Friday, November 30, 2007

Blues untuk korang..:P


6.30 pagi

Aku tersedar dari lena...pagi ini, hari hujan lagi...Aku usap-usap lemah mataku..Terasa perit rasanya membuka mata selepas lena yang panjang. “Alhamdulillah, masih ada lagi udara yang aku sedut pagi ini..”, rintihku sendirian...Aku bangun...Subuh...Kata orang subuh itu banyak keberkatannya. Terngiang-ngiang lagi suara arwah Tok Nah membisikkan lembut di telinga cucunya yang sorang ni suatu ketika dulu. “Bangun pagi...sembahyang subuh. Nanti rezeki tak lekat..”, Betullah tu. Kata orang tua jangan dibetah. Insyaallah..aku cuba. Kerana kadang kala aku juga alpa..maklumlah, aku bukan manusia maksum. Kadang kala aku juga hanyut dalam kenikmatan lena ni..Nikmat tuhan...hehehe..aku senyum sendiri...

Selepas selesai sembahyang subuh. Aku tak tahu nak buat apa. Nak sambung tidur, mata bagaikan memberontak. Benci untuk kembali lena. Hahaha...apa lah yang nak dibuat pagi-pagi macam ni..Di luar hujan masih turun...lebat..sangat lebat..kalau hari cerah boleh lah aku keluarkan peluh...berjogging..Pagi-pagi macam ni seronok! Kanak-kanak comel berlari. Kicau burung. Udara segar. Warga-warga emas jalan berpimpin tangan. Romantis. Manis. Mendamaikan. Tapi hari ini, hari hujan.

Aku bosan. Aku perhatikan akuarium kura-kura yang aku bela sejak 3 bulan yang lepas. Dua-dua tengah lena tidur. Kelakar! kedua-duanya tidur berdiri. Aku tertawa sendiri. Itulah, kadang-kadang bukan manusia sahaja yang boleh menjentik hati kita, haiwan pun boleh. Itulah makhluk ciptaan tuhan. Ada fungsinya. Aku kembali ke ruang tamu, hempaskan badan ke atas sofa biru. Buka TV. Aku tonton TV..dengan fikiran yang kosong.

Tiba-tiba, telefonku berbunyi. Mesej. Dari siapa?. “Hai..tengah buat apa?”, Hah! siapa ni? Siapa pulak mesej aku pagi-pagi buta ni. Siapa? kalau bosan pun buat apa la mesej aku pulak. Macam kurang penting. Hish! ni mesti ada orang nak main-mainkan aku ni. Aku balas. “Siapa ni? Sorry, tak kenal la nombor siapa”, Hurm, apa lah yang dia balas nanti. Telefonku berbunyi lagi. Amboi! cepatnya balas.

“Tak ingat ke? ni kawan lama la. Nidah..:)”, Nidah? Nidah mana? Aku tak ingat la. Siapa la pulak ni? Ish...susah betul la...

“Owh..Nidah! ape crite..lame x ctct..”, Hahaha..aku cuba buat-buat kenal. Tak lama selepas tu telefonku berbunyi lagi. Dia balas.......

~Bersambung...:P~

*Cerita ini adalah rekaan semata-mata. Tiada kaitan samada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

Kemanisan yang hilang


Kadang-kadang....
aku rasa aku berada di tempat yang salah,
suasana yang salah,
langkah yang salah,
detik yang salah...

Kadang-kadang....
aku letih dengan suasana,
letih dengan kerenah,
letih dengan kepura-puraan,
letih dengan konspirasi,
letih dengan dugaan...

Kadang-kadang...
aku letih dengan mawar berduri
letih dengan kecantikannya yang palsu,
letih dengan duri-durinya yang mencengkam jari,
letih dengan liuk lentuk kepalsuannya...

Aku ingin lari,
bebas dari segalanya,
aku letih...semakin hari semakin letih,
gerak nafas...denyut nadi,
seakan lemah,
mataku kosong...hilang sinarnya...

Aku ingin kegembiraan lalu,
aku ingin saat bunga mengembangkan kelopaknya,
aku ingin saat burung-burung berkicauan,
aku ingin saat madu belum menjadi racun,
aku ingin saat rakan-rakan mengotakan janjinya...

mungkin hari ini,
hari dia,
mungkin hari ini,
roda putaranku di bawah,

Namun, kita hanya manusia,
siapa manusia, yang dapat menelah hari esok?
siapa manusia, yang menentukan nasib sesiapa?



Friday, November 23, 2007

Kimi Wo Sagashiteta

Kitto kizukenakatta kimi ni hajimete deau sono toki made wa
Hitori de ikite yukeru to omotte aruitetan da

Jitto kakaekondeta donna mayoi mo donna kokoro nokori mo
Adokenai hohoemi ga zenbu fukitobashite kureta

* Zutto zutto kimi no soba de dare yori mo chikai kono basho de
Nani yori mo tsuyoi kimochi de boku wa kimi o mamoritsuzukeru

Yatto wakatta hazu na noni mukiatta totan ni tsuyogatte
misetari shite...
Kore made mo kore kara mo kurikaesu kamo shirenai

Tsutaetai kotoba sae mitsukerarenai toki wa namida nagasou
Bokutachi futari naraba subete norikoete yuku darou

Zutto zutto kimi no soba de dare yori mo chikai kono basho de
Nani yori mo tsuyoi kimochi de boku wa kimi o mamoritsuzukeru

Hikari no mabushii asa demo kaze no fukitsuzukeru yoru demo
Itsu no hi demo kawaranai kimochi de boku dake o mitete hoshii

Hoshi tsubu kazoete tameiki tsuita kore dake no guuzen no naka
de
Tatta hitotsu futari no naka ni umareta mono wa
Kiseki nanka ja nai kara

* repeat

Kyou mo ashita mo asatte mo dore dake no toki ga tattemo
Kore dake wa kawaranain da boku wa kimi dake o mitsumete iru

Kitto wakattetan da kimi ni hajimete deatta sono toki ni wa
Sagashitsuzuketetan da boku wa kimi o sagashiteta

Boku wa kimi o sagashiteta

Boku wa kimi o sagashiteta Contributed by Hikaru Tomoe <

Tuesday, November 13, 2007

Bulan bintang anda?

GEMINI - The Liar
(5/21-6/21)O utgoing.Lovable.
Spontaneous. Not one to mess with.
Funny. Excellent kisser. EXTREMELY
adorabl e. Loves relationships,
Ad dictive. Loud. 16 years of bad luck
if you do not repost.

AQUAR IUS - The Best
(1/20-2/18)G reat talker. Attractive
and
passionate. Laid back. Knows how to
Have fun. Is really good at almost
anything. Great kisser. Unpredictable.
Ou tgoing. Down to earth. Addictive.
Attrac tive. Loud. Loves being in long
relationship s. Talkative. Not one to
mess with. Rare to find. Good when
found. 7 years of bad luck if you do
not repost.

PISCE S - The Addict
(2/19-3/20 )
EXTREMELY adorable. Intelligent. Loves
to joke. Very Good sense of humor.
Energetic. Predict future. GREAT
kisser. Always get what they want.
Attractive. Easy going. Loves being in
long relationship. Talkative. Caring. 4
years of bad luck if you do not repost.

LEO - The Cool One
(7/23-8/22) Nice to everyone they meet.
Their Love is one of a kind. Silly and
Fun. Have own unique appeal. Most
caring person you'll ever meet!
however not the kind of person you
wanna mess with... u might end up
crying... 9 years of bad luck if you
do not repost.

CANCE R - The Smart One.
(6/22-7/22)T rustworthy . Attractive.
Great kisser. One of a kind. Loves
being in long-term relationships.
Ex tremely energetic. Unpredictable.
No t a Fighter, but will knock your
lights out. 2 years of bad luck if you
do not repost.

ARIES - The Irresistible One
(3/21-4/19) Nice Love is one of a kind.
Great listeners. Lover not a fighter,
but will still knock you out.
Trustworthy. Always happy. Loud.
Talkative. Outgoing. VERY FORGIVING.
Loves to make out. Has a beautiful
smile. Generous. Strong. THE MOST
IRRESISTIBLE . 9 years of bad luck if
you do not repost.

SAGIT TARIUS-The One that Waits
(11/22-12/2 1) Dominant in
relationships. Someone loves them
right now. Always wants the last word.
Caring. Smart. Loud. Loyal. Beautiful.
Goofy. Easy to talk to. Everything you
ever wanted. Easy to please. The one
and only. 7 Years of bad luck if you
do not repost.

TAURU S- The Aggressive One
(4/20-5/20) MOST AMAZING KISSER. Very
high appeal. Love is one of a kind.
Very romantic. Most caring person you
will ever meet! Entirely creative.
Extreme ly random and proud of it.
Freak. Spontaneous. Great at telling
Stories. Not a Fighter, But will Knock
your lights out if it comes down to
it. Someone you should hold on to. 12
years of bad luck if you do not repost.

LIBRA - The Partner for Life
(9/23-10/22) Caring and kind. Smart.
Center of attention. High appeal. Has
the last word. Good to find, hard to
keep. Fun to be around. Extremely
weird but in a good way. Good Sense of
Humor!!! Thoughtful. Always gets what
he or she wants. Loves to joke. Very
popular. Silly, fun and sweet. 5 years
of bad luck if you do not repost.

CAPRI CORN - The Superior Sexual
Partner
(12/22-1/ 19) Love to bust. Nice.
Sassy. Intelligent. Predict future.
Irresisti ble. Loves being in long
relationship s. Has lots of friends.
Great talker. Always gets what he or
she wants. Also not a fighter, but if
they have to, they will also knock the
lights out of you if it comes down to
it..Cool. Loves to own Geminis' in
sports. Extremely fun. Loves to joke.
Smart. 24 years of bad luck if you do
not repost.

SCORP IO - The Gorgeous One
(10/23-11/21) Loves being in long
relationship s.Likes to give a good
fight for what they want. Extremely
outgoin g. Loves to help people in
times of need. Best kisser. Good
personality. Stubborn. A caring
person. One of a kind. Gorgeous smile.
Not one to mess with. Are the most
attractive people on earth! 15 years
of bad luck if you do not repost

Peribadi anda?


klik untuk besarkan gambo..

Monday, November 12, 2007

Care your breakfast?

Lightbulb Interesting Quotes

If you want to say it with flowers, a single rose says: "I'm cheap!" -Delta Burke

Women complain about premenstrual syndrome, but I think of it as the only time of the month that I can be myself. -Roseanne

I am not the boss of my house. I don't know when I lost it. I don't know if I ever had it. But I have seen the boss's job and I do not want it. -Bill Cosby

My mom said the only reason men are alive is for lawn care and vehicle maintenance. -Tim Allen

We have women in the military, but they don't put us in the front lines. They don't know if we can fight, if we can kill. I think we can. All the general has to do is walk over to the women and say, "You see the enemy over there? They say you look fat in those uniforms." -Elayne Boosler

Always be nice to your children because they are the ones who will choose your rest home. -Phyllis Diller

Electricity can be dangerous. My nephew tried to stick a penny into a plug. Whoever said a penny doesn't go far didn't see him shoot across that floor. I told him he was grounded. -Tim Allen

If you can't beat them, arrange to have them beaten. -George Carlin

Untuk dikenang...


  1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.
  2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.
  3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.
  4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.
  5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.
  6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.
  7. Kalau bukan kerana anda,seseorang itu tidak akan hidup bahagia.
  8. Anda seorang yang istimewa dan unik.
  9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.
  10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah sebaliknya.
  11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirkan semula mungkin anda yang meminggirkan mereka.
  12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat laun anda akan memperolehinya.
  13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci umpat cela.
  14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.
  15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik.

    Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik,sejam untuk menghargainya, sehari untuk teman tetap paling setia.

    Walaupn punya harta yang banyak,teman tetap paling berharga.

Wednesday, November 7, 2007

Tips kehidupan..

PERTAMA.
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA.

Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.

KETIGA.
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu

KEEMPAT.
Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.

KELIMA.
Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.

KEENAM.
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

KETUJUH.
Percayailah cinta pandang pertama.

KELAPAN.
Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

KESEMBILAN.
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

KESEPULUH.
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

KESEBELAS.
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

KEDUABELAS.
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

KETIGABELAS.
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"

KEEMPATBELAS.
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

KELIMABELAS.
Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.

KEENAMBELAS.
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

KETUJUHBELAS.
Berpeganglah kepada tiga R:
1. Rasa hormat pada diri sendiri;
2. Rasa hormat kepada orang lain;
3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda

KELAPANBELAS.
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

KESEMBILANBELAS.
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

KEDUAPULUH.
Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.

KEDUAPULUH SATU
Adaketikanya anda perlu bersendirian.

Rekod artis Malaysia

Rekod Paling Banyak Menang Anugerah
Siti Nurhaliza sudah memenangi lebih 100 anugerah/awards. Tiada satu pun dari kemenangan tersebut datang dari bidang lakonan. Semua kemenangan adalah dalam bidang nyanyian (vokal terbaik, persembahan terbaik, album terbaik..) Ini menggambarkan betapa unggulnya Siti Nurhaliza dalam bidang nyanyian. Artis lain yang menggabungkan kemenangan mereka dalam bidang nyanyian, penciptaan dan lakonan masih belum mampu menandingi kehebatan Siti Nurhaliza. Siti memenanginya di Malaysia, Singapura (MTV), Indonesia, Shanghai, Australia dan Kazakhstan. Rekod Paling Lama Menunggu Untuk Buat Konsert
Ahmad Jais menunggu selama 40 tahun sebelum dapat mengadakan konsert solo. Konsert Ambang Sore diadakan di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya pada 1 Oktober 2004 adalah yang pertama untuk artis bertaraf 'terkenal' seperti Ahmad Jais, yang berumur 68 tahun. Syarikat Casa Elegan Sdn. Bhd. menjadi syarikat pertama yang menawarkan Ahmad Jais untuk menjayakan konsert solo. Ahmad Jais sempat merakamkan 15 album dan 200 lagu sepanjang kariernya. Lagu Kuchupan Azimat adalah lagu pertama yang dirakamkan oleh Ahmad Jais iaitu pada 29 November 1965. Itulah kali pertama lagu tersebut dinyanyikan di atas pentas.

Artis Bogel Pertama
Zarina Zainudin menjadi artis Melayu pertama bikin gempar apabila foto-foto bogelnya secara solo menjadi edaran awam. Pada masa itu kemudahan internet belum muncul di Malaysia. Gambar-gambar bogel Zarina Zainudin diedarkan secara 'manual'. Menurut Zarina Zainudin, dia diperdayakan. Namun kesemua gambar itu menunjukkan posing yang tu bukan palsu. Zarina Zainudin terus bersara dari bidang lakonan selepas itu. Zarina Zainudin telah berkahwin, mempunyai anak, dan menjadi pengusaha produk kosmetik.

Aksi Palsu Paling Panas
Gambar-gambar Linda dan Edry Kini, mereka berdua menjadi pasangan artis pertama dalam sejarah Malaysia yang mempunyai rakaman gambar-gambar aksi lucah di internet. Sebelas keping gambar palsu Linda dan Edry dalam pelbagai gaya seksual disebarkan di internet oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Aksi VCD Lucah Pertama
Pelakon lembut Wan Norazlin menjadi artis Malaysia pertama yang merakamkan aksi-aksi lucah yang menjijikkan dengan pasangannya dalam bentuk filem. Rakaman dipercayai dibuat dengan kamera video, yang kemudiannya diubah format ke dalam bentuk VCD oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan disebarkan di dunia internet. Pasangannya adalah suaminya sekarang, seorang graduan undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa. Rakaman dipercayai dibuat sebelum mereka berkahwin, untuk 'koleksi peribadi'. Tiada tangkapan atau dakwaan dibuat. Wan Norazlin terus menghilangkan diri dari dunia artis selepas itu hingga kini. Wan Norazlin menjadi artis yang paling memalukan di Malaysia.


Ratu Kangkang
Safura dengan satu jurus kangkangan istimewa

Bontot Paling Murah
Mas Idayu dengan kehebatan gelek 45 darjahnya.

Hantu Paling Seksi
Maya Karin Harum Sundal Malam. seksi @ seram?

Hajah Paling Seksi
Inilah pakaian Deja Moss selepas balik dari Makkah

Artis Paling Tua Berkhalwat
Makcik Julie Dahlan Lahir 1958

Paling Lama Jadi Artis
Tan Sri S.M Salim (Sheikh Salim Sheikh Muhammad Al Mahros) telah menjadi artis selama lebih 50 tahun. Mula menyanyi nasyid, zapin dan keroncong di majlis-majlis perkahwinan semasa kecil lagi. Menyertai pertandingan menyanyi Bintang Radio di Singapura pada tahun 1952 dan mendapat tempat ketiga setelah tewas kepada P.Ramlee dan R.Azmi.

Artis Pertama Bergelar Tan Sri Semasa Masih Hidup
Tan Sri S.M. Salim adalah artis pertama bergelar Tan Sri semasa masih hidup. Beliau dikurniakan pangkat "Panglima Setia Mahkota" (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Artis Pertama Bergelar Tan Sri
P.Ramle menerima pangkat Tan Sri pada Jun 1990, selepas 17 tahun beliau meninggal dunia.

Harun Din Tumpaskan Mubaligh Angkuh

Lelaki India berbadan tegap itu menghempaskan dirinya ke atas sofa di ruang tamu rumahnya di Petaling Jaya. Hari ini, dia rasa terlalu letih. Pelanggan yang datang ke bank tempatnya bekerja hari ini, luar biasa ramainya. Dia cuma sempat berhenti rehat sewaktu makan tengah hari sahaja. Selepas itu, dia kembali sibuk melayan pelanggan sehinggalah habis waktu pejabat.

Lelaki itu menghidupkan TV 29 inci yang baru dibelinya tidak sampai dua bulan dengan remote yang berada di tangannya. Ditukarnya satu per satu siaran televisyen, TV3, TV2, semuanya sama. Tidak ada apa yang menarik. Bosan!. Dia menukar pula kepada siaran TV1 .


Kebetulan ketika itu, rancangan Forum Perdana Ehwal Islam sedang berlangsung. Salah seorang ahli panelnya ialah ulama terkenal, Dato’ Dr. Haron Din.
Biarpun dia bukan seorang Muslim, rancangan Forum Perdana Ehwal Islam bukanlah asing baginya. Selalu juga dia menonton rancangan tersebut. Malah, dia juga tahu sedikit sebanyak tentang ajaran Islam melalui rancangan tersebut. Lagipun, dia suka melihat kepetahan ahli panel itu memberi ceramah dalam bahasa Melayu, secara tidak langsung, dia boleh belajar bertutur dalam bahasa Melayu dengan lebih baik.

Sedang asyik mengikuti perbincang­an itu, tiba-tiba, lelaki tersebut tersentak apabila mendengar Haron Din mengatakan: “Bandingan segala kebaikan amal dan usaha orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhannya ialah seperti abu yang diterbangkan angin pada hari ribut yang kencang, mereka tidak memperoleh sesuatu faedah pun daripada apa yang mereka telah usahakan itu. Amalan itu menjadi sia-sia akibat mereka sebenarnya berada dalam kesesatan yang jauh daripada kebenaran.”

Mendengar kata-kata Haron Din, darah lelaki India itu menyirap. Perasaan marah menyelinap masuk ke dalam hatinya. Mana boleh! Itu tidak adil! Takkan Tuhan hanya menerima kebaikan orang Islam sahaja? Bagaimana dengan kebaikan yang dilakukan oleh orang bukan Islam?

Bahkan, sepanjang hidupnya, dia melihat banyak kebaikan yang dilakukan oleh orang bukan Islam, dan ada kalanya, melebihi daripada Kebaikan yang pernah dilakukan oleh orang Islam itu sendiri. Apakah segala kebaikan itu tidak diterima? Dia mula menganggap, ajaran Islam mengamalkan sikap kasta. Jika begitu ajaran Islam, bermakna ia double standard.

Rasa tidak puas hati terus menyelubungi fikiran lelaki tersebut. Lelaki India itu akhirnya bertekad untuk ber­jumpa dengan Haron Din. Dia ingin berdebat dengan ulama tersebut. Pada fikirannya, mana boleh seorang ulama mengeluarkan kenyataan yang tidak adil seperti itu, dan boleh menyentuh perasaan orang bukan Islam di negara ini seperti dirinya. Apatah lagi ia dilakukan secara terbuka di kaca TV.

Lelaki itu tahu, Haron Din bukanlah calang-calang orang, tetapi dia tidak peduli. Dia tetap mahu berjumpa dengan ulama tersebut dan mesti mencari jalan bagaimana untuk bertemu dengannya.Setelah beberapa bulan memendam niat untuk bertemu Haron Din akhirnya hasrat itu tercapai. Melalui seorang pelanggan yang dikenali ketika berurusan di bank tempatnya bekerja, lelaki itu dibawa bertemu dengan Haron Din di sebuah rumah seorang ahli perniagaan di Petaling Jaya. Haron Din mengadakan usrah di rumah ahli perniagaan tersebut pada hari Khamis malam Jumaat, seminggu sekali.

Ketika sampai di rumah ahli perniagaan tersebut, kuliah baru saja bermula. Di hadapan lebih 20 orang jemaah, kelihatan Haron Din duduk bersila sambil memegang sebuah kitab. Kebetulan pada malam itu, Haron Din mengajar tentang bab syirik. Bila ternampak muka Haron Din, hatinya menjadi panas.

Lelaki itu membulatkan tekad, selepas tamat kuliah, dia mahu berjumpa dengan Haron Din. Dia mahu mengajak Haron Din berdebat. Lelaki itu memang betul-betul tidak berpuas hati dengan kenyataan Haron Din di dalam Forum Perdana. Ia masih terngiang-ngiang di telinganya biarpun sudah beberapa bulan berlalu.

Namun, tidak disangka-sangka, segala yang dirancangnya tidak menjadi. Perasaan marah dan bengang yang bersarang dalam dirinya selama beberapa bulan itu mula surut apabila dia duduk mendengar kuliah yang disampaikan oleh ulama tersebut.

Setelah tamat kuliah yang diberikan Haron Din, lebih kurang dua jam selepas itu, semangatnya yang tadi berkobar-kobar mahu berdebat dengan ulama tersebut, kian kendur. Rupa-rupanya, dalam diam, dia mengakui, cara penyampaian, serta kupasan Haron Din yang begitu terperinci dalam bab-bab syirik, membuatkan dia rasa amat terpegun.

Sebelum ini, lelaki India itu tidak pernah mendengar penjelasan mengenai Islam dan ketuhanan seperti yang didengarnya pada malam itu. Biarpun hati lelaki berkenaan sudah mula mahu akur pada kebenaran Islam, namun egonya masih menebal. Lelaki ini memperingatkan dirinya, kedatangannya pada malam itu bukan untuk terpengaruh dengan kata-kata Haron Din, tetapi untuk mengajak ulama itu berdebat dengannya.

Akhirnya dia memutuskan untuk menangguhkan hasrat berdebat dengan Haron Din. Bukan tidak berani, tetapi sebenarnya pada malam itu segala persepsi buruknya terhadap Haron Din dan Islam telah mula berubah.

Pun demikian, lelaki itu tidak mahu mengalah dengan perasaannya. Ego yang ada dalam dirinya mengaburi kewarasan akalnya. Misinya berjumpa dengan Haron Din ialah untuk menyatakan apa yang dikatakan oleh ulama tersebut dalam Forum Perdana adalah tidak adil. Tidak lebih daripada itu.

Dan yang paling penting, tujuan dia bertemu ulama tersebut bukanlah untuk mengakui kebenaran Islam. Lelaki itu membuat perancangan sendiri. Dia akan terus mengikuti kuliah Haron Din di situ, agar dia lebih faham tentang Islam dan senang nanti untuk dia berhujah dengan ulama tersebut kelak.

Selepas itu, pada setiap malam Jumaat, lelaki berkenaan menghadiri kuliah Haron Din. Kali ini dia pergi seorang diri. Tetapi ‘masalahnya’ semakin lama mengikuti usrah Haron Din, semakin jelas dilihatnya kebenaran Islam. Lama-kelamaan, tujuan asal lelaki ini untuk berdebat dengan Haron Din dan mengatakan bahawa Islam agama yang double standard, bertukar menjadi sebaliknya. Setiap kali dia mengikuti usrah Haron Din, semakin hampir hatinya pada Islam. Islam itu dilihatnya tulus, lurus tanpa simpang-siur.

Niat asalnya untuk berdebat dengan Haron Din akhirnya terpadam begitu sahaja. Sebaliknya, hatinya menjadi semakin lembut dan lelaki India itu bertambah berminat untuk mengetahui tentang ajaran Islam dengan lebih mendalam.

Suatu hari ketika mengikuti usrah Haron Din di rumah ahli perniagaan tersebut, lelaki India itu mengambil peluang bertanyakan bermacam-macam soalan tentang Islam. Dia bertanya, mengapa perlu meninggalkan agamanya dan memeluk Islam? Bukankah semua agama itu sama. Bukankah Islam itu juga sama seperti agama lain, menyuruh membuat kebalkan dan meninggalkan kejahatan?

Dan yang paling penting, dia mahu tahu, kenapa Haron Din mengatakan hanya amalan orang Islam sahaja yang diterima Allah, dan amalan orang bukan Islam tidak diterima-Nya seperti yang disebut di dalam Forum Perdana Ehwal Islam tidak berapa lama dulu.
Haron Din tersenyum dan secara berkias beliau menjawab; “Untuk memudahkan saudara memahaminya, biar saya berikan contoh begini: kita adalah seorang hamba dan tuan kita memberikan kita sebidang tanah, cangkul, benih, baja dan segala kelengkapan yang lain untuk kita mengusahakan tanah tersebut.

“Tuan kita suruh kita usahakan tanah itu tetapi kita tidak berbuat seperti mana yang disuruh, sebaliknya kita mengusahakan tanah orang lain. Kemudian bila tiba di hujung bulan, kita datang kepada tuan kita untuk meminta upah. Saudara rasa, adakah tuan kita akan bagi upah sedangkan kita tidak lakukan apa yang disuruh, sebaliknya kita melakukan kerja untuk orang lain?

“Begitu jugalah simboliknya di dalam Islam. Jika kita melakukan kebajikan dan kebaikan, bukan kerana Allah, tetapi kerana sesuatu yang lain, contohnya kerana manusia, pangkat atau harta, apakah di akhirat nanti, Allah akan memberi balasan di atas amal perbuatan kita sedangkan semua amalan yang kita lakukan bukan untuk Dia?”

Ternyata segala jawapan dan hujah yang diberikan oleh Haron Din atas pertanyaannya itu, membuatkan dia mati akal. Begitu juga dengan setiap hujah dan persoalan yang cuba ditimbulkan lelaki itu dengan mudah dipatahkan oleh Haron Din dengan cara yang lembut dan bijaksana, tanpa sedikit pun menyinggung perasaannya sebagai orang bukan Islam.


Setelah empat minggu berturut-turut mengikuti kuliah yang diberikan oleh Haron Din, ego yang ada di dalam dirinya hancur dengan kebenaran Islam. Akhirnya hati lelaki itu terbuka untuk memeluk Islam. Enam bulan selepas itu, secara rasmi lelaki India tersebut memeluk Islam.

Dalam satu pertemuan empat mata dengan Haron Din setelah lelaki itu memeluk Islam, dia sempat bertanya mengapakah ulama tersebut mengeluarkan kenyataan seperti itu di kaca TV, sedangkan kenyataan itu boleh mengundang rasa tidak puas hati di kalangan bukan Islam, seperti apa yang dirasakannya.

Haron Din menjelaskan kepada lelaki India tersebut: “Memang kenyataan itu saya tujukan khusus untuk orang bukan Islam. Saya mahu orang bukan Islam berfikir tentang kehidupan, asal usul manusia dan kebenaran agama. Saya mendapat maklum balas, ramai di kalangan bukan Islam yang menonton rancangan itu. Jadi, sengaja saya bacakan ayat al-Quran itu agar mereka berfikir.”

“Dan saya adalah di antara mereka yang terkena provokasi Haron Din itu. Biarpun pada peringkat awalnya saya bertemu beliau atas sebab tidak puas hati dengan kenyataannya, namun akhirnya, saya bersyukur, kerana ia menjadi penyebab yang membuatkan saya akhirnya menerima cahaya kebenaran Islam,” jelas Mohammad Fitri Abdullah, 43, lelaki India yang dimaksudkan dalam cerita di atas.


Ketika Mastika menemuinya di pejabat Perkim bahagian Shah Alam di Masjid Negeri Shah Alam, Fitri berulang kali menyatakan betapa syukurnya dia mendapat hidayah biarpun pada mulanya dia langsung tidak terfikir untuk memeluk Islam.

“Seperti yang saya katakan, pada awalnya niat saya adalah untuk berdebat dan berbalah dengan Haron Din akibat rasa tidak puas hati terhadap kenyataannya itu. Tetapi, apabila saya mendengar penjelasan beliau, ego saya jatuh dan dalam diam-diam saya mengakui, saya bukanlah orang yang layak untuk berdebat dengan beliau,” jelasnya.

Sebenarnya sebelum memeluk Islam, Fitri memang seorang yang taat terhadap agamanya. Dia bukan sekadar seorang pengikut yang taat, tetapi juga bergerak aktif dalam beberapa persatuan yang berteraskan agama yang dianutinya. Selain itu, dia turut mengajar di beberapa rumah ibadat di sekitar ibu kota . Biarpun kuat terhadap agamanya, namun jauh disudut hati, lelaki itu sering merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan agama yang dianutinya.

“Sebenarnya, agama tersebut juga mengajar pengikutnya untuk menyembah Tuhan yang satu. Di dalam kitab­kitab lama, itulah ajarannya. Tapi masalahnya, apa yang dilakukan oleh penganut agama tersebut berlainan daripada apa yang diajar di dalam kitab.

“Mereka tidak menyembah Tuhan yang satu, sebaliknya menyembah bermacam-macam Tuhan, selain dari Tuhan yang satu,” tegas lelaki yang berasal dan Banting, Selangor ini. Lantaran itulah kata Fitri, hatinya sering berasa ragu dengan agama sendiri. Perasaan ini bukannya baru, malah timbul sejak dia berusia belasan tahun lagi. Dia melihat apa yang diajar di dalam kitab, dengan apa yang dipraktikkan oleh penganut agama lamanya, termasuk dirinya sendiri, ternyata bercanggah sama sekali.

“Tetapi apabila saya mendengar kuliah Haron Din, diam-diam saya mula sedar, saya memang berada dalam kesesatan yang nyata. Pertama kali mendengar ceramah beliau, sudah cukup untuk memberi kesedaran pada diri saya sekali gus berjaya mengubah pandangan saya terhadap Islam selama ini. Mungkin itulah kelebihan yang Allah berikan pada Haron Din,” kata Fitri lagi.

Kejadian itu sebenarnya telah pun berlalu hampir 15 tahun, namun cahaya iman yang menyerap ke dalam hatinya masih lagi sesegar dulu. Malah, dari hari ke hari semakin kukuh bertapak di dalam dirinya.

Jika dahulu Fitri seorang mubaligh yang aktif menyebarkan agama lamanya, kini Fitri masih tetap begitu. “Cuma bezanya, hari ini saya bergerak di atas landasan agama yang benar iaitu Islam. Saya cukup sedih bila mendengar ada saudara seagama saya, terutamanya di kalangan orang Melayu yang sanggup keluar dari Islam. Murtad.

“Hari ini, menjadi tanggungjawab saya untuk membantu mereka, memulihkan iman mereka, dengan pelbagai usaha dan cara, termasuk berkongsi pengalaman yang saya lalui sebelum ini.

“Ini adalah tuntutan wajib buat diri saya. Dengan kelebihan yang Allah anugerahkan kepada saya, saya perlu laksanakan amanah ini biarpun berat, sebagai usaha saya membantu menyemarakkan agama Allah di muka bumi yang bertuah ini,” ujarnya bersungguh­sungguh mengakhiri pertemuan kami pada petang itu.

catitan :

Benarlah bahawa Hidayah Allah hanya untuk hamba yang dikehendaki- NYA sahaja. Selagi hayat dikandung badan, kita mesti hapuskan gerakan mengkristiankan umat Islam di Malaysia. Semakin lambat kita bertindak, ditakuti bilangan orang murtad ini akan bertambah. Bertindaklah, walau dengan apa jua sekalipun, paling tidak kita doakan kesejahteraan dan keselamatan umat Islam dari fitnah Kristian ini selepas solat fardhu. Apa yang paling saya kesalkan bahawa isu ini dipandang sepi oleh sesetengah pihak dan kita tidak boleh lagi menuding jari serta mengharapkan kepada kerajaan, JAKIM Jabatan Agama Negeri dan sebagainya, Syiar Islam itu diamanahkan kepada setiap individu Islam dan bukannya kepada kerajaan atau mana-mana pertubuhan sekalipun.

Ustaz Harun Din adalah ulama yang amat disegani dan saya sungguh sedih melihat ulama seperti beliau seolah-olah tiada tempat dalam masyarakat kita.Sungguh sukar untuk kita lihat wajah beliau di kaca televisyen sedangkan ilmu yang beliau miliki amat penting untuk kita sama-sama kongsi,pelajari dan amalkan.

Twin Girl with Eight Limbs to Have Surgery


An Indian girl born with four arms and four legs is to undergo a 40-hour operation tomorrow as doctors try to give her a chance at a normal life.

Lakshmi Tatma is a two-year-old girl named after the Hindu goddess of wealth who has four arms. She was believed to have been "sent from God" when she was born to a poor rural family in the Indian state of Bihar.

It will require the latest techniques in medical science to separate Lakshmi from her "parasitical", headless, undeveloped "twin", which is joined to her body at the pelvis.

Without the operation at the Narayana Health City, on the outskirts of Bangalore, Lakshmi's parents were told their daughter was unlikely to survive beyond early adolescence.

Source: Telegraph

Tuesday, November 6, 2007

Perkahwinan sorang lagi member....hihihi


Ok pada 3 november lepas...kahwinlah sudah budak kelas aku time smkkt dulu...si azreen ler...hehehe..dulu aku mmg agak rapat ngan die nih...apatah lagi duk tanjung bidara sesame..kelas sesame..naik trak sesame..dan yg paling penting, suke tgk crite hindustan jugak (hahahaha..ni dulo2 la...skrg tdak lg)...

plan mmg nk g tengah hari...tapi last2 x jadi coz masayo kerje smpi ptg..pkl 4 br balik...terpakse le g ptg...jadi, pkl 5 ptg baru nk gerak dari melaka ke muar!..hahahahaha...aku g ngan bayah n masayo...naseb baik la famili die kenal sgt ngan aku...hehehe..xle segan sgt kan...

hahaha..pengantin die pon dh x rupe pengantin aku tgk...hihihi..ni la gambo yg sempat snap...kamera pon lupe nk bawak...naseb baik ade hs camera...huhuhu :P

On da way!..aku suruh bayah amik gambo semua...alih2 muka die ngan mas jer lebey...aku dpt msk sikit jer..:P

mentang2 la br kawen...ecececece....hihihi...sbb dtg petang...pengantin dh x serupe pengantin dh!
Berdiri dari kiri: Siti Nurbayah Alias, Megat Malfiz Ismail, Mohd Shafik Mohd Jamil, Siti Masayu Yusof
Duduk dari kiri: Imran dan Nur Azreen Ismail (newly weeds!)

Titik hitam dalam hidupku....huhuhu

hahahaha...untuk makluman...skrg aku xleh la nk update blog slalo kerana Laptop ku kini telah hilang!..huhuhu..ini adalah kes kecurian barang berharga milik aku yg pertama dalam hidup aku..huhuhu...ceritenye mcm ni...hari khamis bersamaan 1 november, tercatatlah dalam diari hidupku (chewah!)..tengah hari tu makan tgh hr kat wisma UNIKEB...laptop lak tumpang kt kreta si sue tu ha...sbb budget lps mkn nk balik coz half day cuti...pastu makan2 la...

kira2 pukul 1.45 ptg tuh...skali nk amik laptop...dh hilang dh! tgk2 kreta si sue pon dh pecah cerminnye...ahh...sudah!..nk wat camno?..report la polis ngan pak guard...sampai ke kajang dibuatnye sbb die pecah cermin, jadi kene jumpe inspektor penyiasat (inspektor sahab)..blablabla...sampai ke petang....

hurm...nampaknye kene la kumpul duit dr skrg nk beli laptop baru..hihihi..kene la ikat perut pas ni..apa2 pun maybe ade hikmah laptop aku hilang...dan yang pastinya...yg dh hilang tuh jgn dikenang...dh jd milik org pon...jadi, bukak diari baru...!

Bile hilang laptop ni teringat satu cerita....satu hari tuh Allah bagi hari yang cerah dan ceria..manusia yang melihat hari yang cerah tuh teamat la suka gile dan memuji Allah..tiba2 Allah menurunkan hujan yang lebat..manusia berasa sangat kecewa kerana disebabkan hujan, cuaca cerah idaman manusia hilang...aktiviti manusia juga terbantut...tetapi kemudian, selepas hujan...keluarlah cuaca cerah yang lebih cantik kerana cerah selepas hujan di hias dengan sebuah pelangi yg sangat indah...begitulah...setiap perkara buruk yang berlaku adalah untuk menguji iman manusia dan untuk memberikan hikmah kepada manusia...

Insiden-insiden dalam hidupku...hahahaha

Insiden di kedai motor..

situasi 1: aku nk beli motor...so, nk urvey2 la ngan kumbang...nk tanye ape2 ker pasal motor yg nk beli...

aku: Boss...kalau beli motor sini kan...ade bg vaucher kan...vaucher tu untuk bikin ape?
tokei: untuk u dpt diskaun la...buat sport rim @ u nk wat box..
aku: owh...ye ke...err...kalo sport rim mau tuka brape ha?
tokei: err...brape?u nk psg kt mn?
aku: nk psg la...kt motor nanti..
tokei: aiya! motor Lc ha...sudah siap2 psg sport rim ma...u x payah susah2 nk psg...
aku: :P

situasi 2: mase nk beli motor tu la

aku: Boss...saya nk motor yg ade starter automatik bole ke?
tokei: apa pasat?
aku: saya nk yg ade automatik starter la...x nak yg ade kick jer..
tokei: Aiya! semua motor LC ade starter automatik maa...sudah siap2 maa...
aku: :P

Insiden di rumah

situasi: pd petang yg bahagia...aku balik kerje...pastu sorg2 kt umah..jadi aku rajin kemas2 rumah sambil menyanyi dengan riang gembira...semua lagu ade...lagu raya? lagu kawen?..hahahaha..namakan saja...:P lepas kemas2, nk buang sampah...keluar dari umah sambil menyanyi2..tibe2 bile sampai kt tempat buang sampah...Teet!

aku: alamak! ade plak org seblah ni...(sambil tersengeh2 kerang busuk, bile ternampak org seblah tgh duduk kat luar rumah )
org seblah: thehehehehehe...(gelakkan aku lah tu)

terus aku masuk umah pastu duduk kat satu sudut sbg tanda trauma...hahahahahaha..:P

untuk makluman, org seblah rumah merupakan seorang wanita berkejaya, kerja kat serdang, masih bujang dan suka membasuh kreta...:P..Teet!

Ada apa dengan WQQ 9852?

alhamdulillah...akhirnya penantian aku berakhir akhirnya...mana taknye...akhirnye motor yg ku tunggu-tunggu sekian lama dh samapi! Yaay! \(^.^)/ hehehehe

Sebenarnye...aku x plan nk beli motor baru tapi adik aku nk sangat motor modenas aku tu...jadi terpakse le aku beli motor baru...hehehe...jadi pilihan untuk motor baru tuh...sah2 la the hottest motorbike in town...hahahahaha...Yamaha LC135...hehehehe..aku order warne merah...tapi xda stok...jadi dpt ler warne hijau...hahahaha..dh mcm motor suria perkasa hitam plak...

so, inila motor aku...br je amik pd...erm..ntah bile ntah aku dh x ingat tarikh die..hehehe...:P tapi skali aku bawak g INBIOSIS...bile balik jer terus berlumpur motor aku...hahahaha..maklumla keje kt tgh hutan...hahahaha..

ehe...180 maximum..mmg untuk rempit!


perbandingan antara 2 motor...kuikuikui...slamat tinggal modenas!