Wednesday, October 29, 2008

Majlis Konvokesyen Kolej Professional Mara 2008

Akhirnya konvo jugak adik aku setelah berhempas pulas, memerah keringat..(cecece! tibe aku terbayangkan orang yang tengah basuh kain kat tepi sungai..dengan penuh semangat kesukanan....dengan sedaya upaya menghempas kain sambil peluh berjujuran...razz -stop- ) Okla..seperti yang telah sedia maklum..majlis ni diadakan di PICC Putrajaya yang mana merupakan first time la aku datang sini..okla..macam dewan-dewan yang biasa..huhuhu...razz

Tak tau kenapa..kalo diikutkan tentatif program, majlis start pukul 9.00 pagi..tapi sampai pukul 9.30 pun student yang nak konvo bole relax je lepak-lepak kat luar..adoi yai..akibatnya, majlis start lambat..huhuhu..memang 'professional'..hahaha..sesuai la dengan namanya..seperti biasa majlis konvo ni takleh masuk ramai-ramai macam orang nak tengok konsert, so mak n bapak aku je la yang masuk...

Disebabkan tu, aku pon membawa la dua orang adik aku ni berfoya-foya (yang sah-sah dieorang ponteng sekolah hari ni.cet!razz) sempat jugak la ajak main bowling, makan-makan dan jugak shopping serba sedikit..almaklumla..adik aku yang pompuan sorang tu baru abis PMR, so takpe la berfoya-foya sekejap..teet!razz


Dah akhirnya disebabkan overrun...majlis konvo tu tamat pukul 2.00 petang..adoi yai..jenuh la aku menunggu..rentung dah...disebabkan itu jugak secara automatiknye aku tercancel plan aku nak g talk kat inbiosis..mana taknya..majlis abis pukul 2..pastu nak gambo lagi..pastu tak puas gambo biasa, nak gambo studio la pulak..pastu nak makan lagi..kelam kabut sana sini dekat pukul 4 jugak la baru blah dari Putrajaya..adoi yai..penat seh....gambo semua kat camera..x sempat transfer...nak snap kat camera hp, time tu hp bateri kong la pulak (which is typical case for me..teet!razz)..so, gambo yang sempat ni tak hairanla gelap sikit due to lack of energy..huhu..

My birthday...

Oh ya! aku baru teringat..alhamdulillah..24 oktober yang lepas genap sudahla umurku 24 tahun (huhuhu..aku telah menghampiri area pertengahan umur 20an yang mana sape2 yang masuk area ni pasti akan dijamah dengan soalan "bila nak kawen?" mrgreen)...huhuhu..kejap je dah beso..tak sangka dulu seorang budak lelaki yang comot, hingus meleleh dam membesar menjadi jejaka berbintang scorpio, masih bujang, kacak lagi bergaya dan mempunyai hobi mengumpul komik Dragon Ball (dahulunya...hihik)...terima kasih la pada rakan-rakan dan juga kepada peminat-peminat semua yang wish aku..tak sangka lak..ade yang bagi sms...mms la...wish kat frenster la..ade yang call semata-mata nak wish..huhuhu...sangat terharu mrgreen...ada jugak yang wish besday selepas tarikh besday aku..xpe la, lambat sikit pon aku tak kesah nyer..hihi...

Image Hosted by ImageShack.us
Gambar hiasan

apa-apa pun korang semua akan ku kenang ( rujuk post ni...) mulai hari ni aku bertekad untuk merajinkan diri wish besday kat member2 aku semua..hihik..bukan aku tak prasan besday korang..ade frenster bagi email tolong ingatkan...walaupon aku tak wish korang..tapi di dalam hati aku, korang tetap dekat di hati..(eh! macam tagline tv9 lak..hihihi)....

Konvokesyen Kolej professional Mara 2008

ok..esok adik aku konvo kat dewan PICC Putrajaya...sesi pagi lak tu...

of course la aku selaku tokoh abang mithali 2008 akan turun padang..hihihi...hadiah? jangan rungsing..dah siap-siap beli dah...jangan tak tau..hadiah untuk konvo adik aku ni aku dah siap-siap beli dari bulan 8 lagi...

tengok betapa mithalinya aku..konvo bulan 10, bulan 8 dah beli hadiah..kikiki
(kes masuk bakul angkut sendri...razz)

hahaha..esok kalo rajin aku snap-snap momen yang ada buat tatapan...

Tuesday, October 28, 2008

I hope for a bright day..hihihi..

Where should i start?

Ok..from this..from what i could see..i'm now totally like 'destruct myself' mood...why? hahaha..i think my life now feels so bored and dull..nothing change...i could see about that clearly..from the day i start blogging..i could say that i write all about fun, enjoyable, funny but now it turned out to be serious, bored and all about what am i facing every single day in my life..so, its like a 'destruct myself' button that have small note on it which ask me to push the button...hahahaha..this is not me...totally different...i guess being an adult are not really easy as what i see by the eyes of 11 yo boy..

from what Anonymous said...yes..i gotta get out from this..but, for the short term solution for myself to cheer up myself..I'm thinking to do things that hopefully could bright my day...
  1. I try to see everything in a very very positive way..doesn't mean i didn't have the positive attitude in me before, but becoz of the pressure in my life that i have to cope, i easily give up...so, i must be more positive..for example about my presentation this morning, it was really hethic...but then, with my positive attitude, i manage to take the presentation as a challenge..it end up, i present my research in a high spirit...chewaaah!
  2. I could say, it really help to warm my heart by listen to the music..yes..i think, started from dis night..hopefully i could spent some time to listen to the music..i love to listen to the yahoo messenger's radio - coffeehouse station because it really make me feel really calm..
  3. I should stop thinking to much about money..yes..at this level, money is important..but thinking about money really make me stress..so, maybe i could thinking about it sometimes but should it should have some limitation..hahaha :P
  4. i wanna go workout..workout can give me a really good quality of sleep which makes me feel fresh ...hahaha..i must push myself at least for a jog maybe...hahaha
  5. last thing is..i must ignore people that try to act b**chy with me and enjoy every moment in my life...yes...life should be great..and i'm still young...i should not burden myself with crappy, drama things that really useless.....this is not reality show...hahahaha..this is reality..

OMG

kejutan di pagi hari....

memang macam dalam rancangan realiti...

kiteorang semua diberitahu kena present pada khamis ni..

tapi pagi tadi tiba2 my supervisor kate kene present ptg ni pukul 3...

serentak dengan tu, aku rasa nasi kerabu, nescafe ngan sambal ayam yang aku makan pagi tadi semua nak keluar balik...

buang air? takyah crite la...dah siap2 dah..... :P

i hope this hethic things will really go away....as soon as possible...

(ayoyo! aku maseh sebok nak update blog..padahal blom praktis lagi...dah..bye2..)

Segak berkaca mata

Segak berkaca mata

Ketahui tip untuk memilih cermin mata yang sesuai untuk anda.


PILIHLAH bentuk dan saiz bingkai yang sesuai dengan raut wajah anda.



BUKAN semua orang mempunyai penglihatan yang baik. Masalah seperti rabun bukanlah asing bagi wanita mahupun lelaki. Di mana-mana sahaja, anda boleh melihat mereka mengenakan cermin mata.

Namun, apabila bercakap tentang cermin mata, bukan semua orang berasa gembira untuk memakainya. Mungkin kerana itu, mereka lebih suka memilih kanta lekap untuk melihat dengan lebih jelas.

Terdapat beberapa faktor mengapa sesetengah individu tidak kira lelaki mahupun wanita enggan mengenakan cermin mata. Bagi mereka, memakai cermin mata membuatkan wajah mereka seperti seorang yang skema, naif atau tidak menarik. Anda sendiri tahu, bagaimana cermin mata sering dijadikan 'efek helah' untuk 'menghodohkan' wajah sesuatu watak dalam sesebuah drama atau filem.

Namun, mereka sewajarnya mengakui bahawa cermin mata sememangnya praktikal untuk digunakan. Bagi mereka yang hanya memerlukan 'bantuan penglihatan' ketika membaca atau melihat objek yang amat jauh, cermin mata adalah aksesori yang lebih wajar untuk dimiliki kerana ia boleh ditanggal dan dipakai pada bila-bila masa dikehendaki. Jika menggunakan kanta lekap, adalah leceh untuk menanggal dan memakainya berkali-kali dalam sehari.

Tetapi, bukan itu sahaja masalahnya. Sesetengah orang terutamanya lelaki enggan berkaca mata kerana tidak tahu bingkai cermin mata yang bagaimana sesuai untuk mereka. Membuat keputusan ketika memilih cermin mata di kedai optik sering mengambil masa yang begitu lama. Jika tidak ada rakan yang menemani untuk memberikan pandangan, barangkali anda hanya akan pulang dengan tangan kosong.

Sebagai mana gaya rambut, bentuk kepala memainkan peranan penting dalam menentukan bingkai cermin mata yang sesuai dengan anda. Stailo kali ini memberikan panduan kepada para jejaka untuk memilih cermin mata yang sesuai sekali gus tampil segak dan bergaya.

Kepala bulat

Jika anda merupakan lelaki yang mempunyai bentuk wajah yang bulat seperti Elton John, iaitu rahang yang melengkung, berwajah penuh serta dagu dan pipi yang membulat, anda disaran memilih cermin mata yang boleh menonjolkan kontras. Pilih cermin mata berbentuk segi empat sama atau panjang tetapi berlensa agak besar. Jangan terlalu kecil kerana ia akan membuatkan mata anda nampak kecil. Elakkan memilih bingkai bulat atau lonjong kerana ia akan membulatkan lagi wajah anda.


GAYA rambut penting dalam menentukan bingkai cermin mata, namun, pilihan warna bingkai tidak menjadi masalah kepada lelaki berambut hitam.


Kepala petak

Jika anda memiliki wajah empat segi atau berahang petak, adalah lebih baik untuk anda mengenakan bingkai cermin mata yang bulat atau bujur kerana ia boleh 'melembutkan' sedikit bentuk kepala anda.

Kepala bujur

Jika kepala anda bujur atau lonjong, anda sebenarnya bertuah kerana wajah anda boleh menerima apa juga bentuk cermin mata. Anda boleh memilih bingkai bulat dan empat segi. Terbaik untuk anda ialah memilih cermin mata yang berbentuk empat segi tetapi tidak begitu berpetak.

Kepala segi tiga

Jika anda mempunyai kepala berbentuk segi tiga, tip asasnya, ikut seperti kepala berpetak. Pilih cermin mata yang bulat untuk memberi keseimbangan. Lebih bulat lebih baik.

Kepala bentuk hati

Jika anda memiliki bentuk wajah sebegini, bentuk cermin mata yang paling sesuai untuk anda ialah yang bujur. Bingkai yang lebih lembut akan menyeimbangkan bentuk wajah anda. Bingkai empat segi yang besar juga boleh dipertimbangkan.

Selain itu, apa yang perlu diberi perhatian apabila hendak memilih cermin mata ialah jangan sesekali memilih cermin mata yang menutupi kening anda. Pastikan kening anda kelihatan walaupun memakai cermin mata bulat atau empat segi yang besar.

Memandangkan kebanyakan kita di Asia berambut hitam, pilihan warna bingkai cermin mata tidak begitu menjadi hal.

Mengenai rim (bingkai depan) pula, ada sesetengah kita tersepit dalam memilih cermin mata rim penuh atau rim separa atau langsung tidak berim. Tipnya mudah. Lihat berapa kuat kuasa cermin mata anda. Jika lensa cermin mata anda tebal, masakan anda mahu memakai cermin mata yang tidak berim sehingga membuatkan orang boleh melihatnya dan bertanya 'berapa kuasa cermin mata anda?'

Bagaimanapun, Stailo! mendapati trend hari ini memperlihatkan cermin mata berbentuk maskulin dan tradisional lelaki kembali bangkit.

Bingkai horn-rimmed atau jenis aviator dilihat kembali menawan hati para lelaki. Bingkai yang tebal dan besar termasuk pada bahagian temple (bahagian cermin mata yang memanjang di tepi dan menyangkut telinga) menjadi trend tanpa mengira warna.

Cermin mata bingkai plastik agak tebal ala Clark Kent (biasanya berwarna hitam atau coklat) juga meraih perhatian dengan kembalinya gaya retro.

Cermin mata langsung tidak berim pula sesuai untuk jejaka berjiwa manimalis.

pretty bored...

nothing much to say..

i just feel tired...

my holiday for Deepavali just ruin...

luckly this night we got Sivaji-the boss at tv2 which if u dunno...Rajnikanth was the lead actor...

i'm hoping for a bright day tomorrow...

Lately, my life is just like a space shooter at Genting there...

ups and down...when it goes up, looks very excited and enjoyable..

but then when its down..it was totally creepy and scary..

(i'm afraid of height..so, this metaphor works for me.. :P)


Monday, October 27, 2008

Otak proaktif selepas jam 10 malam

Kajian mendapati pekerja sukar selesai masalah selepas makan tengah hari masa paling kurang kreatif

LONDON: Satu hasil tinjauan terbaru mendakwa masa paling kreatif dan bertenaga bagi individu adalah jam 10.04 malam dan bukannya pada siang hari yang sememangnya diingini ramai berikutan waktu bekerja dan persekolahan.

Tinjauan penyelidik Universiti Katolik di Milan, Itali, menunjukkan otak kurang berkembang pada sebelah tengah hari. Berikutan itu, pekerja lazimnya sukar menyelesaikan masalah kerja selepas makan tengah hari, lapor Daily Telegraph semalam.

Masa paling kurang kreatif adalah jam 4.33 petang dan 92 peratus daripada 1,426 responden, mengakui mereka tidak bersemangat pada masa itu.
Kira-kira 25 peratus responden pula mengakui berjaga malam bagi mencari inspirasi atau idea baru bagi memanfaatkan tugasan mereka.

Bercanggah dengan kepercayaan ramai pengurus, ramai mengakui waktu bekerja pada siang hari tidak mampu memberi semangat.

Ditanya kaedah bagi mendapatkan kreativiti, seramai 44 peratus responden mendakwa mereka mandi.

Malangnya, biar pun cerdik, lebih separuh daripada idea kita lazimnya hilang buat selama-lamanya.

Ini disebabkan apabila idea hadir, seramai 58 peratus orang ramai gagal menulisnya dengan segera, menyebabkannya terus hilang.

Malah, berbanding lelaki, wanita terbukti lebih cemerlang dan cekap menulis idea mereka. Seramai satu pertiga daripada mereka berusia lebih 35 tahun pula memilih untuk menulis idea di telapak tangan bagi mengelak lupa.

"Mereka yang suka berjaga malam lazimnya dapat mengemukakan idea lebih baik," kata hasil laporan penyelidikan berkenaan.
Hasil kajian pada 2006 menunjukkan golongan kreatif seperti pelukis dan penyajak terbukti mempunyai dua atau tiga kali ganda lebih ramai pasangan seks. � Agensi

Monday, October 20, 2008

In my Mind...

Image Hosted by ImageShack.us


Aku nak kongsi sesuatu...suatu cerita..

Suatu ketika dulu, masih aku ingat..masa tu aku baru darjah 5..dalam perjalanan dari Melaka ke KL, satu family aku singgah kejap kat hentian Seremban untuk makan-makan dan berehat. So, aku yang pada ketika itu lepak-lepak la, makan-makan dengan famili aku..tiba-tiba dari kejauhan aku nampak ada dalam 2 kereta yang sporty parking, kemudian keluarla anak-anak muda yang pada perkiraan aku sudah dewasa dan berkejaya datang ke gerai makan yang ada tu..Pada ketika itu, aku berasa kagum..bukan apa..aku rasa penampilan dieorang memang hebat...mereka semua bergaya, agaknya jalan-jalan dengan member, duit banyak..enjoy..hahaha...

sejak hari tu aku bertekad..suatu hari nanti..aku nak jadi macam dieorang..hihi..dewasa..berduit.. berkejaya..bebas...Disebabkan tekad yang amat sangat (chewah!) sebab tu, aku ingat kejadian dan kekaguman aku tu sampai ke hari ini...

biasa la zaman gila-gila kanak-kanak..semuanya nak jadi! hahahaha....

Computer aku...

Dulu-dulu..dalam post yang lepas aku ade cerita monitor aku rosak kan...

entah macam mana die ok sendiri...aku pon suka hati...

tapi, tiba-tiba sabtu yang lepas die buat hal lagi....kali ni korang tengokla sendri..

Image Hosted by ImageShack.us

tiba pulak paparan die kat tengah je..dah tak full satu skrin..hangin betul aku...

memang sengaja nak tempah maut monitor ni..aku bagi tempoh sampai hujung bulan ni, kalo die x baik sendri..aku angkat skrin baru..amik ko..baru ko tau...
(padahal dah lame dah nak usha skrin LCD baru..kikiki)

korang jangan tak tau, aku update blog dalam paparan macam ni la...huhuhu..begitu kental semangat aku nak update..hahahaha

Dilema Karier

Image Hosted by ImageShack.us
Gambar Hiasan


Pada hari Ahaed yang lepas a.k.a 19 hb haritu ada berlangsungnya Karnival Kerjaya kat DECTAR UKM..sbenarnya karnival ni start dari hari jumaat sehinggalah membawa kepada hari Ahad..tapi aku plan punya plan..last-last ahad jugak baru aku berkesempatan..Teringin gak nak usha-usha..al-maklumla insya Allah kalo semua aral menegak, mungkin aku tamat lah pengajian aku selama 2 tahun ni, which is yang memang dah lama sangat aku tunggu-tunggu...

Aku saja je nak tengok bagaimanakah prospek kerja aku kelak..kat situ, sempatlah jugak aku berkunjung ke booth xplorasi untuk kaunseling kerjaya..dia ada satu ujian yang kita kena jawab, then daripada situ bolehla ditunjukkan kerjaya mana yang sesuai dengan jiwa kita...aku uji punya uji dapatlah keputusan aku iaitu SAI...

mengikut kata kaunselor tu, kecenderungan aku yang utama adalah S iaitu sosial..jadi, aku cenderung untuk kerja yang bertemu dengan orang dan memberi perkhidmatan..contoh kerja S ni termasuklah doktor, jururawat, pensyarah, guru, kaunselor dan apa-apa la yang berkaitan dengan perkhidmatan orang rama termasuklah operator talipon..huhu..kecenderungan kedua aku plak adalah A yang bermaksud artistik...kat sini artistik bermaksud kerja yang melibatkan daya kreatif seperti menyanyi, berlakon, penulis skrip, wartawan, pengiklanan..aku tak sure lak penulis blog pon termasuk gak..kikiki :D

Dan yang ketiga pulak adalah I iaitu investigate yang membawa maksud penyiasatan.. penyiasatan kat sini meliputi bidang sains la..dan juga kepolisian..so, faham-faham je la samada jadi polis, ahli forensik, ahli sains, penyelidik, engineer dan segala macam la yang melibatkan sains..so, aku rase bidang yang inilah yang aku habiskan untuk study 5 tahun yang lepas..huhuhu...

So, kaunselor tu nasihatkan la aku..u combinakan la 3 kecenderungan ni for ur ideal punye pekerjaan..huhuhu..die cadangkan aku jadi lecturer...yela takkan nak combine nyanyian ngan sains? (melainkan aku menyanyi untuk channel national geographic versi kanak-kanak ataupun Tv pendidikan )huhuhu..personally aku sbenarnya tak berapa sure dengan idea lecturer... bukan apa..kerja lecturer ni nampak je dipandang tinggi tapi sebenarnya banyak effort perlu diberikan untuk berjaya dalam bidang ni..katakan, harini aku habiskan master..pastu sambung lagi Phd..pas sambung Phd aku kene amik short course (6 bulan) untuk kenaikan pangkat..then kene baca jurnal penyelidikan utk upgrade diri dari masa ke semasa (jurnal tu ada banyak huruf dan perkataan dan trust me, kalo aku bace 10 jurnal 1 hari aku akan sakit kepala sepanjang hari..) pastu kene supervise student, ngajar, buat kertas soklan, buat silibus, buat research, pada masa yang sama kene g seminar penyelidikan, kerja admin, beli barang untuk projek penyelidikan, jadi ketua projek dan bermacam-macam lagi...huhuhu..sekarang aku masih dalam proses memikirkan semua ini..

Kemudian aku ke booth Sime Darby...pegawai kat situ suruh aku drop nama untuk jawatan Cadet planter dan juga mile engineer..aku cakap, bole ke aku apply pada masa yang sama aku daripada background biotech? dia cakap bole saja...sbenarnya u dah ada basic sains is still ok..mana-mana bidang sains mesti u bole jalan punya..itu bermakna aku akan beralih bidang kepada kejuruteraan la pulak kalo aku apply...huhuhu...

So, adakah stick kepada bidang yang anda pelajari ataupun beralih kepada bidang yang lain?

ni Soalan klise sbenarnya bagi mahasiswa yang baru habis blaja...

Friday, October 17, 2008

Jenis darah

semalam borak-borak ngan Bdk2 lab pasal darah dan juga diet berdasarkan jenis darah..so harini jumpe satu artikel pasal darah..

Adakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh kamu mampu menggambarkan personaliti sebenar diri kamu sendiri? Menurut salah sebuah institut di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri. Ingin berkongsi rahsia mengenainya?

DARAH O
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri kamu sendiri. Oleh yang demikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi diri mu agar tidak dikuasai dengan tekanan.

DARAH A
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan individu di sekeliling mu dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan mu. Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri kamu itu melambangkan bahawa kamu tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat.
Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula yang terabai.

DARAH B
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu. Kamu lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar melaksanakannya dengan cara kamu sendiri. Kamu adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri sendiri
dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu. Kamu adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap kamu yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri mu dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Kamu harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

DARAH AB
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri
individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Kamu juga sentiasa menghormati
orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling mu berasa selesa untuk berdampingan dengan mu. Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria. Namun ada satu perkara yang harus kamu perbaiki
dalam diri kamu itu. Kamu perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri.

Tag lagi...

Rules:
* Link to your tagger and post these rules on your blog.
* Share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird.
* Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.
* Let them know they are tagged by leaving a comment on their blog
______________________________________________________________________


7 Facts about me

1. aku obses dengan kucing..suka gila gila gila gila dengan kucing...tapi aku tak bela kucing sebab famili tak suka kucing & housemate umah tak suka kucing gak..Jadi kalo aku g umah sape-sape yang ade kucing..siap la kucing tu..dulu mase kat kolej aku la rajin bagi makan kat kucing terbiar tu semua..siap beli makanan kucing untuk dieorang semua...

2. aku suka makan..kalo bole semua benda aku nak makan..kikikiki..tak kira la macam mana bentuk dan rasa makanan tu semua aku balun..hihihi..mujur agaknye genetik aku dah pandai adapt kesukaan aku, aku takde alahan makanan..Yaay!

3. Aku amat menghargai memori indah yang berlaku dalam hidup aku..hihihi..semua gambar-gambar lama masa sekolah elok aku simpan dalam album hardcover..kad-kad, dokumen@ barang kenangan masa dulu-dulu semua aku simpan..kad raya, majalah sekolah, name tag..semua ada..hihihi...tak lupa juga memori lame masih tersimpan kedap dalam fikiran aku...sesekali kalo aku tersenyum @ ketawa sesorang, itu maknanya ade benda yang mengingatkan aku pada memori indah yang lalu..teet!

4. aku suka kumpul majalah..mase sekolah rendah dulu aku kumpul komik hongkong dan jugak majalah Ujang..masuk sekolah menengah kumpul majalah gempak dan juga komik jepon...skrang aku kumpul majalah-majalah fitness..semua majalah ni aku tak buang, simpan dan susun elok-elok...tapi kalo yang lame sangat tu aku jual je..kikiki..daripada jadi sarang lipas baik aku jual..ye tak?

5. aku sebenarnya boros belanja..kalo aku g belanja barang contohnya ke pasaraya tesco ke..aku akan beli barang-barang yang aku dah list dan jugak barang-barang yang aku rase aku perlu tapi bila balik umah menyesal sebab sebenarnya tak perlu beli pon..huhuhu..selain tu, aku tak fikir panjang bila berbelanja..at last, end up aku jadi pokai..huhu..

6. Aku memang kaki jalan..hahaha..kalo seminggu aku tak keluar boleh mati kutu aku dibuatnya...aku suka g ke mana-mana tak kirala g umah orang kawen ke, konvoi g travel ramai-ramai ke, window shopping ke, tengok ikan kat tasik ke, g cuci mata kat klcc ke..teet!..anything yang menyebabkan aku kuar rumah dan balik sampai malam memang aku suka...disebabkan itu, aku tak kesah drive berjam-jam...penah sekali pukul 12 malam aku takleh tdo, aku start motor g Kajang ronda-ronda g McD then balik umah dekat pukul 2 pagi sebab sepanjang jalan aku bawak perlahan gile sedangkan esoknye aku keje...ade jugak skali aku g midvalley, g kedai buku, baca buku n majalah free, then lepak tengok orang pastu balik..

7. aku pandai memasak..hehe..ini disebabkan mak aku adalah tukang masak, sepupu aku jugak adalah chef, bapak sedara aku jugak tukang masak dan juga arwah atuk aku adalah tukang masak kenduri orang kawen @ keraian jadi aku pon maybe ade genetik memasak, geti la memasak..teet! aku boleh masak asam pedas, sambal, nasi ayam, laksa, masak lemak, ayam goreng rempah, kari, chicken chop, masak asam, masak kicap dan banyak lagi...tapi aku jarang gak memasak,,kalo aku ade mood aku masak..kalo tak, beli je..Biasanya masak meggi je...kelebihan die, kalo aku teringin nak makan something..aku leh masak sendri mengikut citarasa aku sendri dan bole makan dalam kuantiti yang aku nak jugak..hihihi...

~TaG DaRiPaDa HuDa~

1) MY TOP 10 MOST FEVERET FOOD

ai..banyak sbenarnya..al maklumla..aku suka makan..razz

tomyam
laksa
aneka sup tak kira sup ape pon
asam pedas
ikan masak lemak cili api
BBQ
nasi ayam
chicken chop..adoi yai! lame tak makan razz
ikan bakar
tumbuh tumbuhan....

2) 10 things i LOVE DOIN

surf intenet
tengok Tv
melancong
lepak ngan member
window shopping..cuci mata razz
makan
main bowling
tengok wayang
berborak ngan someone razz
layan crite jepon n Korea

3) 5 TYPES of GURL I ADORE

kelakar
smart
independent
cute razz
pandai adapt.. razz

4) 5 THINGS I LUV DOIN WHEN I'M EMO

shopping
makan
jogging..lari sepantas yang mampu..kikiki
menyendiri
tengok ikan @ belai kucing

5) 5 THINGS I LUV DOING WHEN I'M HAPPY

senyum @ gelak ketawa
belanja orang
banyak cakap
masak? bole la..
jumpa member, lepak ngan dieorang

6) 10 WAYS TO WIN MYHEART

senyuman @ ketawa
funny jokes
food razz
kucing
barangan elektronik canggih (Camera is on my top listrazz)
keikhlasan dan kemanisan hati razz
.......................
lain-lain tak tau nak tulis ape

7) MY TOP 5 MOST FEVERET JUNK FOODS

Kacang tak kira spesies ape pon
dark coklat
kuih raya
potato chips
pisang goreng..huhuhu..banyak kalori nih

8) 5 THINGS I WISH IT COULD HAPPEN

kaya raya sampai leh tolong famili & orang lain
melihat orang di sekeliling dan orang yang aku kenal aku happy dan bahagia
dijauhkan daripada orang yang berniat jahat & konflik
bela kucing..huhu
op kos ler temu jodoh


9) 10 RIDICULOUS THINGS I WISH TO DO B4 DIE

Jadi bintang filem
menjelajah ke seluruh dunia
Jadi photographer professional untuk model top dunia!
Daki gunung yang tertinggi di Malaysia..teet!
Jadi duta keamanan bagi dunia
Jurukamera National Geographic
Suami kepada Jennifer Aniston..kikiki
Bukak Zoo sendiri
Pakai skinny jeans..hihihi (Hope!)
Menjadi ahli sosialit yang terlalu ekslusif..razz


10) MY TOP-10 RECENTLY MOST ADDICTED SONGS

Lagu kita - Aizat
Cinta ini membunuhku - D'Masiv
Terima kasih Cinta - Afghan
It's You from Hitomi (Japan song)
Sempurna - Faizal Tahir
Kerna Kamu - Faizal Tahir
Crush - David Archuleta
Bawaku terbang - The fabulous cat
Menjaga hati - yovie & nuno
Soundtrack My Girl

11) 10 PERSON I WISH TO TAG
sesiapa yang rajin wat tag :P

Monday, October 13, 2008

Kisah streamyx ku...

Selamat semua sekali...

Dah lame tak update blog..memang bersawang gile..ni mesti kena vacum semua sawang-sawang kat blog aku nih..kikiki wink

Seperti yang telah aku maklumkan sebelum ni, aku akan mula update blog aku setelah talian streamyx aku dipasangkan dan diaktifkan kat rumah aku ni..so, kalo dah ada entry ni maknanya streamyx aku dh on la..kikiki razz..ehe..ape senyum-senyum?..OoOo..suka ke blog aku dah kembali?..ehe..jangan malu-malu...ngaku je la..tengok gigi je, aku dah tau razz

Jadi nak dijadikan asbabnye..talian streamyx aku ni melalui baaaaaaanyak halangan sebelum dapat digunakan dengan jayanya oleh aku..kat sini aku perturunkan ape kesnye yang menimpa aku...

  • Pada 8 september aku ke kedai Telekom kat Kajang sana..Tujuannya hanya satu, nak daftar talian tetap ngan talian streamyx sekali...alang-alang ada talian talipon, pasanglah sekali intenet (bak kate orang... razz). ..semuanya nampak ok..borang pon dah siap diisik..awek yang kat kaunter tu cakap tunggulah antara 4 hingga 8 hari, akan datang technician pasang talipon..sambil tersenyum aku ucapkan terima kasih..dia membalas sambil mengenyitkan mata manakala aku membenarkan hatiku dicuri olehnye... wink (apa daa aku mengarut..?)
  • Tunggu punya tunggu xde sesiapa pun call aku...aku dah mula hilang kesabaran..housemate aku yang asyik tanye je bila talipon nak masuk bagaikan mencurahkan minyak tanah ke dalam hati aku..akhirnya 19 september barula datang terhegeh-hegeh nak pasang fix line talipon..walaupun marah, tapi aku tetap menguntum senyuman disebabkan senyum itu sedekah...Ya! setelah 10 hari baru datang umah aku.. mana janji-janjimu cik telekom oiii, kate dalam masa 4-8 hari je.. razz
  • 20 sepetember aku check talipon aku xde bunyi ape-ape..macam rosak je..aku beli bateri, mana tau kot-kot kena pakai bateri ke..x jalan gak..aku call technician yang datang umah aku haritu..die cakap nanti die datang check..beriya-iya dia cakap nak call balik..25 september, streamiyx pon sampai..tapi buat ape?..talian talipon takleh pakai...tunggu punya tunggu takde siapa pun call atau nak datang betulkan line...aku dah mula panas.. mujur disebabkan bulan puasa kesabaran aku taklah setebal lapisan kulit bawang... razz
  • Kemudian dah masuk raya..sah-sah la takda datang..habis cuti raya, 6 oktober aku call telekom Kajang..pastu awek dalam talipon tu bagi number talipon technician...aku call technician tu, dia cakap call balik technician yang pasangkan talipon tu..aku call technician yang pasangkan talipon aku balik..dia bagi number talipon technician lain..alasannya, dia tak gi tempat aku..bila aku call number technician yang die bagi tu, technician tu dengan selambanya suruh call talian khidmat pelanggan..loh....aku pon call..aku cakap, sila betulkan line talipon saya cepat sikit..dah dekat sebulan dah...
  • 11 oktober, technician Telekom datang umah aku..pastu call aku dengan nada yang kasar..tanya ape masalah..hangin betul aku...last-last check punya check rupanya technician yang pasangkan talipon aku haritu wat penyambungan, longgar kat bilik telekom kat tingkat bawah rumah aku...die ketatkan, terus ok..semuanya bole pakai... selesai masalah..bukan susah beno..cuba la datang awal-awal haritu settle problem..ish..ish..ish...Jadi kesimpulannya, pemasangan streamyx aku memakan masa sebulan untuk boleh digunakan..huhusad