Monday, April 19, 2010

Pengalaman Kerjaku (Episod II)


Episod kedua...pun bermula...

Selepas aku masuk matrikulasi, aku memang tak sempat nak kerja part time..kalau ada cuti pon sangat singkat..walaupun selepas habis matrikulasi, aku tak sempat nak kerja part time..cuma aku tolong bisnes family je serba sedikit..aku mula kerja part time masa mula masuk zaman Universiti..bila cuti semester je, aku pun mulalah cari kerja part time untuk tambah duit sikit..kali ni..aku jadi...mat kilang..jeng..jeng..jeng...


Kisahnya bermula macam ni, aku saja je, pergi kat kilang area Pengkalan Balak cari kerja..sekali kilang Farm Best (kilang ayam dan produk-produk lain ayam) ada iklan nak pakai operator..aku pun apa lagi...isi sajalah..kalau dapat, dapatlah..kalau tak dapat pun tak kesah...borang dia sekeping je..dan simple..tiba-tiba bila hantar borang, orang HR dia iterus nterview lebih kurang...lepas tu dia kata..awak boleh start kerja esok...datang pukul 8.15..terus ke pejabat...Eh..senang sungguh.. :P Oh ya! adik aku pon pada masa yang sama, join jugak aku mintak kerja ni..

Esoknya..datanglah aku memulakan karier di kilang tu...mula-mula pergi pejabat..kemudian, dia bawak masuk kilang..kena pakai penutup kepala, apron plastik, sarung tangan plastik, kasut boot, penutup mulut (semua company supply)...dia bawak jumpa, lebih kurang macam operation manager..kemudian aku diletakkan di area pembuatan nugget ayam...adik aku pulak bahagian pembuatan bebola ayam..hihihi :D Dua-dua area ni banyak makcik-makcik yang kerja..huhuhuhu..sabar aje la...

Macam mana kerja tu? apa kena buat?
Setiap hari, aku kerja bahagian packaging nugget..so tunggu nugget masuk assembly..kemudian, (mesin packaging ni besar tau..atas kepala kita..) nugget akan turun dan masuk dalam plastik dan terus seal..so, pekerja kena ambik, timbang (untuk pastikan berat dia betul)..kemudian masukkan dalam kotak (1 dozen sekotak)..lepas tu, hantar nugget yang telah siap masuk dalam kotak ke dewan beku..(sbb dia macam peti ais besar..sebesar dewan yang sederhana besar tu..) itu je la kerjanya tiap-tiap hari..packing nugget..dari nugget perisa biasa, sampai ke yang special..kadang-kala mesin yang sama diguna untuk packing ayam bersalut..tengok la production macam mana.. :P Bunyi mesin ni sangatla kuat, kene pakai headphone...kilang ni fully aircorn..kadang kala sejuk gila kat dalam...
sedapnya nugget..tetiba rasa nak makan nugget lak sekarang..

Cabaran kerja?
kerja ni skali lagi kena berdiri selama 8 jam berkerja..hadoi la..penat berdiri je..walaupon sekadar packing (sebab proses lain semua machine yang buat, dia macam assembly line..tau-tau nugget keluar dah siap)..tapi product keluar cepat, so kerja kena tangkas..kalau lembab-lembab nanti kena sound..lagi satu kena angkat kotak yang dah berisi nugget tu..bayangkan 1 kotak sedozen..katakan sepeket 1kg..sekotak dalam 12 kilo..bayangkan korang kena angkat beratus kotak sehari...adoi..patah pinggang...

Macam mana dia bayar gaji?
Seperti biasa, kilang ni pun takla mahal sangat gaji dia..sehari dalam RM 20++ jugakla..ada elaun makan, elaun kenderaan (kalau naik kenderaan sendiri), kedatangan full RM50...seperti biasa ada OT, tapi bukan selalulah..public holiday triple kalo tak silap...break untuk toilet/ sembahyang dibenarkanlah ikut giliran...ade locker untuk simpan barang tapi kena bawak mangga sendiri lah...masa rehat ada pukul 10.00-10.30 pagi, pukul 1.00-2.00 petang..kilang ni ada shif tapi bergantung kepada department..jadi department nugget dan department bebola takda shif..jadi kerja isnin sampai jumaat dari pukul 8.00 pagi sampai 5 petang..kalau OT pun maksimum sampai pukul 10 malam..OT hari sabtu pun jarang-jarang...tapi department pemprosesan ayam ke, yang lain-lain tu ada je shif...gaji dibayar secara bank in dalam akaun Eon bank..siap ade kwsp dan juga slip gaji!!!
chicken balls..sedap jugak..nak-nak yang perisa special sikit tu :P

Macam mana berhenti?
Nak berhenti senang sahaja..pergi pejabat, isi borang berhenti..yang penting kena bagi notis paling kurang 2 minggu sebelum tarikh berhenti..kalau main berhenti je nanti tak dapat gaji (betul ke tak, tak tahulah...) aku kerja pun x brapa lama..sebulan setengah je kot..saja nak isi masa lapang time cuti...

Random facts:
  • Kerja kat sini seronok sebab setiap hari mengadap benda makanan...asyik bau nugget digoreng..sedapnya..bau sosej distim...tengok bebola ayam keluar dari machine..mengujakan!
  • Kelakar pun ada, bila ada sesekali mesin pembungkus nugget yang besar atas kepala kita tu tersumbat dengan nugget..akibatnya..nugget melimpah dari atas dan jatuh macam hujan..so, makcik-makcik department aku sibuk la terjerit-jerit panggil technician sambil berlari meninggalkan tempat kejadian sambil cover kepala dengan tangan..sebabnya? nugget tu kan difrozenkan..so kalo jatuh kena kepala sakitlah..macam kena baling batu..so, semua orang melarikan diri daripada serangan nugget..hahahahahaha :D
  • Kadang kala, kilang ada jual ayam bersalut, produk terbaru atau produk-produk lain pada harga yang murah..contohnya macam ayam bersalut 2kg baru RM5..ade la aku beli sikit-sikit...
  • Nugget reject? bentuk x sempurna atau kecik..akan dikumpul dan dikitar semula (masuk balik dalam machine) nugget jatuh atas lantai..huhuhu kadang kala dipijak je :P
  • Dilarang sama sekali nak curi makan produk masa tengah packing..tapi ada juga operator curi makan bebola ayam (sebab bebola tu kan dah dimasak sebelum difrozenkan) ataupun yang tak tahan tu makan nugget (walaupon separuh masak je sbenarnya)...
  • Bahagian basah (pemprosesan ayam) kebanyakkannya Bangla dan orang Nepal yang kerja kat situ..bahagian pemprosesan ke produk lain kebanyakkannya orang tempatan dan juga orang Indon..Jangan runsing, bahagian sembelihan..orang tempatan yang sembelih ayam..
  • So far, ok kerja kat sini..cuma aku berkawan dengan makcik-makcik..huhu..orang muda tak ramai..ade pon kawan ngan bangla je lah...
  • Toilet di bahagian belakang kilang atas area tempat sampah..aku tak suka pegi toilet..tau-tau je la bau kumbahan ayam..gila sakit hidung aku..emergency je baru pegi..kalo tak, sanggup aku tahan bahan kumbahan aku sendri sampai balik umah...
itula kisahnya..jumpa lagi dalam episod akan datang...

Friday, April 16, 2010

Pengalaman Kerjaku (Episod I)

Entri ini khas dihasilkan berdasarkan pengalaman aku sendiri...cuma sekadar berkongsi pengalaman dan pendapat aku sahaja..hehe.. :D

Ok..untuk episod pertama, aku nak bercerita tentang pengalaman aku bekerja untuk pertama kalinya dalam seumur hidup aku...kerja pertama yang aku buat adalah semasa cuti sekolah selepas peperiksaan SPM...itulah pertama kali aku cuba untuk cari duit sendiri dan cuba untuk keluar dari zon selesa aku (erti kata lain, tidur, makan, tengok Tv..tidur, makan, tengok Tv..hehe)...Jadi aku cari la kerja apa yang boleh aku buat untuk sementara waktu...
Nak dijadikan cerita, pada suatu petang..aku singgah la stesen minyak Petronas Sungai Udang untuk isi minyak..tiba-tiba aku pun terpandang ada iklan jawatan kosong untuk atendan pam (masa tu belum dikuatkuasakan isi minyak sendiri...masih pakai atendan pam...dan jugak..masa tu belum ramai bangla yang kerja sebagai atendan pam kat petronas ek.. :D )..so aku pun pergi kat kaunter, isi borang..then dia cakap nanti pengurus pam akan call balik...aku pun menunggu je dengan penuh debaran dan harapan...

Tiba-tiba, malam tu pengurus tu suruh aku datang kat stesen minyak dia untuk dia interview, aku pon pergilah..Tup tup rupanya esok dia suruh start kerja, mula pukul 6.30 pagi..habis pukul 2.00 petang...aku pun teramatlah excited nak mula kerja tapi pada masa yang sama bercampur perasaan malu (yelah..mana aku biasa kerja-kerja macam ni :P), berdebar nak mula kerja (aku takut pengurus tu garang ke..kene marah dengan customer ke..ataupon staff atendan pam yang lain akan buli aku ke..) tapi esoknya aku mulalah jugak bekerja...

Macam mana kerja tu? apa kena buat?
setiap hari aku kena la jaga pam..isi minyak kat customer yang datang..kerja macam senang, tapi letih...sebab kene berdiri..lebih-lebih lagi kalo time peak hour (pagi: 7.00-10.00, tengah hari:12.00-2.00, petang:4.00-6.00, malam: 8.00-9.00) masa tu, kita kena pegang/jaga duit jualan pam yang kita jaga..kalau jualan dah dekat-dekat RM 300 kene drop (maksudnya simpan dan serahkan pada kerani yang jaga kaunter kat dalam..better selalu drop untuk elakkan kecurian dan kehilangan duit)..untuk pengetahuan, pada bahagian bawah pam tu sebenarnya ada nombor yang mencatatkan berapa liter minyak yang telah dijual sepanjang masa shif kita bekerja..dari situ dia akan kira brapa jumlah jualan, dan tengok berapa duit yang kita dan collect..kalau kurang dari jumlah yang dikira..tu dikira short..maka gaji akan dipotong berdasarkan nilai short..kalo lebih..slalunya diam-diam sudah...biasanya kalau lebih pun tak banyak...dalam berapa ringgit je..tapi kalau short, maybe sebab kita salah pulangkan duit pada customer, duit tercicir atau ada atendan lain kelepet duit jualan kita dalam diam-diam (aku penah terkena..huhu :( )..aku suka kalau kena jaga pam diesel..sebab tak banyak kereta/lori/bas dalam sehari..berbanding pam petrol ataupun pam untuk motorsikal (yang ni paling letih..)
lebih kurangla macam ni..pagi-pagi senyum le...dah nak balik..dah penat..aku dah tak sabo nak balik..nak senyum pon letih... :(

Cabaran kerja?
Sudah tentu menghadap karenah customer...masa tu masih ade program real rewards..so aku selalu swipe pastu aku masukkan point kaw-kaw punya..(contohnya customer isi Rm4 je tapi aku swipe aku kasik bonus sampai RM40..bukan main senyum dieorang..hehe), ada customer ok, ada yang sombong..ada yang tak bayar selepas isi minyak..ada yang nak pinjam duit untuk isi minyak (ada satu kes, pakcik ni pinjam duit aku untuk isi minyak sebab dia takda duit, aku pun kasi je..esoknya dia pulangkan balik duit yang dia pinjam tu..) ada yang belum habis isi minyak, tapi dah jalan..akibatnya hos isi minyak putus..(kerugian akibat hos putus tu dibayar oleh atendan pam tau..melayang RM100..cilaka punya customer..aku ada terkena sekali..) kadang kala kita tersilap isi minyak..kereta pakai diesel, kita isi petrol..aduhhh..kene la buka tangki minyak, keluarkan balik semua minyak petrol tu..kemudian isi balik dengan diesel..leceh sangat kalau benda-benda macam ni terjadi...pengurus dan atendan lain takda masalah bagi aku..semua ok...

Macam mana dia bayar gaji?
Tak la mahal..kalau tak silap sehari dia bayar RM 20++ (aku tak brapa ingat dah..) ditambah lagi dengan elaun makan dalam sehari RM 2.00 kot..masa rehat rasanya macam tak spesifik, ikut kesesuaian masa bila tak sibuk..kalau nak makan kadang-kadang makan kat pam/kedai..untuk break sembahyang/toilet dibenarkan lah...shif ada 6.30pg-2.00 ptg; 2.00ptg-10.00mlm; 10.00 mlm-6.30pg..aku kerja shif siang dan malam je..tengah malam tu takda..kadang kala dia mintak OT..aku pernah kerja dari 6.30 sampai 10.00mlm atau 6.30 sampai pukul 5 petang...kerja 6 hari seminggu..kalau public holiday..double...gaji dibayar secara tunai by hand...

Macam mana berhenti?
selepas kerja selama lebih kurang 2 bulan setengah..aku berhenti..sebab dapat panggilan matrikulasi...itu je lah sebabnya..lepas tu takda keep in touching..lagipon, pekerja dia selalu bertukar ganti..takda yang kekal pon...nak berhenti kena bagitau seminggu awal..bagitau macam tu je, takyah surat-surat... :D

Random Facts:
  • Semasa kerja kat situ, banyak seluar aku (terutama sekali seluar slack) berlubang sebab terkena ekzos motor customer... :(
  • Kadang kala aku tersalah dengar, jadi isi salah..contohnya; orang nak sepluh, aku dengar penuh..so sedap je isi..mujur semuanya nak bayar brapa yang telah aku isi..takda lah yang nak mengamuk-ngamuk..huhuhu..
  • Yang salah isi diesel, aku isi petrol pun ade..akibatnya aku yang kene bukak tangki minyak diaorang untuk keringkan petrol..seharian melekat bau minyak..
  • Duit short..biasanya aku jarang short..kalau ada pun setakat kurang dari RM 4.00..tapi ada jugak kes aku short dalam RM 20..selidik punya selidik ade atendan lain tu panjang tangan..memang aku berhati-hati dan jaga sehabis baik duit jualan aku...
  • Ada customer bagi duit tip sebab diaorang suka kat kita (hihihi :D) ambik je la...
  • Yang pasti kerja ni buat aku kikis sikit sifat pemalu dan juga belajar tentang karenah manusia...macam-macam sebenarnya..layan je..
  • Kadang kala, ada customer suruh isi minyak dalam botol air mineral (sebenarnya tak boleh..tapi kita pun faham, customer dalam kesusahan sebab motor habis minyak somewhere) masalahnya memang tak sesuai sebab kalau isi, gas minyak akan 'menendang', so minyak akan terpercik/terkeluar dari botol..aku la yang mandi minyak petrol..tak pasal-pasal bau minyak badan aku...huhu..itula sebabnya takleh isi dalam botol air mineral...kalo nk isi jugak, kene perlahan-lahan dan berhati-hati...
  • Ada sekali aku terlambat bangun pagi...kelam kabut bersiap..baik punya merempit nak cepat sampai ke tempat kerja..tiba-tiba aku terlanggar taik lembu baik punya fresh (masih lembek lagi tu..adoi..) habis terpercik..dengan motor, dengan aku-aku sekali mandi taik lembu...nampak sangat aku bawak laju sebab taik lembu tu terpercik sampai atas kepala tau..akibatnya terpaksa patah balik..mandi..cuci lebih kurang..masuk keje kul 7.30..mujur pengurus tak tau..diam-diam je..gila busuk..


Wednesday, March 10, 2010

Pengemis yang menjadi ikon fesyen dalam sekelip mata

huhuhu..gaya, mutu, keunggulan...itulah motto hidupku...

Ini adalah cerita berkenaan seorang pengemis yang dianggap stylo gile..selepas gambar die diambil di jalanan..Brother ini yang juga dikenali sebagai brother sharp, telah mula mencuri perhatian orang ramai sejak kemunculan 'debutnya' 31 januari lalu..jangan tak tau disebabkan ke styloan die..maka, fesyen dia dijadikan inspirasi oleh pereka fesyen untuk koleksi terbaru dieorang...memang stylo habis, pandai Brother sharp gunakan teknik layering untuk style die dengan rambut die yang kusut-kusut stylo....thumbs up!

kanan: Brother sharp di jalanan..kiri: gaya Brother sharp di peragaan..kewl gile..sape lagi stylo?

Dalam sekelip mata, populariti Brother sharp telah mencuri perhatian dan kelibatnya menjadi tumpuan ramai...Malah, Pada 4 Februari, fotonya juga tersiar di dada akhbar Britain "The Independent"..jangan main-main...inilah sebenarnya gaya streetlook yang sejati...

Akan tetapi..itulah bak kata orang, bukan semuanya sukakan tumpuan...akibat populariti beliau, maka beliau sering dikejar oleh orang-orang yang inginkan gambar beliau di jalanan menyebabkan privasinya terganggu...Dikatakan beliau menjadi tertekan dan trauma dengan kehadiran orang ramai yang mahu melihat beliau dari dekat...tak caya, tengoklah gambo terbaru beliau...

sedih tau...korang tak baik buat aku macam ni...huhu...

Tak tahula sebagai tanda bantahan tapi selepas tu brother sharp dilihat berpakaian seperti di bawah pulak..mungkin untuk mengelakkan diri jadi tumpuan ramai..hihihi...kesian...itulah...oleh sebab dah jadi selebriti terpaksa lah menanggung akibatnya...salah satunya, privasi dah hilanglah..


Apa-apapun..rambut brother sharp mantain kusut stylo..cayalah!

Tuesday, March 9, 2010

Cute Pictures...


Klakar gila artikel kat kosmo harini menceritakan pasal tupai yang tersekat kepalanya dalam kelapa..hahahaha..cutenye kepala tupai tu bila dh stuck...

LONDON - Disebabkan asyik menikmati kelapa, kepala sepasang tupai tersangkut di dalamnya sehingga ke paras bahu di sebuah taman milik seorang penduduk Jane Roberts, lapor sebuah akhbar semalam.

Alkisahnya....

Dua ekor tupai itu memasukkan kepalanya ke dalam tempurung kelapa tersebut untuk memakan isinya.

Haiwan itu merupakan pengunjung setia taman Jane di Fareham, Hampshire.

Sebelum ini, ia sering mencuri makanan untuk burung, tetapi kini tupai tersebut sukakan kelapa.

"Kali pertama saya nampak mereka makan, saya hampir pengsan ketawa. Mereka nampak seperti dua orang angkasawan," katanya.


hahahahhaha...

Thursday, January 21, 2010

Layout terbaru...

Sebenarnya saja je aku tuka layout untuk blog ni...aku tak kesah sbenarnya macam mana rupa blog aku..yang pasti background untuk text mesti putih....aku rimas kalo warna lain..bagi putih bersih...barula syok nak baca..macam hati..kalo putih bersih..barula syok orang nak tau ape di dalamnya..(ngarut sudaa..)

ok aku pilih layout ni tak tau sebab ape tapi macam agak menarik..seberkas alat tulis dengan berus mewarna menggambarkan sifat aku yang suka pada seni lukis melukis (rasanya lah)...rumput hijau melambangkan aku yang sukakan environment...tangan yang menulis menggambarkan aku yang suka menulis (sekiranya ada idea la tapinya)..cuma ignore sahaja tangan yang tulus mulus tu sebab hakikatnya tangan aku berbulu...teet!

untuk kopi pon menggambarkan fav minuman aku...dan lembaran kertas kosong menggambarkan banyak lagi yang akan aku corakkan untuk kehidupan aku...aaa...apa lagi? owh ade IPhone..idaman kalbuku...satu hari nak tangkap satu...

Eh nape sengih2?...ape?...

bunga?..ape?

ko kata aku mat bunga?

Woish..mana ade..yang tu xde makna nye.. :P

background die pulak corak kayu warna coklat yang menggambarkan warna Ground..which is menggambarkan aku yang stay grounded (down to earth la katakan...) kuikuikui...

dahla...nk menom kopi...

terasa nak makan something, tapi tak tau ape die.. :(

Wednesday, January 20, 2010

BerKarat! Tepu!

Tiada yang ape yang menarik berlaku sejak akhir-akhir ni..Eh kejap! ade sbenarnye....ade la sikit perkara menarik berlaku dalam hidup aku..tp bak kata orang..bittersweet..ade pahit2..ade yang manis...

Seperti yang aku tau..aku skrang tengah kaw2 struggle untuk habiskan master aku...walaupon hangit tetapi ku gagahi jua...huhuhuhu..ye la..gila apo? lepas 3 tahun duk ngadap tetibe nk mengalah je? walaupon tengah writing tapi entah hape hape je aku rase....hopefully by end of this Jan, abisla agaknye...hantar notis Feb..pastu babai UKM...aku nk kawen...hahaha..banyak cantek nak kawen..cari keje dulu!.. :P

Oh ya! perkara menarik yang berlaku...hehe..usaha untuk menurunkan berat badanku yang gagah perkasa (bak kata orang...mcm badak berendam terlebih rendam) kini telah mula menampakkan hasil! yaay! at least ade bende yang aku usahakan selama ini telah menunjukkan impaknye..hahahaha..maklumla dr 93 kg kini berat aku dah 82 kg...Wow! sungguh ku x percaya tapi akhirnya aku buat2 tak percaya!...hahahahaha...tapi masih nak berusaha keras..target aku 75 kg..pastu aku nk bina muslce..biar berketak-ketak sikit..so kalo aku jalan kat pasar malam, sape lalu depan aku, aku rempuh je...(kecuali warga tua...hormatilah mereka..belilah barangan buatan Malaysia) hahahhahahaha..tapi jauh lagi..kene berusaha untuk work out!

Apa-apa hal pon..setiap hari aku cuba memotivasikan diri...muka hensem, duit banyak pon xde makna kalo xde soul ye tak...

babai la..eh xnak la..

eh babai la...

eh xnak la..

eh babai...