Bonjour mesdames et messieurs,
(selamat pagi puan-puan dan tuan-tuan.. dlm french...)
Bersambung daripada entry yang terdahulu.... Sekembalinye dari Sarawak..ecece...Aku sambung bersekolah di sebuah sekolah di Kuala Sungai Baru, Melaka yang diberi nama.....
Sek. Keb. Othman Syawal, Kuala Sungai Baru, Melaka
Sekolah ni terletak betul-betul kat pekan Kuala Sungai Baru (trivia Kuala Sungai Baru: Tempat ni sering menjadi pilihan lokasi pengambaran drama disebabkan keadaan kampung nelayan yang banyak dan kawasan yang betul-betul masih macam kampung. Untuk melihat drama yang menggunakan latar Kuala Sungai Baru rujuklah sitkom Senario dan juga drama2 terbitan Rashid Sibir dan Rosyam Noor...)huhuhu..Sekolah ni sangat besar dan muridnya pulak sangat ramai...So far, sekolah ni agak happening la buat diri aku..aku sekolah kat sini mula dari pertengahan darjah 3 hingga akhir tahun darjah 3..sebab pastu aku pindah lagi...huhuhu
Tu je la ceritanya...hujung tahun tu sekali lagi aku pindah...- Kat sekolah ni yang seronoknye aku jadi rujukan..(kira macam aku hustler la kat sini sbb maybe akibat didikan Cikgu Jun Juliana yang horror, aku nyer English, mate dan BM advance sikit banding ngan budak-budak kat sini...) huhuhuhu....
- Aku belajar naik basikal ke sekolah kat sekolah ni la...pagi-pagi lagi dah naik basikal pergi sekolah dan tengah hari lepas balik sekolah penat gile..huhuhu..
- Seperti biasa aku mesti ade problem dengan cikgu PJ...sape-sape tak bawak baju PJ nanti cikgu tu suruh belengging time PJ..banyak kali la aku kene sebab selalu lupa nak bawak baju PJ..ade sorg budak kelas aku, suka gelakkan aku time aku tak bawak baju PJ, tapi minggu depan die lak tak bawak..aku gelakkan die balik..padan muka! 2x5 je..
- Kat sekolah ni tak banyak sangat kenangan yang ada sebab singkat sangat kehidupan aku kat sini... Oh ya! dekat-dekat sekolah ni ada sebuah kedai buku...kedai buku ni selalu jadi tempat singgah aku lepas balik sekolah untuk beli pelekat haiwan (dulu ade satu buku tu, kita kene beli pelekat haiwan tu dan kumpul banyak-banyak sampai jadi buku scrap haiwan..disebabkan aku suka haiwan-haiwan ni...aku selalu la beli...) tak pun aku beli majalah kanak-kanak kat sini...
- Kawan-kawan? tak ingat dah..paling ingat pun sorang je...nama dia Talib sebab dia ni kuat mengamuk dalam kelas...huhuhu...lain-lain dah tak ingat la..tapi kat kelas aku ada kembar..oh aku dah ingat..sorang nurhidayah..sorang lagi nurhidayu..beza nurhidayah ngan nurhidayu..nurhidayu rasenye yg ade mole kat bawah mata dan bergigi rongak..kikiki...time tu la..
Ok tu la bende2 yg aku rasa menarik untuk dikongsi bersama..lain kali aku sambung balik cerite aku lepas aku pindah kat sekolah area Tanjung Bidara lak...
No comments:
Post a Comment