Monday, November 24, 2008

Bisnes-bisnes yang memerangkap pengguna…Part 1

Sekarang ni ada bermacam cara mereka yang licik di luar sana hendak memerangkap pengguna-pengguna yang terdiri daripada rakyat biasa nih..disebabkan Malaysia sekarang merupakan salah sebuah negara membangun yang sangat pantas kadar pembangunannya, maka taraf hidup rakyat juga semakin meningkat..jadi, ada banyak bisnes yang dihasilkan bertujuan untuk mendapatkan keuntungan dalam masa yang singkat tapi pada masa yang sama menjerat pengguna..kat sini, disenaraikan sistem-sistem yang dapat menjerat pengguna yang mana perkara seperti ini telah berlaku pada diri anda sendiri mahupun orang disekeliling anda…


Kad diskaun

Ini merupakan sistem yang paling meluas dipromosikan pada suatu ketika dahulu..seingat aku, kalau tak silap aku mula mengenali sistem kad diskaun ini sejak aku form 4 lagi di mana masa tu, aku outing pada hujung minggu dengan member kat Bandar Muar..kemudian, ada promosi kad diskaun..modus operasinya mudah saja..apply untuk jadi member bagi keahlian kad diskaun ini, kemudian anda akan mendapat diskaun sekiranya berbelanja di kedai-kedai terpilih ataupun kedai yang memaparkan pelekat keahlian kelab diskaun ini di pintu kedai..hahaha..untuk join system ini senang sahaja..isi boring dan bayar RM 70 (ketika itu..) dan pada masa itu juga anda bakal mendapat kad tersebut..

Mesti korang semua ingat aku yang apply kad tersebut kan? Hahaha..salah! kawan aku yang apply selepas ditahan untuk mendengar celoteh akak yang bermekap tebal dan berambut karat untuk tempoh 11/2 jam…aku dah nasihatkan jangan! tapi degil jugak nak join sebab ada aku kemukakan beberapa sebab..1. Rm 70 bagi aku yang pada usia 16 tahun agak besar untuk dibazirkan pada sekeping kad. 2. Katalog kedai yang kononnya bakal memberikan diskaun banyak tapi terdapat di pusat bandar utama (iaitu KL, JB dan bandar-bandar besar yang lain) yang mana takde kat Bandar Muar ketika itu..kikiki 3. adalah tak logik seorang pelajar sekolah menengah berumur 16 tahun ketika itu mempunyai kuasa beli yang tinggi di tempat-tempat membeli belah yang utama..paling koman pun dieorang cuma beli biskut, milo 3 in 1, maggi ataupun kordial air untuk alas perut di hostel yang mana sebahagian besarnya boleh di beli di pasaraya The store mahupun pasaraya Bintang (ketika itu) yang mana tidak tersenarai pun dalam katalog diskaun tersebut..kikiki…Hasilnya? member aku tak guna pun kad tu sebab bila ditunjukkan pada kedai yang kononnya terdapat dalam katalog tersebut..mereka memberi alasan samada “habis tempoh diskaun” @ “telah tamat tempoh” @ “ untuk tempoh tertentu sahaja” @ “kedai ini tidak terlibat dalam system ini..anda telah ditipu”..sekarang ni aku tak nampak dah kad diskaun ni..mungkin ditutup setelah mendapat ramai ‘ahli’ ataupun lebih baik dibubarkan sebelum ditangkap pihak berkuasa kot…


Keahlian kelab percutian

Untuk yang ini, sistem ini masih lagi melambak di pasaran..tak caya? Kunjungilah pameran MATTA yang berhampiran..nodus operasinya lebih kurang kad diskaun tapi berselindung di sebalik pemberian voucher penginapan, faedah diskaun penginapan luar biasa sekiranya menjadi ahli serta mendapat faedah lain yang sekiranya difikirkan kali kedua memenag tak logik..hihihi..contohnya yang telah berlaku pada orang di sekeliling aku..anda mendaftar sebagai ahli kelab percutian hotel X yang kononnya ada cawangan di dalam dan luar Malaysia..tetapi anda kene membayar RM +15k dalam masa ditetapkan (cthnya 40 tahun!) dan sebagai balasan ‘kononnya’ satu bilik di hotel tersebut menjadi bilik anda selama 40 tahun tersebut dan bilik tersebut tidak dinyatakan secara jelas yang mana satu ataupun di hotel cawangan mana..jadi, anda boleh sewa ‘bilik anda’ pada kadar rm 50 (yang mana kononnya berkali ganda lebih murah berbanding harga biasa) tapi dengan syarat anda tidak boleh menyewa bilik tersebut pada waktu hujung minggu, bukan juga cuti umum mahupun cuti sekolah, tapi pada hari bekerja serta kene tempah sebulan sebelum tarikh menginap..tak cukup dengan itu, anda diberi voucher 2 hari 1 malam menginap di cawangan tertentu dan juga satu lagi voucher 2 hari 1 malam di cawangan hotel di luar negara tapi dengan syarat seperti di atas tadi..mungkin syarat die terang-terang nampak mengarut dan tak masuk akal..tapi percayalah! Ada orang yang terpedaya!..mungkin yang tukang tarik pelanggan masa tu cerita macam mana tak taula..


So, yang tersirat sebenarnya anda akan menyewa bilik tersebut secara buta tuli selama 40 tahun tanpa anda duduk entah brapa kali entah dan selepas 40 tahun, anda memang tak dapat apa-apa..memang seronok dapat voucher percuma tapi bila fikir 2 kali, best sangat ke kalo bercuti selama 2 hari 1 malam?..hati-hati! Memang ada sesetengah keahlian kelab percutian yang jujur yang pernah aku jumpa contohnya satu hotel yang popular di Serdang semasa ulang tahun hotel tersebut membuka keahliannya di mana anda perlu membayar untuk keahlian tetapi anda bakal mendapat banyak faedah yang saya kira, menguntungkan ahlinya..duit yang anda bayar akan dilaburkan serta pulangannya akan kembali kepada anda selepas tempoh tertentu dan pada masa yang sama anda mendapat insurans diri dan keluarga..sekurang-kurangnya duit anda tak hilang..nak cerita kang panjang tapi keahlian die bukan selalu dan terhad..so, sape yang bertuah la..

No comments: