Staff Sekalian,
Perhatian kepada semua staff. Berkuatkuasa pada tahun 2008, syarikat
anda akan menguatkuasakan peraturan baru kepada semua staff. Perkara
yang digubal adalah seperti berikut:-
a. PENGANGKUTAN.
Sekiranya anda memandu kereta import, kereta mewah atau kereta Honda
contohnya, kami menganggap anda sudah terlalu mewah, jadi tiada
kenaikan gaji.
Sekiranya anda memandu kereta yang telah uzur, lebih dari 10 tahun
atau menggunakan pengangkutan awam, kami mengandaikan anda mempunyai
banyak simpanan, jadi tiada kenaikan gaji.
Sekiranya anda memandu kerata nasional samaada proton atau perodua,
kami mengandaikan anda telah berada di level yang sepatutnya, jadi
tiada kenaikan gaji.
b. CUTI TAHUNAN.
Setiap orang akan mendapat cuti 104 hari dalam setahun dan
kebanyakannya ialah hari sabtu dan ahad.
c. WAKTU LUNCH:
1) Staff yang kurus akan diberi rehat selama 30 minit. Ini kerana
mereka perlu makan lebih untuk kesihatan.
2) Untuk saiz normal, mereka akan diberi rehat selama 15 minit. Ini
kerana mereka sedang elok dan cuma perlu mengambil makanan secara
stabil.
3) Untuk mereka yang gemuk, mereka akan diberi rehat selama 5 minit
sahaja. Ini kerana mereka cuma perlu makan pil dan susu atau teh
untuk menguruskan badan.
di. CUTI SAKIT:
Mulai 2008 kami tidak lagi mengiktiraf sijil sakit dari Doktor ini
kerana sekiranya anda mampu pergi ke Klinik untuk dapatkan MC, anda
tentu boleh pergi kerja juga.
e. PENGGUNAAN TANDAS:
Kami mendapat aduan ramai staff yang mengambil masa terlalu lama di
dalam tandas. Mulai tahun 2008 setiap seorang hanya boleh menggunakan
tandas selama 5 minit sahaja. Sekiranya lebih dari 5 minit secara
automatiknya tandas akan di pam, tisu akan stuck, pintu akan terbuka
dan kemera akan menyala.
Sekiranya lebih dari 2 kali gambar anda dirakam, kami akan menampal
gambar anda di notis board di bawah korum 'staff sembelit'.
f. PEMBEDAHAN:
Selagi anda menjadi staff di sini, kami tidak membenarkan anda
melakukan sebarang pembedahan. Jangan cuba mengeluarkan apa-apa saja
organ dari dalam badan anda kerana kami mengambil anda bekerja kerana
anda mempunyai organ yang cukup. Sekiranya tidak, ini bermakna anda
telah melanggar kontrak.
g. PENGGUNAAN INTERNET
Segala penggunaan internet atas urusan peribadi seperti membaca
e-mail, chatting dan games akan dikenakan bayaran RM2.00 sejam (sama
seperti harga pasaran). Bayaran ini akan ditolak dari gaji anda.
Sebagai permulaan, 73% staff di sini tidak akan mendapat gaji selama
3 bulan, ini kerana harga penggunaan internet sahaja telah melebihi 3
bulan gaji mereka.
Terima kasih kerana masih setia berkhidmat di syarikat ini. Kami akan
cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik. Sebarang pertanyaan,
komen, aduan, kekecewaan, sakit hati, bantahan, maki hamun, caci
nista boleh disalurkan ke tempat lain.
Sekian, terima kasih.
Best Regards
Thursday, December 13, 2007
MEMO KEPADA SEMUA STAFF
Labels:
artikel
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment