Monday, November 24, 2008

Idea?

Sekarang tepat waktu pukul 11.56 malam, waktu rumah aku...

Secara tiba-tiba idea datang mengasak-asak dalam kepala aku sampai rasa tak sabar nak muntah..Jadi, untuk mengelakkan aku kekeringan idea lain kali..aku cepat-cepat tulis atas kertas....


ambik ko! sekali xde idea nak tulis..kering kontang gile..sekali ade...macam hujan lebat yang mengakibatkan banjir kilat yang selalu terjadi kat area depan komuter Bangi tuh...

Bisnes-bisnes yang memerangkap pengguna…Part 2

Gores dan menang

Ini lagi satu sistem yang memerangkap pengguna..bahana dan akibat bila join peraduan ini telah mendapat liputan meluas dan telah dipaparkan di dada-dada akhbar..tapi dalam diam-diam, masih ade lagi mereka yang melakukan sistem yang memerangkap pengguna ini secara senyap dan yang peliknya masih ada yang terpedaya! (meskipun keburukannya telah disiarkan di media..) dulu, perkara ini telah terjadi sendiri pada mak aku sendiri pada hujung 90 an (pada masa itu, system ini masih baru..mangsa pun kurang lagi dan kerajaan pun belum sedar tentang perkara ini..)..

Ada salesman datang ke rumah aku, kononnya ulang tahun kedai elektrik dia yang entah kat mana di Bandar Melaka..Jadi, kononnya dengan cara isi borang dan gores sahaja, maka hadiah yang ditunjukkan bakal menjadi milik anda..so, mak aku dengan excitednya pun gores la..so, keluarla gambar hadiah penapis air dan juga mesin basuh...tiba-tiba selepas tu, salesman tu kata mak kalo nak dapat hadiah wajib kena bayar..off course la mak aku taknak bayar sebab bukan hadiah la namanya (mujur mak aku cerdik!)..die mintak bayar RM 500..tak nak bayar? Takpe..tadi ade borang yang mak aku isik ade tanda tangan mak aku, dia akan bawak ke polis sebab melanggar perjanjian..mak aku tak takut..bawak la..tak takut pun!..penipu! ok..die panggil la ‘orang atasan’ dia dan member-member dia yang lain..ada la datang lagi sampai 6 orang untuk paksa mak aku bayar jugak atas alasan dah gores..mak aku dengan cekal hati, tak makan deh..akhirnya dari pukul 1.00 petang sehingga lah dekat pukul 5 petang, dieorang taknak keluar dari rumah kiteorang, mak aku pulak yang gertak nak panggil polis atas alasan menceroboh! Tiba..tau pulak takut! (padahal tadi dieorang yang gertak nak bawa ke polis..)

Pada masa tu terserlah kegarangan mak aku menegakkan keadilan..Dah macam puan pemilik rumah dalam filem Kung Fu Hustle Stephen Chow plak..

Cadangan untuk hiasan

Jadi berhati-hati! Walau ape pon bentuk peraduan gores dan menang ni memang hampeh!

Bisnes yang menguntungkan dalam masa yang singkat!

Yup..taraf hidup meningkat..dan kerajaan telah menggalakkan bermacam cara yang boleh menambah pendapatan rakyat..maka bercambah la sistem ekonomi alternatif seperti bisnes SMS, bisnes pertanian, peternakan, herba, produk kesihatan & kecantikan, jualan langsung, sistem MLM dan bermacam lagi la…bukan la aku nak katakan ianya semua pembohong..tapi sebagai pengguna, anda seharusnya bijak menilai..Ya!..tidak dinafikan ada antara mereka yang menceburkan diri dalam bidang ini mampu menjadi jutawan tetapi ingat! Bukan semua!...untuk memilih yang mana boleh menjanjikan pulangan ekonomi yang baik untuk pelaburan anda, anda harus melihat banyak aspek dari segi pengurusan, cara ia dijalankan, apakah produknya, pasaran, permintaan dan banyak lagi termasuk diri anda sendiri..kalau jenis pendiam, malu-malu..malas nak cari pelanggan, alamatnya membazir la wang yang dilaburkan…

Perlu diteliti jugak, kadang kala sesuatu bisnes itu serasi dengan jiwa anda atau tidak..katakan, anda seorang yang putera/puteri lilin, mampu ke nak menjalankan projek tanaman cili fertegasi ataupun projek ladang sayur berteknologi..harapkan pekerja? Berapa ramai pekerja? Bisnes yang baik pada peringkat permulaan harus dijalankan sendiri..bukan 100% mengharapkan pekerja dari mula..lihat sahaja sejarah ahli perniagaan terkemuka..bagaimana mereka bermula..semuanya melalui konsep, akulah boss..akulah kuli…

Selain itu, ada jugak syarikat yang mana mereka akan mengajar dan menyediakan pakej bagi anda untuk memulakan perniagaan berasaskan seperti yang telah disebut di atas..tapi sekali lagi, profil syarikat ini harus diteliti kerana kadang kala ada syarikat yang memberikan barang untuk memulakan perniagaan, bengkel 2 hari kemudian anda ditinggalkan terkontang kanting (cthnya beberapa bisnes sms yang tidak mengikut aturan yang sewajarnya..hihi)

Paling penting di sini..anda seharusnya kena lebih teliti dalam setiap benda yang melibatkan pengeluaran wang dari pihak anda..bukan apa..anda sebagai pengguna seharusnya sedar akan hak anda dan bukan nak cakap la..rakyat Malaysia masih kurang lagi tahap ilmu kepenggunaan ni..sebab itu, ramai yang menjadi mangsa skim cepat kaya la..skim piramid la dan macam-macam lagi…Yang menhangitkan aku lagi...ada sesetengah daripada kita...dah berapa kali terkena..masih lagi nak join jugak bende alah ni semua..hadoi yai!

oleh itu, dalam kehidupan, kita harus melihat segala aspek dari kacamata binokular..Bukan monokular..hahaha..ape binokular dan monokular? Panjang kalau nak diceritakan…Entri yang akan datang lah kalo nak cerita...

*untuk mengetahui lebih banyak kes tentang kepenggunaan dan upgrade diri anda tentang hak pengguna..lawatilah laman web FOMCA ni...

Bisnes-bisnes yang memerangkap pengguna…Part 1

Sekarang ni ada bermacam cara mereka yang licik di luar sana hendak memerangkap pengguna-pengguna yang terdiri daripada rakyat biasa nih..disebabkan Malaysia sekarang merupakan salah sebuah negara membangun yang sangat pantas kadar pembangunannya, maka taraf hidup rakyat juga semakin meningkat..jadi, ada banyak bisnes yang dihasilkan bertujuan untuk mendapatkan keuntungan dalam masa yang singkat tapi pada masa yang sama menjerat pengguna..kat sini, disenaraikan sistem-sistem yang dapat menjerat pengguna yang mana perkara seperti ini telah berlaku pada diri anda sendiri mahupun orang disekeliling anda…


Kad diskaun

Ini merupakan sistem yang paling meluas dipromosikan pada suatu ketika dahulu..seingat aku, kalau tak silap aku mula mengenali sistem kad diskaun ini sejak aku form 4 lagi di mana masa tu, aku outing pada hujung minggu dengan member kat Bandar Muar..kemudian, ada promosi kad diskaun..modus operasinya mudah saja..apply untuk jadi member bagi keahlian kad diskaun ini, kemudian anda akan mendapat diskaun sekiranya berbelanja di kedai-kedai terpilih ataupun kedai yang memaparkan pelekat keahlian kelab diskaun ini di pintu kedai..hahaha..untuk join system ini senang sahaja..isi boring dan bayar RM 70 (ketika itu..) dan pada masa itu juga anda bakal mendapat kad tersebut..

Mesti korang semua ingat aku yang apply kad tersebut kan? Hahaha..salah! kawan aku yang apply selepas ditahan untuk mendengar celoteh akak yang bermekap tebal dan berambut karat untuk tempoh 11/2 jam…aku dah nasihatkan jangan! tapi degil jugak nak join sebab ada aku kemukakan beberapa sebab..1. Rm 70 bagi aku yang pada usia 16 tahun agak besar untuk dibazirkan pada sekeping kad. 2. Katalog kedai yang kononnya bakal memberikan diskaun banyak tapi terdapat di pusat bandar utama (iaitu KL, JB dan bandar-bandar besar yang lain) yang mana takde kat Bandar Muar ketika itu..kikiki 3. adalah tak logik seorang pelajar sekolah menengah berumur 16 tahun ketika itu mempunyai kuasa beli yang tinggi di tempat-tempat membeli belah yang utama..paling koman pun dieorang cuma beli biskut, milo 3 in 1, maggi ataupun kordial air untuk alas perut di hostel yang mana sebahagian besarnya boleh di beli di pasaraya The store mahupun pasaraya Bintang (ketika itu) yang mana tidak tersenarai pun dalam katalog diskaun tersebut..kikiki…Hasilnya? member aku tak guna pun kad tu sebab bila ditunjukkan pada kedai yang kononnya terdapat dalam katalog tersebut..mereka memberi alasan samada “habis tempoh diskaun” @ “telah tamat tempoh” @ “ untuk tempoh tertentu sahaja” @ “kedai ini tidak terlibat dalam system ini..anda telah ditipu”..sekarang ni aku tak nampak dah kad diskaun ni..mungkin ditutup setelah mendapat ramai ‘ahli’ ataupun lebih baik dibubarkan sebelum ditangkap pihak berkuasa kot…


Keahlian kelab percutian

Untuk yang ini, sistem ini masih lagi melambak di pasaran..tak caya? Kunjungilah pameran MATTA yang berhampiran..nodus operasinya lebih kurang kad diskaun tapi berselindung di sebalik pemberian voucher penginapan, faedah diskaun penginapan luar biasa sekiranya menjadi ahli serta mendapat faedah lain yang sekiranya difikirkan kali kedua memenag tak logik..hihihi..contohnya yang telah berlaku pada orang di sekeliling aku..anda mendaftar sebagai ahli kelab percutian hotel X yang kononnya ada cawangan di dalam dan luar Malaysia..tetapi anda kene membayar RM +15k dalam masa ditetapkan (cthnya 40 tahun!) dan sebagai balasan ‘kononnya’ satu bilik di hotel tersebut menjadi bilik anda selama 40 tahun tersebut dan bilik tersebut tidak dinyatakan secara jelas yang mana satu ataupun di hotel cawangan mana..jadi, anda boleh sewa ‘bilik anda’ pada kadar rm 50 (yang mana kononnya berkali ganda lebih murah berbanding harga biasa) tapi dengan syarat anda tidak boleh menyewa bilik tersebut pada waktu hujung minggu, bukan juga cuti umum mahupun cuti sekolah, tapi pada hari bekerja serta kene tempah sebulan sebelum tarikh menginap..tak cukup dengan itu, anda diberi voucher 2 hari 1 malam menginap di cawangan tertentu dan juga satu lagi voucher 2 hari 1 malam di cawangan hotel di luar negara tapi dengan syarat seperti di atas tadi..mungkin syarat die terang-terang nampak mengarut dan tak masuk akal..tapi percayalah! Ada orang yang terpedaya!..mungkin yang tukang tarik pelanggan masa tu cerita macam mana tak taula..


So, yang tersirat sebenarnya anda akan menyewa bilik tersebut secara buta tuli selama 40 tahun tanpa anda duduk entah brapa kali entah dan selepas 40 tahun, anda memang tak dapat apa-apa..memang seronok dapat voucher percuma tapi bila fikir 2 kali, best sangat ke kalo bercuti selama 2 hari 1 malam?..hati-hati! Memang ada sesetengah keahlian kelab percutian yang jujur yang pernah aku jumpa contohnya satu hotel yang popular di Serdang semasa ulang tahun hotel tersebut membuka keahliannya di mana anda perlu membayar untuk keahlian tetapi anda bakal mendapat banyak faedah yang saya kira, menguntungkan ahlinya..duit yang anda bayar akan dilaburkan serta pulangannya akan kembali kepada anda selepas tempoh tertentu dan pada masa yang sama anda mendapat insurans diri dan keluarga..sekurang-kurangnya duit anda tak hilang..nak cerita kang panjang tapi keahlian die bukan selalu dan terhad..so, sape yang bertuah la..

Tag dari Huda

1.Sudah pukul berapa sekarang?
9.48 pm!

2. Apa mood sekarang?
Letih sebab jogging petang tadi..mood yang tinggi untuk tengok movie!

3. Rasa hendak buat apa sekarang?
Nak tengok movie lah..ke?

4. Kalau ada 'magic' sekarang rasa hendak buat apa?
hahaha..nak hasilkan duit Rm 1 juta..kalo RM 1.1 juta pun ok gak...

5. Rasa hendak tengok cerita apa sekarang?
tetiba nak tengok Bridget Jones Diary sebab baru lepas tengok THS: Renee Zellweger

6. Keluarga sedang buat apa sekarang?
tidak ketahuan..tapi yang pasti dieorang takkan tdo selagi tak tengok sinetron Intan kat astro..huhu

7. Apakah waktu makan sekarang?
selepas pukul 7 sebelum pukul 8 tapi tak sebelum pukul 7.45 malam...

8. Rasa hendak duduk bersama siapa sekarang?
Ngan member yang baru balik dari Vietnam!..hahahaha...

9. Dan Dia/Mereka sedang buat apa sekarang?
Baru balik dari McD beli happy meal semata-mata nak mainan free?

10. Macam mana cuaca sekarang?
macam nak hujan tapi belum hujan tapi mungkin hujan (mengikut ramalan cuaca..)

11. Kalau ada tunai sejuta di tangan sekarang, hendak buat apa?
Yahoo! memula berzakat pastu bagi kat family sikit..kumpul aset kemuadian buat bisnes yang boleh generate lebih banyak duit!

12. Rasa hendak souvenir daripada siapa sekarang?
entah..huhu..tak terfikir..

13. Setelah menjawab beberapa soalan survey ni, apa mood sekarang?
haha..tetiba terbayangkan peha ayam bakar yang panas lagi sedap...

14. Jadinya, sudah pukul berapa sekarang?
9.54 pm

15.Akhir sekali, rasa hendak tag siapa sekarang?
Mereka yang telah disenaraikan dalam peberet blog aku! Korunk kene jawab tau! (guna jawapan huda je..tak tau nak fikir ape...)

Friday, November 21, 2008

streamyx..streamyx...wuteva they call lah...


sekarang ni aku update dengan kadar tension yang amat tinggi...

xtau nape..sehari dua ni..streamyx kat umah aku lembab sgt mcm kura-kura sakit lutut...

sekejap pastu..die putus..then ok balik sebelum jadi lembab balik...

but then today...bill pon sampai..bila tengok angka kat bill tu rasa macam menyampah je nak bayar..

tapi kang die potong kang..aku jugak yang susah..hihik..

so, aku taip dulu esok2 aku upload la kat blog ape yang aku nak tulis ok...waktu kreatif aku adalah selepas pukul 12 dan juga sewaktu aku tengah jogging..waktu tu banyak idea mencurah-curah...

dis hethic 2 weeks..

Selama 2 minggu ni..betul-betul 2 minggu yang ntah hape hape ntah...

dahla otak aku ting tong 2 minggu ni..

minggu pertama penuh dengan bengkel la..talk la...and then aku masih terpaksa menghadap research aku yang makin lama makin nak muntah aku ngadap...

but then, dalam kekalutan tu..sempat jugak ikan gapi yang aku bela beranak pinak sampai 26 ekor anak...

tapi sekarang banyak yang mati..tinggal 7 ekor je..

to make it become more worst..now speaker aku pulak rosak..smlm petang ntah ade shoot kat lampu dapur, then automatik suis utama tendang...after on balik, tengok2 speaker aku dh off forever...

now i really really really really really need a long vacation, more money and hot babes..hahahaha

Thursday, November 13, 2008

Hadoi yai...

aku takde mood nak post

ade sesuatu yang mengganggu kotak fikiran aku sekarang

Saturday, November 8, 2008

kahwin..kahwin..kawen?


16 hb nanti sorang lagi coursemate aku nak kawen...hehe..dilah namenye..die ni kecik-kecik je orangnye...Kalo die lalu depan kiteorang slalu kiteorang usik-usik die, cakap...

"ish..ish..ish..anak sape la yang lalu ni..comel je..." disebabkan die comel, penah sekali die cerite die g bilik member, roomate member die tu bila masuk bilik, die tanye "adik buat ape ni? skolah form brape?"..hahahaha..sekarang dah nak kawen dah...hihi...

so, ape relavennya kisah kawen-kawen ni dengan aku...huhu..memang aku terpaksa akui dan terpakse aku hadap...bila dah habes belajar dan mula memasuki usia pertengahan 20an, mulalah diasak ngan pertanyaan "bila nak kawen?"...hadoi yai!

ape kes tanye bila aku nak kawen..blaja pon x habes lagi..keje lagi la xde..(part time job kira x keje la..)so, kiranya kehidupan aku masih blom stabil lagi..terhuyung hayang lagi..mak bapak aku pon blom merasa duit aku lagi..apatah pulak adik bradik aku..impian aku? ape aku nak buat? ape aku nak rasa..semua aku blom dapat lagi..jauh lagi perjalanan aku..meskipon lambat, tapi aku yakin aku dapat lari, kejar tu semua..hihi...

Jadi, kepada sesiapa yang tanye bila aku nak kawen tu..rentikan je la...paling minimum mungkin aku akan kawen pon lagi 2 @ 3 tahun dari sekarang..(huhu..bergantung kepada ketentuan tuhan gak..buatnye tahun depan?..huhu) tapi insyaallah...ni ade beberapa crite yang berlaku pada aku pasal kes kawen2 ni...
  • Member aku..Mr. A telah pon menetapkan tarikh luput aku untuk membujang..hampeh betul..die kate aku kene kawen paling koman umur 26 thn..huhu..dia kate..ape nak tunggu-tunggu lagi? rezeki bole cari bile-bila...kalo lambat melepas..huhuhu..no komen la..
    "kalo ade jodoh, ade la..dah xde jodoh nak buat macam mana" - dialog nasha aziz, cinta luar biasa...
  • Ade sorang member aku nak kawen..time tu die nak berangkat ke australia nk smbg blaja kat sane..tapi sebelum tu, kawen dulu..aku cakap kat die...dah nape ko nak kawen dulu..tunggu arr abis blaja..rilex arr..nak buat majlis macam mana? hantaran? kos-kos lain?die jawab..
    "kalo nak tunggu duit dah banyak..sian la orang yang gaji kecik tak dapat kawen nak tunggu duit banyak...x dapat banyak...kecik-kecik pon bole..yang penting nikah..." memang betul pon..die buat majlis ringkas je...
  • Ada gak kes bila nak kawen dua-dua excited..tapi bila dah nak dekat nak kawen..dua-dua macam kaget..itula...orang nak kawen, awak pon nak kawen..tapi x cukup persediaan mental dan juga kewangan...mulala nak bergaduh sana sini..ditambah pulak bekas kekasih muncul nak cucuk jarum..hadoi yai...makin nak dekat majlis, makin bertambah masalah..macam-macam yang terjadi..alhamdulillah..akhirnya selamat jugak..lepas kawen, masalah hilang sikit demi sikit..berkat kawen kot...
    "Perkahwinan ibarat meredah sungai yang sangat deras untuk ke seberang..apabila kita mula masuk dan cuba untuk menyeberang, kita diuji dengan arus yang sangat deras..untuk kekal statik, akan dihanyutkan..untuk berpatah balik, sudah terlambat..jadi, apa yang perlu dilakukan..pegang tangan bersama-sama, tolong antara satu sama lain, dan berpadu tenaga bersama-sama untuk mengharunginya ke seberang..." -petikan daripada drama Jepun, Narita Divorce
mungkin ade yang rase, aku terlalu kejarkan kebendaan terlebih dahulu..hihi..bukan ape, kadang kala..atas sebab-sebab tertentu, kite terpakse berkorban..ada banyak lagi benda lain yang aku harus settle kan dulu...ape bendanya? haha..ade la..mane leh bagitau..tak surprise la..hahahaha
bak kata orang, perkara nikah kawen ni bukan sekadar nikah sahaja..tapi ibaratnya melangkah ke alam yang lain dan pastinya berbeza..jadi, lebih baik kita melangkah dengan gaya yang sempurna dan terbaik..chewah! :P

Sunday, November 2, 2008

Halloween Night!!!

Hahaha..korang jangan nak salah faham lak..xde maknanye korang nak protes..ni bukan nak cerita samada aku sambut Halloween night ke tak..tapi aku nak ceritakan pada 31 oktober yang lepas merupakan malam yang heaven buat aku..kikiki..ape kes? bukannya ape..malam tu memangla malam halloween tapi malam tu jugak ade marathon the simpsons- Halloween kat starworld sepanjang malam sampai pukul 12...hihihi..memang tak hingat aku gumbira...

ni aku nak cerita, aku ni memang die hard fan the simpsons...kalo tak silap aku, aku mula kenal kartun ni time aku darjah 3 lagi (1993) aku ingat gile weh..time tuh siaran kat tv3 pukul 7.30..pastu memang aku ikut la kartun ni tanpa jemu...betapa hardcorenye aku time tu..aku ade T-shirt muka Bart simpsons, buku mewarna the simpsons, poster the simpsons, puzzle the simpsons...pendek kata..idola aku time tu adalah the simpsons..in fact, kartun pertama yang aku blaja lukis adalah karektor kartun the simpsons la...hihihik...
kalo orang lain time tu minat superhero..aku lak lain sikit..aku kaw2 minat Bart simpsons. (sebelum aku mengenali Gaban, Kesatria baja hitam ataupun Flashman)...yela, Bart tu kononnya simbol kanak-kanak nakal time tu tapi cool..hahaha..sampai ke hari ini, aku masih tengok the simpsons kat channel starworld tiap petang..
Time The simpsons the movie ditayangkan kat wayang of course la aku g tengok ngan housemate...yang hampehnye, time tengah tengok movie tu aku gelak la nak sakan, tapi bole jadi housemate aku yang lagi 3 orang yang g sama-sama ngan aku bantai tdo..siap kutuk lagi kate the simpsons lawak ntah ape2..apaa raa...pelik betul dieorang ni...memang hanya Jauhari sahaja yang mengenal Manikam..teet!

Ok..malam tu marathon series the simpsons sempena Halloween...memang heaven! aku layan sampai tengah malam dan aku pastikan remote astro tu aku hilangkan dari penglihatan housemate aku yang lain..wakakaka! (gelak jahat...) tak pasal-pasal satu malam aku 'menakluki' kawasan Tv sekejap....

sikit info tentang The simpsons...
  • Siri ini dicipta oleh Matt Groening untuk Fox Broadcasting Company
  • Siri ini mengisahkan tentang kisah tipikal keluarga dan masyarakat di amerika tetapi kononnya berlaku di Springfield...Dalam keluarga ni ada Homer-bapa yang kelam kabut, di luar kawalan & agak kebodohan, Marge - ibu yang bertanggungjawab, tipikal, dan penyayang, Lisa-anak perempuan yang genius, pentingkan alam sekitar, matang, Bart- kanak-kanal lelaki tipikal, nakal, pemberontak, selalu membuli bapanya, Maggie- anak bongsu yang tau isap puting je..
  • sehingga september 2008, siri ini telah menghasilkan 423 episod dan telah memenangi banyak anigerah.
  • Filem the simpsons-the movie berjaya mengutip kutipan US$526.2 juta di seluruh dunia...
  • keluarga ini pernah tersenarai dalam senarai individu paling berpengaruh dalam majalah People...(huuhu..walaupun kartun pun berpengaruh..)
  • The simpsons juga merupakan salah satu siri yang mempunyai ramai selebriti berpengaruh jemputan untuk muncul di dalamnya...Paris Hilton, Britney, Lindsay Lohan, George Bush, Clinton, Green Days, Tommy Lee, Pamela Anderson, Osama Ben Laden dan ramai lagi..selain itu, siri ni jugak menjadi tempat sindiran terhadap masyarakat Amerika, politik serta hal ehwal isu semasa.
Karektor awal the simpsons masa mula-mula dulu..huduh sikit...
sekarang...cantik dah..rambut Marge pon lagi tinggi....

Nama J-Pop..kikiki

The Original Japanese Name Generator by Shu

Hahaha..ni aku jumpe satu link kewl..hahaha..die leh generate nama korang kepada nama jepun...hohoho..korang letakkan nama korang dan kite tengok ape yang kuar...so...untuk nama aku...

Watashi no namae...Haruhiko Amori

Hurm..macam best je nama ni...panggil aku Ruhiko chan! dari sekarang..ke?

* korang jangan masukkan nama Mohd sebab nanti semua orang Iemochi..nanti sepesen je nama..
*cth: mohd ali bin mohd abu..korang masukkan jadik ali abu..ok!

Gambo suasana majlis konvo..

Haritu aku x sempat nak upload gambo semua..skrg dah sempat lah pulak..jadi uploadkan je sebagai tatapan semua...mulakan ngan gambo 1st of course le gambo king of the day...gambo orang yang dapat skroll..

Ni pulak gambo semua nak try jubah konvo tu..naseb baik la sorang tu x dapat pakai sebab jubah tu beso sangat..almaklumla saiz XL..so, begambo je la ngan patung katak tu..kikiki..

ni pulak gambo suasana kat dalam die...macam dewan tipikal biasa..ada esculator, ada orang, tiang beso2, toilet yang banyak serta lampu2 fancy...Cuma ade kelainan macam KLIA, ade hutan tengah2 dewan..
Ehe..yang ni pulak suasana lepas konvo..adik aku diserbu oleh junior2 dieorang yang nak wish..hihik..dieorang semua main gamelan, tu yang baju semua sepesen...jangan pulak korang salah anggap ingat tu baju seraganm fan club lak..hahahaha...cet! mentang2 la aweks yang kerumun..muka bahagia je..kikiki...ai..aku konvo pon xde kena kerumun...huhuhu..adakah daya tarikan aku dah kurang?..teet!...hahahaha...