Monday, February 14, 2011

2010 yang lalu..2011 mengujakan..

Setiap tahun, orang akan mula setkan minda atau target untuk dicapai bagi tahun ni..Huhu..untuk aku, tahun lepas boleh dikatakan agak 'berombak' sedikit..tahun lepas bermacam perkara yang berlaku..haha..

namun, setiap yang berlaku sebenarnya mencorak kehidupan aku ntuk hari ni..trimas bebanyak kepada insan-insan yang menjadi sebahagian daripada warna-warna hidup aku untuk tahun lepas..pahit dan manis itu biasa..sebagai manusia, aku kena terima...setiap kalian yang pernah hadir dalam hidup aku, bagaikan bintang di malam hari..bersinar terang dengan warnanya tersendiri..chewah!

Banyak benda yang menarik berlaku tahun lepas. Antaranya:
  • Aku melakukan perubahan dalam hidup dengan join pertandingan marathon. Bayangkan dari berlari 1 km aku dah mencangot...sekarang aku dah boleh join kategori 10km..not bad untuk aku yang baru nak mula..
  • Untuk cabaran berat badan tahun lepas..aku berjaya kurangkan dari 96kg (beratnya =P ) sehingga sekarang 82kg..sapa kata nak cut fat senang? huhu..
  • aku ade kerja yang merupakan betul-betul kerja...after struggling almost 1 year..hadapi macam-macam karenah..alhamdulillah..
  • aku pindah dari bangi kini ke Damansara..bukan mudah sebab Bangi banyak kenangan buat aku..tapi, hidup kena terus..
  • Aku join banyak aktiviti luar..dari join gym sampaikan panjat bukit..untuk healthy lifestyle..
  • Jumpa kawan-kawan baru..training MDEC btol2 beri aku kawan2 baru yang superb dan pengalaman yang luar jangkaan..thanks my friends..
Banyak lagi yang berlaku dan aku boleh katakan tahun lepas adalah tahun yang menarik buat kehidupan aku..untuk 2011 aku akan pastikan akan lebih menarik lagi..hehe

Oh ya! tahun lepas jugak ramai kawan-kawan aku yang menamatkan zaman bujang mereka..tahniah!

Tapi aku rindu bangat geng-geng epal tergigit..nak buat macam mana, semua dah bawak haluan masing-masing..like it or not, one day kita semua akan ikut haluan hidup tersendiri..

**teringat geng2 epal tergigit time sarapan, makan kat unikeb, tomyam BBB, time kafein ptg2..time bowling ceria2 cikgu Baharom vs ceria2 cikgu Rubina...hish! memori..memori...

Sunday, February 13, 2011

Hari ahad yang lama ku tunggu..

Since dah lame aku xupdate blog..Hari ni, after few weeks ups and down...finally, harini aku dapat rehat sepuas-puasnya....

Jangan xtau dari pagi tadi sejak bangun tdo..apa yang aku buat cuma baring sambil tengok movie, makan, baring balik..surf internet....tu je...

Best gile! dah lame aku xwat camni sebenarnya..hehe...hari-hari kerja...

sebenarnya..tadi aku baca balik entry blog2 yang aku publish dulu...dulu entry2 aku kinda funny and quite childish..haha..but then, makin lama makin serius..maybe kehidupan aku telah memamah segalanya..adakah aku sekarang masih lagi lucu?

Why so serius? life is so short...

Huhu..guess i need to find something...mungkin ini jawapan kenapa sesetengah orang buat perkara-perkara yang 'out of mind' yang totally bukan diri mereka sebelum ni..kini aku yang telah rasakan..haha..