Friday, May 23, 2008

Padankan warna

Bingung memikirkan warna pakaian apa yang perlu dipakai untuk ke pejabat? Dapatkan tip ringkas mengenainya.


SEMUA warna yang ada pada pakaian seharusnya padan dengan kumpulan warna yang sama.



MEMADANKAN warna antara baju, seluar, sut dan tali leher kadang kala membuatkan kaum lelaki pening kepala. Kita sering tertanya-tanya adakah warna tali leher yang dipilih itu padan dengan kemeja yang akan dipakai ke pejabat.

Mungkin ada yang beranggapan bahawa ia tidak penting dan mengambil pendekatan tidak peduli. Tetapi awas, jika tersilap langkah, anda boleh menjadi bahan ketawa hanya kerana pemilihan warna tali leher, kemeja dan seluar membuatkan anda seperti serba tidak kena.

Jangan bimbang, anda tidak perlu terlalu memikirkan tentang padanan warna yang kompleks, sebaliknya anda hanya perlu mengetahui asas koordinasi warna-warna ini. Mempelajarinya juga tidaklah sesukar yang disangka.

Putih sesuai untuk apa sahajaBagi mereka yang mempunyai banyak kemeja putih, berita baik untuk anda. Ini kerana baju putih boleh dipadankan dengan apa jua warna tali leher, sut atau seluar. Bagi tali leher, anda boleh memilih tali leher yang mempunyai banyak warna dan corak.

Seeloknya, padankan kemeja putih dengan tali leher berwarna gelap, bercorak atau jalur. Kemudian, sempurnakan penampilan anda menerusi sut hitam atau kelabu. Pasti tiada siapa yang akan mengutuk anda selepas ini.


WARNA yang terletak bertentangan di atas roda warna dikira sebagai padanan yang baik.


Kelabu sesuai dengan warna cerah

Gunakan warna kelabu untuk mengawal apa jua bentuk eksperimen dengan warna. Warna kelabu mempunyai ciri yang hebat untuk mengurangkan tarikan warna-warna terang. Boleh dikatakan warna ini mampu dipadankan dengan hampir semua warna.

Jadi, jika anda mahu menguji kesesuaian warna atau menambah warna pada pakaian tanpa bersifat berlebih-lebihan, pakailah pakaian yang berwarna kelabu sama ada seluar, baju sejuk atau jaket bagi mengurangkan kekuatan warna-warna garang.

Penggunaan warna kelabu dalam berpakaian bukan sahaja membuatkan anda kelihatan bijak memilih warna, malah warna kelabu adalah warna yang sofistikated, klasik dan cool.

Jangan pakai seluar berwarna pelik




Tidak kira siapa anda, jangan sekali-kali memakai seluar berwarna yang nampak pelik hingga menarik perhatian orang lain. Maksudnya, bagi seluar slack, chinos jeans atau sebagainya, terdapat warna-warna yang sudah pun sebati dengannya.

Misalnya seluar berwarna hitam, kelabu, coklat dan khakis adalah warna seluar yang patut ada di dalam almari anda. Memakai seluar berwarna terang seperti merah, kuning atau hijau hanya membuatkan anda kelihatan seperti badut.

Pastikan warna seluar yang dipakai tidak menyerlah berbanding warna baju dan tali leher.

Gunakan warna dalam 'keluarga' sama

Untuk penampilan terbaik, semua warna yang ada pada pakaian seharusnya padan dengan kumpulan warna yang sama. Berdasarkan konsep warna asas 'keluarga' warna ini, ia mewakili darjah terang atau gelap bagi setiap warna yang anda minati.

Salah satu tip yang boleh diaplikasikan ialah cuba bayangkan bagaimana warna yang dipilih itu akan muncul dalam foto hitam putih. Misalnya, gunakanlah warna pastel dengan warna pastel yang lain.

Gunakan padanan roda warna

Sekiranya anda bijak melakukan padanan dengan warna-warna yang bersesuaian, pujian akan datang kepada anda. Warna yang terletak bertentangan di atas roda warna dikira sebagai padanan yang baik.

Misalnya merah dan hijau, kuning dan ungu, biru dan jingga. Memadankan warna-warna sebegini adalah petanda anda mempunyai keyakinan tinggi, bijak berpakaian dan mampu menghasilkan penampilan yang menyerlah berdasarkan kumpulan warna tersebut.

Mungkin anda boleh mencuba mengenakan kemeja biru berkotak dengan tali leher berwarna jingga. Gandingan ini memberi gaya moden dan sofistikated.



Sumber:kosmo

Thursday, May 22, 2008

Artis seksi dan sayur



ARTIS dan makanan juga boleh menjadi isu dalam dunia hiburan. Selain isu artis memiliki badan kurus kerana kurang makan, golongan artis yang tidak makan daging juga sesuatu yang menarik untuk diikuti.

Banyak sebab yang menjadi penyumbang utama seseorang itu mengamalkan cara pemakanan sayur-sayuran sahaja atau dikenali sebagai golongan vegetarian. Artis terutamanya menjadikan ia satu trend yang semakin berleluasa dengan menghindari daging di pinggan mereka.

Tidak kira ingin mengekalkan bentuk badan yang ideal secara sihat atau atas sebab berkaitan dengan moral, keagamaan, budaya, etika, persekitaran, sosial, ekonomi, kesihatan mahupun politik, corak pemakanan sebegini dilihat merebak dengan cepat.

Malah setiap tahun, Pertubuhan Hak-hak Asasi Haiwan (PETA) akan menyenaraikan artis pengamal sayur paling seksi yang bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai orang berhenti memakan daging dan bertukar menjadi pemakan sayur.

Tahun lalu, undian telah menunjukkan penyanyi Carrie Underwood sebagai pengamal vegetarian wanita paling seksi dan Kevin Eubanks sebagai pemakan sayur lelaki paling seksi.


MILO VENTIMIGLIA


Antara artis lain yang turut disenaraikan termasuk Kristen Bell, Dallas Howard, Joaquin Phoenix, Milo Ventimiglia, Avril Lavigne, Gwyneth Paltrow dan Jared Leto.

Manakala selebriti Asia yang tersenarai adalah Maggie Q (Hong Kong), Elva Xiao (Taiwan), Barbie Xu (Taiwan) Amitabh Bachchan (India) dan model Filipina, Isabel Roces.

Minggu ini, mari kita melihat beberapa kisah menarik artis yang menyebabkan mereka menjadi pemakan sayur dan mengapa ada artis yang sanggup melepaskan tabiat memakan sayur.

Carrie kesayangan PETA


CARRIE UNDERWOOD


Terkenal bukan sahaja kerana bakatnya dalam nyanyian, Carrie Underwood juga dinamakan sebagai pengamal vegetarian paling seksi selama dua tahun.

"Saya berhenti memakan daging lembu semasa berusia 13 tahun. Saya lakukannya kerana terlalu mencintai haiwan dan pembunuhan haiwan membuatkan saya sedih.

"Bukan itu sahaja, iklan yang berkaitan dengan daging juga membuatkan saya sedih. Ia amat janggal," katanya yang meminati piza sayur-sayuran.

Turut merupakan pencinta haiwan, Underwood selalu menyelamatkan haiwan terbiar. Maka tidak hairan dia merupakan antara artis kesayangan PETA.

"Mereka (haiwan) bergantung kepada manusia untuk menjaga mereka. Jika anda memberitahu saya tidak boleh menyanyi lagi, saya cuma akan menyatakan ia amat teruk kerana ia bukan hidup saya.

"Jika anda memberitahu saya tidak boleh berada dengan haiwan, saya akan mati," kata Underwood.

Punca Kareena kurus


KAREENA KAPOOR semakin langsing dengan pengambilan sayur-sayuran dalam diet hariannya.


Sebab utama aktres Bollywood, Kareena Kapoor berhenti menjamah daging adalah kerana bentuk badannya. Dia yang ingin kelihatan langsing terpaksa menghentikan corak pemakanan berasaskan daging.

Namun, perubahan cara pemakanan dan dietnya telah menimbulkan perasaan bimbang ibu bapanya kerana Kareena kelihatan terlalu kurus.

"Saya adalah penggemar daging sebelum ini. Tetapi saya berasa lebih sihat dan tidak lagi diselubungi perasaan bersalah selepas menjadi seorang pemakan sayur," jelasnya kepada akhbar Mumbai Mirror.

Aktres filem Omkara ini percaya dengan memakan sayur akan menyumbang kepada kehidupan yang lebih sihat tetapi bapanya Randhir Kapoor menyangkal tanggapan itu.

Kambing, sayur dan Anne


ANNE HATHAWAY


Aktres Anne Hathaway menjadi pemakan sayur yang serius semasa berada di lokasi penggambaran filem period, Becoming Jane di Ireland.

Dia membuat keputusan untuk tidak lagi memakan daging selepas menyaksikan kelahiran seekor kambing biri-biri di ladang berdekatan.

Pelakon The Devil Wears Prada ini yang memainkan watak penulis novel kegemaran, Jane Austen dalam filem ini sebenarnya jarang memakan daging. Namun, kehidupannya seketika di Ireland telah menghentikan dia daripada memakan daging.

"Dulu saya seorang pemakan sayur fleksibel. Ini bermaksud saya memakan daging apabila saya berasa diri saya akan 'mati' atau pengesan. Tetapi pada kebanyakan masa saya memakan sayur-sayuran sahaja.

"Semasa kami menjalankan penggambaran berdekatan dengan ladang kambing biri-biri, ia merupakan musim melahirkan anak kambing biri-biri. Dan semua anak kambing biri-biri ini berkeliaran kelihatan comel.

"Walaupun saya tidak pernah memakan daging kambing, saya tidak dapat lagi memakan daging selepas itu," tambahnya.

Alicia sayang haiwan

Seperti kebanyakan orang, Alicia Silverstone bukannya pemakan sayur sepenuhnya. Namun, dia amat menyayangi haiwan.

Berpendapat bahawa lembu, ayam belanda dan kambing juga sama comel anjing dan kucing, Silverstone memberitahu mereka juga ingin hidup dengan kasih sayang.


ALICIA SILVERSTONE


"Mereka juga tidak menyukai kesakitan. Kini apabila saya melihat stik, ia membuatkan saya berasa sedih dan sakit kerana saya akan teringatkan anjing saya. Sudah 10 tahun saya menjadi pemakan sayur dan itulah keputusan paling bijak yang pernah saya lakukan.

"Secara fizikal, impaknya amat menakjubkan kerana saya berjaya mendapat berat badan ideal serta kulit bersinar. Saya berasa sihat dan kelihatan lebih hebat berbanding 11 tahun lalu," kata Silverstone yang ingin lebih ramai orang menyertainya dalam kehidupan kurang 'kejam' ini.

Memberitahu dirinya menjadi lebih aman dan gembira selepas menjadi pemakan sayur, keputusan Silverstone ini juga telah membantu mengurangkan kesengsaraan haiwan.

Selain daripada itu, Silverstone juga memilih untuk tidak memakai produk dan pakaian yang diperbuat daripada haiwan.

"Saya tidak akan memakai pakaian yang diperbuat daripada bulu biri-biri dan kulit. Saya juga tidak akan membeli barangan daripada syarikat yang menjalankan ujian produk ke atas haiwan," jelasnya lagi.

Melanie berkorban untuk suamiBagi mengekalkan satu perhubungan perkahwinan, banyak perkara yang perlu dikorbankan oleh kedua-dua pihak. Melanie Griffith juga melakukan perkara yang sama terhadap suaminya, Antonio Banderas.

"Melanie sangat mencintai Antonio. Dia banyak berkorban untuk mengukuhkan lagi perkahwinan mereka. Impiannya adalah untuk memuaskan Antonio kerana apabila suaminya gembira, dia juga berasa gembira," kata satu sumber.

Namun, pengorbanan apa yang dilakukan oleh Griffith untuk menunjukkan rasa sayangnya itu? Dia sanggup melepaskan dirinya sebagai pemakan sayur supaya mereka berdua boleh berkongsi makanan bersama.

"Apabila dia memakan daging dan telur, saya juga memakannya. Saya mahu berkongsi dengan dia untuk merapatkan hubungan kami," kata Griffith.

Rasanya keputusan Griffith itu berjaya kerana pasangan ini masih lagi bahagia selepas berkahwin selama 12 tahun.

Wednesday, May 21, 2008

Insomnia in me part 2

semalam after update blog...

Insomnia lagi...ssh sgt nk tido....

Bila dapat tido...

Bila bangun kepala naik pening...Perfect morning for me dgn kepala berpinau :P

sekarang kepala aku dh senget dah..kuikuikui :D

Tuesday, May 20, 2008

Definisi kematangan?


Ada sesetengah orang, suka sangat nak attack orang lain..agaknye happy sangat kot bile buat orang lain down...ade seorang ni, dari dulu aku kenal suka sangat sound aku, "bile la ko ni nak matang, takkan la nk gile2 sampai tua? sedarla umur ko tuh dh 20 lebih dah"..hish! bukan telinga je panas bile dengo beb, silap2 kalo aku cucuh telinga aku kat cerek air, mau menggelegak air tuh dibuatnye...buat suspen je...:P Aku baru awal 20an, die nk aku berimej mcm mn? 30an? 40an? orang yang 30an ngan 40an plak nak nmpk muda..die nk kite nmpk tua?

Apa makna kematangan seorang lelaki? (ceh! suspen ni...)pada pendapatan aku yang x mencecah 5 angka tiap2 bulan..yang masih solo (ade chance lagi ni...:P) berbintang scorpio, berumur 24 tahun dan tinggal di rumah teres 2 tingkat..aku merasakan kematangan bukanlah diukur dari aspek luaran tetapi dari segi aspek dalaman iaitu merangkumi (perkataan untuk digunakan dalam karangan form 5 spm..:P) cara berfikir, bertindak dan juga daya kepimpinan yang akan diterjemahkan oleh seseorang lelaki itu sesuai dengan tanggungjawab lelaki sebagai pemimpin.... Cehwah! macam Dr Fazillah kamsah plak :P

Orang yang matang menunjukkan kematangannya dari segi tindakannya dalam menangani situasi dalam hidupnya dan pertuturannya...kalo setakat gaya je mcm Pierce Brosnan tapi bile bercakap merapu x tentu hala...macam tin kosong...same je ngan budak sekolah, baik x payah..budak sekolah sekarang pon lg advance tau..:P xpayah la nk kritik orang lain, konon2 nmpk gile2 kononnye x matang..Wah! orang gile2 ni la yang pandai baca situasi tau...biasanye org yang gile2 ni pandai wat lawak n sporting..die sensitif dgn keadaan, sbb tu pandai wat lawak sesuai ngan masa n tempatnye...nampak je hu ha hu ha..tapi otak ligat...Lainla yang nampak matang, macho bagai nk rak..tapi x sensitif dgn keadaan, mencelah melulu...sendri gak yang malu...Eh! macam pantun lak..buat suspen je :p Ada orang muka sememeh je, tapi bila bercakap..Wow! tergambar kematangannya, bagaimana die melihat dunia dari perspektif yang berbeza...serta merta pesona datang kepadanya dan dia dihormati...

Jadi, kematangan ini akan datang dengan sendirinya..melalui cara hidup, pengalaman....Ada orang sampai ke tua pemikiran macam budak2 sbb ape? dari kecik ditatang bagai minyak yang penuh, xpenah merasa kepayahan orang lain..ape yang dilihat cuma berpaksikan pada diri sendri je..x pernah sensitif dengan kepayahan orang lain..hanya masa sahajalah yang akan mengajar erti kematangan yang sebenar padanya...Cuba tengok situasi yang aku paparkan ni (tiada kaitan samada yang hidup @ meninggal dunia..Sj gune watak dan situasi pompuan supaya tidak ada kaitan dgn orang2 lain..lagipon contoh je kan...:P):-
  • Situasi 1: Menachi (bkn nama sebenar..)adalah graduan yang baru je menerima ijazah..Menachi sedar die perlu membantu keluarga, untuk balas jasa mak bapaknye selama ini..Menachi bertungkus lumus mencari kerja sesuai dengan kelulusannya..Buat permulaan, die mendapat kerja di sebuah company kecil dengan gaji x sampai Rm 2000..xpe la, janji ade kerja..Dia plan, selepas die mendapat pengalaman dari company ni, die akan pindah ke tempat keje yang lain @ die pada masa yang sama mencari kerja yang lebih baik..pada masa yang sama die plan, sekarang umur die katekan 22, kerja..kumpul duit..bagi mak bapak merasa duit hasil titik peluh die...umur 26, kawen dgn jejaka idaman...masih terus bekerja untuk bantu suami dan pada masa yang sama untuk bagi duit pada mak bapak..perbelanjaan sekolah anak pon dah lepas...mungkin selepas 10 tahun (36 tahun) barula pertimbangkan untuk berhenti dan jadi suri rumah sbb kehidupan sudah stabil..bila umur 55thn, x perlu risau sbb wang kwsp pon ade..kehidupan hari tua pon terjamin...
  • situasi 2: Kumari (Bukan nama sebenar) baru lepas habis belajar tapi berasa diri die bukan jenis wanita berkerjaya..Kumari sebok nk cepat kawen sbb member 1 universiti SEGELINTIR dh sebok nk kawen..disebabkan desakan keluarga, akhirnya Kumari keje gak sebagai kerani di sebuah company besar dgn gaji RM 1000 je, tu pon keje yang senang dapat dan x pening2 kepala..cukup2 untuk diri die, mak bapak pon x merase sgt..Jiran? xyah berangan le :P..umur dah 24, die pon dh bosan nk keje..desak pulak boipren ajak kawen..rasa terancam sbb SEGELINTIR member2 lain semua dh kawen...then, kawen...boipren pon baru nk bina hidup...bila dh kawen, hadapi masalah kewangan..salahkan suami sbb gaji kecik (yg br start keje x sampai 5 thn) sedangkan diri sendiri xnak keje...bila dh ada anak, masalah kewangan makin menghimpit..nk beli barang, kena catu..nk bagi mak bapak? xde budget..duit deepavali lagi? sekolah lagi? Oh Tidak! mula la merungut :P bila hari tua, xde wang simpanan...hurm, sendri la dei mau ingat!
Itulah contoh kematangan dalam menghadapi kehidupan..Nak2 pulak zaman sekarang, semua nk pakai duit...masuk tandas pon dh naik 30 sen sbb harga minyak ngan beras dunia dh naik :P...Ingat, jangan cepat menuding jari pada orang lain..1 jari yang menuding pada orang lain, ade 4 lagi jari yang menuding pada diri sendiri..jadi, sedar-sedarlah..:P

Hambik kau! Ooo...cakap orang pandai ek...hihihi :D

Jodoh? Berapa kali mau tanya daaa?

Ai...Bonjour!

Jodoh? ade apa dgn jodoh?

Kenapa cerita pasal jodoh? ini semua sebab gara-gara housemate aku bakal menamatkn zaman terunanya x lame lagi...lbh kurang dalam 2 minggu lagi la kirenye...disebabkan itu, aku pulak yang dihambat pertanyaan, bile lagi? sebab antara semua aku la yang paling solo..hihihi :D buat masa sekarang ni lah...

Pada umur 24 tahun, berbintang scorpio dan masih bujang...sangat kerap aku dijamah dengan pertanyaan "ko dah ade awek ke?" adoi! lemah kepala siku aku mendengarnye...bukan aku xnak bercouple2 ni semua, tapi aku sebenarnye malas nk involve in masalah cintan cintun ni lebih2 lagi dalam keadaan aku yg macam kapal Titanic yang bile2 masa je bole tenggelam.. :P ada orang penah cakap kat aku, bab cintan2 ni makin kite kejar, makin die lari, jadi better kite relaks, cool...nanti die datang dgn sendirinya..hehehehe :P so, aku amik sebagai panduan..aku percaya tuhan mesti dh tentukan pasangan masing2..cume cepat @ lambat je..x kira la pasangan tu nanti gemuk ke, ramping ke, oarng putih ke, orang biru ke..yang pasti akan tiba suatu hari nanti..dan satu lagi, apa yang aku perhatikan, pasangan korang tu nanti mesti adalah refleks kepada diri korang..Yup! perhatikanlah..biasa sangat la..nk contoh? kes2 yang aku perhatikan...

  • kalau yang bioprennye jenis kaki flirt, aweknye pulak..mak ai..jelesnye..mmg hangin la kalo nmpk boipren die flirt2 ni hatta dgn rakan sekerja :P
  • kalau boiprennye jenis liar, suka main2 kan hati orang lain, aweknye? pon same...sejarah menunjukkan...:P
  • kalo boipren jenis sempoi, awek pon sempoi...
  • boipren sporting? awek die pon sporting n gila2...kalo x brape sporting, awek die jenis kuat gelak :P
  • boipren islamik? off course la die pilih awek die pun jenis muslimah..
So, pengajarannya di sini, jodoh yang ditentukan dengan korang sebenarnya adalah refleks peribadi korang...xkan de, dapat awek yang jauh melangit bezanya dengan diri korang..sbb dari persamaan inilah timbulnya keintiman dalam perhubungan..kalo x banyak, sikit pon ok..dan juga terdapat kelebihan pada diri pasangan korang yang akan melengkapi kekurangan korang...ceh! macam dokter cinta lak aku nih..:P

Jadi, muhasabah la diri sendiri..kalo diri tuh x brape molek (dr segi hati & perangai le..:P) bawak2 la berubah...ada satu nasihat yang popular diperdengarkan...

"wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik, dan begitulah sebaliknya..."

So, i'm waitin for the best for me... harder to get, the most priceless, easiest to get, the most fragile :P


Wednesday, May 14, 2008

Insomnia in me...

Ok...nape aku post artikel insomnia dari kosmo ni?

sebenarnya ia ade kait rapat ngan aku...yup! aku selalu insomnia...dari minggu lepas...sgt sukar untuk aku memulakan proses tidur nih time mlm2...x tau la sbb global warming ke..tapi mmg ssh sgt nk tidur...smpi satu mase aku hampeh sgt xleh tdo...aku bantai layan youtube...sampai area pkl 3 @ 4 br leh tdo pastu bgn awal...kepala rase mcm x pueh tdo tapi bile nk tdo xleh....

hurm...sbb tu la aku post artikel ni sbb mcm menarik je..i hope i could sleep well after dis..:P

*dh xleh tdo tu xde mood lak nk bace2 ke...tulis blog ke...rase mcm x slesa..sbb tu tgk youtube :p

Insomnia penyakit moden

Insomnia yang meragut waktu tidur masyarakat moden bukan sahaja menjejaskan kesihatan fizikal dan mental penghidapnya, malah turut mendorong keinginan penghidap untuk membunuh diri. Wartawan YEO LI SHIAN merungkai permasalahan ini.


MANUSIA pada lumrahnya menghabiskan sekurang-kurangnya satu pertiga daripada kehidupan ini untuk tidur. Malangnya, kini dalam kecanggihan dunia digital dan kesibukan gaya hidup moden, kenyataan itu mungkin tidak lagi relevan.

Modenisasi yang sepatutnya memberi transisi positif kepada kehidupan manusia bagaimanapun telah 'meragut' waktu tidur kita. Jangankan memiliki rutin tidur tetap, memperoleh tidur yang berkualiti pun payah! Semua ini benar, lebih-lebih lagi jika anda seorang warga kota.

Apa tidaknya dengan waktu kerja yang meleret-leret, pertukaran syif dan peningkatan tekanan emosi yang tidak bernoktah sama ada berkisar tentang hubungan peribadi, konflik keluarga mahupun soal kewangan.

Hasil daripada ini, manusia tidak lagi dapat mengecap nikmat tidur secukupnya. Malah, pakar-pakar kesihatan menganggarkan kira-kira 10 hingga 35 peratus daripada jumlah sesebuah populasi umum adalah penghidap insomnia. Namun, persoalannya ialah bilakah kali terakhir anda mendapat tidur malam yang berkualiti?

Berasal dari perkataan Latin, 'no somnus' yang membawa maksud 'tidak boleh tidur', insomnia bukan lagi fenomena baru dalam kalangan masyarakat negara maju seperti Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan Britain.

Berdasarkan laporan Institut Kesihatan Kebangsaan AS, lebih daripada 70 juta warga negara tersebut adalah penghidap insomnia.

Satu tinjauan oleh Yayasan Tidur Kebangsaan Britain baru-baru ini pula mendedahkan kira-kira dua pertiga daripada keseluruhan populasi orang dewasa di negara itu mengalami masalah tidur selama beberapa hari dalam seminggu. Kadar kelaziman insomnia dalam kalangan tenaga pekerja di Jepun juga dikatakan hampir menyamai populasi umum masyarakat AS dan Eropah.


DALAM sesetengah kes serius, pesakit insomnia mungkin mengambil jalan pintas dengan membunuh diri. - Gambar hiasan.


Melihat senario ini, mungkin ramai yang tertanya-tanya bagaimana pula situasinya di negara membangun seperti Malaysia? Dalam konteks negara kita, insomnia kini menjadi penyakit moden yang serius menyerang golongan muda. Lebih membimbangkan, satu dalam setiap tiga warga Malaysia dilaporkan mengalami masalah tidur.

Pengerusi Bahagian Psikiatri Swasta, Persatuan Psikiatri Malaysia, Dr. Nor Hamidah Mohd. Salleh yang ditemui Kosmo! baru-baru ini berkata, insomnia yang berlanjutan bukan sahaja memberi impak negatif kepada produktiviti dan fungsi kognitif manusia. Malah, ia juga menjejaskan kesihatan fizikal dan mental penghidapnya sehingga menjurus kepada keinginan membunuh diri.

"Orang perlu faham bahawa insomnia bukan perkara remeh. Ia boleh menjadi simptom kepada sesuatu kesakitan mental atau fizikal yang tersembunyi. Malangnya, sebilangan besar penghidap hanya berjumpa doktor selepas masalahnya bertambah teruk.

"Misalnya, dalam satu kes, seorang pesakit muda mengambil keputusan membunuh diri kerana tertekan dan murung akibat mengalami insomnia sejak sekian lama. Bagi situasi seperti ini, pesakit dikaburi oleh kesukaran untuk tidur biarpun telah mencuba pelbagai kaedah. Tetapi, nasib baik, dia berjaya diselamatkan," katanya yang juga pakar perunding psikiatri di Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Kuala Lumpur.

Menurut Dr. Nor Hamidah, biarpun insomnia adalah masalah universal yang boleh melanda sesiapa sahaja, golongan muda dilihat lebih lemah dalam pengurusan disiplin waktu tidur. Di manakah silapnya dan mengapa ini berlaku?

"Tidur adalah satu keperluan biologi. Tetapi, masalah insomnia meningkat seiring dengan kemajuan sesebuah negara. Inilah harga yang perlu dibayar. Namun, adakah ini bermakna kita sudah tiada hak kawalan ke atas jam biologi kita?

"Tengok sahaja gelagat orang muda kita. Ramai yang suka tidur lewat. Telefon bimbit dibiarkan beroperasi 24 jam dan kerja sampai lewat malam. Makan malam pula sekitar pukul 9 atau 10 malam serta suka bersembang kosong di kedai mamak. Tanya diri sendiri, bagaimana nak pulihkan jam biologi kalau tidak ubah sikap terlebih dahulu?" ujarnya.


DR. MOHAMAD HUSSAIN HABIL


Satu tinjauan yang mengkaji tabiat tidur dalam kalangan penduduk dunia oleh syarikat perabot terkemuka, IKEA menerusi Gallup International pada tahun 2005 mendapati, rakyat Malaysia merupakan kelompok masyarakat dunia yang menikmati waktu tidur paling sedikit dengan purata hanya 6.6 jam sehari.

Walaupun setiap individu mempunyai keperluan biologi berbeza iaitu pada purata enam hingga lapan jam sehari, masalah kurang tidur telah terbukti mengundang bahana seperti melakukan pelbagai kesilapan bekerja dan risiko mendapat kemalangan.

Contoh terdekat termasuklah kes-kes kemalangan jalan raya yang melibatkan pemandu-pemandu bas mengantuk sewaktu menjalankan tugas.

Pola harian secara naturalnya telah menyediakan tubuh untuk berehat pada sebelah malam manakala aktif di siang hari. Namun, bagi orang yang gila bekerja atau pekerja mengikut syif, konsistensi waktu tidur telah terganggu.

Ketua Jabatan Perubatan Psikologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Profesor Dr. Mohamad Hussain Habil ketika dihubungi Kosmo! mengakui golongan pekerja mengikut syif terdedah kepada risiko mendapat insomnia tertinggi meskipun belum terdapat data tempatan yang mengkhusus tentang topik ini. Antara golongan pekerja mengikut syif termasuk jururawat, pekerja kilang, pengawal keselamatan dan juruterbang.

"Tidur malam paling berharga kerana ia waktu terbaik 'mengecaj semula tubuh' selepas sehari suntuk bekerja. Itu sebabnya rutin tidur tidak boleh diganggu. Biarpun jika anda hanya tidur tepat tengah malam dan bangun seawal pukul 7 pagi setiap hari, itu sudah cukup ideal.


MASALAH insomnia meningkat seiring dengan kemajuan sesebuah negara.


"Keperluan tidur setiap orang berbeza. Ada yang perlukan tidur berjam-jam, selebihnya pula mungkin hanya perlu tidur selama empat jam tetapi tetap segar dan memiliki konsentrasi yang baik. Ini masih dianggap tidur yang berkualiti," jelasnya.

Gangguan pada kitaran tidur akibat bekerja mengikut syif sekali gus mempengaruhi keupayaan fisiologi tubuh manusia.

Jelas Dr. Hussain, tubuh bertindak balas terhadap kegelapan atau waktu malam dengan membebaskan sejenis hormon, melatonin agar kita menjadi penat dan ingin tidur.

Namun, bagi mereka yang tidur lewat atau bekerja pada syif malam, tubuh mungkin mendapat isyarat salah bahawa ia masih siang hari sekali gus meningkatkan paras hormon siang iaitu kortisol. Apabila kita akhirnya masuk tidur, melatonin mungkin tidak lagi sempat menjalankan tugasnya sebelum fajar menyinsing.

Para saintis percaya melatonin merupakan sejenis antioksida yang hebat. Selain mampu bertindak dalam persekitaran berair atau berlemak, peranan primer melatonin pada waktu malam adalah menyerap semua radikal bebas sebelum ia merosakkan tisu-tisu lain di dalam tubuh. Penjelasan ini agaknya sudah cukup menerangkan mengapa bekerja mengikut syif malam boleh mengundang bahana kepada kesihatan.

Selain tekanan, pengaruh atau ketagihan terhadap dadah dan alkohol, ada kalanya juga ia dikaitkan dengan kesukaran untuk tidur.

Beliau yang juga Presiden, Persatuan Permasalahan Tidur Malaysia (SDSM) berkata, meskipun simptom-simptom awal penghidap insomnia boleh dilihat, bukan semua pesakit menunjukkan tanda.

"Simptom-simptom umum termasuk sentiasa kelihatan letih, kusut, mudah naik angin, sukar memberi fokus, mudah sensitif atau terdapat lingkaran mata gelap. Anda akan terkejut jika terdapat pesakit yang datang kepada saya nampak normal sahaja.


DR. NOR HAMIDAH MOHD SALLEH menerangkan bagaimana insomnia boleh menjejaskan kesihatan mental seseorang.


"Jika diamati, pesakit mungkin kemurungan atau mengalami gangguan kesakitan kronik," tambahnya.

Oleh kerana insomnia zaman moden bukan lagi satu jenaka, Dr. Hussain menyarankan agar pesakit tidak melengahkan peluang mendapat rawatan sebaik-baiknya selepas dua minggu berturut-turut dibelenggu masalah tidur.

Dr. Hussain bagaimanapun tidak menggalakkan penghidap insomnia mengamalkan tabiat 'mengubat diri sendiri' menerusi pengambilan pil tidur.

"Apa yang lebih praktikal ialah pesakit perlu berusaha mengubah sleep hygiene atau tabiat tidur yang lebih baik bagi mengatasi insomnia ini," katanya.

Tidak tidur tiga hari

ADAM (bukan nama sebenar) mula mengalami masalah tidur sejak bekerja dalam bidang pengiklanan, tiga tahun lalu. Saat berkongsi cerita dengan Kosmo!, lelaki berusia 30 tahun ini masih bergelut untuk membebaskan diri daripada kekangan insomnia. Katanya, perubahan jadual kerja yang ketat disangka dapat memperbaiki waktu tidurnya. Namun, sangkaannya nyata meleset apabila situasi bukan sahaja tidak berubah malah bertambah teruk.

"Pada enam bulan pertama, ingatkan selepas kerja malam, saya boleh tidur pada siang hari. Tapi, tak dapat. Keadaan ini berterusan dan semakin hari semakin membimbangkan.

"Apatah lagi dalam kerja ini, saya banyak berjalan jauh sehingga menyebabkan sistem biologi tidur, makan dan minum terganggu," katanya sambil mengerut dahi.

Lebih menyeksakan, dalam sesetengah malam, dia bukan sahaja hanya dapat melelapkan mata sejam dua. Pernah sekali, dia langsung tidak tidur selama tiga hari berturut-turut!

Memandangkan keadaan Adam yang semakin teruk, mahu tak mahu, dia terpaksa mencari jalan penyelesaian.

"Enam bulan selepas itu, saya cuba pelbagai jenis rawatan dan berjumpa doktor sehinggakan ada yang kata, saya mungkin perlu berubat secara tradisional kerana barangkali ia melibatkan sesuatu di luar bidang kuasa saintifik," katanya tanpa segan silu.

Kegagalan Adam mengikut rutin tidur tetap ekoran waktu kerja yang tidak menentu dan sering kerja sehingga lewat malam sekali gus memberi kesan kepada fungsi fisiologi normal tubuh.

Bercerita lanjut, dia memberitahu bagaimana kurangnya tidur berkualiti memberi impak kepada kestabilan emosinya.

"Saya jadi mudah sensitif dan cepat panas baran. Perkara-perkara remeh juga membuatkan saya hilang pertimbangan. Selera saya juga bertukar kepada makanan ringan manakala di tempat kerja, konsentrasi saya turut terganggu," jelasnya.

Tambahnya, walaupun dalam keadaan yang terlalu letih, dia masih tidak mampu melelapkan mata sehingga menyebabkan diri berada dalam tekanan.

Menurut Adam juga, dia menolak bantuan pil tidur yang disyorkan doktor kerana takut akan menjurus kepada pergantungan jangka masa panjang.


DAPATKAN bantuan pakar sekiranya anda sudah lama bergelut dengan masalah insomnia. - Gambar hiasan


Hakikatnya, Adam tidak keseorangan dalam isu berhubung insomnia yang kini menjadi bebanan masyarakat moden.

Insomnia pada asasnya terbahagi kepada tiga jenis iaitu insomnia jangka pendek, selang-seli dan tahap kronik. Kes Adam boleh dikategorikan sebagai insomnia kronik kerana berlaku sekurang-kurangnya tiga malam seminggu dan berlarutan lebih daripada sebulan.

Ketua Jabatan Perubatan Psikologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Profesor Dr. Hussain Habil ketika dihubungi Kosmo! berkata, insomnia tahap kronik pula terbahagi kepada dua iaitu primer atau sekunder.

"Insomnia primer berlaku tanpa sebarang punca tertentu dan tiada kaitan dengan masalah kesihatan. Tetapi, insomnia sekunder pula biasanya berpunca daripada masalah kesihatan. Misalnya, akibat gangguan mental seperti kemurungan atau tekanan mahupun atas sebab kanser atau asma," katanya.

Jelasnya lagi, dalam kes-kes tertentu, insomnia sekunder dilihat berpunca daripada persekitaran tidur yang tidak menggalakkan. Ini termasuk terdedah kepada pelbagai gangguan luaran seperti bunyi yang terlalu kuat atau bunyi pasangan berdengkur.

Sambil menegaskan insomnia bukan 'penyakit misteri', Dr. Hussain berkata, perubahan gaya hidup adalah pendekatan paling praktikal untuk mengatasi masalah ini.

"Jangan ingat tidur siang untuk jangka masa yang panjang boleh menggantikan tidur malam yang singkat. Ini tidak mungkin berlaku kerana tidur siang sebenarnya bukan satu keperluan.

"Dari aspek psikologi, tidur sebentar atau 'short nap' memang baik tetapi kita tak syorkan ini pada penghidap insomnia. Masyarakat moden sepatutnya dididik bagaimana untuk mengecap nikmat tidur malam yang berkualiti," ujarnya yang juga Presiden Persatuan Permasalahan Tidur Malaysia (SDSM).

Sementara itu, Pengerusi Bahagian Psikiatri Swasta, Persatuan Psikiatri Malaysia, Dr. Nor Hamidah Mohd. Salleh pula berkata, keadaan 'sleep hygiene' atau tabiat tidur yang baik boleh mempengaruhi kualiti tidur seseorang.

"Apabila tiba waktu tidur, bebaskan otak daripada apa juga masalah dan kekacauan. Jangan bawa hal pejabat ke rumah ataupun menonton di dalam bilik. Semua ini boleh menjejaskan kualiti tidur anda.

"Tidur macam makan. Perlu diseimbangkan dan elakkan daripada tidur terlalu lama. Jangan amalkan tabiat makan lewat atau tidur dengan perut lapar.

"Sebaik-baiknya, adakan satu rutin tidur tetap yang sama dalam sesebuah isi rumah. Dengan ini, ahli keluarga boleh saling mempengaruhi tabiat tidur yang baik bermula sejak kecil lagi. Ibu bapa perlu jadi contoh terbaik," jelasnya panjang lebar. - YEO LI SHIAN

Bila kawan jadi kekasih

Kawan yang selama ini kamu kenali sudah bertahun-tahun lamanya, tiba-tiba membuatkan hati anda berdebar-debar dan jatuh cinta. Adakah hubungan ini akan berjalan dengan lancar?


MENUKAR perhubungan kawan kepada kekasih memerlukan anda bersedia dengan segala kemungkinan pro dan kontra. -


JIKA dahulu, kamu menganggap dirinya seorang sahabat sejati, sanggup berkongsi suka dan duka serta menjadi teman yang paling setia mendengar masalah anda, kini lain pula situasinya.

Apa yang berlaku kini ialah situasi yang dilalui kamu berdua tiba-tiba menjadi suatu kejutan besar bak dentuman gunung berapi yang memuntahkan laharnya. Kawan yang selama ini dimahkotakan sebagai teman biasa kini bertukar menjadi kekasih istimewa kamu.

Persoalannya, adakah hubungan kamu akan berjalan dengan lancar sekiranya bercinta dengan sahabat sendiri? Adakah dia juga merasakan hal yang sama seperti kamu? Dan adakah kamu harus menyatakan perasaan itu terhadapnya?

Begitulah yang akan berlaku sekiranya hati seorang sahabat seperti kamu mengalami perubahan cinta yang drastik setelah sekian lama berkawan biasa dengannya.

Apabila kamu dilamun cinta dengan teman biasa, perlu diteliti semua aspek peribadinya, sebelum sesuatu hubungan itu menjadi bertambah intim. Takut nanti, 'yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran'.

Kata orang, bercinta dengan sahabat sendiri akan mencetuskan kekangan dalam sesebuah perhubungan. Sekiranya kamu khuatir persahabatan itu akan berakhir dengan saling benci-membenci, kamu harus mempertimbangkan aspek pro dan kontranya.

Pro

*Kamu harus menyukai seluruh peribadinya. Kamu juga perlu tahu bagaimana perubahan hatinya, apakah yang membuatkan dia bahagia sekiranya menjalin hubungan cinta dengan kamu dan apakah perkara yang perlu dihindari.

*Kamu sanggup melewati suka dan duka bersama, tidak kira apa juga rintangan yang dihadapi berbanding sewaktu menjalinkan hubungan persahabatan dahulu.

*Kamu mengenali ibu bapanya dan diterima baik oleh mereka. Yang pasti, kamu seharusnya mempunyai nilai-nilai positif yang membawa ke arah kebahagiaan kedua-dua belah pihak.

Kontra

*Memandangkan kamu berdua sudah mengenali perilaku masing-masing, maka tiada lagi hal-hal yang boleh membuatkan kamu perlu bertanya atau mencipta keterujaan. Ia mungkin menimbulkan rasa bosan jika anda masih mahu melakukannya.

*Anda meminati karakternya ketika bergelar sahabat. Tetapi tidak mustahil karakter itu boleh berubah setelah hubungan yang dibina bertukar menjadi kekasih.

*Malah sikap seperti cemburu dan syak wasangka yang melampau mungkin antara sikap yang tidak pernah anda sangka muncul pada si dia yang dahulunya hanya seorang teman biasa.

*Sebagai sahabat, hubungan kamu berdua dilihat bertambah baik, tetapi ia berubah setelah menjadi teman istimewa. Kamu akan kehilangan orang yang selalu menjadi pendengar yang baik. Dan siapa yang akan menjadi pendengar setia apabila dia yang menjadi topik pembicaraan kamu?

Risiko bercinta dengan sahabat?

Daripada segi pro dan kontra yang telah disenaraikan, aspek kontra lebih berkemungkinan membawa kamu ke arah kehancuran sebuah persahabatan yang begitu indah.

Kamu merasakan telah mengenali hatinya dengan baik sebagai sahabat, tetapi sebagai kekasih segalanya akan berubah.

Sementara aspek lain pula, terdapat risiko yang harus kamu hadapi apabila berterus-terang mengenai perasaan. Jangan meluahkan perasaan ini kerana ia akan muncul sekiranya kamu cuba menahan dan menyembunyikannya.

Duduk dengan tenang, pertimbangkan aspek pro dan kontranya. Jangan lupa, risiko yang mungkin terjadi. Ingat, kamu tidak akan mengetahui sejauh manakah perasaannya terhadap kamu sekiranya kamu takut untuk cuba bertanya sendiri.

Apabila kamu berdua berjaya mengungkap perasaan cinta itu, mungkin pada awalnya ia akan menimbulkan sedikit kejanggalan, tetapi kesudahannya, ia akan berakhir dengan kegembiraan. Selamat mencuba.

Tuesday, May 13, 2008

My pets!


Hola!
Untuk pengetahuan korang aku nih mmg jenis sayangkan haiwan..kirenye bersifat pencinta alam lah kirenye nih...:p

dari kecik aku mmg sukakan binatang..bapak aku plak jenis suka burung2 ni semua..masih aku ingat lagi dari kecik bapak aku minat bela burung2 nih...dari burung puyuh, merpati ekor kembang, terkukur, merbuk, kenari, ayam katik dah biasa sgt...ikan lak dari gapi, koi hingga ke kaloi!..so, x hairanla kalo aku pon tersuka sama....sbb aku tersuka binatang dulu mase kecik aku penah wat scrap book untuk projek skolah psl haiwan, baca buku2 haiwan, dan tempat aku suka g adalah zoo!

sekarang ni buat permulaan aku dh bela ikan gapi...mujur, aku bela x banyak yang mati...seronoknye ikan gapi nih die senang membiak...hrtu ikan gapi aku beranak, ramai gak anak die..:P ikan gapi ni x mcm sesetangah ikan yang kuarkan telur kat luar kat celah2 batu...telur dieorang berkembang jadi anak ikan dlm perut, so sampai mase anak die kuarla mcm ikan beranak...seronok bile tgk ikan ni beranak...anak2 die halus dan comel sgt...mata je beso...:P

yang kedua aku bela kura-kura air...beli mase pesta konvo dulu...2 ekor..mcm biase la sekor jantan, sekor betina...yang jantan name die Dunggof..yang betina nama die Regina Kiah Falenggi...beso duit 50sen je saiz die mase tu..tapi sekarang dh nk beso tapak tgn dh...kuku pon dh tajam...ya ampun! kuat makan tau kura2 ni...bagi makan x penahnye sikit..yang dunggof tu bdn die beso, kuat mkn...regina tuh kecik sikit, selera pon kecik..yang pastinya bile dh beso, kuat makan, kuat jugak berak...mak aih kalo 2 hari x basuh bekas die mau busuk 1 rumah...bau pulak tahap longkang kumbahan tau x...nk bela kura2 mmg kene rajin..tapi bela kura2 ni x cerewet..xbanyak karenah la kate org...hurm..cume rajin2 kan la tuka air die :p

yang ketiga, yang aku sayang sgt..kaloi putih siam..hehehe..die ni cerdik tau..aku beli dulu baru anak je...beso 2 jari je...sekarang x sampai 6 bulan dh sebeso tapak tangan aku dah...ikan nih kuat makan..aku bela ikan ni sempena tribute ikan kaloi yang bapak aku bela dulu...(kaloi bapak aku tuh dh mati..sbb mase nk pindah ke semenanjung..xkan nk bawak..bagi la kat orang..sekali ikan kaloi tu mcm merajuk lak, xnak makan..last mati bunuh diri sbb kebulur..sian...:(...)kaloi putih ni x mcm kaloi kampung biasa tu...badan die panjang sikit, warna putih dan ekor die merah2 sikit...semakin beso makin kuat la warna merah tu nanti...kaloi ni jenis binatang yg kenal sape bg mkn kat die...kalo nmpk aku kat bilik tu x tentu arah die..tu yg aku suke tu :P kalo hulur jari die akan kejar jari tu....comelnye! masuk ni dh 2 kali tukar akuarium coz die cpt beno beso..:P kuat makan plak tu..bg pallet, then nasik, then kangkung, then cacing kering pon die masih telan..mana x gemuk!yang pastinye bile aku mls nk lyn die..die akan main air dlm akuariun smbl buat bunyi dgn cara sedut air then pancutkan air tuh kat permukaan air..:P

My dream pets? nanti aku teringin sgt nk bela sugar glider..yup..aku suka sbb kiut mata beso tp bdn kecik...dlm rm 300 la sekor..huhuhu..xpe..aku beli gak nanti..lagi satu, iguana hijau..tu pon aku suka sbb mata die beso sgt..nmpk kiut...yg lain2 maybe hamster kecik tu (bkn siberian, kuat gigit yg jenis ni...) kalo ikan lak maybe kelisa ngan burung kenari..sbb dieorang cantik...aku selalu berangan kalo ade umah beso nk wat mini zoo dpn umah..mesti best! Lagi satu, aku teringin nk bela kucing sbb x penah berpeluang bela kucing..bestnye!

Drama kehidupan.....

sekarang ni aku mmg rase mcm dlm crite survivor lak...survivor ape? maybe survivor Bangi kot..hehehehe...yelah...ia berkaitan ngan survival hidup kite dan macam mana kita semua menghadapi perkara2 yang berlaku dlm hidup kita...Bagi aku, benda2 ni yang akan mematangkan kita dan bagaimana cara kite nk handle bende2 ni semua mencerminkan kematangan, didikan dari kecik dan juga personaliti kite...teet! :P

ape2 pon...mn2 tempat kalo korang bekerja mesti ade politik tempat keje ala2 taik kucing sembelit...kawan makan kawan? kipas boss?..tu semua biasa sgt...kadang2 dapat kita lihat, orang yang perangai buruk bagai nk rak, sombong x semenggah tapi jadi orang paling penting dgn boss..ala, bosanlah crite klise macam ni tapi mmg slalu sgt terjadi...nak2 pulak yg rase diri tu sangat suci, sangat sempurna, sangat baik..asyik anggap diri sendiri jadi mangsa keadaan tapi kenyataannya dielah yang selalu menyusahkan dan menyeksa orang lain..hai! dunia2....tapi bagi yang jadik mangsa orang2 mcm ni..bersabar je la...kita tengok la nanti, tuhan tunjukkan ape yg bakal terjadi kat orang2 mcm ni...setahun? boleh la boss x prasan...tapi lame2 sok...pecah jugak tembelang dan perangai die...Ingat! biasanya orang jahat ni sikit je nisbah die banding ngan orang baik..jadi, better jgn dilayan je..(kec kalo dh kronik sgt, jgn tangguh2 nk bertindak..)

itu tempat keje..kalo kat rumah pulak..ni yg aku nk kongsi pasal kes rumah kongsi2 la...katekan kalo ade 10 orang, 10 kepala la yang ade dan kene handle..ade yg pemalas, ade yg pengotor, ade yg kaki serabut..mcm2..jadi kalo dh duduk sama2 yang penting sini kene la tolak ansur..sikap biasa yg slalu diungkitkan ialah sikap pengotor dan jugak sikap pandai cakap je, buatnye hampeh...sikap2 yang lain maybe kecik je sbenarnye..bagi aku, bende2 mcm ni xyah la nk serabutkan kat kepala...kalo nk buat, buat! jangan nk salahkan orang lain..nk lari dr dieorang? masuk bilik tutup pintu..abis cerita pindah je...

Dalam hidup manusia mmg sifat manusia mencari pengaruh dan kuasa..bila rasa2 diri mulai goyah, mula takut...mulala nk pengaruh orang supaya sama2 jadi macam dia..kat sini la pentingnya jati diri..Insyaallah, muhasabah diri (kite bukan perfect sgt kan...)mana kelemahan kite sila akui..jgn takut dgn bayang2 sendiri...ape yang berlaku sekeliling kita mesti bersebab..kenapa orang jauhi diri dari kite, kenapa orang x suka kita...jangan cuba terlalu mengejar kesempurnaan sbb takut2 kesempurnaan yang cuba kita gapai tu kosong sbb banyak yang tercicir semasa sedang mengejar...

Gemerlap bukan bermakna permata, tajam bukanlah kaca...


aiii...sekarang ni aku dh melepasi sem yang kedua dan masuk ke sem 3...alhamdulillah...akhirnya aku melepasi 2 sem...lagi 2 sem lagi...sila berusaha! aku pon x sabar nk habiskan semua ni...tamatkan segalanye...:P

huish! dah lame x update blog...sbenarnye...banyak bende yang telah berlaku tapi aku x sempat nk coretkan di sini...Ok kali ni aku nk ceritakan pasal part time job..sejak akhir2 ni aku rase masalah kewangan makin menghimpit aku (biasala hidup sebagai student..kan?) tambah2 pulak bile elaun lambat masuk...hish! mmg pening..jadi disebabkan itu aku jadi part time cikgu tuisyen....

Ingat senang ke nk ajar bdk2 tuisyen ni...mmg la bayaran masyuk...tapi ko kene tahan mental la...kene banyak sabar, senyum selalu...bayangkan, aku ganti seorang cikgu tuisyen ajar bdk2 darjah 4 dan 5..ya ampun! serabutnye...dah la nakal2 pastu bising pulak tu...hish! mmg pening...nk marah kang x boleh coz tuisyen ni x formal, bkn mcm sekolah...sabar je la byk2...lepas balik ngajar, smpi kat umah bole pening...! bayangkan! agaknye mcm tu la dulu cikgu2 aku dulu coz aku mmg nakal...teet! :P

lagi satu aku ajar bdk tingkatan 1 dan 2...ya ampun! yg ni lagi kene banyak sabar...yang form 1 tu ok lagi...coz dieorang sikit dan mcm budak2 baik, kaki study....yang form 2 ni..ya ampun! mmg la dieorang ramai pastu masing2 mmg member kamcing...asyik main2 je...ssh nk tenagkan dieorang...kang aku nk marah2, dh beso, memberontak plak kang...aku ni selaku cikgu tuisyen dieorang main2kan je....:P Bile aku cube buat2 aku naik hangin bole jadi dieorang cakap "ala, cikgu ni baik..dhla hensem..die xkan marah kite nyer"...aiii! :( ...cair aku! :P maybe aku nmpk muda lagi, tu yg dieorang anggap mcm abg2 dieorang je..teet! :P

naseb baik aku ni jenis lambat naik hangin...:P maybe sbb tu aku masih tahan jadi cikgu tuisyen kot..hihihi..agaknye bende yang same la dirasai oleh Cikgu sarimah, cikgu biologi aku dulu coz aku slalu sgt buli die dulu..hihihi..ala! buli2 mesra je...mujur die sporting...:P

adakah semua ini karma? hahahaha :D