Thursday, January 24, 2008

Amarah yang merah....


Marah...apakah itu marah...mungkin ada yang mengatakan marah itu merupakan ekspresi perasaan seseorang yang diluahkan untuk dirasai oleh orang sekeliling...Marah juga sama dengan perasaan sedih, malu, gembira dan sebagainya...ia merupakan interpretasi perasaan, gelodak jiwa manusia...Sebenarnya seperti juga interpretasi jiwa yang lain, manusia mula marah sejak dari bayi lagi..cuma ketika bayi, anda tidak dapat meluahkan dengan perkataan tetapi hanya dengan tangisan. Marah biasanya dikaitkan dengan persaan negatif. Ia dikaitkan dengan unsur api ataupun dengan warna merah yang melambangkan kegarangan. Marah diibaratkan bagaikan api yang membuak-buak dan mendatangkan kemusnahan sekiranya tidak dikawal. Sebab marah, manusia membunuh, berdendam, mengeluarkan kata-kata kesat, memutuskan hubungan persaudaraan, berpisah dan sebagainya. Oleh itu, amat penting untuk mengekang kemarahan dengan cara yang berkesan sebelum ia mendatangkan kesan-kesan negatif yang lain.
Mengikut definisi kamus, marah boleh diertikan sebagai luahan perasaan atau menunjukkan kemarahan ataupun penolakan terhadap sesuatu dengan kuat sekali
Mari kita teliti semula, kenapa seseorang manusia itu mahu marah. Jelas sekali manusia harus mempunyai sebab untuk marah. Antara sebab-sebab manusia tersebut meluahkan perasaan marahnya adalah:

1. Seseorang tersebut tidak mencapai kehendaknya
Manusia akan marah apabila sesuatu kehendaknya tidak dipenuhi. Sangat biasa kalau kita melihat seseorang itu marah selepas tidak mendapat sesuatu / mengalami kegagalan (contohnya: kehilangan kontrak, ataupun gagal mencapai matlamat yabng diidamkan) Seringkali, manusia akan melepaskan kemarahan ini kepada mereka yang lebih lemah daripada mereka (katakan; bos kepada pekerjanya, abang kepada adiknya) Perasaan marah ini akan lebih besar selepas sesuatu perkara itu telah dirancang sejak sekian lama, akhirnya tidak menjadi...Sekiranya kemarahan ini dipendam, ia boleh menjadi suatu beban tekanan kepada mereka...

2. Menunjukkan kuasa
Kadang kala, ada juga manusia itu marah untuk menunjukkan kuasa yang ada padanya. Biasanya ia berlaku kepada golongan yang berpangkat tinggi, di mana apabila seseorang bos marah kepada pekerjanya, ia menunjukkan kuasa yang ada padanya. Kemarahan ini akan menaikkan keyakinan dirinya dan berasa dirinya sangat penting dan besar. Namun, sekiranya keterlaluan ia akan menjadi suatu yang menjengkelkan buat pekerja bawahan dan rasa hormat terhadap bos tersebut akan menjadi semakin kurang.
"Marah adalah seperti api..semasa kecil ia mungkin tidak merbahaya. Namun, dalam diam ia membakar dan apabila terlalu marak, ia tidak dapat dikawal...Akibatnya, musnah segala-galanya dan segalanya sudah tidak beerti untuk dikenang kembali...."
3. Untuk menarik perhatian
kemarahan disebabkan ini banyak berlaku di kalangan ahli keluarga, kekasih, rakan sebaya dan sebagainya. Ini bertujuan untuk menarik perhatian orang di sekelilingnya tentang kehadiran dan keperluan manusia tersebut. Contohnya; bila seorang teman wanita marah kepada kekasihnya kerana sesuatu perkara, contohnya lambat ketika temujanji. Ia akan membawa kepada banyak maksud tersirat, pertama, dia mungkin mahu kekasihnya faham dan prihatin perasaannya yang telah lama menunggu kekasihnya. Kedua, dia mahu menunjukkan bahawa dia penting dalam hidup kekasihnya dan tidak seharusnya diperlakukan sedemikian. Ketiga, mungkin kekasihnya akan cuba memujuknya dengan memberikan kata-kata manis dan hadiah yang disukainya. Maka, dia akan kembali mendapat perhatian kekasihnya dan mungkin lebih dari kebiasaan. Kadang kala dalam satu pejabat, berlaku tiba-tiba rakan sekerja marah-marah bila datang ke pejabat. Jika tiada sesiapa yang bertanyakan kenapa kemarahannya, mungkin dia akan marah sepanjang hari. Namun, jika seorang pergi bertanyakan sebabnya, mungkin moodnya berubah, kerana dia mula mencuri perhatian dan ada orang sudi bertanyakan masalahnya dan dia rasa dihargai.

4. Sebagai satu terapi melepaskan tekanan
Ada juga sesetengah orang marah disebabkan mahu melepaskan tekanan yang dihadapi. Katakan seorang pekerja telah menerima tekanan daripada bosnya, dia akan berasa tertekan. Akibat tekanan tersebut, dengan cara marah dan menaikkan suara terhadap orang di sekelilingnya, dia berasa semakin lega. Semasa mengahmburkan kemarahannya inilah, dia secara tidak langsung akan menceritakan tekanan yang dihadapinya terhadap orang yang dimarahinya. Memang, menaikkan suara dan memarahi orang lain sangat menyeronokkan dan melegakan stress. Tapi, tahukah anda, apabila seseorang itu marah kepada orang lain, orang yang dimarahi akan terguris hatinya dan mungkin mengambil masa yang panjang untuk kembali pulih. Jangan cuba menjadi orang yang pentingkan diri sendiri dengan mengabaikan hati dan perasaan orang lain. Terdapat cara lain untuk meluahkan tekanan selain daripada melalui kemarahan.
"hati manusia yang terguris akibat batang kayu yang diketuk dengan paku..ketika paku masih terbenam di dalam kayu, ia amat menyakitkan. Namun, apabila paku dicabut, kesan ketukan paku tersebut tetap ada dan sukar untuk kembali pulih dan sakitnya masih kekal di situ..."

1 comment:

FreedomSeeker said...

It's amazing how a picture can really tell the attitude of the situation.