Thursday, December 26, 2013

Penyakit Jantung dan Anda!


Penyakit jantung koronari merupakan penyakit yang boleh membawa maut dan dikenali sebagai penyakit nombor satu di dunia. Penyakit ini biasanya lebih berisiko menyerang lelaki lebih awal berbanding wanita. Ini kerana, wanita dilindungi daripada penyakit jantung kerana mempunyai hormon estrogen, namun selepas monopaus, penyakit jantung boleh menyerang wanita dan risikonya adalah sama seperti lelaki. Namun begitu, wanita tidak seharusnya memandang rendah risiko penyakit jantung, kerana faktor lain seperti gaya hidup juga boleh menambah risiko menghidap penyakit jantung lebih awal.


Kita sudah biasa terdengar berita di mana pesakit yang terkena serangan jantung terus membawa maut. Berbicara tentang penyakit jantung adalah lebih baik kita meneliti punca-punca yang menjadikan seseorang itu menghidap penyakit jantung.

Punca utama penyakit jantung menyerang
  • Keturunan- ia berkait rapat dengan sejarah keluarga. Jika mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit jantung, anda seharusnya tidak harus memandang remeh risiko anda menghidap penyakit jantung.
  • Tekanan- keadaan ekonomi yng tidak stabil, tekanan di tempat kerja, ego kerana merasakan tidak ada masalah kesihatan, lebih suka pendam masalah. Mungkin kerana anda tidak mahu membebankan masalah ini kepada ahli keluarga yang lain, akibatnya, tekanan seperti inilah membuatkan lelaki mudah untuk mendapat serangan sakit jantung.
  • Merokok merupakan faktor penting dalam meningkatkan risiko penyakit jantung.
  • Alkohol- pengambilan minuman alcohol lebih kerap berlaku di kalangan lelaki.
  • Kurang aktiviti senaman- orang yang kurang bersenam dan mengamalkan cara hidup yang tidak aktif berisiko untuk mendapat serangan sakit jantung
  • Masalah kegemukan- lelaki yang mempunyai berat badan berlebihan terutamanya di bahagian perut lebih berisiko.
  • Tabiat pemakanan- makanan yang mengandungi kolestrol, gula dan garam natrium yang tinggi akan menyebabkan penyakit kencing manis dan darah tinggi yang akan menambahkan risiko penyakit jantung.
Setelah mengenalpasti punca penyakit jantung, mungkin anda tertanya-tanya apakah tanda-tanda awal penyakit jantung.

Tanda-tanda awal penyakit jantung

  • Sering berpeluh dengan lebat
  • Kesesakan untuk bernafas – Boleh bernafas seperti biasa tetapi akan terasa sesuatu sedang tersumbat di dada atau hidung.
  • Sakit di bahagian dada kiri- Mungkin sakitnya sedikit atau kuat.
  • Sering pening kepala – Terasa seperti semua barang di sekeliling berpusing, bergetar atau goyang.
  • Sering “blank out” – Akan hilang upaya perlihatkan buat seketika, Rasa seperti berada di bilik gelap buat seketika.
  • Sering “blank out” apabila bangun selepas baring atau semasa menunduk untuk mengambil sesuatu dari bawah.
  • Tangan kiri mula sakit, seolah-olah terseliuh  (Peringkat ini boleh dikatakan kritikal).
  • Kalau tangan kiri dah mula sakit selepas tanda-tanda di atas, bererti akan diserang sakit jantung. Perlu periksa dengan doktor secepat mungkin. 

Oleh sebab itu, setelah mengenalpasti punca-punca dan tanda awal penyakit serangan jantung, anda seharusnya cuba mengurangkan risiko penyakit jantung dengan mengamalkan senaman kardiovaskular secara teratur di samping mengamalkan pemakanan yang lebih sihat. 

Pemakanan sihat ini terbahagi kepada 2 iaitu:

  • ·    Pemakanan sihat 
    • Pemakanan sihat di sini bermaksud pengambilan makanan yang kurang kandungan lemak dan garam. Telah diketahui pengambilan garam dan lemak yang tinggi menyumbang kepada penyakit kardiovaskular iaitu darah tinggi. Darah tinggi berlaku disebabkan pengumpulan lemak di dalam salur darah dan kepekatan darah yang tinggi (hasil kandungan garam dalam darah yang tinggi), sekaligus menyebabkan komplikasi penyakit lain iaitu penyakit  jantung berlaku. 
    • Amalkan pengambilan makanan sihat melalui pengambilan serat (iaitu dari sumber sayur sayuran dan juga serat beta-glukan seperti oat), kurangkan makanan berminyak dan bergaram, minum lebih air kosong, dan juga kurangkan pengambilan karbohidrat. Kenapa kurangkan karbohidrat? Kerana pengambilan karbohidrat yang tinggi akan penyebabkan pembentukan lemak visceral (iaitu lemak yang meliputi organ dalaman badan), kerana karbohidrat yang berlebihan tidak akan dibuang dari badan tetapi ditukar kepada bentuk lemak. 
    • Oleh itu, karbohidrat seharusnya diambil mengikut keperluan kalori tubuh. 
  • Pengambilan suplimen 
    • Selain pengambilan makanan sihat yang teratur, pengambilan supplimen tertentu terbukti mengurangkan risiko penyakit jantung. Supplimen yang telah dikenali membantu mengurangkan risiko penyakit jantung adalah sejenis lemak baik yang dikenali sebagai OMEGA-3. 
    • Sumber OMEGA-3 yang asli banyak terdapat di dalam ikan beriklim sejuk seperti ikan kod, hering, mackerrl, hering, salmon dan lain-lain. OMEGA-3 ini tidak boleh dihasilkan oleh tubuh manusia, maka sebab itulah pengambilan supplimen penting untuk menjamin tubuh kita daripada terkena penyakit jantung.

Pada masa kini, pengambilan supplimen OMEGA-3 amat penting kerana cara hidup kita sekarang telah banyak berubah. Penghasilan makanan pada waktu ini lebih terarah kepada penghasilan makanan secara industri/pukal menyebabkan banyak penggunaan garam dan gula berlebihan, penggunaan penambah perisa dan pewarna tiruan dan juga bahan pengawet. Ditambah pulak dengan budaya makanan segera yang terbukti tidak sihat untuk kesihatan jantung.



Oleh sebab itu, pengambilan supplimen OMEGA-3 yang baik dan berkualiti amat penting. Di sinilah OMEGA GUARD dari Shaklee menawarkan supplimen OMEGA-3 yang terbaik dan berkualiti lebih baik berbanding produk OMEGA-3 di pasaran.

Kelebihan OMEGA GUARD dari Shaklee  
  • Membantu menurunkan kadar LDL, Kolesterol & Trigliserida yang tinggi serta mempertahankan nilai normalnya. 
  • Membantu menurunkan tekanan darah tinggi, mengurangi kekentalan darah sehingga mencegah terjadinya serangan jantung dan stroke. 
  • Membantu mencegah penebalan pembuluh darah. 
  •  Membantu melancarkan sirkulasi darah ke seluruh tubuh. 
  •  Meningkatkan kesehatan kulit, terutama kulit kering. 
  •  Baik untuk masa kehamilan untuk otak janin. 
  •  Mampu meningkatkan memori & konsentrasi. 
  •  Baik bagi penderita eksim & psoriasisanin. 
  •  Membantu mengoptimalkan fungsi retina mata. 
Siapa yang sesuai mengambil Omega Guard? 
  •  Ibu hamil / menyusu 
  • Kanak-kanak usia 1 tahun ke atas 
  •  Lelaki / wanita 
  •  Warga emas 
  •  Penghidap darah tinggi/kolestrol tinggi/diebetes 
  •  Penghidap asma 
  •  Mereka yang obesiti 
  •  Mereka yang ingin pecahkan lemak-lemak degil 
  •  Mereka yang mementingkan kesihatan
Lindungi diri anda daripada menjadi salah seorang penyumbang kepada peningkatan statistik pesakit jantung dunia. Pastikan anda lindungi jantung anda bermula dari sekarang supaya anda boleh menikmati kehidupan yang lebih baik, menyaksikan anak cucu anda membesar di depan mata dan malah lebih baik lagi, dapat beramal ibadah dengan sempurna.

Pilihlah untuk mendapatkan supplimen terbaik. Pilihlah OMEGA GUARD dari Shaklee. Ia merupakan produk terbaik yang ditawarkan di pasaran, halal dan berkualiti.

Perbandingan Produk


Pristin Omega 3 Fish Oil 1200 mg
Kordel’s wild Salmon & Fish Oil 1000 mg
Shaklee OMEGA GUARD 1000 mg
EPA
396 mg
80 mg
545 mg
DHA
264 mg
120 mg
360 mg
Total Omega 3
660 mg
300 mg
1000 mg
Pharmaceutical Grade
Yes
No
Yes

*Poduk ini bukan tujuan untuk mendiagnos, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit.





Hubungi Shafik

SAYA SEDIA MEMBANTU ANDA DAN BERKONGSI TIPS KESIHATAN



No comments: