Wednesday, March 10, 2010

Pengemis yang menjadi ikon fesyen dalam sekelip mata

huhuhu..gaya, mutu, keunggulan...itulah motto hidupku...

Ini adalah cerita berkenaan seorang pengemis yang dianggap stylo gile..selepas gambar die diambil di jalanan..Brother ini yang juga dikenali sebagai brother sharp, telah mula mencuri perhatian orang ramai sejak kemunculan 'debutnya' 31 januari lalu..jangan tak tau disebabkan ke styloan die..maka, fesyen dia dijadikan inspirasi oleh pereka fesyen untuk koleksi terbaru dieorang...memang stylo habis, pandai Brother sharp gunakan teknik layering untuk style die dengan rambut die yang kusut-kusut stylo....thumbs up!

kanan: Brother sharp di jalanan..kiri: gaya Brother sharp di peragaan..kewl gile..sape lagi stylo?

Dalam sekelip mata, populariti Brother sharp telah mencuri perhatian dan kelibatnya menjadi tumpuan ramai...Malah, Pada 4 Februari, fotonya juga tersiar di dada akhbar Britain "The Independent"..jangan main-main...inilah sebenarnya gaya streetlook yang sejati...

Akan tetapi..itulah bak kata orang, bukan semuanya sukakan tumpuan...akibat populariti beliau, maka beliau sering dikejar oleh orang-orang yang inginkan gambar beliau di jalanan menyebabkan privasinya terganggu...Dikatakan beliau menjadi tertekan dan trauma dengan kehadiran orang ramai yang mahu melihat beliau dari dekat...tak caya, tengoklah gambo terbaru beliau...

sedih tau...korang tak baik buat aku macam ni...huhu...

Tak tahula sebagai tanda bantahan tapi selepas tu brother sharp dilihat berpakaian seperti di bawah pulak..mungkin untuk mengelakkan diri jadi tumpuan ramai..hihihi...kesian...itulah...oleh sebab dah jadi selebriti terpaksa lah menanggung akibatnya...salah satunya, privasi dah hilanglah..


Apa-apapun..rambut brother sharp mantain kusut stylo..cayalah!

No comments: