Sunday, November 2, 2008

Halloween Night!!!

Hahaha..korang jangan nak salah faham lak..xde maknanye korang nak protes..ni bukan nak cerita samada aku sambut Halloween night ke tak..tapi aku nak ceritakan pada 31 oktober yang lepas merupakan malam yang heaven buat aku..kikiki..ape kes? bukannya ape..malam tu memangla malam halloween tapi malam tu jugak ade marathon the simpsons- Halloween kat starworld sepanjang malam sampai pukul 12...hihihi..memang tak hingat aku gumbira...

ni aku nak cerita, aku ni memang die hard fan the simpsons...kalo tak silap aku, aku mula kenal kartun ni time aku darjah 3 lagi (1993) aku ingat gile weh..time tuh siaran kat tv3 pukul 7.30..pastu memang aku ikut la kartun ni tanpa jemu...betapa hardcorenye aku time tu..aku ade T-shirt muka Bart simpsons, buku mewarna the simpsons, poster the simpsons, puzzle the simpsons...pendek kata..idola aku time tu adalah the simpsons..in fact, kartun pertama yang aku blaja lukis adalah karektor kartun the simpsons la...hihihik...
kalo orang lain time tu minat superhero..aku lak lain sikit..aku kaw2 minat Bart simpsons. (sebelum aku mengenali Gaban, Kesatria baja hitam ataupun Flashman)...yela, Bart tu kononnya simbol kanak-kanak nakal time tu tapi cool..hahaha..sampai ke hari ini, aku masih tengok the simpsons kat channel starworld tiap petang..
Time The simpsons the movie ditayangkan kat wayang of course la aku g tengok ngan housemate...yang hampehnye, time tengah tengok movie tu aku gelak la nak sakan, tapi bole jadi housemate aku yang lagi 3 orang yang g sama-sama ngan aku bantai tdo..siap kutuk lagi kate the simpsons lawak ntah ape2..apaa raa...pelik betul dieorang ni...memang hanya Jauhari sahaja yang mengenal Manikam..teet!

Ok..malam tu marathon series the simpsons sempena Halloween...memang heaven! aku layan sampai tengah malam dan aku pastikan remote astro tu aku hilangkan dari penglihatan housemate aku yang lain..wakakaka! (gelak jahat...) tak pasal-pasal satu malam aku 'menakluki' kawasan Tv sekejap....

sikit info tentang The simpsons...
  • Siri ini dicipta oleh Matt Groening untuk Fox Broadcasting Company
  • Siri ini mengisahkan tentang kisah tipikal keluarga dan masyarakat di amerika tetapi kononnya berlaku di Springfield...Dalam keluarga ni ada Homer-bapa yang kelam kabut, di luar kawalan & agak kebodohan, Marge - ibu yang bertanggungjawab, tipikal, dan penyayang, Lisa-anak perempuan yang genius, pentingkan alam sekitar, matang, Bart- kanak-kanal lelaki tipikal, nakal, pemberontak, selalu membuli bapanya, Maggie- anak bongsu yang tau isap puting je..
  • sehingga september 2008, siri ini telah menghasilkan 423 episod dan telah memenangi banyak anigerah.
  • Filem the simpsons-the movie berjaya mengutip kutipan US$526.2 juta di seluruh dunia...
  • keluarga ini pernah tersenarai dalam senarai individu paling berpengaruh dalam majalah People...(huuhu..walaupun kartun pun berpengaruh..)
  • The simpsons juga merupakan salah satu siri yang mempunyai ramai selebriti berpengaruh jemputan untuk muncul di dalamnya...Paris Hilton, Britney, Lindsay Lohan, George Bush, Clinton, Green Days, Tommy Lee, Pamela Anderson, Osama Ben Laden dan ramai lagi..selain itu, siri ni jugak menjadi tempat sindiran terhadap masyarakat Amerika, politik serta hal ehwal isu semasa.
Karektor awal the simpsons masa mula-mula dulu..huduh sikit...
sekarang...cantik dah..rambut Marge pon lagi tinggi....

2 comments:

Sweet Thinker said...

kenakalan terserlah. sorok remote.

Mr.Barrock! said...

hahahaha..itula strategi yang paling berkesan...

mujur disebabkan dieorang tak layan..dieorang semua ngadap pc surf intenet..aku sensorang je duk depan TV.. :P

naseb baik dieorang x naik hangin, buat rusuhan ke, bakar bas ke sbb aku sorokkan remote..hihik