Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Wednesday, July 23, 2008

how to becoma a good leader

Sejak semua member2 aku habis blaja dan memulakan fasa baru di alam pekerjaan...Banyak yang keluar jadi seorang pemimpin...contohnya sebagai engineer yang mengawal semua technician...ataupun yang mengawal selia perjalanan produk satu kilang..xpon mengetuai strategi pemasaran untuk company..aku pulak..masih kat sini habiskan research master aku..dulu konon2 masih kuat nak belajar, tak nak keje dulu...terus sambung..sekarang ni? menyesal..yelah cara kerja masa undergrad lain berbanding master...huhuhu..
walaubagaimanapun, masa tak boleh diputar kembali..sabarkan sahaja diri sendiri....

Ok disebabkan mereka ni sudah menjadi antara yang tertinggi dalam company yang dieorang kerja, ada banyak aduan dan komen dari diaorang betapa beratnya menjadi pemimpin sesuatu team..yup! aku akui..kat sini aku turunkan beberapa tips menjadi leader unggul hasil pembacaan bermacam buku motivasi kerja dan juga pengalaman aku..huhu..kongsi la ape yang aku tau...

Pupuk sifat sabar
Menjadi seorang leader dalam sesuatu kumpulan pekerja (team) menuntut penuh kesabaran..ini kerana dalam satu team mungkin terdiri daripada pelbagai lapisan umur dan tahap pendidikan yang perlu kita hadapi...tidak lupa juga rakan-rakan yang sama level dengan kita (contohnya rakan sesama jawatan) kadang kala, rakan sesama jawatan ini ada yang cemburu dengan kita dan ia akan cuba menonjolkan dirinya dengan cara yang kurang baik...di sinila kita kena perlu banyak bersabar..juga, sebagai pemimpin kita kena banyak bersabar dengan karenah ahli-ahli yang bekerja bersama kita...mungkin ada yang agak pendiam, ada yang kaki kipas, ada yang cakap je lebih kerja entah ke mana dan sebagainya...selain itu, ade juga yang jenis perangai kasar atau yang lebih lembut..semua ini perlu dihadapi dengan sabar...jangan biarkan anda hilang kawalan dan mula maki memaki..hal ini tidak molek..selain anda dipandang serong oleh staff lain, dibenci dalam diam dan krebiliti anda menjadi sangat rendah..tiada pemimpin agung di dunia yang bersikap suka memaki hamun..bersikap diplomatik adalah yang terbaik..kadang kala ada sesetengah pemimpin yang mahu hatinya dijaga, tetapi hati orang lain tidak dihargai..

Jangan bersikap pilih kasih
Menjadi naluri manusia, akan ada orang yang disukai lebih daripada orang lain..maksud saya di sini, suka bukan atas dasar cinta tapi lebih kepada perasaan selesa dengan seseorang...Ketika anda mentadbir sesuatu organisasi, mesti ada seorang yang anda paling percaya, paling boleh diharap dan sebagainya...tapi sebagai pemimpin, anda dituntut untuk bersikap lebih adil kepada orang lain...Jika anda terlalu memilih kasih antara semua team dalam organisasi, ini akan mengundang rasa tidak puas hati dengan cara yang negatif..bagi pihak ahli dalam team, mereka akan merasa tersisih, tidak diperlukan selain rasa tidak puas hati terhadap 'anak emas' boss..bagi bos pula, pekerja akan mula menjadi kurang mesra dengan anda, krebiliti anda menurun dan anda dilihat seorang yang terlalu bergantung..bagi mereka yang menjadi 'anak emas' pula..mungkin anda berasa anda berada di fasa 'top of the world' tapi percayalah dalam bidang pekerjaan, anda akan berjaya atas sokongan semua pihak..jadi menjadi 'anak emas' bukan beerti tiket untuk lebih sombong..jika semua rakan sekerja anda berhenti kerana 'muak' dengan perangai anda..anda tidak ke mana-mana jugak...

Pandai membahagikan masa dan tanggungjawab
Seringkali kita terdengar, orang yang terlalu khusyuk dengan kerja meninggalkan aktiviti seharian yang sepatutnya dilakukan oleh manusia biasa...contohnya; anda yang terlalu kuat bekerja sampai ke malam sampaikan hujung minggu pun masih bekerja..tiada masa untuk keluarga, rakan-rakan, beriadah, rekreasi dan sebagainya...selain itu, pembahagian masa itu amat penting..jangan terlalu menumpu kepada pekerjaan sehingga mengabaikan yang lain...ingat! waktu bekerja adalah 8 jam sehari 5 kali semingu..lainla anda adalah pemilik organisasi tersebut, suka hati andalah nak bekerja selama mana yang anda nak..tapi ahli team anda juga ada kehidupan..mungkin hujung minggunya ade aktiviti lain yang perlu dibuat..jadi, x perlula anda libatkan hal kerja ketika mereka semua bercuti..kecualilah ia benar2 penting...kenali bebanan diri anda, jangan tamak nak ambil semua projek semata-mata untuk mengejar kepuasan diri sendiri..jangan nanti yang dikendong berciciran yang dikejar xdapat..adalah lebih baik menghabiskan projek satu demi satu dalam sela masa yang ditentukan daripada kelam kabut 24 jam yang hasilnya belum tentu sempurna

Hargai setiap insan
Jangan memandang rendah keupayaan orang lain...setiap insan yang berada pada posisinya sekarang diambil bekerja berdasarkan keupayaan dan keperluan ilmu yang mereka ada..seorang technician misalnya tidak akan diambil bekerja sebagai technician sekiranya dia tidak mempunyai diploma misalnya..jadi, mereka tau apa yang perlu mereka buat..mereka tau tanggungjawab tugas masing2..jadi, tugas anda sebagai pemimpin adalah untuk memberi petunjuk (guide) untuk menyalurkan pengetahuan yang mereka ada untuk mencapai objektif organisasi..ingatlah bahawa pemimpin yang baik akan dapat memupuk bakat dan keupayaan pekerja di bawahnya sehingga ke peringkat maksimum...(bukan hanya pandai mengarah ye..pandai memupuk...gunakan talent dan kelebihan ahli team)...Tidak semestinya mereka yang cemerlang semasa belajar merupakan seorang pekerja yang sangat baik dan yang paling produktif...penentuan survival di tempat kerja adalah berdasarkan kepada kecerdasan EQ, bukannya IQ...telah banyak kes yang saya lihat sendiri mereka yang kononnya genius bila diambil bekerja, cara bekerjanya seperti robot..tidak pandai menganalisis, tidak boleh membuat keputusan sendiri dan mengeluarkan pendapat sendiri, tidak berdikari, perlukan bimbingan sepanjang masa dan yang paling teruk sifat 'robot' meliputi kehidupan peribadi sendiri..setiap orang ada kelebihan tersendiri, bukan setiap orang sama..kalau sama itu namanya robot dan entah-entah kalau anda yang mahukan orang yang 'robot' bekerja dengan anda, anda juga sebenarnya adalah 'robot'..hahahaha..

Bersedia menerima teguran dan mengakui kesalahan sendiri
Ini adalah bahagian yang paling penting..apabila menjadi pemimpin, tidak beerti anda adalah manusia yang paling sempurna..ya! mungkin kelayakan akademik anda yang paling tinggi antara semua tetapi kadang kala sebagai manusia, anda juga bersikap terlepas pandang...dan kadang kala orang bawahan anda lebih alert berbanding anda..dan seperti manusia biasa yang lain, kita tidak terlepas daripada melakukan kesilapan..jika anda yang tersilap, mengaku...budaya ini banyak diaplikasikan dalam budaya kerja orang Jepun, Korea dan Barat..tidak sukar untuk menyatakan ungkapan maaf, malah ia akan meninggikan lagi krebiliti anda..tetapi, dalam masyarakat kita, ungkapan maaf sukar diucapkan kerana ia seolah-olah menjatuhkan krebiliti diri sendiri..tetapi maaf cakap, orang yang sukar menuturkan maaf adalah orang yang sangat tinggi egonya dan angkuh...sebagai pemimpin, anda juga harus oleh menerima teguran orang lain tidak kira samada daripada peringkat atasan mahupun bawahan..input-input walaupun sedikit amat berguna..janganlah kerana terlalu ego menerima teguran orang lain anda akan menjadi seperti katak di bawah tempurung...walaubagaimanapun, sebagai pemimpin anda harus menunjukkan contoh kepimpinan yang baik dan menghormati semua orang. Bagaimana orang hendak menjaga hati anda sekiranya anda sendiri tidak pandai menjaga hati orang lain..bagaimana anda hendak dihormati sedangkan anda sendiri tak pernah cuba nak hormat orang lain..percayalah, jika anda bersikap lebih sabar, lebih rendah diri (rendah diri tetapi jangan terlalu merendah diri seolah-olah anda tidak yakin..berpada-padalah)..anda akan dihargai dari sekecil-kecil tukang sapu hinggakan kepada CEO organisasi anda..

ingatlah, kehidupan di dunia ini umpama roda..mungkin hari ini insan tersebut tiada apa-apa..tapi mungkin suatu hari nanti dia akan berjaya dan mungkin lebih berjaya daripada anda...Hidup ini hanya pinjaman, jawatan tinggi yang anda pegang, tidak bermakna ia lesen untuk anda mendabik dada..muhasabah diri dan ingatilah bahawa nikmat yang tuhan beri boleh direntap sekelip mata...

Thursday, January 24, 2008

Amarah yang merah....


Marah...apakah itu marah...mungkin ada yang mengatakan marah itu merupakan ekspresi perasaan seseorang yang diluahkan untuk dirasai oleh orang sekeliling...Marah juga sama dengan perasaan sedih, malu, gembira dan sebagainya...ia merupakan interpretasi perasaan, gelodak jiwa manusia...Sebenarnya seperti juga interpretasi jiwa yang lain, manusia mula marah sejak dari bayi lagi..cuma ketika bayi, anda tidak dapat meluahkan dengan perkataan tetapi hanya dengan tangisan. Marah biasanya dikaitkan dengan persaan negatif. Ia dikaitkan dengan unsur api ataupun dengan warna merah yang melambangkan kegarangan. Marah diibaratkan bagaikan api yang membuak-buak dan mendatangkan kemusnahan sekiranya tidak dikawal. Sebab marah, manusia membunuh, berdendam, mengeluarkan kata-kata kesat, memutuskan hubungan persaudaraan, berpisah dan sebagainya. Oleh itu, amat penting untuk mengekang kemarahan dengan cara yang berkesan sebelum ia mendatangkan kesan-kesan negatif yang lain.
Mengikut definisi kamus, marah boleh diertikan sebagai luahan perasaan atau menunjukkan kemarahan ataupun penolakan terhadap sesuatu dengan kuat sekali
Mari kita teliti semula, kenapa seseorang manusia itu mahu marah. Jelas sekali manusia harus mempunyai sebab untuk marah. Antara sebab-sebab manusia tersebut meluahkan perasaan marahnya adalah:

1. Seseorang tersebut tidak mencapai kehendaknya
Manusia akan marah apabila sesuatu kehendaknya tidak dipenuhi. Sangat biasa kalau kita melihat seseorang itu marah selepas tidak mendapat sesuatu / mengalami kegagalan (contohnya: kehilangan kontrak, ataupun gagal mencapai matlamat yabng diidamkan) Seringkali, manusia akan melepaskan kemarahan ini kepada mereka yang lebih lemah daripada mereka (katakan; bos kepada pekerjanya, abang kepada adiknya) Perasaan marah ini akan lebih besar selepas sesuatu perkara itu telah dirancang sejak sekian lama, akhirnya tidak menjadi...Sekiranya kemarahan ini dipendam, ia boleh menjadi suatu beban tekanan kepada mereka...

2. Menunjukkan kuasa
Kadang kala, ada juga manusia itu marah untuk menunjukkan kuasa yang ada padanya. Biasanya ia berlaku kepada golongan yang berpangkat tinggi, di mana apabila seseorang bos marah kepada pekerjanya, ia menunjukkan kuasa yang ada padanya. Kemarahan ini akan menaikkan keyakinan dirinya dan berasa dirinya sangat penting dan besar. Namun, sekiranya keterlaluan ia akan menjadi suatu yang menjengkelkan buat pekerja bawahan dan rasa hormat terhadap bos tersebut akan menjadi semakin kurang.
"Marah adalah seperti api..semasa kecil ia mungkin tidak merbahaya. Namun, dalam diam ia membakar dan apabila terlalu marak, ia tidak dapat dikawal...Akibatnya, musnah segala-galanya dan segalanya sudah tidak beerti untuk dikenang kembali...."
3. Untuk menarik perhatian
kemarahan disebabkan ini banyak berlaku di kalangan ahli keluarga, kekasih, rakan sebaya dan sebagainya. Ini bertujuan untuk menarik perhatian orang di sekelilingnya tentang kehadiran dan keperluan manusia tersebut. Contohnya; bila seorang teman wanita marah kepada kekasihnya kerana sesuatu perkara, contohnya lambat ketika temujanji. Ia akan membawa kepada banyak maksud tersirat, pertama, dia mungkin mahu kekasihnya faham dan prihatin perasaannya yang telah lama menunggu kekasihnya. Kedua, dia mahu menunjukkan bahawa dia penting dalam hidup kekasihnya dan tidak seharusnya diperlakukan sedemikian. Ketiga, mungkin kekasihnya akan cuba memujuknya dengan memberikan kata-kata manis dan hadiah yang disukainya. Maka, dia akan kembali mendapat perhatian kekasihnya dan mungkin lebih dari kebiasaan. Kadang kala dalam satu pejabat, berlaku tiba-tiba rakan sekerja marah-marah bila datang ke pejabat. Jika tiada sesiapa yang bertanyakan kenapa kemarahannya, mungkin dia akan marah sepanjang hari. Namun, jika seorang pergi bertanyakan sebabnya, mungkin moodnya berubah, kerana dia mula mencuri perhatian dan ada orang sudi bertanyakan masalahnya dan dia rasa dihargai.

4. Sebagai satu terapi melepaskan tekanan
Ada juga sesetengah orang marah disebabkan mahu melepaskan tekanan yang dihadapi. Katakan seorang pekerja telah menerima tekanan daripada bosnya, dia akan berasa tertekan. Akibat tekanan tersebut, dengan cara marah dan menaikkan suara terhadap orang di sekelilingnya, dia berasa semakin lega. Semasa mengahmburkan kemarahannya inilah, dia secara tidak langsung akan menceritakan tekanan yang dihadapinya terhadap orang yang dimarahinya. Memang, menaikkan suara dan memarahi orang lain sangat menyeronokkan dan melegakan stress. Tapi, tahukah anda, apabila seseorang itu marah kepada orang lain, orang yang dimarahi akan terguris hatinya dan mungkin mengambil masa yang panjang untuk kembali pulih. Jangan cuba menjadi orang yang pentingkan diri sendiri dengan mengabaikan hati dan perasaan orang lain. Terdapat cara lain untuk meluahkan tekanan selain daripada melalui kemarahan.
"hati manusia yang terguris akibat batang kayu yang diketuk dengan paku..ketika paku masih terbenam di dalam kayu, ia amat menyakitkan. Namun, apabila paku dicabut, kesan ketukan paku tersebut tetap ada dan sukar untuk kembali pulih dan sakitnya masih kekal di situ..."

Friday, January 18, 2008

It is all in the mind

Psychologists believe that our capacity as human beings depends on what our minds truly believe to be possible. "It is all in the mind", as they say. In order to show how simple this idea is, a concrete example may serve to illustrate it.
Two students, without their knowledge, were subjected to an experiment. Both were of the same grade level, age, and nationality. They were instructed to take a long jump activity as part of a physical education class. Girl 2 was shorter than girl 1. It was expected that the shorter girl would initially feel hopeless because of the obvious size advantage of the other girl so, without receiving any motivation inspiring words from her coach, trial 1 was allowed to begin. As was expected from trail 1, the shorter girl lost by a distance of around 5 inches.
Trial 2 followed immediately after trial 1. With some proper coaching and motivational words this time, the shorter girl won by 1.5 inches! How did this happen?
It happened because the power of belief and attitude. What happened exactly was that an explanation about the height advantage of the girl was re-contextualized for the shorter girl. She was told that she actually had an even advantage with the taller girl because of her lighter weight. When she saw the taller girl as being "heavier" than her, it was enough motivation to inspire the shorter girl to focus on her own strengths and to use them to win. It is all in the way you look at it.
Inspirational words can totally change the direction of our lives. We often see life as a scary place with dangers around every corner. We may not even recognize the fact that many of our fears are hidden inside us and controlling us at every turn. Others, on the other hand, may see life as a series of opportunities to challenge themselves because they have overcome these hidden fears and opened themselves up to a world of extra energy that was also hidden inside them but covered and stifled by the fears that surrounded it. It does not take a major change in many cases to alter the direction of your ship. One small turn on the wheel can eventually result in a completely different section of the globe that you will sail to! As soon as you change one of your coordinates, the direction of your entire life will also change. You will begin to see everything around you as reflecting of this new change and it will provide you with even more inspiration to try even greater things.
Inspirational words can really be found everywhere. It is just a matter of being able to see them. From our homes, our schools to our workplace, there are opportunities to find inspirational words. From the movies we watch, the books we read, the music we listen to and the people we talk to every single day of our lives, we can be inspired to do great things. These are words, which may just be simple words, can hit the deepest part of our souls and awaken us to be reminded of the true essence of who we are. From there we will find ourselves capable of living our lives more peacefully and more harmoniously with others.
Next time you think about where you want to find some inspirational words, just look inside yourself and ask yourself what is stopping you from picking up one of the thousands of books out there that teach the most simple truths of all. What is holding you back from making a commitment to read just five or ten pages a day to improve your life? The inspiration is deep inside yourself and the words that you are looking for outside are only a means to help you find that place inside that you already had to begin with.
The greatest inspirational words there are those that will come right out of your own heart and mind. They will be the ones that bring you to make a change and to reach for the stars.

Wednesday, January 16, 2008

Pernahkah Anda Berfikir

Pernahkah anda memikirkan bahwa anda tidak ada sebelum dilahirkan ke dunia ini; dan anda telah diciptakan dari sebuah ketiadaan?

Pernahkan anda berfikir bagaimana bunga yang setiap hari anda lihat di ruang tamu, yang tumbuh dari tanah yang hitam, ternyata memiliki bau yang harum serta berwarna-warni?

Pernahkan anda memikirkan seekor nyamuk, yang sangat mengganggu ketika terbang mengitari anda, mengepakkan sayapnya dengan kecepatan yang sedemikian tinggi sehingga kita tidak mampu melihatnya?

Pernahkan anda berfikir bahwa lapisan luar dari buah-buahan seperti pisang, tembikai, melon dan jeruk berfungsi sebagai pembungkus yang sangat berkualiti, yang membungkus daging buahnya sedemikian rupa sehingga rasa dan keharumannya tetap terjaga?

Pernahkan anda berfikir bahwa gempa bumi mungkin saja datang secara tiba-tiba ketika anda sedang tidur, yang menghancur luluhkan rumah, pejabat dan kota anda hingga rata dengan tanah sehingga dalam tempuh beberapa detik saja anda pun kehilangan segala sesuatu yang anda miliki di dunia ini?

Pernahkan anda berfikir bahwa kehidupan anda berlalu dengan sangat cepat, anda pun menjadi semakin tua dan lemah, dan lambat laun kehilangan ketampanan atau kecantikan, kesihatan dan kekuatan anda?

Pernahkan anda memikirkan bahwa suatu hari nanti, malaikat maut yang diutus oleh Allah akan datang menjemput untuk membawa anda meninggalkan dunia ini?

Jika demikian, pernahkan anda berfikir mengapa manusia demikian terbelenggu oleh kehidupan dunia yang sebentar lagi akan mereka tinggalkan dan yang seharusnya mereka jadikan sebagai tempat untuk bekerja keras dalam meraih kebahagiaan hidup di akhirat?

Manusia adalah makhluk yang dilengkapi Allah mampu berfikir. Namun sayang, kebanyakan mereka tidak menggunakan kemampuan yang teramat penting ini sebagaimana mestinya. Bahkan pada kenyataannya sebagian manusia hampir tidak pernah berpikir.

Sebenarnya, setiap orang memiliki tingkat kemampuan berfikir yang seringkali ia sendiri tidak menyadarinya. Ketika mulai menggunakan kemampuan berfikir tersebut, fakta-fakta yang sampai sekarang tidak mampu diketahuinya, lambat-laun mulai terbuka di hadapannya. Semakin dalam ia berfikir, semakin bertambahlah kemampuan berfikirnya dan hal ini mungkin sekali berlaku bagi setiap orang.

Harus disadari bahwa tiap orang mempunyai kebolehan untuk berfikir serta menggunakan akalnya semaksima mungkin.

“Dan pada hari itu diperlihatkan neraka Jahannam; dan pada hari itu ingatlah manusia akan tetapi tidak berguna lagi mengingat itu baginya. Dia mengatakan, “Alangkah baiknya kiranya aku dahulu mngerjakan (amal saleh) untuk hidupku ini." (QS. Al-Fajr, 89:23-24)

Seseorang yang tidak berfikir berada sangat jauh dari kebenaran dan menjalani sebuah kehidupan yang penuh kepalsuan dan kesesatan. Akibatnya ia tidak akan mengetahui tujuan penciptaan alam, dan erti keberadaan dirinya di dunia. Padahal, Allah telah menciptakan segala sesuatu untuk sebuah tujuan sebagaimana dinyatakan dalam Al-Qur'an:

“Dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya dengan bermain-main. Kami tidak menciptakan keduanya melainkan dengan haq, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui." (QS. Ad-Dukhaan, 44: 38-39)

“Maka apakah kamu mengira, bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?" (QS. Al-Mu’minuun, 23:115)

Oleh karena itu, yang paling pertama kali wajib untuk difikirkan secara mendalam oleh setiap orang ialah tujuan dari penciptaan dirinya, baru kemudian segala sesuatu yang ia lihat di alam sekitar serta segala kejadian atau peristiwa yang ia jumpai selama hidupnya. Manusia yang tidak memikirkan hal ini, hanya akan mengetahui kenyataan-kenyataan tersebut setelah ia mati. Yakni ketika ia mempertanggung jawabkan segala amal perbuatannya di hadapan Allah; namun sayang sudah terlambat.

Allah berfirman dalam Al-Qur'an bahwa pada hari penghisaban, tiap manusia akan berfikir dan menyaksikan kebenaran atau kenyataan tersebut:

“Dan pada hari itu diperlihatkan neraka Jahannam; dan pada hari itu ingatlah manusia akan tetapi tidak berguna lagi mengingat itu baginya. Dia mengatakan, “Alangkah baiknya kiranya aku dahulu mengerjakan (amal saleh) untuk hidupku ini." (QS. Al-Fajr, 89:23-24)

Padahal Allah telah memberikan kita kesempatan hidup di dunia. Berfikir atau merenung untuk kemudian mengambil kesimpulan atau pelajaran-pelajaran dari apa yang kita renungkan untuk memahami kebenaran, akan menghasilkan sesuatu yang bernilai bagi kehidupan di akhirat kelak. Dengan alasan inilah, Allah mewajibkan seluruh manusia, melalui para Nabi dan Kitab-kitab- Nya, untuk memikirkan dan merenungkan penciptaan diri mereka sendiri dan jagad raya:

“Dan mengapa mereka tidak memikirkan tentang (kejadian) diri mereka?, Allah tidak menjadikan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya melainkan dengan tujuan yang benar dan waktu yang ditentukan. Dan sesungguhnya kebanyakan di antara manusia benar-benar ingkar akan pertemuan dengan Tuhannya." (QS. Ar-Ruum, 30: 8)

Sumbangan: kelakarnya groups

Jangan menangis...

Kenapa kita menutup mata ketika kita tidur ?
Kenapa kita menutup mata ketika kita menangis ?
Kenapa kita menutup mata ketika kita membayangkan sesuatu ?
Hal hal yang terindah di dunia ini biasanya tidak terlihat

Ada hal hal yang tidak ingin kita lepaskan
dan ada orang orang yang tidak ingin kita tinggalkan
Tapi ingatlah, melepaskan bukan bererti akhir dari dunia
melainkan awal dari kehidupan yang baru

Kebahagiaan ada untuk mereka yang menangis
Kebahagiaan ada untuk mereka yang telah tersakiti
Kebahagiaan ada untuk mereka yang telah mencari dan telah mencuba

Kerana merekalah yang bisa menghargai
Betapa pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka

Cinta adalah ketika kamu menitikkan air mata, tetapi masih peduli terhadapnya
Cinta adalah ketika dia tidak mempedulikanmu, kamu masih menunggunya dengan setia
Cinta adalah ketika dia mulai mencintai orang lain dan kamu masih bisa tersenyum sambil berkata , " Aku turut berbahagia untukmu "

Apabila cintamu tidak berhasil, bebaskanlah dirimu
Biarkanlah hatimu kembali melebarkan sayapnya dan terbang ke alam bebas lagi
Ingatlah, kamu mungkin menemukan cinta dan kehilangannya. .
Tetapi saat cinta itu dimatikan, kamu tidak perlu mati bersamanya..

Orang yang terkuat bukanlah orang yang selalu menang dalam segala hal
Tetapi mereka yang tetap teguh ketika mereka jatuh
Entah bagaimana, dalam perjalanan kehidupanmu,
Kamu akan belajar tentang dirimu sendiri dan suatu saat kamu akan menyedari
Bahwa penyesalan tidak seharusnya ada di dalam hidupmu
Hanyalah penghargaan abadi atas pilihan pilihan kehidupan yang telah kau buat
Yang seharusnya ada di dalam hidupmu

Sahabat sejati akan mengerti ketika kamu berkata, " Aku lupa "
Sahabat sejati akan tetap setia menunggu ketika kamu berkata, " Tunggu sebentar "
Sahabat sejati hatinya akan tetap tinggal, terikat kepadamu ketika kamu berkata, " Tinggalkan aku sendiri "

Saat kamu berkata untuk meninggalkannya,
Mungkin dia akan pergi meninggalkanmu sesaat,
Memberimu waktu untuk menenangkan dirimu sendiri,
Tetapi pada saat saat itu, hatinya tidak akan pernah meninggalkanmu
Dan sewaktu dia jauh darimu, dia akan selalu mendoakanmu dengan air mata

Lebih berbahaya mencucurkan air mata di dalam hati
daripada air mata yang keluar dari mata kita
Air mata yang keluar dari mata kita dapat dihapus,
Sementara air mata yang tersembunyi,
Akan menggoreskan luka di dalam hatimu
yang bekasnya tidak akan pernah hilang

Walaupun dalam urusan cinta, kita sangat jarang menang,
Tetapi ketika cinta itu tulus...
meskipun mungkin kelihatannya kamu kalah,
Tetapi sebenarnya kamu menang kerana kamu dapat berbahagia
sewaktu kamu dapat mencintai seseorang
Lebih dari kamu mencintai diri kamu sendiri...

Akan tiba saatnya dimana kamu harus berhenti mencintai seseorang
Bukan karena orang itu berhenti mencintai kita
Atau kerana ia tidak mempedulikan kita
Melainkan saat kita menyedari bahwa orang itu
Akan lebih berbahagia apabila kita melepasnya
Tetapi apabila kamu benar benar mencintai seseorang,
Jangan dengan mudah kita melepaskannya
Berjuanglah demi cintamu... Fight for your dream !
Itulah cinta yang sejati..
Bukannya seperti prinsip " Easy come.. Easy go... "

Lebih baik menunggu orang yang benar benar kamu inginkan
Daripada berjalan bersama orang " yang tersedia "
Lebih baik menunggu orang yang kamu cintai
Daripada orang yang berada di " sekelilingmu "

Lebih baik menunggu orang yang tepat
Kerana hidup ini terlalu berharga dan terlalu singkat
Untuk dibuang dengan hanya " seseorang "
Atau untuk dibuang dengan orang yang tidak tepat

Kadang kala, orang yang kamu cintai adalah orang yang paling menyakiti hatimu
Dan kadang kala teman yang membawamu di dalam pelukannya
Dan menangis bersamamu adalah cinta yang tidak kamu sedari

Ucapan yang keluar dari mulut seseorang
Dapat membangun orang lain, tetapi dapat juga menjatuhkannya
Bila bukan diucapkan pada orang, waktu, dan tempat yang benar
Ini jelas bukan sesuatu yang bijaksana

Ucapan yang keluar dari mulut seseorang
Dapat berupa kebenaran ataupun kebohongan untuk menutupi isi hati
Kita dapat mengatakan apa saja dengan mulut kita
Tetapi isi hati kita yang sebenarnya tidak akan dapat dimungkiri

Apabila kamu hendak mengatakan sesuatu..
Tataplah matamu di cermin dan lihatlah kepada matamu
Dari situ akan terpancar seluruh isi hatimu
Dan kebenaran akan dapat dilihat dari sana

Sumbangan: kelakarnya groups...

Sunday, August 5, 2007

Kuasa suatu senyuman!

Ade satu crite yg aku nk kongsi ngan korang...ni ttg kuasa senyuman...hari nih pepagi aku beli paper mingguan kat kedai buku dpn umah aku...time aku nk bayar..bole jadi makcik yg tokey kedai tuh ngan muka masam amik duit yg aku bayar paper tuh (pdhal aku bg duit..patut suka la kan?)..pastuh aku g kedai gambar tuh nk beli top up (mmg die jual top up tau...bkn aku g salah kedai...hehehe..)pastu pompuan yg jaga kaunter tuh ngan nada bengis ala2 Xena: Warrior Princess (rujuk gambo)...peh! garang gile..padahal aku x wat ape pon...aku nk beli top up and then aku bg duit kat die pas die bg kad top up tuh...Dan sejak tuh aku berikrar xnak g dua2 kedai hampeh tuh...

Dan aku terfikir..nape la xnak senyum2..padahal bukan nyer luak kalo senyum..lebih2 lagi kat pelanggan kedai die tuh...silap2 makin laris ade le...sbb aku terfikir sbenarnye kuasa senyuman bole membuatkan seseorang tuh rase slesa ngan korang & mewujudkan hubungan yg lbh baik sesame manusia..x caye cube tgk crite ni...

Kejadian kat suatu klinik...orang yg dtg sume sakit dan tgh tunggu turn jumpe Dr sambil memikirkan penyakit yg dialami oleh dieorg...ade sorg lelaki sakit perut duduk di seblah wanita yg duduk smbl pangku anak die yg masih baby (sbb nk wat pemeriksaan berkala baby die)..laki tuh x tegur pon org kat seblah tuh tapi bile die pandang baby tuh...baby tuh senyum kat die dgn ikhlas dan manis skali...Hati laki tuh terus sejuk then pastu die pon kate pada mak baby betapa kiut miutnye baby awak nih..mak baby pon rase suke then die pon berterima kasih pada laki tuh dan die pon berborak ngan laki tuh...laki tuh pon rase slesa dan kedua2 nya makin mesra...dan bila pesakit lain nampak dieorg berdua berborak..yg lain pon join berborak same dan kalo ade yg curi dengar tersipu2 senyum sendirian...at the end...masing2 lupe tension akibat penyakit dieorg dan sume rase happy...Jadi korang fikir sape yg start sume energy positif ni?...Baby tu le...ngan senyuman die yg manis dan tulus...

Natijahnye di sini...dengan senyuman akan memberikan kebahagiaan kepada seseorang...Dengan senyuman boleh mengetuk pintu hati orang lain untuk menerima kehadiran anda..Dengan senyuman boleh membuatkan orang lain rasa dirinya telah diterima oleh anda dan rasa dihargai..Dan dengan senyuman rezeki akan mudah mendekati diri anda..Cuba bayangkan kalo dua tokey kedai tadi murah ngan senyuman..sudah pasti aku x black list kedai dieorg...sbb tu la aku cube nk manis2 kan muke aku kalo jumpe org...sentiasa senyum..kalo aku xde mende nk borak...aku senyum @ sengih ke...at least org tuh akan rase ok...cume utk jadi trademark, aku akan tambahkan elemen two tumbs up dalam senyuman aku..hahaha..sbb tuh kalo aku senyum akan ada tumbs up skali..hahahaha...semua aku senyum kecuali Mr. H (hahahaha...die ni staff la katekan...jadi kene serius skit...hahahaha)....

Tapi ada satu pesanan bagi mereka yg nk senyum...pastikan gigi anda bebas daripada selitan cili daripada cili sambal...hahahaha...nanti kene gelak lak...tapi xpe..kalo niat nk senyum tuh ikhlas..senyuman tuh ttp manis walaupon ade unsur komedi disebabkan oleh cili tuh..kuikuikui...lg satu pastikan gigi anda x brape kuning...hehe..kunyahlah Dentin!