Monday, October 12, 2009

Stop there! Right now, Mr!

Lama dah tak update blog ni..sian betul dah lama terbiar..ok..mulai esok aku cuba update..idea ade, tapi malas...


beratnya perkataan malas ni kan.. :P

haha

Tuesday, May 26, 2009

Reverse Psycology


Hari ini....disebabkan aku keseorangan di rumah, aku pon xde bende nak buat...Kemudian, cuba lah untuk tengok Tv..mana tau ade cerita yang best-best untuk ditonton...tapi malangnya takde benda yang seronok untuk ditonton..huhuhu..kemudian, aku pun bukak la channel hallmark...aku tertarik untuk tengok Oprah pulak..bukan ape, kali ni episod yang dibawakan adalah mengenai bagaimana kita hidup tanpa bahan hiburan elektronik (TV, laptop, PSP dan sebagainya...) Jadi ada peserta yang cuba untuk hidup tanpa hiburan moden ini selama seminggu..menarik!

Tapi yang buat aku tertarik adalah satu keluarga ni cuba merawat ketagihan anak mereka dengan permainan elektronik dengan menggunakan pendekatan reverse psycology...terus aku teringat balik teknik kaunseling ni..bukan ape, teknik ni merupakan teknik kaunseling yang amat mudah dan kerap digunakan dalam satu sesi kaunseling...Aku dulu adalah anggota (anggota ke? ke ahli?) pembimbing rakan sebaya sekolah...jadi, adalah sikit ilmu pasal kaunseling ni... (bahkan dulu...aku penah terfikir nak jadi kaunselor..tapi bila fikir balik..malaslah...) jadi, apakah itu reverse psycology?

Reverse psycology
suatu teknik pujukan bagi meyakinkan orang lain bahawa jawapan pertama yang mereka berikan yang mana mungkin betul, dikatakan salah dan mencadangkan jawapan yang lain, yang mungkin merupakan jawapan yang salah... (adoi yai...berbelit betul...) Ia juga menyakinkan orang tersebut bahawa jawapan yang diberikan (yang mungkin benar) adalah salah dan cuba mempengaruhi orang tersebut menukar jawapannya kepada jawapan yang anda mahukan.

In fact, teknik ini sangat berkesan dalam pendidikan kanak-kanak mahupun orang dewasa dalam usaha untuk mengubah corak pemikiran dan juga pandangan mereka terhadap sesuatu isu..ia juga amat berguna untuk memaksa seseorang mengakui sesuatu yang dilakukannya ataupun untuk merangsang seseorang meluahkan perasaan..antara contoh situasi pendekatan reverse psycology yang digunakan...

Using this technique, to get your kids to finish their dinner, you might say something like:

"I bet you can't eat all of those peas in 30 seconds."
For example, you want your child to have some salad. You put it out to all members of the family at dinner time but tell your child "you can't have any of this tonight". Often then, the child will demand to have it!

For example, you might try to scare your child into not crossing the street by saying:
"OK. Go ahead and cross the street by yourself. You'll just get hit by a car..."
ataupun dalam situasi Malaysia

Letakkan papan tanda Sila Buang sampah di sini!...mesti kawasan tu takda orang buang sampah...kuikuikui :P



Friday, May 22, 2009

Kisah bagaimana anda menjadi rebutan semua aweks!!!

Ni ade kes budak laki berumur 9 tahun menulis sebuah buku yang bertajuk"How to Talk to Girls,"..Nama budak tuh Alec Greven....sbenarnya buku tu mula ditulis pada umur die 8 tahun....9 tahun baru publish...gile aahh...umur 8 tahun dah pandai advice pasal 'relationship'....(advance betul bedak-budak sekarang...9 tahun aku masih sebok berangan nak jadi gaban... :(...down sekejap...) ni petikan kata-kata dia, apa sebab dia menulis buku pasal 'relationship'

"I saw boys around the playground having trouble getting girls – just not knowing what to say. I wanted to write a book that could help them."

katanya lagi....

One of his most popular tips is to go for "regular" girls and not ones that are more risky and "pretty." "73 percent of regular girls ditch boys, while 98 percent of pretty girls ditch boys," writes Alec. He goes on to explain, "It is easy to spot pretty girls because they have big earrings, fancy dresses and all the jewelry."

Yang tak menahan...katanya lagi...

selalunya girls akan tertarik kepada lelaki yang smart...clown class never make a living even u are the smartest one...(huhuhu...adoiyai...) lelaki yang smart ibarat magnet dan girls ibarat metal...so they attractive to each other...smart guy just have to pick one, if they pick all...it's gonna be crazy....

untuk tau lebih lanjut...tgk je la kesahnya bila die jadi tetamu jemputan ellen...konfiden je.....



yang penting...aku dari zaman sekolah rendah sampailah sekarang...im always be a clown class...maka terjawablah segala kemusykilan aku...teet! :(
Clown...bukan nama sebenar...

Thursday, May 21, 2009

Mother's Day


Aku tak taulah...setiap tahun ada sambutan Hari Ibu...hihihihi..hari khas untuk semua insan yang bergelar anak memperingati jasa ibu mereka...

Bagi aku secara peribadi, aku rasa sambutan ini amat baik..dari segi menghargai jasa ibu...tapi aku dari dulu sampai sekarang memang fail la bab nak wish bende2 macam ni...aku memang fail dalam bab nak wish kat seseorang atas sebab-sebab tertentu...aku nak je wish tapi tak terucap...seingat aku, aku penah wish "selamat hari ibu!" kat mak aku masa form 4, itupun masa tu mak bapak aku melawat aku kat asrama...time kreta dieorang dah nak blah baru aku jerit kat mak aku (dengan muka malu2)..itu je la skali...itu pon sebab aku termakan (termakan?..betul ke ayat aku ni) tazkirah jasa ibu masa kat surau..kire hatiku tersentuh la kirenya...hihik...

abis ape perlu aku lakukan...? hantar sms? mak aku xde hs..nak hantar emel, frenster? sah-sah die xde...kad? alamak! tak geti mengarang la pulak...aku kalo tak geti mengarang, last-last ayat aku jadi skema macam ayat surat rasmi..call? adoi yai..walaupon x berdepan...tapi tetap xleh gak..

so, haritu masa aku balik..aku cuba la konon-konon nak wish..last-last, cari timing baaeeek punya tetap x jumpa...sebelum balik, atas motor...aku cuba gak nak terucap...last-last bila tiba saat nak wish tu..

"errr...mak..err..."
"pe dia..."
"err...err...." (gelabah dalaman pon bermula...)
"errr...errr...err...err...err....er...minggu ni nak g Ulu Yam..err...err..kawan ajak..(adoiyai...apsal lak ulu yam? tuka topik balik...)..err..err..tapi motor tak basuh...burung ni ha berak-berak...(sambl menunjukkan taik burung kat motor aku...adoi...kuar topik burung berak lak..ape pulak kaitan dengan ulu yam, apetah lagi mother's day...)"
"ha tulah...motor macam belacan dah...asyik nak bejalan je....bla bla bla......"

akhirnya topik berubah kepada aku menceritakan ade burung malam-malam tumpang tido kat motor aku...pastu berak kaw-kaw kat side depan motor aku dan aku malas nak basuh...dah 2 minggu mengharapkan hujan yang tolong basuhkan (malangnya sekarang jarang hujan..) punyalah pemalas..nak basuh malas, nak hantar kedai lagilah malas...sehinggalah aku blah....and say babai bebeh...(tipu je...)
Pendek kata, aku memang fail bab-bab macam ni..dah..tak payah le...paham-paham sendiri aje...kadang-kadang ade bende kita takyah ucap-ucap pon, orang leh faham...(ke? ke sekadar alasan? hihik)yang penting deep down..hanya kaulah ratu hatiku...chewah! macam iklan susu lak...

Wednesday, May 20, 2009

Kalau sudah namanya takdir..


Pada pagi ini, aku dikejutkan dengan panggilan mengatakan bahawa sepupuku meninggal dunia...

Inalillah...

Maka secara automatiknya, aku terpaksa membatalkan niat untuk ke lab dan mengambil EL untuk pertama kalinya...

Takdir tuhan, kematiannya mengejut..kerana kompilasi pelbagai penyakit..katanya...

Kepekatan garam dalam darah kurang...menyebabkan defect pada organ penting terutamanya paru-paru yang menyebabkan organ ini gagal berfungsi (paru-paru kiri)...kata bapak sedara aku yang merupakan pakar jugak la dalam bidang perubatan herba...selalunya kalau garam kurang dalam darah, mesti ade ketumbuhan dalam badan ataupun kanser...mungkin tak sedar dalam diam...

apa-apapun pemergian beliau amat memilukan..Beliau meninggalkan seorang anak yang baru berumur 1 tahun setengah dan suami tercinta pada usia 28 tahun....Anak yang baru mula belajar bermain dan bercakap...

Itulah..sudah namanya takdir...maut...cepat atau lambat..tua atau muda...pasti menjengah bila tiba masanya...perbanyakkan amalan....

Warna Warni kehidupan di tempat kerja

-Ada lelaki & ada wanita
- Ada yang pura2 rajin & ada yang bersantai
- Ada yang pengampu & ada yang pak turut
- Ada yang main games & yang tidur
- Ada yang suka marah2 & yang stress
- Ada yang suka gosip & yang suka jalan2
- Ada yang suka merosakkan harta pejabat & ada yang suka
ulang alik ambil minum
- Ada pujian & makian
- Ada yang ceria & yang boring
-Tapi katanya "We're a team"
-So be fun , enjoy your time , your work & achieve the best