Friday, November 30, 2007

Blues untuk korang..:P


6.30 pagi

Aku tersedar dari lena...pagi ini, hari hujan lagi...Aku usap-usap lemah mataku..Terasa perit rasanya membuka mata selepas lena yang panjang. “Alhamdulillah, masih ada lagi udara yang aku sedut pagi ini..”, rintihku sendirian...Aku bangun...Subuh...Kata orang subuh itu banyak keberkatannya. Terngiang-ngiang lagi suara arwah Tok Nah membisikkan lembut di telinga cucunya yang sorang ni suatu ketika dulu. “Bangun pagi...sembahyang subuh. Nanti rezeki tak lekat..”, Betullah tu. Kata orang tua jangan dibetah. Insyaallah..aku cuba. Kerana kadang kala aku juga alpa..maklumlah, aku bukan manusia maksum. Kadang kala aku juga hanyut dalam kenikmatan lena ni..Nikmat tuhan...hehehe..aku senyum sendiri...

Selepas selesai sembahyang subuh. Aku tak tahu nak buat apa. Nak sambung tidur, mata bagaikan memberontak. Benci untuk kembali lena. Hahaha...apa lah yang nak dibuat pagi-pagi macam ni..Di luar hujan masih turun...lebat..sangat lebat..kalau hari cerah boleh lah aku keluarkan peluh...berjogging..Pagi-pagi macam ni seronok! Kanak-kanak comel berlari. Kicau burung. Udara segar. Warga-warga emas jalan berpimpin tangan. Romantis. Manis. Mendamaikan. Tapi hari ini, hari hujan.

Aku bosan. Aku perhatikan akuarium kura-kura yang aku bela sejak 3 bulan yang lepas. Dua-dua tengah lena tidur. Kelakar! kedua-duanya tidur berdiri. Aku tertawa sendiri. Itulah, kadang-kadang bukan manusia sahaja yang boleh menjentik hati kita, haiwan pun boleh. Itulah makhluk ciptaan tuhan. Ada fungsinya. Aku kembali ke ruang tamu, hempaskan badan ke atas sofa biru. Buka TV. Aku tonton TV..dengan fikiran yang kosong.

Tiba-tiba, telefonku berbunyi. Mesej. Dari siapa?. “Hai..tengah buat apa?”, Hah! siapa ni? Siapa pulak mesej aku pagi-pagi buta ni. Siapa? kalau bosan pun buat apa la mesej aku pulak. Macam kurang penting. Hish! ni mesti ada orang nak main-mainkan aku ni. Aku balas. “Siapa ni? Sorry, tak kenal la nombor siapa”, Hurm, apa lah yang dia balas nanti. Telefonku berbunyi lagi. Amboi! cepatnya balas.

“Tak ingat ke? ni kawan lama la. Nidah..:)”, Nidah? Nidah mana? Aku tak ingat la. Siapa la pulak ni? Ish...susah betul la...

“Owh..Nidah! ape crite..lame x ctct..”, Hahaha..aku cuba buat-buat kenal. Tak lama selepas tu telefonku berbunyi lagi. Dia balas.......

~Bersambung...:P~

*Cerita ini adalah rekaan semata-mata. Tiada kaitan samada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

3 comments:

AnALoNe said...
This comment has been removed by the author.
AnALoNe said...

huhu..puitis sungguh nukilan anda..
risau aku..huhu tetibe risau lak

Anonymous said...

iii..bele kure2 ek...sama cam i, suker bela kure2 gak