Sunday, March 30, 2008

Secebis kisah

Maafkan saya kerana saya tidak bijak mengarang. Saya bukan penulis.Apa yang saya yngin ceritakan pun hanyalah tetang monyet,haiwan yang sering jadi bahan sendaan kita, bukannya tentang wang, saham, barang kemas, kekasih yang jelita mahupun banglo besar. Saya tidak bijak bercerita tentang itu

Baru-baru ini saya ke Negeri Sembilan untuk mengunjungi rumah seorang saudara.Sewaktu kereta melalui hutan rekreasi Hulu Bendul di kuala Pilah, nun di depan sana ,saya lihat ada sekumpulan monyet mundar-mandir di sisi jalan yang sibuk. Ia seperti terburu-buru untuk melintas. Saya terus memandu dan sewaktu kereta semakin hamper,saya terkejut kerana ada seekor monyet menggeletik di atas jalan. Ia baru dilanggar salah sebuah kereta di hadapan saya.

Pantas saya menekan brek dan memperlahankan kereta. Kereta semakin hamper dan dada ini berdebar apabila melihat monyet itu terus menggelupur dan menghempas-hempas ke atas jalan. Kakinya terketar-ketar. Di sisinya ada darah dan cebisan daging. Tapi paling menyentak perasaan saya ialah apabila melihat perutnya yang buncit itu terburai, dan dari celah luka besar itu tersembul sesuatu berwarna kelabu. Tahukah pembaca, benda apakah yang saya lihat itu?
Benda kelabu itu adalah anak yang masih dalam kandungannya! Pada ketika itu saya terasa tubuh ini menggeletar. Saya pasti, si ibu monyet tadi akan mati sebentar lagi. Begitu juga dengan anaknya,nyawanya melayang sebelum sempat melihat wajah ibu. Sebaik melintasinya, saya pandang cermin sisi dan belakang. Saya nampak kawanan monyet tadi bercempera. Ia berlari-lari mendapatkan si ibu tadi, tapi kemudian bertempiaran semula ke tepi jalan kerana hamper saja dilanggar kenderaan yang lalu-lalang. Mungkin kepada pembaca sekalian, apalah ada pada nyawa seekor monyet. Ia hanya monyet. Haiwan hodoh. Hidupnya di hutan, tidak setaraf dengan manusiawi.

Tapi tidak kepada saya. Pulang bercuti, saya terus catatkan surat ini, kerana peristiwa yang saya sebutkan tadi sebenarnya telah mengingatkan saya kepada sebuah peristiwa yang berlaku pada awal 1990-an. Ketika itu usia saya masih di awal 20-an. Hari itu, saya diajak oleh seorang bapa saudara untuk memburu di hutan berhampiran rumah. Saya bukanlah minat memburu, tapi daripada bosan terperap di rumah, saya terima ajakan bapa saudara saya tadi. Masih saya ingat, beberapa jam berburu,matahari pun sudah meninggi, tapi tiada seekor haiwan pun melintas di hadapan kami. Pelanduk , napuh, rusa, ayam hutan dan burung yang selalu berlegar di hutan itu, seolah-olah bersembunyai jauh dari kami. Hutan itu sepi . Saya bertambah rimas, pak cik pula saya lihat mula kecewa. Hari kian beranjak petang, pak cik menepuk-nepuk senapang Relanya. Kata pak cik, " Kita balik ajalah, hari ni tak ada apa-apa.Mungkin esok ada habuan." Kami berjalan pulang, tapi selang dua tiga puluh langkah, kami terdengar suara riuh-rendah di sebalik pokok-pokok besar di hadapan kami. Saya mengamati suara itu, ternyata ia dating dari sekawan monyet yang sedang memakan buah-buah hutan.

Saya perhatikan pak cik begitu berminat memerhatikan haiwan itu.Di
bibirnya ada sebaris senyuman. Senyuman yang saya faham benar maksudnya. Adakah pak cik hendak menembak monyet-monyet itu? "Haa. Pak cik nak tembak ibunya, lepas tu pak cik nak ambil anaknya, nanti boleh bela, " begitu jawapan pak cik. Masih saya ingat juga, saya beberapa kali mendesak pak cik supaya membatalkan hasratnya itu, tapi gagal. Saya gagal mengendurkan niatnya. Tidak akan saya lupa kata-kata pak cik petang itu, "daripada balik tangan kosong? " lalu dia mengacukan senapangnya ke arah kawasan monyet tadi, dan ? DAMMM!!! Demi berdentum saja senapang, bercempera dan lintang-pukang monyet- monyet tadi menyelamatkan diri. Hutan itu riuh dengan bunyai ranting patah serta jerit pekik haiwan berkenaan. BUUUPP! Ada suatu benda yang jatuh ke tanah. Saya terpandang seekor ibu monyet jatuh berdekatan kami. Saya dan pak cik terus mendapatkannya. Dari perutnya bercucuran darah pekat. Anaknya yang tidak mengerti apa-apa terlepas dari pelukan, tercampak tidak jauh dari ibunya sambil menjerit-jerit.

Si ibu merengus-rengus memanggil anaknya dengan lemah. Ia cuba bangun. Dengan besusah payah sambil tangannya mencapai akar-akar pokok untuk mendekati anaknya. Sebelah tangan lagi menekap perut yang masih berdarah. Ia berusaha melangkah tapi terjatuh semula. Digagahi lagi sambil berguling-guling ke arah anaknya. Si anak yang baru pandai berjalan jatuh, bangun mendapatkan ibunya. Si anak itu terus saja memeluk ibunya yang kesakitan. Masih terbayang jelas di ingatan saya bagaimana si ibu monyet tadi memegang tubuh dan menatap wajah anaknya puas-puas, kemudian dicium berkali-kali. Setelah itu dibawa si anak ke dada lalu disuakan susunya.

Saya dan pak cik terdiam melihat si anak mengisap susu manakala ibunya
mengerang-ngerang perlahan seakan memujuk sambil menahan sakit. Hati saya tersentuh. Betapa si anak yang baru melihat dunia tidak tahu bahawa ibu tempat dia bermanja akan pergi buat selama-lamanya. Saya tidak mampu menyelami fikiran ibu monyet tadi, tapi mungkin ia ingin memeluk anaknya
buat kali terakhir, sepuas-puasnya, kerana selepas ini ibu akan pergi. Ibu tidak akan dapat memelukmu lagi apabila kau kesejukan, menyuap mulutmu bila kau merengek kelaparan, juga melindungimu bila kau kepanasan.

Mata si ibu monyet itu memandang ke arah kami. Tangannya memeluk erat si anak seolah-olah enggan melepaskannya, biarlah ia mati bersama anaknya. Matanya saya lihat digenangi air, masih tidak lepas memandang kami dengan pandangan sayu, mungkin ingin menyatakan betapa kejamnya manusia. Dosa apakah yang aku lakukan hungga aku ditembak? Salahkah aku bebas ke sana ke mari di bumi indah ciptaan Allah ini? Tubuh ibu monyet itu berlumuran darah, begitu juga dengan si anak yang masih di pelukannya. Beberapa detik kemudian, dengan tenaga yang masih berbaki, kami lihat si ibu mencium anaknya untuk ke sekian kalinya. Perlahan-lahan tubuhnya terkulai ditanah, bisa penabur dari muncung senapang pak cik tadi tidak dapat ditanggung lagi. Si anak menjerit-jerit memanggil ibunya supaya bangun dan melarikan diri dari situ, tapi si ibu sudah tidak bernyawa lagi. Puas menjerit, si anak tadi menyusu semula. Di saat itu perasaan saya terlalu sebak. Saya perhatikan pak cik, dia beberapa kali menggetap bibir cuba menahan air matanya daripada tumpah ke pipi. Tapi bila melihat si anak monyet tadi menjerit dan menggoncang- goncang tubuh ibunya, akhirnya air mata kami tumpah juga. Sayabetul-betul kesal dengan apa yang berlaku.

Susana sunyai kembali. Si anak monyet itu kami rangkul dan bawa pulang.
Biarpun ia terus menjerit-jerit dan enggan berpisah dengan ibunya yang telah mati.. Di dalam kereta saya hanya mendiamkan diri. Begitu juga pak cik. Pada ketika itu saya dapat merasakan betapa kejamnya kami kerana membunuh satu nyawa yang tidak berdosa. Biarpun monyet itu hanya haiwan yang hodoh, tapi mereka juga ada perasaan, ada rasa kasih kepada anak, rasa sayang kepada ibu. Tapi kita manusia??
Mana hilangnya akal waras kami?

Selang dua minggu kemudian, anak monyet tadi mengikut jejak ibunya. Pak cik memberitahu saya, anak monyet itu tidak mahu makan dan asyik menjerit-jerit sahaja. Mungkin ia rindukan ibunya. Apabila malam, keadaannya bertambah teruk, dan akhirnya mati. Kini saya sudah bekerja dan berumah tangga. Peristiwa tadi sudah saya ceritakan kepada anak dan isteri saya agar mereka mengerti bahawa haiwan juga punya perasaan. Yang kejam adalah manusia, walaupun kitalah satu-satunya makhluk yang Tuhan anugerahkan akal fikiran. Tidak lupa saya memberitahu mereka betapa agung dan sucinya kasih sayang ibu.

sumbangan: rakan cyber
postneo123@yahoo.com.my

Being damaged? :P

Rosak! kadangkala kerosakan boleh memusnahkan..kadangkala kerosakan itu mampu memperbaiki apa yang telah rosak dan menjadi lebih baik...kadangkala dalam hidup, kerosakan yang sedikit dalam diri kita mungkin boleh saja memusnahkan keseluruhan hidup kita...kadangkala sedikit kerosakan akan menjentik hati menjadi kepada yang lebih baik...terpulang kepada kita untuk menilai kerosakan mana yang mampu memberi kesan dalam diri...

Sudah hampir 1 bulan setengah kipas bilik aku rosak...Dia x rosak sangat tapi rosaklah..macam mana ek...Kipas aku xleh nak pusing2...asyik tegak je...tapi motor die masih pusing...Kipas aku x rosak...cuma dia xleh pusing je...itu yang rosak...yang lain ok...kipas aku rosak tapi tak rosak...:P

Die jadi macam tu sbb suatu pagi tuh sebelum aku nk g keje..aku telah 'tertendang' kipas aku masa kelam kabut nk bersiap2...aku biarkan je die tergolek...last2 bile petang, tgk2 kipas aku dh tegak je xleh pandang kiri kanan...aiseh! terkehel la plak leher kipas nih..huhuhu..xbestlah plak...Tapi disebabkan kemalasan aku nk check2 segala...aku biarkan je..:P

Semalam petang disebabkan boring duduk umah x tau nak watpe...aku pandang kipas aku..Then, aku amik screw driver...dan cuba bukak screw dan leraikan kipas aku...owh! rupe2 nye...ade screw kat dalam dh tercabot...maybe sbb kene 'tendangan padu maut' aku harituh...screw die tercabot...pasang balik...kemudian, on kipas aku...tadaa! dh boleh pusing! masalah leher terkehel kipas aku dh selesai..senang je rupenye...kalaulah aku buat sebulan setengah yang lepas, hilang dh problem..huh! :(

Mungkin kalau aku tak perbaiki kipas aku...mungkin akan jadi lebih rosak ataupun mungkin aku dibebani masalah 'kipas xleh pusing' x habis2...hurm...yang pastinya...seperti juga kipas aku...mungkin kita juga ade penyakit seperti ni...selalu menangguh-nangguhkan penyelesaian sehingga ia menjadi parah padahal ianya senang sahaja untuk diatasi...dan juga mungkin menjadi manusia yang 'x rosak sangat tapi rosak'....ini merbahaya! muhasabah diri! :(

Kadang kala kita terlalu malas hendak memperbaiki sesuatu..sampaikan pada satu tahap, perkara tersebut sebenarnya sangat mudah dan terlalu senang untuk diperbaiki..tapi, kita biarkan ia berlarutan dan berpanjangan seolah-olah ia tiada penyelesaian...hakikatnya cuma perlukan sedikit usaha dan kesedaran..Nah! ia mampu kembali semula kepada keadaan normal ataupun menjadi lebih baik...

keadaan kipas aku yang telah dibetulkan :P

Bila aku perhatikan betul2.. (zoom in!) la! rupe2 nye aku pasang muka kipas nih terbalik...hahahahahaha...naseb ko la kipas! habis masalah leher terkehel...muka ko lak terbalik... :P

Wednesday, March 26, 2008

Tips Kepada mangsa pencuri handpon

Jangan berikan peluang kepada mereka yang mencuri telefon bimbit anda daripada menggunakannya. Jadikan ia tidak berguna supaya ia tidak lagi boleh dijual kepada orang lain.

Caranya mudah. Setiap telefon bimbit mempunyai nombor siri IMEI yang tersendiri. Anda hanya perlu mengetahuinya dan menyimpan catatannya.

Untuk memeriksa nombor siri IMEI ini, tekan simbol dan nombor berikut :-

* # 0 6 #

tanpa ruang kosong. (star hash kosong enam hash)

Nombor yang ditayangkan adalah 15 digit nombor yang unik bagi setiap telepon bimbit. Catatkan dan simpan ditempat yang boleh didapatkan semula.

Sekiranya telefon bimbit anda hilang, anda boleh melaporkan kehilangan telefon bimbit anda kepada pemberi khidmat telefon bimbit seperti TM, Maxis atau Digi.

Berikan nombor ini kepada mereka supaya ia boleh disenarai hitamkan. Sekiranya pencuri
menukarkan kad SIM, ia masih tidak dapat digunakan kerana telefon bimbit sudah dihalang penggunaan.

Walaupun anda mungkin tidak lagi mendapat telefon bimbit anda, dengan menjadikan ia tidak berguna sudah cukup memuaskan hati. sekiranya setiap daripada kita mencatatkan nombor siri IMEI dan melaporkan nombor siri ini apabila kehilangan telefon bimbit.

Kes-kes kehilangan dapat dikurangkan kerana tiada guna mencuri telefon bimbit jika tidak boleh dijual dan digunakan.

Lakukan sekarang dan sebarkan kepada orang lain alang-alang dah hilang biar padan muka
org yang curi tu pun tak leh guna juga ....

APRIL FOOL, BUAT RENUNGAN & PEDOMAN KITA SEMUA !!!

Assalamualaikumwbh. Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, seseten! gah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang kebarat'.

Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada , Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.

P enduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.

Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.


Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.

Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.


Petikan drpd Risalah Fikrah
Peliharalah Allah, nescaya Allah akan memelihara kamu .....rawahuttirmizi
Illal Liqaq

Sunday, March 23, 2008

Time xde keje nk buat....:P

Ok...hari nih hari ahad..esok hari isnin...dan esok aku ade presentation tugasan signalling dan aku blom prektis dan pada masa yang sama aku tgh susah payah siapkan report dan esei aku...tapi xda moodlah pulak nk wat keje...so aku pon taip nama aku kat google dan tangok siapakah org yang mempunyai nama sama ngan aku...:P

not bad lah jugak...banyak gak... :P


Dah...ni je lah...kang letak byk2 kang org kate prasan nama sendri cambest...kuikuikui....korang kalo xde keje buat lah mcm aku ni ha....

Wednesday, March 19, 2008

Pilihanraya Malaysia....

Ake!

Malaysia kini mempunyai angin baru...hahahahaha..yup! pada pilihanraya yang lepas Malaysia mengalami rombakan politik apabila keputusan pilihanraya kali nih menyaksikan kemenangan besar pihak pembangkang dan berjaya menakluki beberapa negeri yang diibaratkan sebagai lubuk emas bagi Malaysia...:p

Hehehehe...aku bukan ape, tulis pasal pilihanraya nih lambat sikit sbb aku sure banyak blog lain berlumba-lumba tulis pasal bende nih...lagipon aku bukannye minat bab2 politik nih...hakikatnya, malam kiraan undi sabtu lepas, pkl 12 aku dh tdo...x kuasa aku nak tunggu keputusan pilihanraya nih...esoknye baru aku tau...itupon dh pkl 3ptg sbb x sengaja terbaca kat blog org....ape kes?

Ape2 pon kepada yang menang jgn lupe tunaikan manefesto korang (selangor dh mula tunaikan...mulai april, bil air bawah rm30 free!) kepada yang kalah, lu fikirlah sendri (pinjam tagline Nabil...oh Ya! Nabil menang Raja Lawak! aku suka Nabil nih buat lawak...lawak kreatif...bkn lawak memperbodohkan diri sendri @ lawak murahan...bagus!)..
Tahniah Abang Bil...ahakz! Lu fikirlah sendri....

p/s: aku x turun mengundi haritu sbb bercuti ke L.A bersama peminat...Teet!..huhuhu..sorrylah aku x berkesempatan...lain kali aku undi lah ek...:p

Grey's Anatomy!!!!

Hola untuk semua....

xtau sejak kebelakangan ini aku mmg tgh hantu ngan siri Grey's Anatomy...pendek kate memang aku suka sangat layan siries nih...selepas demam aku layan siri jepon ngan siri korea secara marathon kebah sikit...skrg nih plak layan marathon grey's anatomy dari season 1 sampai lah season 3...seperti biasa, dalam setiap series mestilah ade watak yang aku minat...aku minat gile ngan watak Dr. Izzie Steven tuh...pergh dhla cun tapi yang paling penting aku suka perwatakan die yang sempoi pastu seorang yang sangat2 dahagakan cinta daripada Dr. George O'Malley yang pada masa yang sama dah kahwin ngan Dr. Callie....Pergh...mmg sangap dowhlah tgk die nih...mmg sianlah tgk watak die nih...huhuhuhu..kalaulah die ade dalam dunia realiti nih...i will be your hero baby...:P
Aii...suke die buat rambut camnih...cantik!
Apakah kesudahan hubungan mereka berdua nih?

Selain tu, aku suka gak watak Dr. Addison Montgomery Shepherd selaku Dr. yang desperate mengejar cinta...hahahahaha..kelakar tgk keletah die nak memilih antara Dr. Mark Sloan (Mcsteamy) ataupun Dr. Alex Karev...Ada satu babak tuh die g bercuti kat L.A..hahahaha...klaka gile...untuk watak Dr. addison nih mmg popular, skrang ade spin series untuk Dr. Addison bertajuk Perfect Practice (kalo x silap aku)...bersedia lah...x lame lagi aku sedut la crite nih...huhuhu :P
Dr. Addison...desperate Dr...

Watak2 lain dalam series nih aku suka gak tapi xla seperti watak yang aku mention kat atas nih...hihihihi...Dr. Meredith pon best gak esp time babak mak die masih hidup..time tuh sedeh la sbb konflik ngan mak die...babak die konflik ngan mak tiri die pon best...sedeh sbb mak tiri die baik hati tapi last2 mati gak...tapi babak yang touching gle adalah babak bapak George O' Malley mati sbb kanser esofagus...sedey sbb pada permulaan krisis die tonjolkan keluarga Goeorge yang happy dan gila2..pada masa yang sama watak bapak George yang tersangat bangga dgn pencapaian anaknya...huhuhuhu..tangkap leleh dibuatnye...Oh ya! babak antara Dr. Karev ngan pesakit die iaitu Ava@Rabecca@Jane pon best...watak Dr. Cristina Yang lak aku kurang suka sbb die terlalu perfectionist...bosan lah...tipikal sangat...Dr. Derek Shephard dgn Dr. Mark Sloan lak eye candy untuk penonton wanita la....
Dr. Meredith nih mata die cantik...:P
Penambah masalah Dr. Meredith...:P

Sekarang aku tgh sedut season 4, sampai episod 11 jer sbb pastuh pembikinannya dihentikan seketika sbb boikot persatuan penulis skrip hari tuh kat hollywood...x sabar nk tunggu episod seterusnya sbb season 4 menyaksikan kemunculan adik tiri meredith, kekalutan hubungan Derek-Meredith, kisah Goerge yang terpaksa ulang tahun internnya, Kisah Izzie dah nk berterus terang dgn Dr. Callie ttg hubungannya dgn George, keadaan Christina selepas x jadi kawen, kesudahan crite Dr. Addison dan banyaaaaaak lagi...Tak lupe jugak kisah Dr. Miranda bailey dan juga chief hospital Seattle Grease....disebabkan tgh angau...sebelum tido mesti terfikir crite Grey's Anatomy...balik keje je layan crite nih...tgh keje kat lab pulak layan soundtrack Grey's Anatomy....huhuhu...mmg angau aku nih...:P
p/s: Lepas nih nak layan crite Gossip Girl plak...dengo crite, cambest je...:P

Thursday, March 6, 2008

Sejak dan ketika waktu ini...

Anyong Haseyo!

Selamat kepada semua...dan selamat juga buat diri aku.. :P

Sejak dua tiga minggu nih rase kurang bersemangat pulak diri aku nih...bile datang kerja...lepas setengah jam tetibe dah rase nk balik umah...ape kes?..ini tempat kerja..kalo datang pepagi maknanya itu dah start masa bekerja...teet! :P

Yang pastinya aku tak tau sebab ape..adakah keadaan tempat kerja yang semakin membosankan? tidak! adakah tempat kerja aku kurang menarik? Tidak jugak! menarik...bangunan cantik...toilet ade air...pantri ade mesin masak air automatik (air sukahati)..Hurm..ape ek? maybe masalah kewangan kot...lately hidup aku semakin menghimpit...aiya! hidup bile x dapat gaji nih mmg payah...dapat2 pulak bile denga ianya berlaku atas sebab yang ntah hapa hapa ntah..malas aku nk layan...barulah aku dapat rasakan...bile x dpt gaji..motivasi kerja menurun...kualiti kerja pon merudum...prestasi kerja? xyah cakap la...kalo dtg keje ngan perut kosong..otak pon kosong...yang dapat susah nanti semuanya...jadi, xda untungnye kalo majikan tahan gaji...semuanya rugi..Ingat! suatu organisasi yang mantap adalah organisasi yang professional dan beretika...

err...yang aku crite nih bukannya berlaku kat tempat aku..tapi tempat lain...saje je nk critekan buat tauladan...apa kes? :P
p/s: anyong haseyo adalah hello dalam bahasa Korea... :P

Wednesday, March 5, 2008

Khasiat Sedekah Alfatihah...tazkirah dr emel

Semoga Allah sentiasa memulia, merahmati dan menyayangi kita semua sentiasa... AMIN

Utk renungan bersama. Sebarang ayat Allah (alQuran) atau zikir bila dibaca dgn khusu' & tawadu' dan disedekah oleh anak kepada ibu bapa insyaAllah,Allah perpanjangkan sedekah itu kepada mereka terutama yg sedang sakit atau sudah meninggal.

Saya ada pengalaman utk di share iaitu pada 1997 sebelum arwah ibu saya meninggal sebab kanser. Saya adik beradik rush ziarahi emak di hospital bila dapat khabar beliau sakit tenat hari tu. Sebelum saya sampai, kakak bagi tau emak tak bermaya dan lesu sebab tak lalu makan. Alhamdullillah bila kami sampai beliau sudah boleh bercakap dan agak cergas sikit. Kami minta emak makan supaya dapat tenaga. Anehnya emak kata dia sudah kenyang, baru lepas makan makanan yg sedap walau pun makanan di depannya tak disentuh pun.

Emak bagi tau yg saya sediakan/bagi makan utknya. Saya hairan walhal saya baru sampai. Baru saya teringat sepanjang perjalanan saya sedekahkan alfatihah,ayat kursi dan seberapa banyak ayat QulhuAllah dengan tartil dan bersungguh-sungguh. Alhamdulillah saya bersyukur kepada Allah kerana DIA terima sedekah saya.

Lagi satu sewaktu saya terlantar sakit dihospital di Mesia. Saya tak berasa lapar sepanjang hari walau tak lalu jamah makanan. Saya bagi tau wife. Dia kata dia sedekahkan alfatihah seberapa banyak pada hari tu. Saya yakin.

Moral of the story - sedekah yg dibuat dengan ikhlas, tawadu' dan bersungguh-sungguh insyaAllah Allah sampaikan kepada mereka yg kita sedekahkan. Yakin dengan fadhilat ayat-ayat Allah.

Sunday, March 2, 2008

Berehat selepas larian yang panjang..

Minggu ni seperti biasa, hujung minggu aku dipenuhi dengan duduk kat rumah...layan crite bersiri yang aku dh burn dari member aku..:Pape kes lah..itula kalo dh mula layan..dh x bole brenti dah (xde pain killer yg boleh hentikan ketagihan tgk drama bersiri ni tau...jadi, sila hati2 !) aii...tapi tu kes lain...lain kali aku crite...ape kes?

Rasa seronok pulak malam minggu dapat keluar untuk enjoy...seriously, aku mmg dh lame x kuar enjoy2 mcm nih..hehehehe...masalahnye aku xda geng yang jenis keluar malam, then balik smpi tgh mlm, kat sini dan buat masa sekarang nih...aku crite pasal enjoy ni jgn lak ade yg salah faham..errk, just keluar main bowling ke, karaoke ke ataupun tgk mid night movie...sungguh menyeronokkan..hahahahaha....kalaulah ade member baik aku, si Zaid tu mesti best..sbb ktorg mmg kaki jalan...sejak aku kenal die dkt sains muar duluh...kalo outing xsah round bandar Muar (dgn cara jalan kaki je tau!)..orang lain outing sekejap je...tapi kalo ktorg outing xsah kalo x smpi ptg..hihihihi..ape kes? sampai lah bile dh masuk ukm, kalo dpt je biasiswa JPA tuh time awal sem...alamatnye merayap la kitreorg dr pagi smpi la ke mlm br balik...tapi tuh sume kes lame...skrg zaid kat Kulaiiiii sana...and aku kat Bangi..hehehe :P kalo ade kelapangan ade ler jumpe...naseb2 jer :P

Hehehe..agak hilang rase tension aku..yelah time karaoke jer aku dh menyumbengkan lagu, time main bowling dgn bergayanya aku menduduki tempat tercorot antara semua...hahahahaha...but it was fun...realy fun...rasanya macam berhenti seketika dari larian yang panjang..dan rasanya aku memang dlm pelarian..Aiii...percayalah! untuk menjadi seorang pelajar master secara penyelidikan, berumur hampir 24 thn, masih belum mempunyai kerjaya yang stabil, berbintang scorpio, tidak mendapat gaji sejak bulan januari lepas sampai sekarang dan masih bujang (sempat promote! hahahahaha :P) kadang kala memang meletihkan...letih... bile dapat peluang sebegini...terasa ringan sedikit beban dalam otak aku (walaupun aku mengharapkan berat badan aku berkurang setiap hari, masih belum menjadi realiti...tapi bile beban kat otak aku ringan sikit pon ok...wakakakaka!) Ia betul2 suatu rehat dari larian yang panjang...lepas nih aku kene sambung berlari...Sila berusaha! lagi setahun lagi untuk aku habiskan master sebelum aku lari jauh2 dr UKM..hahahaha (harapnye.....:P)