Tuesday, July 24, 2007

Belangkasuwa Dunggof...

Dunggof bin Tucci_chekek
13.07.07-22.07.07




Arwah Dunggof telah ditetaskan di suatu kawasan yang tidak diketahui. Beliau telah dibesarkan di dalam akuarium sehinggalah mencapai usia kematangan. Semasa hayat beliau, beliau merupakan seekor kura-kura yang cergas dan suka memanjat kulit-kulit kayu yang terdapat di dalam akuarium. Beliau juga merupakan insan yang peramah dengan kura-kura yang lain, gemar tersenyum, bercengkerang dan ada kalanya gemar menghabiskan masa dengan tidur di atas batu. Semasa hayat beliau, beliau gemar memakan makanan palet kura-kura yang boleh dibeli di kedai petshop dengan harga RM 4.50 (ikut harga pasaran semasa).

Namun, titik noda hitam mula melanda diri beliau apabila disahkan menghidap penyakit misteri oleh En. tucci_chekek. Penyakit yang melanda beliau adalah sangat misteri di mana cengkerang beliau menjadi berwarna hitam, warna kulitnya dari hijau menjadi pudar, kurang selera makan, kelopak mata bengkak, sering tidur dan juga komplikasi lain seperti demam berpanjangan dan juga kerap membuang angin. Pada petang 22.07.07 akan terpahat dalam ingatan kita semua apabila beliau menghembuskan nafas yang terakhir setelah 1/2 jam mengalami batuk kokol yang berpanjangan. Sebelum beliau menghembuskan nafas yang terakhir, terdapat beberapa kelakuan aneh pada diri beliau umpamanya beliau banyak menguap dan tidur dalam keadaan mengiring ataupun meniarap. Pesanan terakhir daripada beliau kepada semua adalah; "jika hendak membeli sos cili, jangan lupa memakai topi keledar". Buat Dunggof, pesanan anda akan kami sematkan di lubuk pankreas kami..

Jasad beliau telah selamat dihanyutkan di Sungai Langat (berhadapan pintu masuk UKM) pada malam 22.07.07. Ini adalah untuk menurut kehendak terakhir beliau untuk dihanyutkan ke dalam sungai bersesuaian dengan prinsip hidup beliau iaitu "bersih dan suci, itulah kelebihanku"

Dunggof, dirimu tidak terganti walaupun terdapat banyak kura-kura hijau di pasaran sekitar harga RM5-RM7. Senyum tawamu akan tetap di sanubari..amin...

No comments: