Monday, February 25, 2008

kaedah mencerahkan mata.

Kalau tak silap selalunya terdapat dlm buah yg berakhir dengan berry.. macam blueberry, blackberry, raspberry, cranberry... tapi tak pasti kalau2 strawberry termasuk dlm senarai. Boleh dptkan Vitamin 'Natberry' di farmasi, mmg khas utk mata. Baru2 ni Brand's ( InnerShine Berry Essence) pun ada keluarkan supplement utk mata (ala.. iklan si Diana Danielle tu).

Kalau nak merawat masa letih, traditionally, boleh guna tea bag atau timun, diletakkan atas kelopak mata selama 5-10 minit. Tapi petua ni boleh dibuat masa rehat je (during office hour)... kalau tak nak bersoal jawap dengan bos.. heh heh...

Saya pernah cuba cerminmata khas (berlubang kecil) utk mata letih (ada dijual di farmasi). Saya ni rabun jauh, tapi bila cuba cerminmata tu, saya boleh lihat dgn jelas. Menurut jurujual, kalau selalu guna (penggunaan berterusan), boleh merawat mata yg rabun.

Tips penjagaan mata utk kita yg mengadap PC kat ofis :
  1. Cuba pasang filter pada monitor komputer. Filter berfungsi untuk menahan radiasi agar tidak sampai ke mata.
  2. Pilihlah monitor yang berbentuk LCD/plasma sbb monitor ini dipercaya lebih baik daripada monitor yang model lama.
  3. Jagalah jarak mata anda dengan monitor komputer, jarak paling ideal antara mata dan monitor adalah 30 cm.
  4. Adjust monitor sejajar dengan mata, jangan terlalu rendah dan jangan terlalu tinggi. Adjust sehingga kita rasa selesa dengan posisi antara kepala (mata) dan monitor.
  5. Adjust warna pada monitor sehingga sedap dipandang mata, tidak terlalu terang sbb ini menyebabkan mata menjadi silau. Juga jangan terlalu gelap, sbb akan menyebabkan mata bekerja terlalu keras sehingga membuat mata menjadi cepat kering.
  6. Adjust screen refresh rate menjadi 75 htz..caranya jika anda pakai windows XP klik kanan pada desktop-properties- setting-advanced -monitor- lihat kolom screen refresh rate, atur menjadi 75 htz.
  7. Selalulah kedipkan mata, sbb dengan mengedipkannya, mata akan merangsang kelenjar airmata untuk mengeluarkan air mata yang berfungsi membuat mata menjadi basah dan lembab. Jika jarang mengedipkan mata, maka mata akan menjadi kering. Jika perlu, mata yang kering dititiskan ubat (eyemo?) untuk membuat mata selalu dalam keadaan basah.
  8. Boleh guna cerminmata yang khas utk pengguna komputer (works like computer filters)
  9. Perhatikan cahaya di sekitar ruangan tempat menggunakan komputer. Usahakan ruangan yg cukup cahaya. Elakkan menggunakan komputer di ruangan yang gelap (tidak cukup cahaya).
  10. Setelah penggunaan komputer dalam jangka waktu yang lama, istirahatkan mata minimal 15 minit. Jenguk2 mata ke tempat lain (dari monitor) untuk menyegarkan mata. Usahakan untuk melihat objek yang berwarna hijau seperti daun/pokok. Menurut para pengkaji, warna hijau mampu membuat mata kembali segar.
  11. Perbanyakkan makanan yang menandungi vitamin A (sayuran hijau) atau yg mengandungi beta-carotine (from veggie/fruits yg berwarna kuning) krn bagus utk mata. . Sila rujuk doktor mata jika terdapat gangguan pada mata.

--
- BawangGoreng -

1 comment:

Anonymous said...

nak tnye skit ni..contoh farmasi yg ade jual cermin mata kahs berlubang kecil ni kat mn ye?