Friday, December 12, 2008

Nirwana Maju...

Aku kalo turun area Damansara..kalau nak cari kedai maplei untuk saja-saja hang out..

ada satu kedai favourite aku..hehehehe..kedai Nirwana Maju dekat area TTDI sbenarnya..hihik!

keistimewaannya? xda la istimewa sangat..menu dia menu kedai amak biasa..tapi ada satu menu yang menjadi favourite aku...naan taj mahal..

Ape kelainnannya? Roti naan yang di sumbat dengan daging ayam berempah..kemudian dibakar rangup sebelum diletakkan keju di atasnya dengan tomato serta rempah-ratus lain yang dibakar sehingga cair sebelum diletakkan mayonis secukup rasa...aroma yang terbit amat mengghairahkan..kikiki....


macam pizza pulak bila sekali tengok...tapi bestlah...sebab naan die rangup dan daging yang dalam naan pun banyak serta sedap..yummy!

Oh ya! harganya mahal sikit berbanding naan biasa..tapi bagi aku berbaloi..baru RM 11.00..tapi jangan selalu..nanti makin mencanak la berat badan..teet!

selepas sesi melantak...seperti biasa..the last piece adalah yang paling susah nak dihabiskan..
cry

Wednesday, December 10, 2008

Pesanan khidmat masyarakat...Sila awasi haiwan ternakan anda!

suatu hari...sedang aku park motor aku..aku memerhatikan sesuatu yang menarik rasa ingin tahu dalam diri aku..huhuhu..

terus aku snap...
Cuba korang tengok-tengok kan..apemende? nampak sesuatu? entiti?

Nampak tak sesuatu? yang tergantung?..

bukan entiti la..kucing!

bila aku zoom in...rupa-rupanya..ya ampun! kucing tu bantai duk istirehat kat tingkap...yang mana aku kira...tingkap tu berada pada tingkat 10! mak aih..kalo terjatuh tu...xpasal-pasal je...kucing ni pon satu..kalo ye pon frust..jangan la amik jalan singkat sanagt..huhuhu

Monday, December 8, 2008

Twilight!!!!


sekarang ada satu movie yang sedang meledak di pawagam sekitar anda!

Filem Twilight..

janagan lupa tengok...! seperti biasa, ini merupakan sebuah filem adaptasi daripada novel seram pontianak yang terlaris dari judukl yang sama...novel dia ada 4 series...jadi, jangan lupa baca untuk dapat feel..jangan main-main..mata pontianak ni leh tukar-tukar warna..takyah susah-susah pakai contact lense..

Bella Swan (Kristen Stewart) has always been a bit different, never caring about or fitting in with the trendy girls at her Phoenix, Arizona high school. When her mother Renee (Sarah Clarke) remarries and decides to move with her new husband to Florida, and Bella decides to go live with her father, Charlie (Billy Burke), in the rainy little town of Forks, Washington, she doesn't expect anything to change. Then she meets the mysterious and dazzlingly beautiful Edward Cullen (Robert Pattinson), a boy unlike any she's ever met. Intelligent and witty, his piercing eyes see straight into her soul. Soon, Bella and Edward are swept up in a passionate and decidedly unorthodox romance. Edward can run faster than any cheetah, he can stop a moving car with his bare hands, and he hasn't aged since 1918. Most importantly, he's a vampire. Like all vampires, he's immortal. He doesn't drink human blood (they're vampire "vegetarians"), which is rare among the vampire population. Instead, they go on regular "hiking" trips, where they feed on prey such as grizzly bears and mountain lions. For Edward, Bella is the thing he has waited ninety years for - a soul mate. But the closer they get, the more Edward must struggle to resist the primal pull of her scent, which could send him into an uncontrollable frenzy. And what will they do when James (Cam Gigandet), Laurent (Edi Gathegi), and Victoria (Rachel Lefevre) come into town and James sets his sights on Bella? Will true love prevail when Edward is forced to save her life and conquer his thirst? The true question is, When you can live forever, what do you live for?

aku cuba menghabiskan siri 1 ni..ke? (sebenarnya hak milik Analone..tunggu die habis baca dulu...teet!)

Saturday, December 6, 2008

Masak asam ikan patin dengan tempoyak!

Hadoi yai...dah lame sbenarnya tak layan ikan patin...

sah-sah ikan tu memang feveret gua..kikiki..
lol
so, bila jumpa...sudah tentu la tak melepaskan peluang..layaaaannn....


pergh..memang kewl...ikan patin tempoyak dengan sambal belacan..layan dengan sayur kailan sos tiram...kuah lebih sikit! Cayalah!

kewl!

rosak lagi diet aku..huhuhu..

Bust Your Windows - Jazmine Sullivan

Aku baru dengar single kedua terbaru daripada penyanyi Jazmine Sullivan yang bertajuk Bust your windows (sbenarnye dh kuar agak lama tapi xsempat dengo..teet!)...

penyanyi ni penyanyi kulit hitam...xle seseksi Rihanna tapi aku suka lak dengo muzik die n jugak suara dia yang memang power habis..

so layann!.

p/s: skali dengo intro lagu ni macam bollywood sikit tapi aku suka muzik dia yang agak okestra sikit...


Friday, December 5, 2008

Makan..makan..dan makan....

Aii..dh lame rasanya tak keluar jalan-jalan..makan-makan...cuci mata...razz

hari tu sempat turun-turun ke klcc...

seperti biasa acara makan-makan harus diutamakan..

singgah kat food court KLCC...

Laksa Sarawak
huhuhu..dah lame tak layan..jadi, haritu layan la set laksa sarawak kat food court (sebenarnya laksa shack!)..set laksa sarawak RM 15.90 (laksa Sarawak+otak-otak 2 keping+bandung cincau)..Okaylah...tak superb...tapi tak teruk...huhuhu


pas makan laksa...nafsu makan aku makin tinggi...jadi, aku layan pulak...

Hot dog 1901 aku pilih yang beef country...1 hotdog RM 4.90..kalo nak tambah cheese cuma tambah RM 1.00 je...oklah! memang sedap dan memnuhi citarasa..lagipon 1901 adalah kedai francais milik rakyat Malaysia..so! sokonglah produk Malaysia...! teet!

Yummy!

dan tu..jalan-jalan ke sana ke mari sebelum balik..singgah jap kat kedai roti Boy...

Roti Boy (mexican Bun) Roti dia yang famous nih..memang kena layan..baru RM 1.90 je seketul..(betul ke seketul?) dan juga roti coklat..baru RM 1.80...minuman pulak..? layam 100 Plus...

Bila sampai rumah....masih lagi hampeh terasa nak makan je...layan pulak..

Donut J.co... ada 6 perisa aku layan..perisa mint, full chocolate, chocolate almond, peanut butter dan lagi 2 tu aku tak ingat suda...layan je...lagipon donut ni orang blaja..teet!

selepas tengok brita..member bantai nak makan spagetti la pulak..layannn!

spagetti buatan sendiri- mushroom spagetti... sbenarnya paste die beli yang tin tu je...teet!

Hai...memang aku ni takleh berdiet la nampaknya..makan macam ratu anai-anai...Jadi..minggu ni kena rajin berjogging bersama 'teman tapi mesra' aku..wakakaka!

Thursday, December 4, 2008

Rona Roni Makaroni...


sekarang drama bersiri ni tengah hot!....

Rona Roni Makaroni....

Lakonan? sharifah Amani, Bront Palarae, Isma Yusoof dan jugak Wan Sharmila (my fav actress..yaay!)

tapi die kat astro ria la...hehehe..mujur umah aku ade astro...

soundtrack die tengah hot...dari Alif OIAM - akan tiba...

check it out!

Wednesday, December 3, 2008

Tag dari suhaila S.! teet!

Name one person who made you laugh last night
~Teman tapi mesra~

hahaha..semalam borak-borak tetiba terpandang fenomena bulan senyum..hahaha..crite pasal member kawen..kisah-kisah biasa..teet!

What were you doing at 0800?
Bersiap sedia untuk ke lab sambil memikirkan tentang ape nak buat hari ni?

What were you doing 30 minutes ago?
layan forum..update blog...

What happened to you in 2006?
ape ek? owh 3rd year! tengah struggle nak naikkan pointer, buat thesis tapi pada masa yang sama baaaaanyak gile kenangan manis!

What was the last thing you said out loud?
Yaay! ke?

How many beverages did you have today?
nescafe pekat kaw-kaw, milo panas dengan air soya kocak..

What color is your hairbrush?
orange?ke?

What was the last thing you paid for?
makan tengah hari tadi..Rm 4.oo serba satu

Where were you last night?
kat korridor blok borak-borak dengan 'teman tapi mesra'..teet!

What color is your front door?
coklat!

Where do you keep your change?
tabung panda kat lab

What’s the weather like today?
baru je hujan..siang tadi panas kaw-kaw

What’s the best ice-cream flavor?
Chocolate! yummy!

What excites you?
Jogging! especially kalo ade yang ngajak..makan dan travel!

Do you want to cut your hair?
yup...wanna make it more shorter

Are you over the age of 25?
no!..kikiki..

Do you talk a lot?
yeah! i realize i talk crap a lot...

Do you watch the O.C.?
yup..season 1 je..season 2 tak sempat layann..

Do you know anyone named Steven?
yeah! steven spielberg..tapi die x kenal aku..kikiki

Do you make up your own words?
maybe yes maybe not..

Are you a jealous person?
yup but in a weird way..hahahaha

Name a friend whose name starts with the letter ‘A’.
Ali marco
Analone
Adawiah
Apa lagi daa...lupe

Name a friend whose name starts with the letter ‘K’.
Kumbang..(nickname bole x?)

Who’s the first person on your received call list?
teman tapi mesra..duuhh! again? ceh!

What does the last text message you received say?
kat mana?-sensek

Do you chew on your straw?
no..

Do you have curly hair?
i have straight hair..guna jari kaki pon boleh...

Where’s the next place you’re going to?
my bed..sejuk malam ni..tdo best!

What the last thing that you ate?
telur separuh masak dengan sehelai salad dan sepotong timun...hahaha..tipu je..teet!

Will you get married in the future?
yeah..i hope..ke?

What’s the best movie you’ve seen in the past 2 weeks?last??
Bridget Jones Diary..asyik layan movie ni je..dah banyak kali daa nak ulang tengok?

Is there anyone you like right now?
that's personal..(sambil pandang kerek)

When was the last time you did the dishes?
bila? dah lame tak masak sendiri...

Are you currently depressed?
no..nothing..

Did you cry today?
nope..

Why did you answer and post this?
saje je..tetibe terajin...

Tag 5 people who would do this survey
-saya menginvisiblekan jawapan bg soalan ni.. kalo anda nampak, sila jawab!-

Tuesday, December 2, 2008

Punca ikan paus terdampar


GAMBAR yang disiarkan semalam menunjukkan sejumlah besar ikan paus terdampar dekat Sandy Cape, Tasmania.


HOBART - Air laut bertukar menjadi merah selepas alunan ombak menghempas sekumpulan 150 ekor ikan paus ke kawasan pantai berbatu-bata di pulau Tasmania, 240 kilometer ke selatan Australia, lapor sebuah akhbar semalam.

Pegawai-pegawai hidupan liar hanya mampu menyaksikan sahaja adegan menyayat hati itu ketika kumpulan haiwan tersebut terdampar di perairan cetek di Tasmania.

Fenomena kematian ikan paus dalam jumlah besar itu menjadi isu perdebatan hangat sejak sekian lama.

Bagaimanapun, kebanyakan saintis bersetuju ia berlaku ekoran haiwan laut dalam itu kehilangan keupayaan navigasi ketika mengejar mangsa ke kawasan air cetek.

Bangkai-bangkai ikan paus bergelimpangan di kawasan pesisir pantai berbatu-batan itu yang terletak di Tanjung Sandy, barat laut Tasmania.

Sebelum itu, sejumlah penduduk tempatan yang dibantu pegawai-pegawai hidupan liar cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan kumpulan haiwan tersebut.

Namun, usaha mereka tidak berhasil kerana ikan-ikan paus itu cedera teruk selepas terhempas ke batu-batu bergerigi tajam dan mereka tidak dapat berbuat apa-apa untuk mengelakkannya.

Sebaliknya, mereka berjaya mengemudi kumpulan kedua ikan paus untuk kembali ke tengah laut selepas melihat kira-kira 30 ekor haiwan itu berenang-renang tanpa haluan di kawasan air cetek.


GAMBAR fail ini menunjukkan anggota-anggota penyelamat menyelamatkan seekor ikan paus di pantai Anthony, Tasmania pada 23 November lalu.


"Kami berharap dapat menyelamatkan semua haiwan itu tetapi peluang ikan-ikan paus untuk selamat di persekitaran berbatu tipis berbanding terdampar di perairan berpasir," kata jurucakap Jabatan Industri Prima dan Air Tasmania, Warwick Brennan.

Menurutnya, usaha menyelamat kumpulan kedua 30 ekor ikan paus itu mencapai kejayaan dengan menggunakan taktik-taktik bijak.

Jelas, Brennan mereka sudah bertahun-tahun berdepan dengan masalah ikan paus terdampar seperti itu dan tahu apa yang perlu dilakukan untuk menanganinya.

Ketika berusaha menyelamatkan kumpulan pertama 150 ekor ikan paus itu mereka mendengar seekor lagi ikan paus yang hampir terdampar memanggil kawan-kawannya di laut.

Keadaan itu berlaku hasil bantuan peralatan canggih dan mereka bimbang panggilan tersebut akan 'menarik' kumpulan kedua supaya memasuki perairan berbatu.

"Kami memutuskan untuk menggerakkan haiwan itu jauh ke kawasan pantai dan di luar jarak pendengaran ikan-ikan paus lain," kata Brennan.

"Keutamaan kami adalah untuk mengelakkan kumpulan ikan paus lain daripada terdampar dan kami membawa haiwan malang itu jauh ke kawasan pantai bagi melihat sama ada terdapat sebarang perubahan," tambahnya.

Katanya, haiwan itu gagal diselamatkan dan mati selepas dibawa ke kawasan tepi pantai.

"Namun, panggilan tersebut terhenti dan kumpulan kedua 30 ekor ikan paus tadi mula meneruskan perjalanan dan dengan menggunakan sebuah bot, kami berjaya memandu ikan-ikan itu keluar dari kawasan tanjung.

"Harapan kami ialah kumpulan ikan paus itu berjaya meneruskan perjalanan jauh ke tengah laut," jelasnya.

Pada minggu lalu sahaja, sejumlah 65 ekor ikan paus terdampar di Pantai Anthony, utara Tasmania.

Pegawai-pegawai berjaya menyelamatkan 11 ekor haiwan itu dan mengembalikan ikan-ikan paus ke laut.

"Kami meletakkan alat pengesan pada ikan-ikan paus yang terselamat dan laporan terkini mendapati kumpulan itu berada di Selat Bass dan bergerak lancar," ujar Brennan.

"Oleh itu, kami tahu jika haiwan tersebut terdampar dan haiwan yang diselamatkan dapat meneruskan hidup," tambahnya.

Jurucakap berkenaan berkata, pegawai-pegawai hidupan liar kini berdepan musim menyelamat di mana mereka terpaksa menangani kes ikan paus terdampar setiap 12 hari.

"Kes terdampar itu melibatkan dari seekor ikan paus hingga sekumpulan besar haiwan tersebut dan waktu hujung tahun merupakan waktu yang sibuk buat kami," jelasnya.

Pegawai-pegawai hidupan liar percaya fenomena ikan paus terdampar kerap berlaku beberapa minggu sebelum Hari Krismas ekoran peningkatan dalam jumlah makanan yang memerlukan haiwan itu bergerak ke kawasan cetek. - Agensi

sumber:kosmo

Insiden di tengah hari Jumaat

Pada Jumaat lepas, aku ke Puduraya ngan Is (bukan nama sebenar) untuk menghantar seseorang...

Tengah hari itu sangat panas, kering ditambah pula dengan jalan jam yang sangat teruk...

Tengah aku boring-boring dalam kesesakan jalan raya, tiba-tiba aku ternampak satu rim yang bergolek laju...

Aku: weh! ade rim orang tercabot la...hahahaha..sape punya la tu..tengok is..cepat tengok!
Is: mana? mana? (ambil menjenguk sambil tergelak kecil)

Aku: tu ha...kikikiki

Is: Weh tu rim aku la...!

Aku: ha?...yeke? hahahahahaha..cepat ke tepi!

Aku dan Is: hahahahaha...(berlarutan sehingga kira-kira 8 minit)


apakah itu?

zoom In!

Akhirnya aku jugak yang kene pungut..takpe la..kalo orang yang duk peratikan aku tu..sekali ni je nak die gelakkan aku..esok-esok dah tak jumpa dah...
clapclap

Bangi bakal mempunyai pawagamnya sendiri?

Semalam...pergi ke Warta untuk beli barang sikit..

sekali tengok-tengok ada satu poster yang tergantung..macam menarik...

Owh rupa-rupanya Warta bakal mempunyai pawagamnya sendiri..yaay!

senang la nanti nak tengok movie...dah ada tempat yang dekat je..razz

Gambar sebagai bukti...

Trivia pawagam di bangi:
  • Sebelum ini di tempat yang sama dah ada panggung wayang yang telah beroperasi tetapi tak sampai setahun dah bungkus..
  • panggung wayang ketika itu sangat cantik dan selesa tapi malangnya tak ramai pengunjung kerana tak banyak promosi filem, tiada poster besar yang digantung, lokasi yang tak berapa strategik dan penyangan filem yang agak lewat berbanding pawagam lain.
  • aku cuma sempat tengok crita Puteri Gunung Ledang (razz) dan jugak I-Robot lakonan Will Smith kat situ..pastu bila datang kali ke tiga dah bungkus...teet!
  • Seingat aku, filem yang turun padang ke Warta untuk buat promosi filem pada ketika itu cuma filem arahan Biar Betul (2004) Aziz M Osman..turut sama ketika itu pelakon Shanie dan juga Yassin