Wednesday, August 20, 2008

taktik buat-buat busy di pejabat terbongkar!

Entri ni aku pinjam dari blog Hati suka...memang klaka giler...tentang taktik buat2 busy dalam pejabat..bila aku bace2 mmg ye pon...ape2 pon karenah manusia kat dunia ni mmg pelbagai..so layan je la...jgn lupe lawat2 la blog Hati suka ni...entry die byk yg kewl2...


Step 1
Jalan keliling pejabat dengan bawa kertas atau apa-apa dokumen. Yg ni wajib. Kira buah asas pertama dia la tu.

Step 2
Bawa balik dokumen-dokumen atau borang dari pejabat ke rumah. Ini menunjukkan macam dia akan menyambung kerja-kerja pejabat di rumah dan berkerja lebih banyak dari orang lain.

Step 3
Kalau ada client yg datang pejabat dia akan berborak dengan client tu. Volume suara akan meningkat secara automatis kalau tiba-tiba bos lalu untuk memantau keadaan di pejabat. Lepas habis borak dia akan gelak sambil berjabat dan menggoncang tangan client tu dengan kuat sekali. Ini menunjukkan macam lah dia dah dapat close satu deal yg bernilai jutaan dollar amerika dengan client tu. Padahal kadang-kadang aku tengok client tu macam apek tua biasa je. Pakai singlet dengan seluar pendek. Entah-entah seluar dalam pun dia tak pakai. Dan paling teruk mungkin berak pun tak basuh.

Step 4
Berjalan dengan pantas dan muka akan nampak macam nak rushing sangat walaupun hanya nak ke jamban. Macam la kalau benda yg dia nak buat tu tak settle dalam masa terdekat akan ada client yg mati terbakar atau pejabat akan meletup masa tu jugak. Sebenarnya masa dia jalan pantas tu aku doa-doa biar dia tersadung kaki sendiri pastu jatuh tergolek-golek dari tingkat atas ke bawah. Pastu kat bawah tu boleh pulak ramai awek-awek cun tiba-tiba datang pejabat aku tengok secara live dia jatuh. Pastu boleh pulak seluar dia terkoyak rabak kat tempat yg memalukan masa dia jatuh tadi. Nak dijadikan cerita boleh pulak hari tu dia tak pakai seluar dalam lalu terpampang lah..... errrr sorry-sorry.... Kepala hotak aku jadi tak betul pulak. Mungkin syaitan berjaya goda aku tadi. Nasib baik sempat bertaubat.

Step 5
Jawab handphone. Dia akan jawab dengan suara yg agak kuat dan komunikasi agak pendek. Semasa bercakap di handphone dia akan terus berlari ke meja untuk catat sesuatu. Selalunya ayat terakhir, "ok... done. bye". Padahal yg telefon dia tu ialah bini dia suruh beli gula untuk buat teh petang tu. Macam la aku tak tahu sebab ringtone yg bunyi tadi dia buat special untuk bini dia je.

Step 6
Dia selalu guna telefon pejabat untuk telefon client. Padahal yg dia telefon tu member-member je(sebenarnya aku pun macam tu). Borak-borak. Bila aku sampai je dekat dengan dia di mana indeks pendengaran aku boleh menangkap apa yg dia borakkan, dia akan terus buat-buat tanya kat aku, "eh... ko tau x apa no fax ofis kita ni?", "eh... ada apa2 news ke pasal maybank. kaunter tu jatuh ari ni"

1 comment:

eYaNacOMeY said...

hahaha..klako2..klako2.. buleh amalkan nieh..ahakz..:)