Tuesday, December 2, 2008

Bangi bakal mempunyai pawagamnya sendiri?

Semalam...pergi ke Warta untuk beli barang sikit..

sekali tengok-tengok ada satu poster yang tergantung..macam menarik...

Owh rupa-rupanya Warta bakal mempunyai pawagamnya sendiri..yaay!

senang la nanti nak tengok movie...dah ada tempat yang dekat je..razz

Gambar sebagai bukti...

Trivia pawagam di bangi:
  • Sebelum ini di tempat yang sama dah ada panggung wayang yang telah beroperasi tetapi tak sampai setahun dah bungkus..
  • panggung wayang ketika itu sangat cantik dan selesa tapi malangnya tak ramai pengunjung kerana tak banyak promosi filem, tiada poster besar yang digantung, lokasi yang tak berapa strategik dan penyangan filem yang agak lewat berbanding pawagam lain.
  • aku cuma sempat tengok crita Puteri Gunung Ledang (razz) dan jugak I-Robot lakonan Will Smith kat situ..pastu bila datang kali ke tiga dah bungkus...teet!
  • Seingat aku, filem yang turun padang ke Warta untuk buat promosi filem pada ketika itu cuma filem arahan Biar Betul (2004) Aziz M Osman..turut sama ketika itu pelakon Shanie dan juga Yassin

2 comments:

Megat said...

loh laku ke kalau bukak balik wayang kat situ?bukan bangi ni banyak orang2 alim ke??

eYaNacOMeY said...

hmmm..btol2..dulu sy pon xtaw yg warta ni ad panggung..haruss ade iklan besau2 kalo nk wat panggung kt sini..hehe