Nabi Muhammad pernah bersabda "Tetaplah kamu dengan Habbatus sauda.
Sesungguhnya padanya terdapat ubat bagi segala penyakit, kecuali mati"
Habbatus sauda ialah sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan
Mediterranean dan di kawasan yang beriklim gurun. Banyak kajian telah
dijalankan. Bagaimanapun kebanyakkannya ditulis di dalam Bahasa Arab, oleh
itu pendedahan terhadap dunia antarabangsa tidak banyak dibuat.
Habbatus sauda digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti
untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma,
kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah
untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan
kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.
Ibnu Sina di dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan Habbatus sauda,
merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat.
Ibnu Qayyim di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan Habbatus
sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits,
masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut
dan haid yang lain, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan
sebagainya.
Dr Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati Habbatus sauda
mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system).
Antara bahan-bahan kandungan Habbatus sauda ialah Fixed Oil (saturated dan
unsaturated) , Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone,
limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.
Di bawah ini kami sertakan 7 ciri-ciri utama habbatus sauda:
1. Nilai pemakanan
Habbatus sauda kaya dengan:
monosaccharide glukosa, xylosa dsb.
polysaccharide
fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, EFA). EFA
tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah
dari pemakanan
amino acid yang membentuk protein
karotene iaitu sumber vitamin A
kalsium, zat besi, dsb.
2. Sistem imunisasi
Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus sauda berupaya
meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia
mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit
berkaitan yang lain.
3. Anti-histamine
Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan
yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus sauda mengandungi
bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus
penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya
mengalami masalah alahan, habbatus sauda mungkin baik diambil secara
berterusan oleh pesakit-pesakit ini.
4. Anti-tumor
Kajian in vitro mendapati habbatus sauda berupaya menghalang pembentukan
sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang
penyakit kanser.
5. Anti-bakteria
Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti
anti-bakteria . Habbatus sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti
E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus sauda baik
untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit
dan masalah-masalah perut yang lain.
6. Anti-radang (anti-inflammation)
Habbatus sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia
baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema
(alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak
sendi).
7. Menggalakkan pengeluaran susu
Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus sauda
menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.
No comments:
Post a Comment