Saturday, September 24, 2011

All about my blog..

Sejak akhir-akhir ni..aku semakin malas pulak nak update blog yang satu nih..hehe..tak taulah kenapa semangat untuk menulis blog ni semakin menurun sejak aku keluar dari bumi UKM..hehe..

Dihambat dengan kesibukan kerja dan kesibukan diri sendiri...menjadikan aku tak sempat untuk cuba luangkan masa menjengah blog ni..

Kata orang kalau nak ada blog kene ada tema..blog ape..politik ke, fashion ke, isu semasa ke..atau blog luahan peribadi..hehe..dulu aku nak jadi semua..tapi semakin lama rasanya dah jadi macam blog pasal diri aku lak..ape-ape lah..

Apa-apa pun aku mula nk jugak ada blog lepas ter'jangkit' dengan geng-geng lab lah ni..semua ada blog..kita pun nak jugak..ada yang bertahan..ada jugak yang dah bukak blog baru..

Di samping tu ada macam-macam jugak isu tentang blog...pasal gaya bahasa blog..samada yang bercampur-campur bahasa ataupun yang ada banyak pakai shortform..tak lupa jugak yang komen dari anon entah dari mana..hihik..sambil tu tak lupa jugak ada jugak rakan-rakan blogger yang jumpa daripada blog walking...

Sekarang ni aku cuba update..hehe (janji basi =P )..entahlah..bila aku fikirkan sejak dari zaman sekolah rendah aku memang rajin menulis..siap hantar karangan (masa sekolah rendah) kat majalah kuntum..sebagai balasan, majalah tu bagi cenderahati barangan majalah..masa sekolah menengah aku hantar artikel untuk majalah sekolah sampai kat jadi pengerusi unit berita..tapi sekarang semua idea membuak-buak tu cume seputar di kepala je..heheh..

Adakah masa semakin menghakis diri? (budget!) ..heh! salahkah benda lain lak..pokok pangkal diri sendiri..

Ok..aku try sebaik mungkin..sebabnya dalam kehidupan seharian aku..setiap masa yang aku ada...akan ada je benda yang perlu aku buat..dari hal kerja..workout..makan..urusan seharian..pelajaran..surf inetrenet..blogwalking..maen game fesbuk..latihan marathon..tengok wayang..bersosial..tu belom lagi masuk bab tengok movie yang aku donlod mencecah ratusan movie..tambah lagi TV series..hahaha..penuh!  







No comments: