak hour (pagi: 7.00-10.00, tengah hari:12.00-2.00, petang:4.00-6.00, malam: 8.00-9.00) masa tu, kita kena pegang/jaga duit jualan pam yang kita jaga..kalau jualan dah dekat-dekat RM 300 kene drop (maksudnya simpan dan serahkan pada kerani yang jaga kaunter kat dalam..better selalu drop untuk elakkan kecurian dan kehilangan duit)..untuk pengetahuan, pada bahagian bawah pam tu sebenarnya ada nombor yang mencatatkan berapa liter minyak yang telah dijual sepanjang masa shif kita bekerja..dari situ dia akan kira brapa jumlah jualan, dan tengok berapa duit yang kita dan collect..kalau kurang dari jumlah yang dikira..tu dikira short..maka gaji akan dipotong berdasarkan nilai short..kalo lebih..slalunya diam-diam sudah...biasanya kalau lebih pun tak banyak...dalam berapa ringgit je..tapi kalau short, maybe sebab kita salah pulangkan duit pada customer, duit tercicir atau ada atendan lain kelepet duit jualan kita dalam diam-diam (aku penah terkena..huhu :( )..aku suka kalau kena jaga pam diesel..sebab tak banyak kereta/lori/bas dalam sehari..berbanding pam petrol ataupun pam untuk motorsikal (yang ni paling letih..)
lebih kurangla macam ni..pagi-pagi senyum le...dah nak balik..dah penat..aku dah tak sabo nak balik..nak senyum pon letih... :(

Cabaran kerja?
Sudah tentu menghadap karenah customer...masa tu masih ade program real rewards..so aku selalu swipe pastu aku masukkan point kaw-kaw punya..(contohnya customer isi Rm4 je tapi aku swipe aku kasik bonus sampai RM40..bukan main senyum dieorang..hehe), ada customer ok, ada yang sombong..ada yang tak bayar selepas isi minyak..ada yang nak pinjam duit untuk isi minyak (ada satu kes, pakcik ni pinjam duit aku untuk isi minyak sebab dia takda duit, aku pun kasi je..esoknya dia pulangkan balik duit yang dia pinjam tu..) ada yang belum habis isi minyak, tapi dah jalan..akibatnya hos isi minyak putus..(kerugian akibat hos putus tu dibayar oleh atendan pam tau..melayang RM100..cilaka punya customer..aku ada terkena sekali..) kadang kala kita tersilap isi minyak..kereta pakai diesel, kita isi petrol..aduhhh..kene la buka tangki minyak, keluarkan balik semua minyak petrol tu..kemudian isi balik dengan diesel..leceh sangat kalau benda-benda macam ni terjadi...pengurus dan atendan lain takda masalah bagi aku..semua ok...

Macam mana dia bayar gaji?
Tak la mahal..kalau tak silap sehari dia bayar RM 20++ (aku tak brapa ingat dah..) ditambah lagi dengan elaun makan dalam sehari RM 2.00 kot..masa rehat rasanya macam tak spesifik, ikut kesesuaian masa bila tak sibuk..kalau nak makan kadang-kadang makan kat pam/kedai..untuk break sembahyang/toilet dibenarkan lah...shif ada 6.30pg-2.00 ptg; 2.00ptg-10.00mlm; 10.00 mlm-6.30pg..aku kerja shif siang dan malam je..tengah malam tu takda..kadang kala dia mintak OT..aku pernah kerja dari 6.30 sampai 10.00mlm atau 6.30 sampai pukul 5 petang...kerja 6 hari seminggu..kalau public holiday..double...gaji dibayar secara tunai by hand...

Macam mana berhenti?
selepas kerja selama lebih kurang 2 bulan setengah..aku berhenti..sebab dapat panggilan matrikulasi...itu je lah sebabnya..lepas tu takda keep in touching..lagipon, pekerja dia selalu bertukar ganti..takda yang kekal pon...nak berhenti kena bagitau seminggu awal..bagitau macam tu je, takyah surat-surat... :D

Random Facts:
  • Semasa kerja kat situ, banyak seluar aku (terutama sekali seluar slack) berlubang sebab terkena ekzos motor customer... :(
  • Kadang kala aku tersalah dengar, jadi isi salah..contohnya; orang nak sepluh, aku dengar penuh..so sedap je isi..mujur semuanya nak bayar brapa yang telah aku isi..takda lah yang nak mengamuk-ngamuk..huhuhu..
  • Yang salah isi diesel, aku isi petrol pun ade..akibatnya aku yang kene bukak tangki minyak diaorang untuk keringkan petrol..seharian melekat bau minyak..
  • Duit short..biasanya aku jarang short..kalau ada pun setakat kurang dari RM 4.00..tapi ada jugak kes aku short dalam RM 20..selidik punya selidik ade atendan lain tu panjang tangan..memang aku berhati-hati dan jaga sehabis baik duit jualan aku...
  • Ada customer bagi duit tip sebab diaorang suka kat kita (hihihi :D) ambik je la...
  • Yang pasti kerja ni buat aku kikis sikit sifat pemalu dan juga belajar tentang karenah manusia...macam-macam sebenarnya..layan je..
  • Kadang kala, ada customer suruh isi minyak dalam botol air mineral (sebenarnya tak boleh..tapi kita pun faham, customer dalam kesusahan sebab motor habis minyak somewhere) masalahnya memang tak sesuai sebab kalau isi, gas minyak akan 'menendang', so minyak akan terpercik/terkeluar dari botol..aku la yang mandi minyak petrol..tak pasal-pasal bau minyak badan aku...huhu..itula sebabnya takleh isi dalam botol air mineral...kalo nk isi jugak, kene perlahan-lahan dan berhati-hati...
  • Ada sekali aku terlambat bangun pagi...kelam kabut bersiap..baik punya merempit nak cepat sampai ke tempat kerja..tiba-tiba aku terlanggar taik lembu baik punya fresh (masih lembek lagi tu..adoi..) habis terpercik..dengan motor, dengan aku-aku sekali mandi taik lembu...nampak sangat aku bawak laju sebab taik lembu tu terpercik sampai atas kepala tau..akibatnya terpaksa patah balik..mandi..cuci lebih kurang..masuk keje kul 7.30..mujur pengurus tak tau..diam-diam je..gila busuk..


No comments: