Sunday, December 29, 2013

Program Pengurusan badan dari Shaklee



Program Pengurusan badan dari Shaklee


Baiklah, untuk post kali ini, saya nak ceritakan tentang produk yang paling laris daripada Shaklee yang sering kali ditanya kepada saya. Shaklee menawarkan produk pengurusan badan mengikut target dan matlamat seseorang. Di sini, produk Shaklee menawarkan supplimen yang selamat dan tidak memudaratkan.

Kenapa saya kata ianya selamat dan tidak memudaratkan? Sebabnya, kebanyakkan produk pelansingan badan di pasaran berkemungkinan tidak selamat (mengandungi bahan terlarang yang memudaratkan) ataupun mendatangkan kesan sampingan yang membebankan (seperti cirit birit, loya, keletihan). Produk Shaklee dihasilkan menggunakan teknologi yang menepati spesifikasi antarabangsa, selamat, dari sumber yang asli serta tidak mendatangkan kesan sampingan yang lain. Kesan sampingan yang ada mungkin, anda menjadi bertambah kurus dan sihat!

Shaklee menawarkan produk pengurusan/pelansingan badan mengikut kehendak dan matlamat pengguna. Oleh itu kombinasi pengambilan suplimen yang dicadangkan oleh Shaklee mengikut matlamat dan kehendak anda. Anda adalah apa yang anda fikirkan. Melalui kombinasi pengambilan suplimen yang berkesan, pengurusan diet yang baik dan senaman yang teratur, anda boleh menurunkan berat badan dengan cara yang selamat dan berkesan.

Di bawah merupakan kombinasi supplimen yang dicadangkan berdasarkan matlamat anda:

Shape up set

Cara terbaik untuk kekal langsing & rapi

Set Shape up ini berprinsipkan proses mengurangkan berat badan di samping menjalankan proses detoksifikasi dalam badan. Supplimen yang diambil berfungsi memecahkan lemak-lemak yang terkumpul, kemudian setelah lemak tersebut diuraikan, bahan sampingan bertoksik yang lain akan disingkirkan dari badan melalui proses detoksifikasi secara efisyen.

Untuk matlamat tersebut supplimen yang dicadangkan adalah kombinasi Lecithin, Alfafa complex, dan herb Lex.

Lecithin berfungsi untuk: 
  • Memecahkan lemak dan mengurangkan berat badan.
  • Menurunkan paras kolesterol dalam darah.
  • Membantu melembabkan kulit. 
  • Sumber kolina iaitu komponen asetilkolina neurotransmitter yang penting untuk penghantaran mesej ke otak dan system saraf.
Untuk Alfafa complex dan herb Lex, supplimen ini bertujuan untuk membolehkan proses detoksifikasi dalam badan berjalan dengan lebih lancar. Supplimen ini penting untuk memastikan badan kekal segar semasa proses pemecahan lemak berlaku.

Fungsi Alfafa complex:
  • Kaya dengan nutrisi dan mineral tambahan.
  • Membantu proses detoksifikasi.
  • Melegakan rasa kebas dan sakit sendi serta mengurangkan alergi ( Alfafa complex tidak boleh diambil dengan vitamin E)
Herb Lex pula berfungsi untuk:
  • Melegakan sembelit.
  • Melawaskan proses pencernaan. 
  • Membantu proses detoksifikasi.
  • Mengurangkan bau badan.
Seperti yang saya sebutkan tadi, cadangan supplimen ini bergantung kepada matlamat dan gaya hidup anda. Bagi yang ingin mengurangkan berat badan dan pada masa yang sama, anda berdisiplin mengatur pengambilan diet yang lengkap, anda boleh mengambil kombinasi Lecithin dan Herb Lex. 

 

Aturan pengambilan adalah seperti berikut:


Lecithin
Herb Lex
Pagi
2 biji selepas sarapan
-
Tengah hari
2 biji selepas makan tengah hari
3 biji selepas makan tengah hari
Malam
2 biji selepas makan malam
3 biji sebelum tidur
* Untuk Herb Lex, setelah 2 minggu, anda boleh mengurangkan pengambilan kepada 2 kali seminggu, 4 biji setiap kali sebelum tidur.

Ataupun melalui set cadangan kedua, anda boleh mengambil kombinasi Lecithin dengan Alfafa. Tetapi, untuk Alfafa, anda kalau boleh harus menjarakkan sedikit selang masa antara kedua-dua suplimen. 


Aturan pengambilan adalah seperti berikut:


Lecithin
Alfafa Complex
Pagi
-
2 biji pada waktu pagi
Minum Pagi
2 biji selepas sarapan
-
Tengah hari
2 biji selepas makan tengah hari
 -
Malam
2 biji selepas makan malam
2 biji sebelum tidur
* Untuk alfafa complex, aturan yang dicadangkan adalah untuk minggu pertama, selepas badan mula serasi, anda boleh meningkatkan kuantiti pengambilan sehingga 5 biji pagi, 5 biji malam iaitu kuantiti maksimum 10 biji sehari. Alfafa complex diambil dengan air kosong.

Body Perfector set

Cara terbaik untuk mengurus dan mengekalkan bentuk tubuh

Untuk set ini, supplimen yang dicadangkan berperanan untuk memecahkan lemak tetapi pada masa yang sama anda ingin menambah/mengekalkan jisim otot dalam badan. Supplimen yang dicadangkan ini juga boleh bertindak sebagai meal replacement (pengganti makanan) kerana mempunyai kandungan protein yang tinggi di mana penting untuk pengekalan jisim otot, nilai kalori yang rendah di samping mengakibatkan rasa kenyang yang lebih lama.

Bagi mereka yang bermatlamat untuk menguruskan badan di samping membentuk/menambah jisim otot badan, set yang dicadangkan adalah kombinasi Lecithin dan Cinch Shake Mix. Cinch Shake Mix didatangkan dengan 3 perisa iaitu coklat, vanilla dan juga cafe latte dirumus daripada protein soya yang mempunyai kandungan protein yang tinggi untuk pengekalan otot. Cinch Shake Mix boleh dicampurkan ke dalam apa-apa jua minuman kegemaran anda, sebagai sarapan pagi atau dijadikan shake untuk makanan pembekal tenaga selepas workout (after workout meal).  


Aturan pengambilan adalah seperti berikut:


Lecithin
Cinch Shake Mix
Pagi
2 biji selepas sarapan
2 scoop dicampurkan dengan susu soya/susu rendah lemak semasa bersarapan
Tengah hari
2 biji selepas makan tengah hari
Makan tengah hari seperti biasa mengikut keperluan kalori anda
Petang
-
2 scoop dicampurkan dengan susu soya/susu rendah lemak
Malam
2 biji selepas makan malam
Makan malam dalam portion sederhana
*Pastikan untuk makan malam, pengambilan makanan anda tidak terlalu berat. Dan pengambilan Cinch Shake Mix boleh diubahsuai mengikut cara hidup anda.


Untuk set ini juga, anda boleh gabungkan set ini dengan supplimen detoksifikasi.


Sebagai contoh:
Lecithin + Alfafa Complex + Cinch Shake Mix

Ataupun 

Lecithin + Herb Lex + Cinch Shake Mix

(di mana Cinch Shake Mix diambil sebagai snek samada antara waktu sarapan dengan makan tengah hari, antara makan tengah hari dengan makan malam ataupun sebagai supper)  

Dan, bergantung kepada respons tubuh anda, sekiranya perlu, anda juga boleh mengambil tea energy mix untuk mengekalkan tenaga di samping melancarkan proses detoksifikasi tubuh. 



Set Budget langsing

Pengekalan berat badan yang masih memenuhi kehendak budget

Untuk set ini, set yang dicadangkan masih boleh memenuhi matlamat mengurangkan berat badan pada nilai budget yang di bawah nilai RM100.

Set yang dicadangkan adalah kombinasi Lecithin (180 capsules) dan alfafa complex (small – 330 capsules). Set ini mampu bertahan untuk tempoh masa sebulan pengambilan.

  *Poduk ini bukan tujuan untuk mendiagnos, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit.

Hubungi Shafik

SAYA SEDIA MEMBANTU ANDA DAN BERKONGSI TIPS KESIHATAN

Saturday, December 28, 2013

Customer Service Saga - Episode 1

Ok ni aku nak cerita sikit...

Kisahnya macam ni...Dulu, lepas aku habis belajar..macam biasalah...Dilema selepas habis belajar adalah bagaimana mencari kerja...Time tu, oklah...cari kerja kat mana-mana channel yang ada..Ni cari ni semua yang ada kaitan dengan benda yang kita belajar ni..yelah kekonon itulah passion kan..Penat kan dah belajar penat-penat 4 tahun...mestila nak cari kerja yang ada kaitan dengan yang kita belajar kan..

Tapi itula, bak kata orang kita mampu merancang dan berangan..tapi bak kata orang...Reality Bites! Its time for a bitch slap wake up Call!


Bulan 1..masuk bulan 3..masuk bulan ke 6...resume yang disubmit kat Jobstreet nampak dah direview beberapa kali..ada yang panggil interview...ada yang 2 kali interview...ke sana sini interview...Tapi kerja masih tak dapat..huhuhu...duit makin kurang..keperluan makin mendesak...jawatan yang post untuk bidang aku sangat lah sikit..nak pakai 1, tapi biasalah interview sampai berpuluh orang...Bila pergi interview, paling klise diaorang akan cakap kita takda pengalaman..Mesti la takda pengalaman, fresh grad kot! so bagilah kita menimba pengalaman dengan ambil kita kerja...duuuh!

Akhirnya aku pon terpaksa melupakan prinsip aku dulu..Ya! jangan memilih kerja...buka minda..Yup! tak semestinya kita akan kerja apa yang kita belajar..sampai bila nak menganggur..nanti mulala orang kata memilih kerja..masalahnya, untuk bidang aku ni takda benda nak memilih kan nya..memang market low..huhuhu...Padahal memang aku tak memilih gaji..Mana yang panggil memang aku akan pergi, asalkan bole start timba pengalaman kerja kan...

  Gambar hiasan

Ok...BTW mungkin ramai yang tertanya...apa bidang aku ni susah sangat nak cari kerja..Meh sini bagitau sikit..bidang aku belajar dulu adalah bidang bioteknologi pengkhususan bioinformatiks...hahaha..sape yang kerut dahi tu? tak pernah dengar ke? sabo ajela...Memang aku dah biasa dapat respon macam tu..kalau time raya, saudara mara tanya apa bidang yang aku belajar tu...memang diaorang tak faham..Last-last aku cakap je aku saintis...baru dieorang senyum fake tanda faham...hahahaha

kalo nak ceritakan pasal bidang bioinformatiks ni..aku kene crita kat post lain...nanti-natilah aku ceritakan ye...hehehe

Ok balik cerita pasal pengangguran aku tu, so aku pun bukak la market diri sendiri...cuba apply kerja lain...yang jauh sikit la kiranya...aku apply semuanya..apa yang boleh la...mana-mana yang panggil interview tu semua aku pergi..aku cuba semua kecuali post marketing atau sale..sebabnya aku tak minat sale dan lagi satu mostly kerja sale perlu ada kenderaan sendiri (kereta). Yelah...kena ke sana ke mari kan...dan masa tu aku takda kereta..yang ada pun motor sahaja, tu pun dah eksiden brapa kali dah...

 Ok dalam banyak-banyak interview yang aku pergi tu..satu hari tu aku dapat satu call..Pegawai perempuan tu call cakap dia review resume aku dari Jobstreet..Dia suruh aku datang untuk sesi interview...masa tu serius aku blur (sebab kita apply macam-macam kan...jadi tak tau post yang mana satu ni)..Dia kata dia emel details kat emel aku..aku iyakan sahaja la...

Bila tengok emel...interview ni untuk program lepasan ijazah MDEC..tapi tak banyak sangat info yang dia bagitau...aku pon macam risau jugak..sebabnya time tu banyak orang cerita, fresh grad banyak yang kena tipu..interview sale executive, tapi rupanya kena jual buku la...aku taknak la macam tu...huhuhuhu..search kat internet pun, masa tu limited sangat info pasal program ni (mungkin baru launch kot program ni..)..

Bila baca emel tu, dia pun tak mention secara details, program ni program apa..cuma dia bagitau lokasi sahaja la..hurm....

tapi sebab aku takda kerja...apa salahnya aku cuba kan...agak-agak kalau lain macam je, blah la..tak salah mencuba kan...so aku pun beranikan diri...tempat interview tu dekat area bangunan KLCC..aku pun tak ingat sangat dah...

Ehh..panjang sangat dah untuk post ni...sambung lah....



Thursday, December 26, 2013

Penyakit Jantung dan Anda!


Penyakit jantung koronari merupakan penyakit yang boleh membawa maut dan dikenali sebagai penyakit nombor satu di dunia. Penyakit ini biasanya lebih berisiko menyerang lelaki lebih awal berbanding wanita. Ini kerana, wanita dilindungi daripada penyakit jantung kerana mempunyai hormon estrogen, namun selepas monopaus, penyakit jantung boleh menyerang wanita dan risikonya adalah sama seperti lelaki. Namun begitu, wanita tidak seharusnya memandang rendah risiko penyakit jantung, kerana faktor lain seperti gaya hidup juga boleh menambah risiko menghidap penyakit jantung lebih awal.


Kita sudah biasa terdengar berita di mana pesakit yang terkena serangan jantung terus membawa maut. Berbicara tentang penyakit jantung adalah lebih baik kita meneliti punca-punca yang menjadikan seseorang itu menghidap penyakit jantung.

Punca utama penyakit jantung menyerang
  • Keturunan- ia berkait rapat dengan sejarah keluarga. Jika mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit jantung, anda seharusnya tidak harus memandang remeh risiko anda menghidap penyakit jantung.
  • Tekanan- keadaan ekonomi yng tidak stabil, tekanan di tempat kerja, ego kerana merasakan tidak ada masalah kesihatan, lebih suka pendam masalah. Mungkin kerana anda tidak mahu membebankan masalah ini kepada ahli keluarga yang lain, akibatnya, tekanan seperti inilah membuatkan lelaki mudah untuk mendapat serangan sakit jantung.
  • Merokok merupakan faktor penting dalam meningkatkan risiko penyakit jantung.
  • Alkohol- pengambilan minuman alcohol lebih kerap berlaku di kalangan lelaki.
  • Kurang aktiviti senaman- orang yang kurang bersenam dan mengamalkan cara hidup yang tidak aktif berisiko untuk mendapat serangan sakit jantung
  • Masalah kegemukan- lelaki yang mempunyai berat badan berlebihan terutamanya di bahagian perut lebih berisiko.
  • Tabiat pemakanan- makanan yang mengandungi kolestrol, gula dan garam natrium yang tinggi akan menyebabkan penyakit kencing manis dan darah tinggi yang akan menambahkan risiko penyakit jantung.
Setelah mengenalpasti punca penyakit jantung, mungkin anda tertanya-tanya apakah tanda-tanda awal penyakit jantung.

Tanda-tanda awal penyakit jantung

  • Sering berpeluh dengan lebat
  • Kesesakan untuk bernafas – Boleh bernafas seperti biasa tetapi akan terasa sesuatu sedang tersumbat di dada atau hidung.
  • Sakit di bahagian dada kiri- Mungkin sakitnya sedikit atau kuat.
  • Sering pening kepala – Terasa seperti semua barang di sekeliling berpusing, bergetar atau goyang.
  • Sering “blank out” – Akan hilang upaya perlihatkan buat seketika, Rasa seperti berada di bilik gelap buat seketika.
  • Sering “blank out” apabila bangun selepas baring atau semasa menunduk untuk mengambil sesuatu dari bawah.
  • Tangan kiri mula sakit, seolah-olah terseliuh  (Peringkat ini boleh dikatakan kritikal).
  • Kalau tangan kiri dah mula sakit selepas tanda-tanda di atas, bererti akan diserang sakit jantung. Perlu periksa dengan doktor secepat mungkin. 

Oleh sebab itu, setelah mengenalpasti punca-punca dan tanda awal penyakit serangan jantung, anda seharusnya cuba mengurangkan risiko penyakit jantung dengan mengamalkan senaman kardiovaskular secara teratur di samping mengamalkan pemakanan yang lebih sihat. 

Pemakanan sihat ini terbahagi kepada 2 iaitu:

  • ·    Pemakanan sihat 
    • Pemakanan sihat di sini bermaksud pengambilan makanan yang kurang kandungan lemak dan garam. Telah diketahui pengambilan garam dan lemak yang tinggi menyumbang kepada penyakit kardiovaskular iaitu darah tinggi. Darah tinggi berlaku disebabkan pengumpulan lemak di dalam salur darah dan kepekatan darah yang tinggi (hasil kandungan garam dalam darah yang tinggi), sekaligus menyebabkan komplikasi penyakit lain iaitu penyakit  jantung berlaku. 
    • Amalkan pengambilan makanan sihat melalui pengambilan serat (iaitu dari sumber sayur sayuran dan juga serat beta-glukan seperti oat), kurangkan makanan berminyak dan bergaram, minum lebih air kosong, dan juga kurangkan pengambilan karbohidrat. Kenapa kurangkan karbohidrat? Kerana pengambilan karbohidrat yang tinggi akan penyebabkan pembentukan lemak visceral (iaitu lemak yang meliputi organ dalaman badan), kerana karbohidrat yang berlebihan tidak akan dibuang dari badan tetapi ditukar kepada bentuk lemak. 
    • Oleh itu, karbohidrat seharusnya diambil mengikut keperluan kalori tubuh. 
  • Pengambilan suplimen 
    • Selain pengambilan makanan sihat yang teratur, pengambilan supplimen tertentu terbukti mengurangkan risiko penyakit jantung. Supplimen yang telah dikenali membantu mengurangkan risiko penyakit jantung adalah sejenis lemak baik yang dikenali sebagai OMEGA-3. 
    • Sumber OMEGA-3 yang asli banyak terdapat di dalam ikan beriklim sejuk seperti ikan kod, hering, mackerrl, hering, salmon dan lain-lain. OMEGA-3 ini tidak boleh dihasilkan oleh tubuh manusia, maka sebab itulah pengambilan supplimen penting untuk menjamin tubuh kita daripada terkena penyakit jantung.

Pada masa kini, pengambilan supplimen OMEGA-3 amat penting kerana cara hidup kita sekarang telah banyak berubah. Penghasilan makanan pada waktu ini lebih terarah kepada penghasilan makanan secara industri/pukal menyebabkan banyak penggunaan garam dan gula berlebihan, penggunaan penambah perisa dan pewarna tiruan dan juga bahan pengawet. Ditambah pulak dengan budaya makanan segera yang terbukti tidak sihat untuk kesihatan jantung.



Oleh sebab itu, pengambilan supplimen OMEGA-3 yang baik dan berkualiti amat penting. Di sinilah OMEGA GUARD dari Shaklee menawarkan supplimen OMEGA-3 yang terbaik dan berkualiti lebih baik berbanding produk OMEGA-3 di pasaran.

Kelebihan OMEGA GUARD dari Shaklee  
  • Membantu menurunkan kadar LDL, Kolesterol & Trigliserida yang tinggi serta mempertahankan nilai normalnya. 
  • Membantu menurunkan tekanan darah tinggi, mengurangi kekentalan darah sehingga mencegah terjadinya serangan jantung dan stroke. 
  • Membantu mencegah penebalan pembuluh darah. 
  •  Membantu melancarkan sirkulasi darah ke seluruh tubuh. 
  •  Meningkatkan kesehatan kulit, terutama kulit kering. 
  •  Baik untuk masa kehamilan untuk otak janin. 
  •  Mampu meningkatkan memori & konsentrasi. 
  •  Baik bagi penderita eksim & psoriasisanin. 
  •  Membantu mengoptimalkan fungsi retina mata. 
Siapa yang sesuai mengambil Omega Guard? 
  •  Ibu hamil / menyusu 
  • Kanak-kanak usia 1 tahun ke atas 
  •  Lelaki / wanita 
  •  Warga emas 
  •  Penghidap darah tinggi/kolestrol tinggi/diebetes 
  •  Penghidap asma 
  •  Mereka yang obesiti 
  •  Mereka yang ingin pecahkan lemak-lemak degil 
  •  Mereka yang mementingkan kesihatan
Lindungi diri anda daripada menjadi salah seorang penyumbang kepada peningkatan statistik pesakit jantung dunia. Pastikan anda lindungi jantung anda bermula dari sekarang supaya anda boleh menikmati kehidupan yang lebih baik, menyaksikan anak cucu anda membesar di depan mata dan malah lebih baik lagi, dapat beramal ibadah dengan sempurna.

Pilihlah untuk mendapatkan supplimen terbaik. Pilihlah OMEGA GUARD dari Shaklee. Ia merupakan produk terbaik yang ditawarkan di pasaran, halal dan berkualiti.

Perbandingan Produk


Pristin Omega 3 Fish Oil 1200 mg
Kordel’s wild Salmon & Fish Oil 1000 mg
Shaklee OMEGA GUARD 1000 mg
EPA
396 mg
80 mg
545 mg
DHA
264 mg
120 mg
360 mg
Total Omega 3
660 mg
300 mg
1000 mg
Pharmaceutical Grade
Yes
No
Yes

*Poduk ini bukan tujuan untuk mendiagnos, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit.





Hubungi Shafik

SAYA SEDIA MEMBANTU ANDA DAN BERKONGSI TIPS KESIHATAN