Monday, January 28, 2008

kanser - Part 2

TEH DAN KANSER
Teh meningkatkan aktiviti antioksidan di dalam darah, membantu mengelakkan
sakit jantung dan kanser. Di negara Jepun dan China, mereka mempercayai
bahawa meminum teh bersama hidangan dapat mengurangkan risiko penyakit
kanser.

Teh juga berupaya menyerang bakteria yang boleh menyebabkan penyakit gusi
selain memperkuatkannya. Teh juga mempergiatkan enzim sistem
"detoxification" di dalam limpa, membantu menyingkirkan bahan-bahan kimia
yang tidak dikehendaki oleh tubuh serta membantu melindungi arteri. Ia juga
berupaya untuk menghalang darah beku dan juga mengurangkan risiko serangan
stroke.


Mangga boleh mengelakkan kanser
Mangga mungkin terlalu erat dengan lidah kita. Oleh kerana eratnya, kita
mungkin tidak tahu bahawa dalam isinya yang kuning dan merah, itu
terkandung zat-zat luar biasa yang boleh menjadi penawar kepada kanser dan
strok. Selain itu, mangga mendapat permintaan yang tinggi di pasaran dan
merupakan makanan pencuci mulut yang sangat popular di kalangan Malaysia.
Mangga atau nama saintifiknya Mangifea indica L. dari keluarga
Anacardiaceae dipercayai berasal dari kawasan Indo-Burma dan mungkin juga
dari Asia Tenggara. Di Malaysia, kawasan utama ditanam ialah Perak, Perlis
dan Kedah. Bagaimanapun terdapat tanaman secara kecil-kecilan di
negeri-negeri lain.

Buah mangga terdapat dalam pelbagai saiz dan bentuk mengikut klon. Kulitnya
berwarna hijau ke kuning atau merah ketika masak manakala isinya berwarna
kuning pucat hingga ke oren . Setiap buah mengandungi biji yang dilitupi
endokap bersabut keras. Kebanyakan jenis mangga di Asia Tenggara terdiri
dari poliembryinik iaitu mengeluarkan beberapa biji dari satu buah.
Pokok mangga sederhana besar mencapai ketinggian sehingga 10 - 40 meter.
Dahannya tumbuh secara bebas dan membentuk kanopi yang menyeluruh. Berdaun
lebat berwarna merah ke coklat hingga ke hijau terang bergantung pada klon.
Mangga mengeluarkan dua jenis bunga iaitu bunga hermoprodite dan bunga
jantan di hujung tangkai-tangkai yang dewasa. Bunga hermoprodite biasanya
mengandungi 1 - 40 % dari jumlah (200-10,000) bunga pda setiap tangkai.
Walaupun bentuk, ukuran, warna dan rasa buah mangga adalah beragam, dari
segi gizi, semuanya hampir tidak jauh berbeza. Mangga ranum segar
mengandungi air sekitar 82 peratus, vitamin C 41 mg dan kalori 73 kal per
100 gram. Manakala, pada setiap 100 gram mangga muda yang masih belum
matang, terkandung air lebih kurang 84 peratus, vitamin C 65 mg dan 65 kal.
Tenaga dalam mangga muda lebih rendah kerana lebih banyak mengandungi zat
pati yang akan berubah menjadi gula dalam proses pematangan.

Sebahagian besar tenaga mangga berasal dari karbohidrat berupa gula yang
membuatnya terasa manis . Kandungan gula ini didominasi oleh golongan
sukrosa. Mangga mempunyai lebih kurang 7 - 12 peratus kandungan gula tetapi
ada juga jenis mangga gulanya yang mencapai hingga 16 - 18 peratus.
Mangga juga merupakan sumber beta-karotin, kalsium dan vitamin C.
Beta-karotin adalah zat di dalam tubuh yang akan diubah menjadi vitamin A
(zat gizi yang penting untuk fungsi retina). Beta-karotin (dan vitamin C)
juga tergolong dalam anti-oksida, senyawa yang dapat memberikan
perlindungan terhadap kanser kerana dapat meneutralkan radikal bebas.
Radikal bebas adalah molekul-molekul tak stabil yang dihasilkan oleh
pelbagai proses kimia normal tubuh, radiasi matahari atau kosmis, asap
rokok dan pengaruh-pengaruh persekitaran lain.
Zat-zat gizi anti-oksida, vitamin C memiliki fungsi menjaga dan memacu
kesihatan pembuluh-pembuluh darah, kesihatan gigi dan gusi. Ia membantu
penyerapan zat besi dan dapat menggelakkan produksi natrosamin iaitu satu
zat pemicu kanser .

Mangga bukanlah jenis pokok yang sukar untuk ditanam. Kebiasaannya ia
ditanam secara pembiakan tampang, tut atau kaedah klip ('cleft method')
supaya pokok yang ditanam akan menyerupai pokok asal dan mengeluarkan hasil
dengan cepat. Penanaman anak benih harus dilakukan berhati-hati agar tidak
mencederakan sistem akarnya. Mangga sesuai ditanam dalam cuaca kering yang
agak panjang (di antara 2 - 4 bulan) dan ketika suhu berada sekitar 24 - 30
darjah C.

Bagi mendapatkan buah yang berkualiti dan mengurangkan penggunaan bahan
kimia, semasa buah sebesar ibu jari, bungkuskan dengan kertas-kertas
suratkhabar lama seperti prosedur yang biasa dilakukan. Pegurusan air
sangat penting ketika musim kemarau pada tahun-tahun pertama pertumbuhan
('juvenile phase') dan semasa pembesaran buah. Hujan diperlukan ketika
berbunga dan pembentukan buah. Bagaimanapun, pokok tidak digalakkan
diairkan semasa berbunga dan semasa buah sudah matang ('ripening stages').
Mangga mengambil masa 13 - 16 minggu untuk matang dari masa pembentukan
buah bergantung pada klon. Mangga yang telah dipetik boleh disimpan selama
4 hingga 9 minggu pada suhu 9 - 10 darjah C, manakala buah yang masak boleh
disimpan 4 hingga 7 hari dalam suhu 18 - 21 darjah C.

Garlic mungkin sangat baik untuk membantu mengawal kanser. Kajian di
kalangan rakyat China dan Italy menunjukkan risiko mendapat kanser perut
adalah lebih rendah dengan pengambilan garlic. Garlic juga mungkin baik
untuk jenis-jenis kanser yang lain. Garlic melindungi dari kanser dengan
cara termasuk menyekat pengeluaran nitrosamine, menguatkan sistem imuniti
pengambil garlic dan sebagainya.Antara produk lain yang mungkin sesuai
untuk pesakit kanser yang banyak diperkatakan sekarang ialah Shark
Cartilage.

No comments: