Gores dan menang
Ini lagi satu sistem yang memerangkap pengguna..bahana dan akibat bila join peraduan ini telah mendapat liputan meluas dan telah dipaparkan di dada-dada akhbar..tapi dalam diam-diam, masih ade lagi mereka yang melakukan sistem yang memerangkap pengguna ini secara senyap dan yang peliknya masih ada yang terpedaya! (meskipun keburukannya telah disiarkan di media..) dulu, perkara ini telah terjadi sendiri pada mak aku sendiri pada hujung 90 an (pada masa itu, system ini masih baru..mangsa pun kurang lagi dan kerajaan pun belum sedar tentang perkara ini..)..
Jadi berhati-hati! Walau ape pon bentuk peraduan gores dan menang ni memang hampeh!Ada salesman datang ke rumah aku, kononnya ulang tahun kedai elektrik dia yang entah kat mana di Bandar Melaka..Jadi, kononnya dengan cara isi borang dan gores sahaja, maka hadiah yang ditunjukkan bakal menjadi milik anda..so, mak aku dengan excitednya pun gores la..so, keluarla gambar hadiah penapis air dan juga mesin basuh...tiba-tiba selepas tu, salesman tu kata mak kalo nak dapat hadiah wajib kena bayar..off course la mak aku taknak bayar sebab bukan hadiah la namanya (mujur mak aku cerdik!)..die mintak bayar RM 500..tak nak bayar? Takpe..tadi ade borang yang mak aku isik ade tanda tangan mak aku, dia akan bawak ke polis sebab melanggar perjanjian..mak aku tak takut..bawak la..tak takut pun!..penipu! ok..die panggil la ‘orang atasan’ dia dan member-member dia yang lain..ada la datang lagi sampai 6 orang untuk paksa mak aku bayar jugak atas alasan dah gores..mak aku dengan cekal hati, tak makan deh..akhirnya dari pukul 1.00 petang sehingga lah dekat pukul 5 petang, dieorang taknak keluar dari rumah kiteorang, mak aku pulak yang gertak nak panggil polis atas alasan menceroboh! Tiba..tau pulak takut! (padahal tadi dieorang yang gertak nak bawa ke polis..)
Pada masa tu terserlah kegarangan mak aku menegakkan keadilan..Dah macam puan pemilik rumah dalam filem Kung Fu Hustle Stephen Chow plak..
Pada masa tu terserlah kegarangan mak aku menegakkan keadilan..Dah macam puan pemilik rumah dalam filem Kung Fu Hustle Stephen Chow plak..
Bisnes yang menguntungkan dalam masa yang singkat!
Yup..taraf hidup meningkat..dan kerajaan telah menggalakkan bermacam cara yang boleh menambah pendapatan rakyat..maka bercambah la sistem ekonomi alternatif seperti bisnes SMS, bisnes pertanian, peternakan, herba, produk kesihatan & kecantikan, jualan langsung, sistem MLM dan bermacam lagi la…bukan la aku nak katakan ianya semua pembohong..tapi sebagai pengguna, anda seharusnya bijak menilai..Ya!..tidak dinafikan ada antara mereka yang menceburkan diri dalam bidang ini mampu menjadi jutawan tetapi ingat! Bukan semua!...untuk memilih yang mana boleh menjanjikan pulangan ekonomi yang baik untuk pelaburan anda, anda harus melihat banyak aspek dari segi pengurusan, cara ia dijalankan, apakah produknya, pasaran, permintaan dan banyak lagi termasuk diri anda sendiri..kalau jenis pendiam, malu-malu..malas nak cari pelanggan, alamatnya membazir la wang yang dilaburkan…
Perlu diteliti jugak, kadang kala sesuatu bisnes itu serasi dengan jiwa anda atau tidak..katakan, anda seorang yang putera/puteri lilin, mampu ke nak menjalankan projek tanaman cili fertegasi ataupun projek ladang sayur berteknologi..harapkan pekerja? Berapa ramai pekerja? Bisnes yang baik pada peringkat permulaan harus dijalankan sendiri..bukan 100% mengharapkan pekerja dari mula..lihat sahaja sejarah ahli perniagaan terkemuka..bagaimana mereka bermula..semuanya melalui konsep, akulah boss..akulah kuli…
Selain itu, ada jugak syarikat yang mana mereka akan mengajar dan menyediakan pakej bagi anda untuk memulakan perniagaan berasaskan seperti yang telah disebut di atas..tapi sekali lagi, profil syarikat ini harus diteliti kerana kadang kala ada syarikat yang memberikan barang untuk memulakan perniagaan, bengkel 2 hari kemudian anda ditinggalkan terkontang kanting (cthnya beberapa bisnes sms yang tidak mengikut aturan yang sewajarnya..hihi)
Paling penting di sini..anda seharusnya kena lebih teliti dalam setiap benda yang melibatkan pengeluaran wang dari pihak anda..bukan apa..anda sebagai pengguna seharusnya sedar akan hak anda dan bukan nak cakap la..rakyat Malaysia masih kurang lagi tahap ilmu kepenggunaan ni..sebab itu, ramai yang menjadi mangsa skim cepat kaya la..skim piramid la dan macam-macam lagi…Yang menhangitkan aku lagi...ada sesetengah daripada kita...dah berapa kali terkena..masih lagi nak join jugak bende alah ni semua..hadoi yai!
oleh itu, dalam kehidupan, kita harus melihat segala aspek dari kacamata binokular..Bukan monokular..hahaha..ape binokular dan monokular? Panjang kalau nak diceritakan…Entri yang akan datang lah kalo nak cerita...
*untuk mengetahui lebih banyak kes tentang kepenggunaan dan upgrade diri anda tentang hak pengguna..lawatilah laman web FOMCA ni...
oleh itu, dalam kehidupan, kita harus melihat segala aspek dari kacamata binokular..Bukan monokular..hahaha..ape binokular dan monokular? Panjang kalau nak diceritakan…Entri yang akan datang lah kalo nak cerita...
*untuk mengetahui lebih banyak kes tentang kepenggunaan dan upgrade diri anda tentang hak pengguna..lawatilah laman web FOMCA ni...
No comments:
Post a Comment