Wednesday, July 23, 2008

how to becoma a good leader

Sejak semua member2 aku habis blaja dan memulakan fasa baru di alam pekerjaan...Banyak yang keluar jadi seorang pemimpin...contohnya sebagai engineer yang mengawal semua technician...ataupun yang mengawal selia perjalanan produk satu kilang..xpon mengetuai strategi pemasaran untuk company..aku pulak..masih kat sini habiskan research master aku..dulu konon2 masih kuat nak belajar, tak nak keje dulu...terus sambung..sekarang ni? menyesal..yelah cara kerja masa undergrad lain berbanding master...huhuhu..
walaubagaimanapun, masa tak boleh diputar kembali..sabarkan sahaja diri sendiri....

Ok disebabkan mereka ni sudah menjadi antara yang tertinggi dalam company yang dieorang kerja, ada banyak aduan dan komen dari diaorang betapa beratnya menjadi pemimpin sesuatu team..yup! aku akui..kat sini aku turunkan beberapa tips menjadi leader unggul hasil pembacaan bermacam buku motivasi kerja dan juga pengalaman aku..huhu..kongsi la ape yang aku tau...

Pupuk sifat sabar
Menjadi seorang leader dalam sesuatu kumpulan pekerja (team) menuntut penuh kesabaran..ini kerana dalam satu team mungkin terdiri daripada pelbagai lapisan umur dan tahap pendidikan yang perlu kita hadapi...tidak lupa juga rakan-rakan yang sama level dengan kita (contohnya rakan sesama jawatan) kadang kala, rakan sesama jawatan ini ada yang cemburu dengan kita dan ia akan cuba menonjolkan dirinya dengan cara yang kurang baik...di sinila kita kena perlu banyak bersabar..juga, sebagai pemimpin kita kena banyak bersabar dengan karenah ahli-ahli yang bekerja bersama kita...mungkin ada yang agak pendiam, ada yang kaki kipas, ada yang cakap je lebih kerja entah ke mana dan sebagainya...selain itu, ade juga yang jenis perangai kasar atau yang lebih lembut..semua ini perlu dihadapi dengan sabar...jangan biarkan anda hilang kawalan dan mula maki memaki..hal ini tidak molek..selain anda dipandang serong oleh staff lain, dibenci dalam diam dan krebiliti anda menjadi sangat rendah..tiada pemimpin agung di dunia yang bersikap suka memaki hamun..bersikap diplomatik adalah yang terbaik..kadang kala ada sesetengah pemimpin yang mahu hatinya dijaga, tetapi hati orang lain tidak dihargai..

Jangan bersikap pilih kasih
Menjadi naluri manusia, akan ada orang yang disukai lebih daripada orang lain..maksud saya di sini, suka bukan atas dasar cinta tapi lebih kepada perasaan selesa dengan seseorang...Ketika anda mentadbir sesuatu organisasi, mesti ada seorang yang anda paling percaya, paling boleh diharap dan sebagainya...tapi sebagai pemimpin, anda dituntut untuk bersikap lebih adil kepada orang lain...Jika anda terlalu memilih kasih antara semua team dalam organisasi, ini akan mengundang rasa tidak puas hati dengan cara yang negatif..bagi pihak ahli dalam team, mereka akan merasa tersisih, tidak diperlukan selain rasa tidak puas hati terhadap 'anak emas' boss..bagi bos pula, pekerja akan mula menjadi kurang mesra dengan anda, krebiliti anda menurun dan anda dilihat seorang yang terlalu bergantung..bagi mereka yang menjadi 'anak emas' pula..mungkin anda berasa anda berada di fasa 'top of the world' tapi percayalah dalam bidang pekerjaan, anda akan berjaya atas sokongan semua pihak..jadi menjadi 'anak emas' bukan beerti tiket untuk lebih sombong..jika semua rakan sekerja anda berhenti kerana 'muak' dengan perangai anda..anda tidak ke mana-mana jugak...

Pandai membahagikan masa dan tanggungjawab
Seringkali kita terdengar, orang yang terlalu khusyuk dengan kerja meninggalkan aktiviti seharian yang sepatutnya dilakukan oleh manusia biasa...contohnya; anda yang terlalu kuat bekerja sampai ke malam sampaikan hujung minggu pun masih bekerja..tiada masa untuk keluarga, rakan-rakan, beriadah, rekreasi dan sebagainya...selain itu, pembahagian masa itu amat penting..jangan terlalu menumpu kepada pekerjaan sehingga mengabaikan yang lain...ingat! waktu bekerja adalah 8 jam sehari 5 kali semingu..lainla anda adalah pemilik organisasi tersebut, suka hati andalah nak bekerja selama mana yang anda nak..tapi ahli team anda juga ada kehidupan..mungkin hujung minggunya ade aktiviti lain yang perlu dibuat..jadi, x perlula anda libatkan hal kerja ketika mereka semua bercuti..kecualilah ia benar2 penting...kenali bebanan diri anda, jangan tamak nak ambil semua projek semata-mata untuk mengejar kepuasan diri sendiri..jangan nanti yang dikendong berciciran yang dikejar xdapat..adalah lebih baik menghabiskan projek satu demi satu dalam sela masa yang ditentukan daripada kelam kabut 24 jam yang hasilnya belum tentu sempurna

Hargai setiap insan
Jangan memandang rendah keupayaan orang lain...setiap insan yang berada pada posisinya sekarang diambil bekerja berdasarkan keupayaan dan keperluan ilmu yang mereka ada..seorang technician misalnya tidak akan diambil bekerja sebagai technician sekiranya dia tidak mempunyai diploma misalnya..jadi, mereka tau apa yang perlu mereka buat..mereka tau tanggungjawab tugas masing2..jadi, tugas anda sebagai pemimpin adalah untuk memberi petunjuk (guide) untuk menyalurkan pengetahuan yang mereka ada untuk mencapai objektif organisasi..ingatlah bahawa pemimpin yang baik akan dapat memupuk bakat dan keupayaan pekerja di bawahnya sehingga ke peringkat maksimum...(bukan hanya pandai mengarah ye..pandai memupuk...gunakan talent dan kelebihan ahli team)...Tidak semestinya mereka yang cemerlang semasa belajar merupakan seorang pekerja yang sangat baik dan yang paling produktif...penentuan survival di tempat kerja adalah berdasarkan kepada kecerdasan EQ, bukannya IQ...telah banyak kes yang saya lihat sendiri mereka yang kononnya genius bila diambil bekerja, cara bekerjanya seperti robot..tidak pandai menganalisis, tidak boleh membuat keputusan sendiri dan mengeluarkan pendapat sendiri, tidak berdikari, perlukan bimbingan sepanjang masa dan yang paling teruk sifat 'robot' meliputi kehidupan peribadi sendiri..setiap orang ada kelebihan tersendiri, bukan setiap orang sama..kalau sama itu namanya robot dan entah-entah kalau anda yang mahukan orang yang 'robot' bekerja dengan anda, anda juga sebenarnya adalah 'robot'..hahahaha..

Bersedia menerima teguran dan mengakui kesalahan sendiri
Ini adalah bahagian yang paling penting..apabila menjadi pemimpin, tidak beerti anda adalah manusia yang paling sempurna..ya! mungkin kelayakan akademik anda yang paling tinggi antara semua tetapi kadang kala sebagai manusia, anda juga bersikap terlepas pandang...dan kadang kala orang bawahan anda lebih alert berbanding anda..dan seperti manusia biasa yang lain, kita tidak terlepas daripada melakukan kesilapan..jika anda yang tersilap, mengaku...budaya ini banyak diaplikasikan dalam budaya kerja orang Jepun, Korea dan Barat..tidak sukar untuk menyatakan ungkapan maaf, malah ia akan meninggikan lagi krebiliti anda..tetapi, dalam masyarakat kita, ungkapan maaf sukar diucapkan kerana ia seolah-olah menjatuhkan krebiliti diri sendiri..tetapi maaf cakap, orang yang sukar menuturkan maaf adalah orang yang sangat tinggi egonya dan angkuh...sebagai pemimpin, anda juga harus oleh menerima teguran orang lain tidak kira samada daripada peringkat atasan mahupun bawahan..input-input walaupun sedikit amat berguna..janganlah kerana terlalu ego menerima teguran orang lain anda akan menjadi seperti katak di bawah tempurung...walaubagaimanapun, sebagai pemimpin anda harus menunjukkan contoh kepimpinan yang baik dan menghormati semua orang. Bagaimana orang hendak menjaga hati anda sekiranya anda sendiri tidak pandai menjaga hati orang lain..bagaimana anda hendak dihormati sedangkan anda sendiri tak pernah cuba nak hormat orang lain..percayalah, jika anda bersikap lebih sabar, lebih rendah diri (rendah diri tetapi jangan terlalu merendah diri seolah-olah anda tidak yakin..berpada-padalah)..anda akan dihargai dari sekecil-kecil tukang sapu hinggakan kepada CEO organisasi anda..

ingatlah, kehidupan di dunia ini umpama roda..mungkin hari ini insan tersebut tiada apa-apa..tapi mungkin suatu hari nanti dia akan berjaya dan mungkin lebih berjaya daripada anda...Hidup ini hanya pinjaman, jawatan tinggi yang anda pegang, tidak bermakna ia lesen untuk anda mendabik dada..muhasabah diri dan ingatilah bahawa nikmat yang tuhan beri boleh direntap sekelip mata...

palstik? hipokrit? wuteva la apa orang nak cakap....

Tau x..dalam kehidupan seharian kita..banyak sangat benda2 plastik..off course la sejak terciptanya bahan yang dinamakan plastik tu hampir semua benda jadi plastik...namakan je..beg plastik? kerusi plastik? senduk plastik? mangkok plastik? termasuklah plastik surgery? ke?..hahahaha..disebabkan cengkaman kehidupan masa kini..manusia-manusia plastik pon makin banyak..macam mana manusia plastik ni? aku definasikan kepada manusia yang bermuka-muka dan hipokrit...aku xtau ape jenis orang la...sanggup depan lain, belakang lain...

Yang pastinya orang macam ni makin melambak sekarang ni..sebab semua orang nak lepaskan tengkuk masing-masing...jadi bukan sesuatu yang menghairankan..sbenarnya dari zaman Rasulullah lagi orang macam ni dah wujud...gelaran yang diberikan adalah munafik..tapi pada zaman sekarang kalo kita cakap orang munafik...amboi marah! jadi up sikit kita guna hipokrit..baru moden...

yang pastinya aku lemas dengan orang plastik ni...depan kita bukan main baik jer..tapi belakang mengutuk kaw2..ntah ape die nak pon tak tau...yang pasti orang macam ni takkan puas..selagi orang yang die attack tu x jatuh selagi itula dia x jenuh2 berusaha..hihik...aku dah bosan ngan suara ala2 manja, ramah, mesra, meleweh-leweh pastu bila belakang mengutuk...

bagi aku, orang ni bahaya...jangan dibuat kawan..baik tinggalkan je...sehari dua boleh la orang percaya cakap2 orang macam ni..tapi lama2 orang boleh nampak siapa yang gelap siapa yang terang...xda faedah mana pon kawan dengan orang macam ni...bayangkan hari ni die kutuk orang lain depan ko..esok2 entah2 depan orang lain die kutuk ko...jadi the best way tinggalkan je..biarkan je dia..takda hal..buat bodo je..

Monday, July 21, 2008

Iklan jap

Hujung minggu ni nak pindah umah baru..huhuhu

Nak pakai duit bayar down payment...

Pada masa yang sama..nak beli camera..huhuhu..

pada masa yang sama, 3 Ogos ni kak cha dgn abang ipar angkat @ Anton kawen

Pada 3 Ogos gak, kepit pon kawen kat Putrajaya....

Mana satu nak g?..


Gambar sekadar hiasan...

Hujung minggu ku... (Season 2..part 3-season finale)

Trivia

  1. Menu makanan aku...sabtu tengah hari -Ayam goreng ayamas Hot Crispy...sabtu malam- KFC snack plate..Ahad tengah hari- Nasi Kandar Sri kayu + KFC spicy (Wan belanja..) Ahad malam- KFC original (lebihan KFC siang tadi..huhuhu)...Isnin pagi- muak makan ayam dan segala yang ada kaitan dengan ayam..sad
  2. kesejukan angin di rumah Zaid sehingga aku terpaksa pakai sweater walaupon di dalam rumah...smile
  3. Zaid sibuk mencatatkan barang-barang yang harus dibeli semasa jalan-jalan kat IKEA tapi akhirnya kantoi ngan aku, pensil IKEA tu patah...rupe-rupenya selama ni sekadar lakonan sahaja..konon2 nak short list la barang ape nak beli...teet!lol
  4. Balik dari Sunway Piramid, kreta kembara Zaid nyaris-nyaris mencium blakang kreta Myvi..mujur xde ape2...huish!
  5. Seperti biasa...aku konon2 jalan2 je..taknak beli ape2..last2 sambar juga satu khakis..lepas tu terus buat2 xnampak je sign sale yang ade..sad
  6. Kedatangan kami ke rumah Zaid disambut dengan air teh 'O' (minuman rasmi sejak zaman blaja lagi..huhuhu) dan juga kuaci minggu lepas dan biskut bujang...:P
  7. Seperti biasa..Cengkering adalah penaja rasmi...die belanja main bowling dan juga makan2 kat secret recipe..huhuhu..sesekali pow kering...smile

Hujung minggu ku... (Season 2..part 2)


Sebelah malamnye pulak...aku, tengku, cengkering ngan zaid bergegas pulak (Ceh! bergegas...poyo je razz..) ke Sunway Piramid...hehehehe...konon2 nak main Bowling la....turut sama join kiteorang adalah Rina (akak zaid), Anor (adik zaid) dan housemate Rina (Miss A...sebab aku lupa nama die..teet! razz)....huhu..tapi malangnya sampai2 je ade hari keluarga kat situ...terpaksa tunggu sampai pukul 11 mlm kalau nak..huhu razz

Untuk mengisi masa lapang, kiteorang tengok la pameran bunga yang ade kat situ..humang aih! wangian daripada bunga-bungaan penuh kesegaran..razz...

kelihatan seorang apek sibuk membetulkan susunan bunga selepas melihat seorang jejaka sedang menangkap gambar beliau menggunakan phone nokia 5300..
makan malam? KFC snack plate je..huhuhu razz...lepas makan terus main bowling..hadoi yai! terasa mengah pulak...ape2 pun aku tetap yang tercorot..totooooot! razz


Tiada dalam gambar...aku! sebab tgh amik gambo..huhu
Lihat la aku kat mana? huhuhu..yang pasti malam tu sengatan aku x berbisa..mesti aku kena mandrem ni...
Teknik yang sangat berkesan untuk menakutkan pihak lawan..teknik imbangan kaki hasil gabungan teknik tarian ballet+bowling berirama...

Hujung minggu ku... (Season 2..part 1)

Ya ampun...rasanya sudah terlalu lama aku x g mana2 berfoya-foya bagai nak rak macam dolu2..huhu wink

hujung minggu yang lepas (19/7) aku turun Damansara ke rumah siapa lagi kalo tidak rakan baik aku sejak zaman sekolah-sekolah sampai la sekarang...Zaid @ Tuan Zaid (panggilan pekerja estet pada die...skrg tidak lagi..tooot! wink)..hehehe..Zaid nih keje kat Sime Darby Plantation...dulu die keje jadi engineer plantation kat kulai..baru bulan ni dinaikkan pangkat, jadi pindah la kat Damansara....sekarang ni tiada lagi pekerja-pekerja estet yang dia nak kene deal, so kuranglah pening...hihihi..aku dengar dulu masa kat Kulai dia kena handle 2 orang pekerja India yang bergaduh kat kilang..hahahaha....dahsyat!..ok stop pasal Zaid...cerita lain pulak...huhu...

nak dijadikan cerita, tengah hari sabtu tu aku sampai...lepak-lepak kat umah dia yang kat tingkat 13 tu..mak aih! bestnye...dahla atas bukit...angin bukit dia sejuknya..macam duk kat area Genting lak...tenang sikit tengok pokok-pokok menghijau kat blakang apartmen die pon nmpk best...Chewah!clapclap

yang pastinya..petang tu barula nak jalan2 g shopping ..huhu..sbenarnya saje je cuci2 mata...berjalan ke sana ke mari tengok sale yang ade...huhuhu..last2 sempat sambar seluar khakis Padini kat Padini concept store..hurm..lepas beli ni cepat2 cabot la..untuk mengelakkan perbelanjaan yang x terancang..tibe2 depan kedai tu ade 5 patung tengah pegang phone samsung yang baru..aku pun pegi la tengok..loh! rupe2nye manusia..dari jauh ingat robot tadi...sempat la snap sikit2...wink
konon2 berminat dengan fungsi phone samsung tu....rolleyes

Beriya-iya amoi tu beri penerangan..
Lihatla rambutku yang macam crita Star Wars ni..hihik

Yang ni lak macam the queen of narnia lak..jambul die tak hingat...apo pandang2? kawe org klate la....mu ingat muko kawe mace oghang putih, kawe oghang putih ko?
Inila hukuman akibat datang kelas lambat..kene berdiri atas cubicle..dengan kasut tumit tinggi lak tu..hadoi yai! rolleyes

Bunny!

Haritu time petang-petang di suatu hujung minggu, aku tengah lepak-lepak tengok TV dengan pintu sliding door yang terbuka luas..tetiba aku prasan ade seekor tetamu yang tak diundang tetiba jenguk-jenguk tengok aku..(apahal? hensem sangat ke aku harini?..wakakaka!) aku ingatkan kucing datang nak berak..aku dah siap-siap nak terjah..rupe-rupenya..laaa! arnab! arnab sape plak ni?patutla telinga panjang...Owh! bukan main baik ek usha aku...terus aku mendapatkan lobak yang kebetulan ada dalam peti ais..sebab arnab ni kiut, jinak dan masuk umah aku untuk menambat hati aku jadi aku pon bagi la lobak tu kat die....
aku patahkan sikit..aku jemput die makan.."cik arnab..makan la..jangan malu2..."redface
"Eh! nape x makan..pandang-pandang saye lak..makan la..jangan malu2...saya dah biasa kene pandang macam tu..." Totooooot! (buzzle amaran...sbb mengarut..) mrgreen
"ececece..malu2 lak..makan je...saye iklas ni.."wink
"haaah! makan pon....suke tak? kalo suke lain kali datangla lagi...bule makan lobak lagi..."

keesokan paginya, dia datang lagi...aku bagi lagi lobak kat dia..pastu? die pergi tanpa pesan..ntah ke mana ntah....sampai sekarang dah x datang lagi dah...babai arnab..kenang daku dalam doamu... yondaime

I'm on Diet!

Pada bulan ni aku isytiharkan sebagai bulan diet kaw-kaw bagi aku...semua ni bermula apabila aku mendapat pangggilan interview untuk jawatan pegawai sains kat mosti 29 julai ni..jadi aku terfikir "loh! sekarang ni berat badan aku dah makin meningkat...Jadi, aku kene kurangkan sikit untuk nampak best..kebetulan! 3 ogos ni member aku lak kawen..ish xleh jadi ni..jadi mulai sekarang marilah kite semua berdiet!" (sambil berdiri tegak, menggenggam kedua belah tangan dan muka penuh bersemangat..) Lagipon sejak habis belajar, beratku makin naik bagai dipam-pam...x henti-henti lak tu..huhuhu
Inisiatif pertama...aku beli majalah men's health sebagai rujukan..inisiatif kedua..aku join forum then bace ape2 maklumat dari situ..huhuhu...cry(ape punya plan daa...?) akibatnye...aku jumpe satu produk yang berkesan dan dipercayai ramai..Herbalife! yaay! aku amik satu set...Formula 1 + formula 2+ formula 3+ botol shacker+sudu herbalife dan kotak...hehe..dieorg pos straight ke rumah...langue

ini la shacker nye
Jangan x tau produk ni mmg stok level antarabangsa la...die gak taja bermacam-macam ahli sukan dunia..xcaya tgk la jersi dieorg..so, kira established dah la...berdasarkan feedback pon...banyak yang positipnye...huhuhu..aku berharap kali ni cita-cita aku (huhuhurazz) kali ni akan tercapai dengan herbalife...huhu razz

Ha! nilah contoh pengguna yang mkn herbalife..huhu aku jumpe yang tulisan cina je razz
set pertamaku...tidak seperti di dalam gambo..ni hiasan je....Oh Ya! set pertama ni aku beli ngan harga Rm 284 je..dapat harga ahli..maklumla beli dari rakan-rakan forumer je...hehe..inilah untungnye kalo bergiat aktip dalam forum..hihihihi...langue

Korang! kalo nak tau..aku start consume product ni mula isnin (14/7/08)..dengan berat permulaanku 91kg..(huhuuhu..beratnye...cry) hari ni aku timbang (jumaat 18/7/08)...berat aku dah 90 kg! yaay! walaupon sekilo tapi bagi diriku, ia amat berharga..waaah! macam tagline iklan lak....sila berusaha! yaay!venere