Showing posts with label artikel. Show all posts
Showing posts with label artikel. Show all posts

Wednesday, January 22, 2014

Customer Service Saga - Episode 2

Ok kita sambung dari cerita sebelumya...

Ape? nak Recap? Ala... Click sini jelah... Customer Service Saga - Episode 1

Ok.. Mula cerita...

So aku pun pergila interview tu...pakai smart-smart dengan tie..masa tu x brapa nervous sangat..

Let me tell you something, people!...bila kita dah banyak sangat selalu turun naik turun naik pegi inetrview macam-macam company..kita akan jadi imune..Bila 1st time interview memang terketar-ketar nervous..tapi bila dah desperate nak kerja, kita akan jadi dah tak berapa nervous...sometimes, bila pegi interview, akan keluar semangat dalam diri..tak kira apa jadi..aku mesti dapat kerja ni...Waima apa la....bak kata orang...Ok balik semula cerita..hehehe..

Masuk dalam satu bilik..aku tengok ada dalam dekat 15 orang...semua macam fresh grad..macam-macam..india, cina, melayu semua ada...tibe sorang pompuan melayu masuk..dia pon briefing..dia cakap ini program under MDEC (Multimedia Development Corporation) untuk fresh grad. Program untuk 3 bulan..sebulan dibayar elaun RM500. Untuk program ni adalah di bawah peruntukan kerajaan untuk menangani masalah graduan menganggur. So, dalam program ni akan diajar (kononnya) macam mana nak cari kerja, berketerampilan dan macam-macam la..lepas tu dia tanya, sapa yang berminat boleh stay, sapa yang tak nak boleh keluar...Hurm..ada la yang keluar dalam 5 orang macam tu...aku? stay..sebabnya...aku fikir, mungkin cuba dulu...

Sebabnya, daripada aku tak buat apa-apa..better aku buat something..lagipon ada elaun RM500 kan (daripada tak dapat apa-apa)...kemudian, dia kata sepanjang program boleh berhenti kalau dapat kerja lain..hurm..apa salah mencuba... 

Yang stay dia suruh isi borang..kemudian, tunggu dia print surat tawaran...adalah dalam setengah jam jugak la...huhuhuhu...dapat surat tawaran dia suruh lapor diri kat kolej Stamford, Jln Barat, PJ... 

Ok, 1st day aku join program ni..memang betulla...training untuk fresh grad...sekelas ada la dalam 25 orang...dari sini baru diberitahu, training ni bukan training kosong..rupanya training untuk jadi customer service agent...tapi..takda bond..maknanya lepas training kita tak dipaksa kerja di company-company tertentu...tapi lepas habis training, diaorang akan carikan kita kerja..tapi kerja bidang customer service la..dan ya! sepanjang training kita dibayar elaun RM500 yang akan di bank in ke dalam akaun...

dalam training ni akan diajar basic sebagai customer service agent...cara untuk interview..keterampilan..menangani stress..dan apa-apa kaitan dengan customer service..

Aku nekad...customer service ni keje ape pun aku tak tahu..

jangan harap aku datang balik esok...huh!

Bersambung.......




Saturday, December 28, 2013

Customer Service Saga - Episode 1

Ok ni aku nak cerita sikit...

Kisahnya macam ni...Dulu, lepas aku habis belajar..macam biasalah...Dilema selepas habis belajar adalah bagaimana mencari kerja...Time tu, oklah...cari kerja kat mana-mana channel yang ada..Ni cari ni semua yang ada kaitan dengan benda yang kita belajar ni..yelah kekonon itulah passion kan..Penat kan dah belajar penat-penat 4 tahun...mestila nak cari kerja yang ada kaitan dengan yang kita belajar kan..

Tapi itula, bak kata orang kita mampu merancang dan berangan..tapi bak kata orang...Reality Bites! Its time for a bitch slap wake up Call!


Bulan 1..masuk bulan 3..masuk bulan ke 6...resume yang disubmit kat Jobstreet nampak dah direview beberapa kali..ada yang panggil interview...ada yang 2 kali interview...ke sana sini interview...Tapi kerja masih tak dapat..huhuhu...duit makin kurang..keperluan makin mendesak...jawatan yang post untuk bidang aku sangat lah sikit..nak pakai 1, tapi biasalah interview sampai berpuluh orang...Bila pergi interview, paling klise diaorang akan cakap kita takda pengalaman..Mesti la takda pengalaman, fresh grad kot! so bagilah kita menimba pengalaman dengan ambil kita kerja...duuuh!

Akhirnya aku pon terpaksa melupakan prinsip aku dulu..Ya! jangan memilih kerja...buka minda..Yup! tak semestinya kita akan kerja apa yang kita belajar..sampai bila nak menganggur..nanti mulala orang kata memilih kerja..masalahnya, untuk bidang aku ni takda benda nak memilih kan nya..memang market low..huhuhu...Padahal memang aku tak memilih gaji..Mana yang panggil memang aku akan pergi, asalkan bole start timba pengalaman kerja kan...

  Gambar hiasan

Ok...BTW mungkin ramai yang tertanya...apa bidang aku ni susah sangat nak cari kerja..Meh sini bagitau sikit..bidang aku belajar dulu adalah bidang bioteknologi pengkhususan bioinformatiks...hahaha..sape yang kerut dahi tu? tak pernah dengar ke? sabo ajela...Memang aku dah biasa dapat respon macam tu..kalau time raya, saudara mara tanya apa bidang yang aku belajar tu...memang diaorang tak faham..Last-last aku cakap je aku saintis...baru dieorang senyum fake tanda faham...hahahaha

kalo nak ceritakan pasal bidang bioinformatiks ni..aku kene crita kat post lain...nanti-natilah aku ceritakan ye...hehehe

Ok balik cerita pasal pengangguran aku tu, so aku pun bukak la market diri sendiri...cuba apply kerja lain...yang jauh sikit la kiranya...aku apply semuanya..apa yang boleh la...mana-mana yang panggil interview tu semua aku pergi..aku cuba semua kecuali post marketing atau sale..sebabnya aku tak minat sale dan lagi satu mostly kerja sale perlu ada kenderaan sendiri (kereta). Yelah...kena ke sana ke mari kan...dan masa tu aku takda kereta..yang ada pun motor sahaja, tu pun dah eksiden brapa kali dah...

 Ok dalam banyak-banyak interview yang aku pergi tu..satu hari tu aku dapat satu call..Pegawai perempuan tu call cakap dia review resume aku dari Jobstreet..Dia suruh aku datang untuk sesi interview...masa tu serius aku blur (sebab kita apply macam-macam kan...jadi tak tau post yang mana satu ni)..Dia kata dia emel details kat emel aku..aku iyakan sahaja la...

Bila tengok emel...interview ni untuk program lepasan ijazah MDEC..tapi tak banyak sangat info yang dia bagitau...aku pon macam risau jugak..sebabnya time tu banyak orang cerita, fresh grad banyak yang kena tipu..interview sale executive, tapi rupanya kena jual buku la...aku taknak la macam tu...huhuhuhu..search kat internet pun, masa tu limited sangat info pasal program ni (mungkin baru launch kot program ni..)..

Bila baca emel tu, dia pun tak mention secara details, program ni program apa..cuma dia bagitau lokasi sahaja la..hurm....

tapi sebab aku takda kerja...apa salahnya aku cuba kan...agak-agak kalau lain macam je, blah la..tak salah mencuba kan...so aku pun beranikan diri...tempat interview tu dekat area bangunan KLCC..aku pun tak ingat sangat dah...

Ehh..panjang sangat dah untuk post ni...sambung lah....



Thursday, December 26, 2013

Penyakit Jantung dan Anda!


Penyakit jantung koronari merupakan penyakit yang boleh membawa maut dan dikenali sebagai penyakit nombor satu di dunia. Penyakit ini biasanya lebih berisiko menyerang lelaki lebih awal berbanding wanita. Ini kerana, wanita dilindungi daripada penyakit jantung kerana mempunyai hormon estrogen, namun selepas monopaus, penyakit jantung boleh menyerang wanita dan risikonya adalah sama seperti lelaki. Namun begitu, wanita tidak seharusnya memandang rendah risiko penyakit jantung, kerana faktor lain seperti gaya hidup juga boleh menambah risiko menghidap penyakit jantung lebih awal.


Kita sudah biasa terdengar berita di mana pesakit yang terkena serangan jantung terus membawa maut. Berbicara tentang penyakit jantung adalah lebih baik kita meneliti punca-punca yang menjadikan seseorang itu menghidap penyakit jantung.

Punca utama penyakit jantung menyerang
  • Keturunan- ia berkait rapat dengan sejarah keluarga. Jika mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit jantung, anda seharusnya tidak harus memandang remeh risiko anda menghidap penyakit jantung.
  • Tekanan- keadaan ekonomi yng tidak stabil, tekanan di tempat kerja, ego kerana merasakan tidak ada masalah kesihatan, lebih suka pendam masalah. Mungkin kerana anda tidak mahu membebankan masalah ini kepada ahli keluarga yang lain, akibatnya, tekanan seperti inilah membuatkan lelaki mudah untuk mendapat serangan sakit jantung.
  • Merokok merupakan faktor penting dalam meningkatkan risiko penyakit jantung.
  • Alkohol- pengambilan minuman alcohol lebih kerap berlaku di kalangan lelaki.
  • Kurang aktiviti senaman- orang yang kurang bersenam dan mengamalkan cara hidup yang tidak aktif berisiko untuk mendapat serangan sakit jantung
  • Masalah kegemukan- lelaki yang mempunyai berat badan berlebihan terutamanya di bahagian perut lebih berisiko.
  • Tabiat pemakanan- makanan yang mengandungi kolestrol, gula dan garam natrium yang tinggi akan menyebabkan penyakit kencing manis dan darah tinggi yang akan menambahkan risiko penyakit jantung.
Setelah mengenalpasti punca penyakit jantung, mungkin anda tertanya-tanya apakah tanda-tanda awal penyakit jantung.

Tanda-tanda awal penyakit jantung

  • Sering berpeluh dengan lebat
  • Kesesakan untuk bernafas – Boleh bernafas seperti biasa tetapi akan terasa sesuatu sedang tersumbat di dada atau hidung.
  • Sakit di bahagian dada kiri- Mungkin sakitnya sedikit atau kuat.
  • Sering pening kepala – Terasa seperti semua barang di sekeliling berpusing, bergetar atau goyang.
  • Sering “blank out” – Akan hilang upaya perlihatkan buat seketika, Rasa seperti berada di bilik gelap buat seketika.
  • Sering “blank out” apabila bangun selepas baring atau semasa menunduk untuk mengambil sesuatu dari bawah.
  • Tangan kiri mula sakit, seolah-olah terseliuh  (Peringkat ini boleh dikatakan kritikal).
  • Kalau tangan kiri dah mula sakit selepas tanda-tanda di atas, bererti akan diserang sakit jantung. Perlu periksa dengan doktor secepat mungkin. 

Oleh sebab itu, setelah mengenalpasti punca-punca dan tanda awal penyakit serangan jantung, anda seharusnya cuba mengurangkan risiko penyakit jantung dengan mengamalkan senaman kardiovaskular secara teratur di samping mengamalkan pemakanan yang lebih sihat. 

Pemakanan sihat ini terbahagi kepada 2 iaitu:

  • ·    Pemakanan sihat 
    • Pemakanan sihat di sini bermaksud pengambilan makanan yang kurang kandungan lemak dan garam. Telah diketahui pengambilan garam dan lemak yang tinggi menyumbang kepada penyakit kardiovaskular iaitu darah tinggi. Darah tinggi berlaku disebabkan pengumpulan lemak di dalam salur darah dan kepekatan darah yang tinggi (hasil kandungan garam dalam darah yang tinggi), sekaligus menyebabkan komplikasi penyakit lain iaitu penyakit  jantung berlaku. 
    • Amalkan pengambilan makanan sihat melalui pengambilan serat (iaitu dari sumber sayur sayuran dan juga serat beta-glukan seperti oat), kurangkan makanan berminyak dan bergaram, minum lebih air kosong, dan juga kurangkan pengambilan karbohidrat. Kenapa kurangkan karbohidrat? Kerana pengambilan karbohidrat yang tinggi akan penyebabkan pembentukan lemak visceral (iaitu lemak yang meliputi organ dalaman badan), kerana karbohidrat yang berlebihan tidak akan dibuang dari badan tetapi ditukar kepada bentuk lemak. 
    • Oleh itu, karbohidrat seharusnya diambil mengikut keperluan kalori tubuh. 
  • Pengambilan suplimen 
    • Selain pengambilan makanan sihat yang teratur, pengambilan supplimen tertentu terbukti mengurangkan risiko penyakit jantung. Supplimen yang telah dikenali membantu mengurangkan risiko penyakit jantung adalah sejenis lemak baik yang dikenali sebagai OMEGA-3. 
    • Sumber OMEGA-3 yang asli banyak terdapat di dalam ikan beriklim sejuk seperti ikan kod, hering, mackerrl, hering, salmon dan lain-lain. OMEGA-3 ini tidak boleh dihasilkan oleh tubuh manusia, maka sebab itulah pengambilan supplimen penting untuk menjamin tubuh kita daripada terkena penyakit jantung.

Pada masa kini, pengambilan supplimen OMEGA-3 amat penting kerana cara hidup kita sekarang telah banyak berubah. Penghasilan makanan pada waktu ini lebih terarah kepada penghasilan makanan secara industri/pukal menyebabkan banyak penggunaan garam dan gula berlebihan, penggunaan penambah perisa dan pewarna tiruan dan juga bahan pengawet. Ditambah pulak dengan budaya makanan segera yang terbukti tidak sihat untuk kesihatan jantung.



Oleh sebab itu, pengambilan supplimen OMEGA-3 yang baik dan berkualiti amat penting. Di sinilah OMEGA GUARD dari Shaklee menawarkan supplimen OMEGA-3 yang terbaik dan berkualiti lebih baik berbanding produk OMEGA-3 di pasaran.

Kelebihan OMEGA GUARD dari Shaklee  
  • Membantu menurunkan kadar LDL, Kolesterol & Trigliserida yang tinggi serta mempertahankan nilai normalnya. 
  • Membantu menurunkan tekanan darah tinggi, mengurangi kekentalan darah sehingga mencegah terjadinya serangan jantung dan stroke. 
  • Membantu mencegah penebalan pembuluh darah. 
  •  Membantu melancarkan sirkulasi darah ke seluruh tubuh. 
  •  Meningkatkan kesehatan kulit, terutama kulit kering. 
  •  Baik untuk masa kehamilan untuk otak janin. 
  •  Mampu meningkatkan memori & konsentrasi. 
  •  Baik bagi penderita eksim & psoriasisanin. 
  •  Membantu mengoptimalkan fungsi retina mata. 
Siapa yang sesuai mengambil Omega Guard? 
  •  Ibu hamil / menyusu 
  • Kanak-kanak usia 1 tahun ke atas 
  •  Lelaki / wanita 
  •  Warga emas 
  •  Penghidap darah tinggi/kolestrol tinggi/diebetes 
  •  Penghidap asma 
  •  Mereka yang obesiti 
  •  Mereka yang ingin pecahkan lemak-lemak degil 
  •  Mereka yang mementingkan kesihatan
Lindungi diri anda daripada menjadi salah seorang penyumbang kepada peningkatan statistik pesakit jantung dunia. Pastikan anda lindungi jantung anda bermula dari sekarang supaya anda boleh menikmati kehidupan yang lebih baik, menyaksikan anak cucu anda membesar di depan mata dan malah lebih baik lagi, dapat beramal ibadah dengan sempurna.

Pilihlah untuk mendapatkan supplimen terbaik. Pilihlah OMEGA GUARD dari Shaklee. Ia merupakan produk terbaik yang ditawarkan di pasaran, halal dan berkualiti.

Perbandingan Produk


Pristin Omega 3 Fish Oil 1200 mg
Kordel’s wild Salmon & Fish Oil 1000 mg
Shaklee OMEGA GUARD 1000 mg
EPA
396 mg
80 mg
545 mg
DHA
264 mg
120 mg
360 mg
Total Omega 3
660 mg
300 mg
1000 mg
Pharmaceutical Grade
Yes
No
Yes

*Poduk ini bukan tujuan untuk mendiagnos, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit.





Hubungi Shafik

SAYA SEDIA MEMBANTU ANDA DAN BERKONGSI TIPS KESIHATAN



Saturday, December 21, 2013

Penapis udara a.k.a Air Filter



Lately,

Sejak asyik berulang untuk ke tempat kerje yang baharu ni...Aku rasa macam makin lama makin tercemar pulak diri sendiri ni..Yelah setiap hari, bawak moto ke KL...jalan sesak memanjang...duk blakang lori, bas...Macam - macam jenis karbon aku duk sedut...

Dekat rumah pulak..disebabkan rumah aku tak brapa nak tinggi sangat (tingkat 3 sahaja)..bila kenderaan bawah lalu lalang, kadang-kadang terasa macam asap-asap entah apa-apa ntah masuk ke dalam bilik...

Itulah pasal macam terasa nak beli penapis udara kat rumah..at least bila balik rumah...dapat udara yang bersih..segar sikit kepala...

Jadi kebetulan tengah menimbang tara option yang ada...Ternampak satu update Facebook ada satu promosi barangan SHARP kat Empire gallery...not bad...penapis udara Plasmacluster tu harga sebenar RM699 diskaun RM100, so jadinya RM599 sahaja...Research punya research dalam website...so far, penapis SHARP ni mendapat respon yang sangat bagus dan dipercayai ramai...ada yang cerita, Hopital sungai Buloh pon gunakan penapis ni untuk pesakit masa heboh wabak H1N1 dulu...Hmm...baguslah tu rasanya...Lagipun kalau tengok video penapis ni melalui Youtube, banyak eksprimen dijalankan untuk tunjukkan penapis ni memang berkesan..tak caye tengok ni..


 

 



Konklusinya, Penapis udara ni memang bagus untuk orang yang alergik pada habuk-habuk dan debu, kawasan rumah yang kualiti udara kurang baik, jerebu ataupun sebagai terapi udara untuk kesihatan diri sendiri la..

Macam aku, sebab kualiti udara kat rumah ni kurang ok (sebab tingkat bawah, asap kenderaan), banyak habuk. Ditambah pulak dengan setiap hari berulang alik naik motor dalam bandar, memang udara sangatlah kotor. Tambah dengan jerebu lagi. Lagipun kadang-kadang aku ada masalah susah nak tidur, so dengan kualiti udara yang baik, kualiti tidur pun jadi lebih baik.

Jenama penapis udara yang lain pun ada. Tapi kebanyakkan penapis udara berkongsi fungsi asas yang sama, menapis udara. Kebanyakkannya menggunakan konsep yang hampir sama iaitu menapis dang mengionkan udara (betul ke aku sebut ni). Ion udara tu bole refresh kan udara yang kita sedut. Nak cerita pasal ion udara ni panjang...tu mungkin bole cerita pada post yang lain..hehehehe...

Lain-lain tu tambahan fungsi lain macam deodorize, ataupon melembabkan udara. Ada yang perlukan fungsi lembabkan udara sebab bila pakai air-corn kadang-kadang udara jadi kering, atau faktor cuaca kering, aliran udara yang lemah (tertutup, jadi kene lembabkan udara bagi segar sikit) ataupun faktor geografi (dekat negara 4 musim ke, ataupun cuaca gurun..maknanya..bila kering, udara kering sangat-sangat). Tapi untuk Malaysia, kalau biasa-biasa pun udara kita memang sedia lembab..Tengok la macam mana korang nak...


Aii..banyaknye cerita..dah berperenggan dah..hihihi...


Balik semula pada basic cerita aku ni..iaitu pasal beli air filter ni..aku pon belilah satu..ade diskaun RM100 kan..pastu sebab aku bayar guna point credit card..tambah lagi diskaun RM50..pastu bagi voucher KFC lagi RM10..Amboi! Memang berbaloi baloi...

Ok...cubalah tengok-tengok...Untuk yang ni aku beli unit yang basic tanpa fungsi melembabkan udara..ada fungsi ionize udara, menapis udara dan juga deodorize udara.


Ni gambar masa display


Ni lah kotaknya...tak berat pun..ringan sahaja...


Filter yang digunakan..jangka hayat dia 2 tahun, tapi bergantung kepada penggunaan..



Bila on, lampu hijau tu indicate yang udara sedang ditapis dan bersih


Disebabkan penapis ni ade sensor untuk detect udara berbau, so aku pun spray pewangi udara terus lampu jadi kuning dan penapis ni deodorozekan balik udara...jadi, kalau ada bau-bauan Insya Allah hilang...


Ok, ni spesifikasi penapis udara yang aku beli...ngehehe...

Product Description

  • High density plasmacluster ion technology powerfully and quickly removes airborne particles.
  • The sensor continuously monitors the air.
  • The fan speed is automatically watched.
  • The clean sign indicator
  • Easy, user-friendly operation.

Specifications

Recommended area for high-dens 13 m2
Body Colour - W (white)
Power input (max. / med. / low) 49 / 32 / 23
Clean sign indicator Yes (3 steps)
Standby power (W) 1.0
Noise level (max. / med. / low) 44 / 35 / 24
Airflow (max. / med. / low) (m3/ 180 / 120 / 60
Power cord length (m) 2.0
Recommended area 21 m2
Light control button Yes (on / off)
Filter type All-in-one dust collection/ deodorizing filter
Operation modes 3 (max. / med. / low)
Replacement filter FZ-Y30SFE
Power Source 220-240, 50/60
Filter life Up to 2 years
Plug type Type C (2-pin)
Filter type (Pre-filter) Yes
Dimension (WxHxD) 356 x 510 x 180
Weight 5 kg
Sensor (Odor) Yes
*Maklumat ni copy paste dari website SHARP. Untuk maklumat lanjut, pergi saja website SHARP =D

Banyak kelebihan gunakan penapis udara untuk kebaikan kesihatan sendiri. Almaklum la, udara merupakan komponen utama kehidupan. Kemudian, air. jadi kalau boleh, dapatkan udara dan air yang bersih untuk menjamin kesihatan diri..Chewah!