Thursday, May 5, 2011

Pesta Buku Antarabangsa 2011 yang mengujakan..

Buat pengetahuan semua orang...setiap tahun, benda yang aku nanti-nantikan setiap tahun adalah pesta buku antarabngsa yang biasanya dibuat kat PWTC...dari zaman blaja kat U dulu aku suka g sebabnya Cuma satu...aku suka tengok buku banyak-banyak dan tengok judul-judul baru yang baru je diterbitkan...

Tapi untuk kali ni..aku rasa pesta buku yang lebih baik dan tersusun..tak de lagi semua penerbit buku dilonggokkkan kat dalam dewan besar yang menyesakkan..kali ni lebih tersusun dan kemas..takde la serabot..Dan seperti biasa orang berpusus-pusu (walaupon kebanyakkannya rombongan budak sekolah yang kemudiannya berjalan ke sana kemari dengan beg paper Ujang @ gempak..huhuhu)..

Untuk tahun ni banyak jugak yang aku borong, dari buku motivasi, quran terjemahan, novel terbaru yang ade lain sikit cerita die dan jugak majalah yang murah-murah sikit untuk bacaan ringan..hehe..Banyak jugak yang rabak..huhu...

Tapi buku menarik yang aku beli yang bole aku kongsikan kat sini..adalah;

Fokus & Klik! Panduan asas fotografi dengan kamera DSLR

Huhu..walaupon aku masih belum ade DSLR (insyaAllah! Kalau dah tak tau nak beli ape nanti..aku beli satu!) tapi buku ni bagus untuk ajar macam mana nak amik gambo yang menarik..bukan setakat amik gambo samada menegak @ melintang je..hahaha..ade jugak trick@tips untuk edit gambo atau cara terbaik untuk amik gambo portrait, landscape dan lain-lain lah...heheh..

Teknok POW! Menjadi penulis hebat langkah demi langkah

Buku ni pon bagus jugak untuk dibaca disebabkan selari dengan aku yang malas update blog dan juga masih tengah menulis thesis yang masih belum finalize ni (huhuhu...) buku ni bukan sahaja mengajar cara untuk penulisan kreatif tapi bole jugak apply untuk penulisan-penulisan lain..jadi, sebagai bekas pengerusi unit berita sekolah dan juga bekas ahli redaksi majalah sekolah..aku terpanggil untuk beli buku ni untuk asah balik bakat penulisan aku yang dah menumpul nih..huhu..

Seni Bahasa Badan

Untuk yang ni, dia lain sikit sebab buku ni menerangkan macam mana manusia berkomunikasi melalui bahasa badan selain lisan..Kenapa pentingnya baca buku ni? Mestilah penting sebab kita perlu aplikasikan bahasa badan dalam komunikasi bagi menyampaikan imej diri dan komunikasi berkesan. Istimewanya buku nih ianya ditulis oleh penulis tempatan dalam bahasa melayu yang rasanya masih belum ade lagi kat pasaran Malaysia.

Diharap pasni bole la aku rajin update blog ni...bukan ape, bila tengah naik motor, idea datang mencurah-curah sampai rasa nak termuntah tapi bila balik umah je terus aku tido...heheh..

No comments: