Monday, August 25, 2008

Taktik sulit di pejabat terbongkar!

Berdasarkan entri yang aku pinjam dari blog lain, menyebabkan aku mula memerhatikan keadaan sekeliling dan keadaan di luar sekeliling aku...dicampur pulak dengan pengalaman dan cerita yang aku peroleh dari member..jadi...taktik kipas boss di pejabat pun terbongkar!!!lol

1. Melalui taktik presentation
Setiap bulan, kadang kala kita diminta untuk menghasilkan satu presentation bagi menunjukkan perkembangan kerja yang telah dilakukan. Jadi setiap orang akan buat slaid kan..Jadi, orang yang kaki kipas akan buat slaid lebih banyak berkali-kali ganda daripada orang lain untuk menunjukkan yang dia kaw-kaw buat kerja..kalo orang lain buat 20, die buat 40..kiranya bila boss tengok slaid dia, boss akan berkata dalam hati " Wow! banyaknya slaid! mmg produktif gile"...Padahal satu slaid cuma ada 2@3 baris ayat yang dalam saiz yang beso..ditambah pulak, dia masukkan gambo2 yang bersaiz beso atas alasan boss x suka baca perkataan..kikikilol..tapi kalau memang hasil kerja tersebut memang banyak, oklah tu...razz

2. Melalui taktik laporan
Melalui taktik ni, setiap laporan yang dihantar pada boss akan dihasilkan dengan cara yang berbeza dengan orang lain. Laporan yang dia buat akan dibuat dengan fancy sekali..dengan tulisan yang fancy siap letak header and footer sekali..kemudian, laporan akan dibuat banyak helai walaupon setiap page spacing die 1.5-2.0..format juga diubah..kalau boss suruh buat berdasarkan format yang ditetapkan, dia akan ubah sikit ataupun aturan nya diubah sikit menggunakan alasan klise seperti "mengikut keperluan kerja saya," ataupun "kerja saya takleh ikut macam yang bos tetapkan,"..Jadi, boss akan termakan cakap dia sebab alasan yang diberikan seolah-olah kerja yang dilakukan oleh orang macam ni lain berbanding pekerja lain dan boss akhirnya akur...kenapa taktik ni digunakan? sebab kalau ada kelainan. 1 kelainan tu yang boss akan ingat..contohnya, dalam satu majlis, ada seorang yang berpakaian pelik..orang yang pelik tu akan diingati hampir selama-lamanya oleh tetamu lain...

3. Taktik buat-buat kuat bekerja
Taktik ni merupakan suatu taktik klise..biasa sangat kita dengar..Orang macam ni akan tiba-tiba menjadi sangat over produktif bila boss ada..memang tak senang duduk..time tu la nak uruskan borang yang tiba-tiba datang, time tu la nak call dealer, time tu la nak taip sesuatu dengan kadar yang sangat segera dan pantas, time tu jugak nak jumpa boss untuk bagitau something ataupun nak berbincang dan time tu jugak dia akan buat-buat muka cemas serta action pegang dahi untuk menunjukkan effect terlalu kuat bekerja sehingga peluh jantan mula memercik kat dahi..tidak ketinggalan berjalan mundar mandir di depan pejabat boss..kikiki.. bila boss xde, xde pon seproduktif macam tu..cuma duduk depan PC layan hiburan-hiburan online sementara menunggu waktu balik padahal baru je sampai ofis..kikiki...lol

4. Taktik Menghadiri kursus luar
Taktik ni sangat berguna untuk menunjukkan imej yang tinggi depan boss walaupon entah ape2 entah..macam ni, katakan perlu bertolak untuk kursus luar pada hari khamis malam jumaat..tapi pada jumaat minggu sebelumnya call boss mintak cuti hari isnin , selasa dan rabu atas alasan nak sediakan dokumen dan juga peralatan lain untuk berangkat..tapi bila hari khamis bagitau boss akan datang kerja..nanti boss akan tanya, "kenapa nak datang kerja khamis? bukan ke malam tu nak bertolak?,"nanti dia akan jawab "sebab saya ada kerja nak diuruskan..itu la..ini la..lagipon saya taknak la nanti kalau saya pergi, kerja banyak tertangguh..,"..kikiki..secara automatik boss akan terharu dan secara automatik dialah akan menjadi pekerja terbaik bulan ini..razzKhamis, bila datang sekadar check emel dan sembang-sembang dengan member je, kemudian balik awal atas alasan dah nak bertolak.. kikiki..Lagi satu bila balik dari kursus, katakan sampai rumah hari isnin malam selasa..hari selasa keesokan harinya, pergi kerja...bila boss nampak "Wah! rajinnya..semalam baru balik dari JB tengah-tengah malam harini datang kerja!,"..huhuhu..memang selasa datang kerja, tapi mula bercuti hari rabu dan seterusnya..hihi..

5. Taktik cari titik persamaan dengan boss
Melalui taktik ini, cari titik persamaan dengan boss..orang ini akan mencari titik persamaan untuk membuatkan boss rasa rapat dengan dirinya..katakan boss seorang yang sukakan sukan bowling, jadi bila berborak dengan boss..bagitau yang dia juga suka sangat dengan bowling..kalau boss anda ada gadget yang sangat-sangat dia minati contohnya model handphone ke..orang ini akan beli model yang hampir sama dan pada masa yang sama bercerita tentang handphone yang boss minat sambil memberi info-info terbaru tentang model handphone tersebut..Juga kalau ada sikap boss yang jelas ditunjukkan secara langsung contohnya macam kononnya memang sikap boss suka minum kopi dahulu sebelum memulakan tugas pada setiap pagi, orang ini juga akan berubah menjadi hantu kopi..razzJadi, titik persamaan ini akan membuatkan boss rasa lebih rapat dengan orang ini...razz

6. Taktik sulit paling utama..Ikat perhubungan anda dengan ahli keluarga boss
kadang kala bagi boss yang dah berkahwin, kadang kala mereka akan membawa anak ke tempat kerja untuk sementara waktu...mungkin untuk dibawa ke klinik ke, ataupun baru menjemput anak dari sekolah ke..ataupon anak dia cuti ke..ataupun anak dia tumpang kejap lepak kat ofis ke...time tu amik peluang dengan kadar yang segera..tambat hati anak boss..kalau time tu ada gula-gula ke..atau coklat ke..bagi pada anak boss..kemudian borak-borak untuk ice breaking anak boss..nak tarik perhatian kanak-kanak? bagi pensel warna dan kertas..ajak mereka melukis..Anak boss akan mula rasa diterima dan tiba-tiba baik dengan orang ni..bukan apa..melalui taktik ni, anak boss akan mula bercerita tentang kebaikan orang ni pada masa lain pada mak@ bapanye (a.k.a boss) dan adalah 'nature' kanak-kanak akan mengulang cerita kisah orang yang agak rapat dengannya..maka, disebabkan namanya selalu disebut, boss akan ingat dengan tepat nama orang sebegini..selain itu, apabila hubungan ini diterima oleh anak boss dengan rapat, secara automatik ia juga merapatkan hubungan dengan boss seolah-olah sebahagian daripada keluarga angkat..maka, dengan ini jika berlaku kesalahan dalam bekerja..boss akan memandang sebelah mata ataupun kemarahan tentang kesalahan yang berlaku tidak berlanjutan...razz
* taktik ini khas untuk kanak-kanak sahaja. Jika anak boss sudah dewasa, terpaksa guna taktik lain...kikikilol

Apa-apapun yang paling penting dalam bekerja dalah perlu ikhlas dalam diri sendiri..kalau nak jadi kaki kipas, mungkin sekarang anda mendapat layanan high class dari boss anda..tapi, lama-lama boss akan dapat baca taktik anda dan bole tau sangat perangai kaki kipas ni.. :P
lebih baik siapkan kerja anda dengan baik, dan dilihat oleh boss berdasarkan pencapaian dan hasil kerja anda..itu lebih baik..kalo jadi kaki kipas pun tapi hasil kerja setakat itu sahaja, tak kemana...

1 comment:

rakyat biasa said...

asalammualaikum
bagus kerja dgn ikhlas adalah terbaek sebab ia diterima tuhan.