Oleh SUBASHINI RAJANDRA
subashini.rajandra@kosmo.com.my
Kelompok haiwan terbesar di darat iaitu gajah akan dibunuh bagi mengurangkan bilangannya yang semakin bertambah.
DALAM dunia yang dikuasai oleh makhluk yang bernama manusia, macam-macam boleh berlaku. Maklumlah, di muka bumi ini, 'kuasa' itu terletak di tangan mereka. Jadi, apa sahaja tindakan dan keputusan yang diambil, biasanya memihak kepada manusia. Yang menjadi mangsa ialah haiwan-haiwan yang tidak mampu mempertahankan habitat dan kehidupannya di bumi yang sepatutnya dikongsi bersama secara adil dan saksama.
Dimulakan dengan kisah terbaru yang diumumkan oleh pihak berkuasa Afrika Selatan iaitu mulai awal minggu ini, kelompok haiwan terbesar di darat iaitu gajah akan dibunuh bagi mengurangkan bilangannya yang semakin bertambah.
|
|
Pengumuman ini mengejutkan sejumlah aktivis haiwan di negara tersebut mahupun di serata dunia selepas negara itu menyaksikan pelaksanaan larangan memburu gajah sejak 13 tahun lalu. Tindakan ini bukan sahaja mencetuskan kontroversi tetapi bakal melihat kepada susulan tindakan yang sama diambil oleh negara-negara Afrika lain.
Menteri Alam Sekitarnya, Marthinus van Schalkwyk berkata, kerajaan tidak mempunyai pilihan lain selain bertindak sedemikian di bawah kriteria yang terkawal bagi mengurangkan tahap penurunan kualiti alam semula jadi, di samping konflik yang semakin menjadi-jadi di antara gajah dan manusia.
Satu ketika dahulu, situasi ini berada pada tahap yang genting sehingga mendorong Afrika Selatan berusaha sedaya-upaya untuk melindungi populasi gajah yang kini dipercayai bertambah pada kadar lima peratus dalam setahun dan dijangka berlipat-ganda menjelang 2020. Pada awal abad ke-20, hanya 200 ekor gajah yang tinggal dan haiwan ini tidak mempunyai pemangsa lain, selain manusia sendiri.
|
|
Itu situasi di Afrika. Di Amerika Syarikat pula, satu lagi keputusan yang mengejutkan diumumkan apabila serigala kelabu di bahagian utara negara itu dibenarkan untuk dibunuh oleh Jabatan Hidupan Liar dan Perikanan Amerika Syarikat.
Tindakan itu terpaksa dilakukan kerana bilangan serigala kelabu ini dilihat meningkat sedikit demi sedikit. Mengulas isu itu, Nancy Taylor dari Wolf People di Cocolalla melontar persoalan bagaimana seseorang boleh memberi justifikasi antara pemulihan yang seimbang dengan perlindungan?.
"Topik ini menjadi satu perbincangan yang cukup emosi bagi saya. Ia membuatkan saya berasa sedih," kata Taylor.
Jabatan Hidupan Liar dan Perikanan Amerika Syarikat percaya haiwan ini tidak lagi tergolong dalam senarai haiwan yang terancam di bahagian utara Rocky Mountain. Pihak berkuasa memberi justifikasi bahawa selepas beberapa tahun serigala kelabu ini diberi perlindungan, angkanya kini melebihi 1,500 ekor yang merayau di Montana, Idaho dan Wyoming. Idaho sahaja mempunyai kira-kira 700 ekor. "Baru sahaja kewujudan mereka dirasai, sekarang mereka hendak tembak semua kecuali membiarkan hanya 125 ekor yang hidup."
|
|
Pegawai Idaho yang cuba menunjukkan sikap bertimbang rasa, menyatakan mereka akan membiarkan 100 hingga 300 serigala kelabu hidup jika rancangan ini diluluskan menjelang Mac ini. Taylor menjelaskan kerajaan lebih mengambil berat terhadap golongan pemburu dan petani daripada kumpulan pelindung haiwan.
Kes-kes seumpama ini akan didengar dari semasa ke semasa. Namun begitu terdapat juga kisah manis berhubung dengan haiwan-haiwan terancam yang hidup selamat dan membesar dalam kurungan di negara-negara lain. Antaranya ialah 17 burung penguin yang dibiak di Tasik Debrecen yang terletak di sebuah zoo tempatan kira-kira 245 kilometer di bahagian timur Budapest, Hungary, Jerman.
Usaha ini dilakukan dengan kerjasama antarabangsa yang berharap penguin terancam ini dilindungi dan dikuarantin selama tiga hingga empat minggu bagi tujuan pemulihan.
Di Zoo Prospect, New York pula, seekor panda merah yang diberi nama Mao Mi, mencuri perhatian ramai termasuk haiwan lain apabila ia dijaga dan diberi makan dengan baik. Tergolong dalam senarai haiwan terancam, Mao Mi dimasukkan dalam program pembiakan Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar untuk menjamin kelangsungan hidupnya.
Berbeza pula kisahnya di Costa Rica. Seekor monyet Howler yang baru berusia tiga bulan kehilangan ibunya yang mati dilanggar kereta. Monyet itu kini dijaga di Pusat Penyelamat Hidupan Liar Terancam, Alajuela, Costa Rica.
p/s: aiii...inilah disebabkan pemanasan global....huhuhu..:(
No comments:
Post a Comment